Akhir Akhir Sumpahan 98

Satu perkara yang paling rahmat dan celaka ialah menjadi anak Millennials.
Millennials mereka yang lahir 1980-1999, melalui era transisi yang sangat menakutkan, diperingkat global mereka melihat lahirnya Internet sehingga munculnya AI, mereka mengharungi kemeseletan ekonomi global 1998, 2008, dan 2019 (Covid).
Mereka juga lihat jatuh bangunnya regim-regim dunia pasca perang dingin. Soviet Union 1991, hancurnya Yugoslavia dan Tito sampailah war on terror 2000an, jatuhnya Seoharto, dan reformasi Malaysia 1999.
1999 menandai banyak perubahan politik.
Sejak itulah Malaysia lahir sebagai bi-party democracy. Kuasa pembangkang dan kerajaan makin berimbang. Sebelum itu, regim BN terlalu kuat, bahkan mitosnya ia mustahil ia dilemahkan.
Terima Kasih pada gelombang Reformasi 98, dibawa oleh sosok Anwar Ibrahim menentang gurunya Mahathir.
Tahun-tahun seterusnya menyaksikan semak dan imbang berbunga secara perlahan-lahan.
Akhirnya 2018 cubaan menukar regim kali pertama berjaya. Perubahan regim, seperti mana-mana negara pada awalnya akan membawa ketidak-stabilan.
Kerana Mahathir tidak sanggup menunaikan janjinya untuk menyerah kuasa kepada Anwar. Musuh tradisi beliau.
Kerajaan PH 1.0 jatuh.
Pergolakan dalam transisi ini perkara biasa;
Korea, pada 1993 bila cubaan membuka demokrasi berlakunya perpecahan parti demokrat Kim Dae-jung vs Kim Young-sam.
Indonesia pasca Soeharto pun begitu, pertukaran presiden begitu cepat Habibie → Gus Dur → Megawati pada awal 2000 barulah perlahan-lahan Indonesia stabil.
Taiwan pula kita lihat tergolakan sejak 1994-1998 barulah politik dalaman mereka stabil.
Politik Malaysia kembali stabil setelah kerajaan gabungan PH+BN diketuai oleh Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Kita yang menyaksikan perlawanan antara Anwar vs Mahathir selalunya mengambil posisi. Sebenarnya kita terjerat dalam Sumpahan 98.
Sumpahan 98 adalah sumpahan politik Mahathirism yang melahirkan Anwar dan Mahathir dan kroni-kroni menjadi berhala usungan pemikiran politik Malaysia.
Sumpahan 98 adalah persaingan ideologi dan polisi dalam politik Malaysia.
1- EKONOMI
· Mahathir: negara mengawal; heavy industries; projek mega
· Anwar: ekonomi nilai + reformasi institusi.
Mahathir punya teman-teman rapat conglomerates maha kaya yang mendanai gerakan politiknya dan juga menyedut kekayaan dari hubungan antara korperat dan pemerintah.
Anwar pula dibelakangnya ialah gerakan aktivis dan populist. Anwar naik dengan gelombang rakyat dan menyokong kerakyatan (populism) sejak peranannya dalam demonstrasi Baling 1974, kemudian gerakan islamist ABIM.
Mahathir berpendapat perlunya melahirkan korperat dan kapitalis melayu sebagai pelindung orang melayu. Kroni-Kapitalism adalah system yang bagus pada mata Mahathir. Sebab itu kita lihat ramai yang menyanjung Daim (contohnya), Syed Mukhtar Bukhari, dsb yang dianggap professional dan kapitalis melayu, yang akan melindungi Melayu. Mewakili kekayaan orang melayu.
Tipulah mereka ini kaya semula jadi, tanpa cable dengan regim ketika itu mana mungkin anak melayu mendapatkan kekayaan dan ekses pada kekayaan, lulus tanah, lesen perbankkan dsb.
Rakyat pula diajar untuk kerja keras, lebih produktif. Melayu tidak boleh malas. Perlu kaya dengan kerja keras. Kenaikan mobiliti sosioekonomi Melayu , ketidaksamarataan kaum mesti ditangani, negara hanya stabil jika Melayu kuat dalam ekonomi & politik.
Anwar pula berpendapat bahawa dengan pembukaan persaingan (pada 98 beliau mengikut beberapa garis panduan dan nasihat IMF—walau tidak semua) untuk menjadikan ekonomi lebih sihat, melayu boleh kuat bersaing tanpa sepenuhnya bantuan kerajaan.
Dengan terjananya ekonomi, kerajaan dapat cukai, dengan dapat cukai kerajaan akan buat kebajikan. Anwar condong pada Ekonomi manusiawi (Humane-economy).
2-Politik
· Politik Anwar Populis , Pragmatic-Idealist. Beliau Idealist tapi pragmatic dan licik dalam banyak hal.
· Politik Mahathir Realism. Tegas, Keras, straight forward dan licik.
Mahathir percaya kerajaan yang kukuh, kerajaan yang mencengkam, tidak demokratik agar politik dan ekonomi stabil.
Mahathir mengamalkan Soft Authoritarianism atau Post-modern Authortarianism. Mahathir percaya pembangunan memerlukan: disiplin sosial, kestabilan politik, kurang perbalahan ideologi, pemusatan kuasa.
Oleh itu, dalam era beliau: ISA digunakan untuk kawal ketegangan politik (Ops Lalang), Hakim-hakim dirombak (1988) sampai berlaku krisis perlembagaan, Media dikawal , banyak dasar ditentukan secara top-down.
Anwar percaya hiruk pikuk demokrasi, perdebatan, pertikaman lidah, dan kemudiannya kerajaan semasa akan menyelesaikan masalah dengan mendengar pendapat yang dirasainya paling rasional.
Anwar percaya pada popular-soverignity. Sebab itu beliau cenderung melakukan aksi dan keputusan politik bersifat populis agar disukai rakyat. Reformasi beliau pun bersifat populis, bila emosi rakyat mendukung dan gelombangnya kuat retoriknya kuat, bila rakyat agak ragu-ragu perubahan dibuat secara beransur dan berstruktur, tidak gopoh.
3-ISLAM.
· Mahathir: Islam moden, anti ekstremis.
· Anwar: Islam demokratik, reformis. Sebab itu kita lihat Anwar cenderung kepada Muslim Democrat dari Barat satu tika dulu.
Mahathir percaya pada Islam yang bersifat peribadi. Sangat personal. Dasar agama kerajaan bersifat sekular. Tak hairanlah PAS (Islamis) begitu anti dengan Mahathir. Mahathir tak suka gerakan ektrem dan ektrem mesti ditangani dengan kekerasan. Itulah yang berlaku pada Peristiwa Mamali , Jemaah Islamiah.
Anwar pula mahukan islamisasi. Pendidikan islam lebih aktif dalam sekolah dan masyarakat. Ditekankannya peranan agama di sekolah, pemakaian tudung di sekolah, NGO Islam ABIM dibenarkan lebih aktif dalam masyarakat.
4- ANTARABANGSA
Mahathir: pro-Asia, skeptikal Barat
Anwar: Civilisational, seimbang, pro-reform global dengan nilai moral sejagat.
Di peringkat Global Mahathir mahu tegas. Modernisasi Asia + Anti-Hegemoni Barat. Jadi beliau kumpulkan kuasa dunia ketiga untuk mengimbangi dan melawan hegemoni barat.
Walaupun beliau popular tapi tidaklah membawa Malaysia kepada kedudukan untuk mengimbang lembut (Soft-Balancing) antara Barat vs lainnya. Peperangan pada Mahathir ialah produk hegemoni Barat. Punca kejahatan segalanya.
Anwar tak mahu begitu keras.
Pendekatannya bersahabat dengan semua tapi tidak melepaskan semuanya. Give and take, imbangan lembut (soft-balancing).
Anwar lihat dunia ini dari kaca mata Civilisational atau ketamadunan. Barat ada tamadunnya, Islam ada tamadunnya, Asia ada tamadunnya. Sebab itu dia percaya pada dialog antara tamadun, peperangan adalah merosakkan dialog dan hubungan antarabangsa.
Dalam kritik pada barat, beliau tekankan untuk semua kembali pada moral dan bertindak seperti manusia bertamadun bukan babarik.
5- PERIBADI
Aku lihat perbenturan antara kem Mahathir dan Anwar selebihnya bersifat beribadi. Cakap-cakap Toh Puan Naimah pasal Anwar, Mahathir, contoh masalah peribadi dua kem ini yang cuba diheret pada rakyat jelata.
Ye lah, kita suka bawang. Tapi bodohlah kalau kita jadi bidak catur dalam urusan peribadi mereka dua.
MOVE ON
Kini kita sudah berada dihujung sumpahan 98, harapnyalah. Kita sudah saksikan 25 tahun Mahathir menjalankan pentadbirannya dengan sarat politik & ideologi.
Dan kita bakal lihat Anwar pula mengukir dan mengotakan perjuangan selama 24 tahun itu. Anwar sudah memerintah hampir 1 penggal dan mungkin ke penggal kedua, jika ni berlaku Anwar punya peluang 10 tahun.
Selepas itu marilah kita move on. Usah sibuk terjerumus isu peribadi dua sosok ini.
Dan mungkin idealogi baharu mewarnai politik kehadapan (dan memang nampak ke arah itupun pada Gen Z ini).
Tentunya Sumpahan 98 akan memberi impak pada masa depan. Tapi usah terlekat dengan nostalgia ini.
Kedua pendekatan Anwar vs Mahathir ini ada baik-buruknya, sekalipun digabung bagus-bagus keduanya belum tentu ia akan menghasilkan satu dasar/policy dan politik yang bagus.
Parti-parti politik khususnya harus fikir “whats next ? “. Apa kita mahukan, corak politik mana dan ideologi dan policy bagaimana selepas sumpahan 98 berakhir. Atau, kita terus mahu dihantui sumpahan ini ?
Amirul Mukminin
Sering dituduh Walanon
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/11/akhir-akhir-sumpahan-98.html