Akhir Zaman Makin Rumit Ibadat


KESIAN PAKCIK
“Duk termenungkan apa, pakcik?”
“Duk pikir.. pakcik ni dah islam ke belum,”
“Hah?! Kenapa sampai camtu sekali?”
“Pakcik tak paham-paham pengertian sifat nafsiyyah, salbiyyah, ma’ani, ma’nawiyyah semua tu..,”
“Laa.. Gitu rupanya. Pakcik yakin tak yang Allah taala tu adalah hak (benar), selama-lamanya hidup, tak mati-mati?”
“Ehh.. Tentu la pakcik yakin,”
“Pakcik percaya yang Allah taala tu esa; takde selain Dia yang boleh dikategorikan sebagai tuhan yang layak disembah, manfaat mahupun mudarat semua datang daripada Dia.. kita makhluk hanya berusaha?.. Takde yang sekategori dengan dengan Dia dalam apa-apa aspek, Dia saja la yang menggerakkan alam jagat ini?” “Caya, caya..,”
“Pastu, bukan ke kuasa, kehendak Allah taala tu takde apa pun boleh sanggah, segala perkara ada dalam ilmu Dia, Tuhan dengar, melihat segala apa yang ada serta apa yang makhluk buat, Dia sedia berkata-kata dan kata-kata-Nya bukanlah makhluk?.. Bukan ke Allah taala tu tak bergantung harap kepada selain Dia, sebaliknya segala makhluklah yang bergantung harap kepada Dia?.. Dan bahawa Allah taala tak sama macam makhluk?”
“Iya. Benar sepenuhnya!”
“Maka pakcik dah sedia islam pun. Teruskan beramal, teruskan perform dalam beramal.. Langsaikan perintah-perintah Tuhan kalau ada yang belum lagi kita langsaikan.. Kekal hindari larangan-larangan Allah, jangan cuai menambah ilmu-ilmu berkaitan dari masa ke semasa sekadar mampu..,”
Apalah nasib pakcik tadi.. Apalah yang ‘arena’ ilmu dah buat pada dia sampai ragu sendiri. Makin belajar, makin ‘ragu’, sedangkan sepatutnya makin belajar, makin bertambah keyakinan islam pada diri kepada Allah. Atau, masih ada perkara berbangkit sekitar modul pembelajaran yang selalu dihadap oleh marhaen macam pakcik tadi? Sayugia ‘dilema’ seperti ini patut untuk diambil perhatian bagi dimuhasabah
Pengklasifikasian sifat macam tadi tu hanyalah teknikal yang lahir pada zaman terkemudian. Ia adalah inisiatif sebahagian ulamak Ahlisunnah di mana bahasan sekitar sifat-sifat Allah dibahas bersama prinsip-prinsip logikal/akli. Sekaligus, jadilah ia sebuah pakej pendirian logikal mereka dalam rangkanya membantah pendirian akli Muktazilah dan lain-lain
Teknikal inilah yang selalu dihadap oleh siapa-siapa yang pernah mempelajari akidah islam bermodulkan Tauhid Sifat Dua Puluh. Bahkan modul ini jugalah yang diguna pakai dalam pembelajaran sejak kedatangan islam ke tanah Melayu. Mungkin ada modul-modul lain, tapi mungkin dipandang sepi
Kurun berganti kurun, adalah tidak hairan jikalau ada individu atau pihak yang menyalahfahami pengklasfikasian semacam ini sebagai akidah, padahal ia hanyalah teknikal akli bagi sesebuah modul pembelajaran akidah sahaja. Soal tidak mampu memahami selok-belok teknikal ini bukanlah syarat sahnya akidah seseorang
Menurut Syeikh Nuh Salman Ali Al-Qudhah, pengklasifikasian sifat-sifat Allah kepada nafsiyyah, salbiyyah, ma’ani dan ma’nawiyyah bukanlah teras akidah islam. Sebaliknya, ia hanyalah hasil analisis logikal sekitar kaitannya dengan tauhid. Kegagalan mengetahui selok-belok pengklasifikasian ini bukanlah penghalang kepada memahami akidah yang wajib diyakini serta diiktikadkan oleh seseorang mukallaf
Masakan perkara ini adalah teras akidah sedangkan para sahabat yang bersama Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pun tidak pernah tahu pengklasifikasian seperti ini hingga akhir hayat mereka. Hemat mereka sekitar sifat-sifat Allah lebih ringkas dan bukanlah rumit seperti pengklasifikasian secara logikal ini. Orang islam mana yang berani mendakwa hematnya lebih baik berbanding hemat para sahabat
Adalah tidak bijak melibatkan orang kebanyakan dengan logikal-logikal rumit sekitar bahasan semacam tadi. Ia hanya mencipta kekusutan dalam fikiran mereka berbanding pengukuhan akidah. Bahkan, pembelajaran akidah yang sarat dengan ‘dos-dos’ aklilah yang membuat orang kebanyakan ‘trauma’ mempelajari akidah. Akhirnya akidah islam dipandang sebagai kompleks, susah oleh penganut sendiri
Sepatutnya, orang kebanyakan hanya perlu dikemukakan akidah islam yang ringkas yang jauh daripada istilah-istilah akliah kalam. Istilah-istilah ini mengganggu fokus jiwa yang ‘sedang’ menerima akidah serta mencetuskan fikiran yang bukan-bukan sekitar akidah islam yang sedia. Demikian walaupun istilah-istilah ini tetap ada fungsinya bagi mereka yang bergelumang dengan ilmu kalam
Akidah yang dikemukakan kena dibentuk dengan cara alquran dan hadis ‘mentalkin’ akidah, barulah ‘dos-dos’ rabbaniah tertanam bersama akidah ini. Barulah ia membentuk sebuah pegangan kukuh yang berupaya memurnikan rohaniah muslim, mencetuskan jiwa yang mahu beramal soleh, seterusnya benteng daripada melakukan kekejian
Mengikut Habib Alawi Tahir Abdullah Al-Haddad Al-Alawi, akidah hendaklah disampaikan dalam bentuk ijmal (kasar) tanpa membuat rincian-rincian rumit yang hanya difahami oleh sesetengah lapisan manusia. Ia adalah antara cara yang ideal untuk menanam akidah untuk golongan tua, muda-mudi dan kanak-kanak
Begitu juga, biarlah akidah itu dirupakan dalam bentuk sebuah pengakuan diri yang mahu tunduk akan subjek-subjek yang mahu diyakini. Cara sedemikian punya kesan yang unik ke atas jiwa di samping menjadikan akidah terlukis dalam pedal pelakunya. Perkara ini disedari oleh siapa-siapa yang masak dengan pengaruh tindak balas antara zahir dan batin manusia
Cara ini boleh diperhatikan seperti dalam firman Allah, “Katakanlah: Kami beriman dengan Allah, apa-apa wahyu yang disampaikan kepada kami, wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail… (hingga akhir ayat Al-Baqarah),”
“Mana-mana rasul pun beriman dengan wahyu yang diturunkan oleh Tuhannya kepadanya. Begitulah juga mana-mana orang beriman. Semuanya beriman dengan Allah, malaikat-malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul… (hingga akhir ayat),”
Cara ini juga boleh didapati pada bacaan-bacaan seperti zikir-zikir dan doa-doa yang diletakkan bagi suatu-suatu ibadat. Ia merupakan sebuah refleksi nurani jiwa yang tunduk kepada Allah. Refleksi seperti ini berupaya menguatkan dan membentuk keyakinan. Begitulah menurut Habib Alawi lagi
Adapun pembelajaran akidah yang dibahas bersama prinsip-prinsip logikal/akli, ia sepatutnya diposisikan kepada kalangan penuntut yang berada di pusat-pusat pengajian agama. Bukanlah kapasiti pakcik-makcik kita nak dilibatkan dengan benda-benda kompleks sedemikian. Yang mendalami sendiri pun belum tentu cekap dengan selok-belok akli macam tu
Itupun, ulamak-ulamak tidaklah mensyaratkan bagi seseorang mukmin itu mesti melakukan deduksi terperinci (nazhar tafsili) dengan step-step akliahnya untuk menjayakan dalil-dalil konkrit bagi sesebuah subjek akidah. Mereka hanya mewajibkan deduksi kasar sahaja (nazhar ijmali) yang mana semua mukallaf daripada kalangan orang kebanyakan pun dah sedia melakukannya
Setiap daripada mereka punya deduksi tersendiri bagi wujudnya Allah mengikut keupayaan mereka. Demikian walaupun mereka tidak atau tidak mampu mengungkapnya. Katakan ada yang langsung tidak melakukan deduksi kasar tadi (setakat bertaklid sahaja), mereka dianggap sebagai cuai menjalankan kewajipan yang bersifat furuk sahaja. Yakni setakat berdosa sahaja, bukannya sampai tidak sah keislamannya
Begitulah penjelasan Lajnah Fatwa Jordan disamping merumuskan kenyataan Al-Iiji dalam Al-Mawaqif
Sayugialah pengelola pembelajaran kena pandai memilih modul yang sesuai dengan tahap sesiapa yang mempelajarinya. Begitu juga perlu diambil kira juga bentuk bahasan yang sesuai dengan masakini. Bahasan dengan bentuk semasa yang komprehensif lebih bermanfaat daripada bahasan yang kekal berlenggok akliah silam yang hampir tak praktikal pada masakini
Akidah tu yang menjadi kepentingan kita dan ia takkan berubah-berubah. Bentuk bahasan akidah adalah teknikal pembelajaran. Teknikal boleh berubah-ubah sesuai zaman kerana ia bukanlah akidah. Gagal memahami selok-belok ini bukan memestikan punahnya akidah. Sekian
The post Akhir Zaman Makin Rumit Ibadat appeared first on ANGGUR.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://anggur.uk/akhir-zaman-makin-rumit-ibadat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksinasi Makin Gencar Indonesia Terima 21 2 Juta Dosis Bulk Sinovac

Vaksinasi Makin Gencar Indonesia Terima 21 2 Juta Dosis Bulk Sinovac

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 284 hits
Untuk mencapai kekebalan komunal sekitar 208 juta penduduk Indonesia pemerintah menerima sebanyak 21 2 juta dosis bahan baku atau bulk vaksin Sinovac Bulk tersebut tiba di Bandara Soekarno Hatta pada Selasa siang
Potret Baby Cara Rose Anak Rianti Cartwright Ultah Pertama Makin Cantik Dan Lucu

Potret Baby Cara Rose Anak Rianti Cartwright Ultah Pertama Makin Cantik Dan Lucu

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 280 hits
Cara Rose Kanaya Nainggolan putri cantik Rianti Cartwright dan Cas Alfonso kini sudah genap berusia satu tahun Ia tumbuh menjadi bayi yang lucu dan juga menggemaskan Di momen pertambahan usianya Rianti menggelar sebuah perayaan ulang tahun ...
5 Potret Terbaru Baby Air Anak Irish Bella Dan Ammar Zoni Makin Aktif Di Usia 10 Bulan

5 Potret Terbaru Baby Air Anak Irish Bella Dan Ammar Zoni Makin Aktif Di Usia 10 Bulan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 455 hits
Irish Bella sedang menikmati perannya sebagai seorang ibu Dari pernikahannya dengan Ammar Zoni dikaruniai anak laki laki bernama Air Rumi Akbar 1453 Tak terasa usia baby Air kini menginjak 10 bulan Irish Bella mengunggah foto terbaru baby A...
Apa Malu Apakah Orang Melayu Makin Sedar Siapa Musuh Yang Sebenarnya Time For A Truth Commission

Apa Malu Apakah Orang Melayu Makin Sedar Siapa Musuh Yang Sebenarnya Time For A Truth Commission

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 454 hits
And you and I know that it will also have to be the Malays and Muslims who will have to work to get these political pariahs into the dock to be tried convicted and incarcerated if there is to be any hope for our nation to survive past 2020 ...
Hiburan Makin Cengkung Hafiz Suip Stress Dituduh Ambil Bahan Terlarang

Hiburan Makin Cengkung Hafiz Suip Stress Dituduh Ambil Bahan Terlarang

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 226 hits
Gara gara penampilan terkini penyanyi Hafiz Suip yang semakin kurus dan cengkung penyanyi lagu Awan Nano itu berkata bahawa dia sering menerima soalan berbaur negatif daripada individu tertentu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Hafiz dia ...
5 Perkara Yang Makin Lama Makin Nipis Disebabkan Pkp Terlalu Lama Tak Habis Habis

5 Perkara Yang Makin Lama Makin Nipis Disebabkan Pkp Terlalu Lama Tak Habis Habis

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 369 hits
Orang yang paling terasa bila perintah kawalan pergerakan di kuat kuasakan oleh kerajaan adalah yang berniaga macam saya Berniaga secara konvensional digabungkan pula dengan produk yang ada adalah lebih kepada servis dan bukannya barangan U...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa