Akhbar Pas Siar Permohonan Maaf Wartawannya Pada Mujahid



Penulis artikel yang terlibat dalam kes saman fitnah oleh Mujahid Yusof, tampil membuat permohonan maaf kepada bekas menteri agama pada era Pakatan Harapan (PH) itu.

Penulis berkenaan yang juga seorang wartawan, Aziz Muda, membuat permohonan maaf yang disiarkan Harakhdaily semalam, berhubung artikel-artikel berkenaan usahawan kosmetik Nur Sajat, yang pernah tersiar di Harakahdaily dan akhbar Harakah.

Artikel berkaitan ialah artikel bertajuk “Sajat: Mujahid dan K’rajaan PH patut disalahkan” yang disiarkan Harakahdaily pada 7 Februari 2020, serta artikel bertajuk “Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH” di Harakah versi cetak bertarikh 10 hingga 13 Februari 2020.

Ini selepas kes saman fitnah Mujahid terhadap Harakah berhubung isu Sajat yang didakwa memakai telekung dan berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah, selesai melalui proses mediasi pada 20 September.

Dalam permohonan maaf itu, Aziz berkata, artikel-artikel berkenaan, antara lain bermaksud menyampaikan teguran kepada kepemimpinan kerajaan PH termasuk Mujahid bahawa isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) - termasuk Sajat - perlu ditangani dengan betul dan berkesan.

Tindakan lebih utama adalah menerusi penguatkuasaan undang-undang secara serius, bukan semata-mata melalui kaedah dakwah walaupun berterusan seperti yang telah dilakukan Mujahid melalui konsep “Rahmatan Lil Alamin” yang diperkenalkannya.

Pun begitu, katanya, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan maruah, mengaibkan ataupun memfitnah Mujahid dengan penerbitan artikel-artikel tersebut, apatah lagi dia kenal Mujahid secara peribadi dan tahu akan usahanya dalam bidang dakwah.

“Pun begitu, saya sedar bahawa kandungan artikel-artikel tersebut mungkin boleh membawa maksud dan pemahaman yang berbeza kepada para pembaca terutamanya kepada YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof akibat dari gaya penulisan dan pilihan perkataan yang digunakan.

“Saya menyedari dan mengakui bahawa:

i) YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan tindakan Nur Sajat yang bertelekung ketika menunaikan umrah di Makkah;

ii) YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof tidak pernah melarang pihak berwajib dan orang ramai daripada melakukan serbuan dan tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan aktiviti LGBT dan perzinaan; dan

iii) YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof tidak pernah membenarkan dan/atau menyokong amalan LGBT untuk dipraktiskan di Malaysia.”

“Oleh yang demikian, saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf kepada YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof sekiranya artikel-artikel tersebut mengguris perasaan dan/atau mengaibkan nama YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof.

“Saya juga telah meminta pihak Harakah dan Harakahdaily untuk menarik balik penyiaran artikel-artikel tersebut (sekiranya masih disiarkan) dan supaya tidak lagi mengguna pakai dan membuat rujukan kepada artikel-artikel tersebut di masa hadapan,” katanya lagi.

Permohonan maaf secara bertulis oleh Aziz selaku defendan pertama itu kepada Mujahid, merupakan sebahagian penyelesaian kes yang dipersetujui, selain menarik balik artikel-artikel berkaitan.

Namun, terma-terma penyelesaian lain yang terkandung di dalam penghakiman persetujuan itu tidak dapat didedahkan, menurut peguam Mujahid.
Sumber berita : Malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2021/09/akhbar-pas-siar-permohonan-maaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mujahid Dedah Fakta Diseleweng Ustaz Pas Pemuda Amanah Di Saman 1 J

Dr Mujahid Dedah Fakta Diseleweng Ustaz Pas Pemuda Amanah Di Saman 1 J

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 253 hits
Dr Mujahid mendedahkan mengapa siasatan terhadap pelaku kesalahan Tabung Haji tidak didakwa ketika pemerintahah PH dan Dr Mujahid juga menjawab fitnah Ustaz Dusuki tentang penjualan Hotel Tabung Haji yang mengalami kerugian
Mampukah Permohonan Maaf Tun Hanif Menyucikan Lim Kit Siang

Mampukah Permohonan Maaf Tun Hanif Menyucikan Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 199 hits
Dr Kamarul Zaman Yusoff Di dalam permohonan maaf beliau kepada Lim Kit Siang semalam Tun Hanif Omar mengesahkan bahawa penahanan Lim Kit Siang di bawah ISA pada tahun 1969 bukan atas sebab bahawa beliau telah meminta Malaysia dibahagikan at...
Permohonan Maaf Kartunis Zunar Di Atas Memfitnah Pm

Permohonan Maaf Kartunis Zunar Di Atas Memfitnah Pm

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 391 hits
SATU PERMOHONAN MAAF Saya dengan ini ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia kerana telah memfitnah beliau melalui kartun saya yang disiarkan di sosial media semalam Dalam kartun itu dinyatakan bahawa kos renovate rumah PM ialah ...
Aturan Tidur Siang Yang Ideal Biar Pas Bangun Nggak Lemah Lunglai

Aturan Tidur Siang Yang Ideal Biar Pas Bangun Nggak Lemah Lunglai

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 246 hits
Tahu nggak sih kalau tidur siang lebih dari 2 jam itu malah bikin badan makin nggak karuan
Keberkatan Pas Jadi Kerajaan

Keberkatan Pas Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 316 hits
MOHD SAYUTI OMARKesempatan parti agama menjadi sesuku daripada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Mahiaddin Md Yassin kemudian Ismail Sabri Yaakob siapa kata tidak membawa keberkatan atau kebaikan Mereka yang tidak nampak itu sengaja memb...
Kepala Air Pemimpin Pas Jangan Mudah Tunding Takdir Allah

Kepala Air Pemimpin Pas Jangan Mudah Tunding Takdir Allah

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 305 hits
Kenyataan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat semalam yang mengakhiri perbahasan beliau berkenaan pembalakan haram dan tragedi kepala air di Gunung Jerai sebagai takdir Allah dibidas Angkatan Muda KEA...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam