Akaun Bank Perniagaan Tanpa Premis
Akaun Bank Perniagaan Tanpa Premis | Assalamualaikum, sha pernah juga google cari bank mana yang sesuai untuk memulakan perniagaan tanpa premis, agak sukar juga ya sebab semua bank memerlukan banyak kriteria termasuklah deposit RM10k, mana nak cari kan? aduh pening kepala peniaga kecil kecilan mencari deposit sebanyak itu, so sha tolong korang singkatkan masa memikirkannya, jom kita borak pasal akaun bank mana yang menyenangkan peniaga lagi-lagi peniaga yang tanpa premis macam sha ni hihihi.
Awal bulan Ogos lalu, sha dan suami decided untuk buat perniagaan tanpa premis, lalu kami pun urus trading lesen di Majlis Perbandaran Sandakan, sudah siap berurusan, kami terus proceed kepada pembukaan akaun bank, jangan guna akaun sendiri ya, better buka akaun bank untuk korang grab banyak benefit termasuklah loan dan memperbesarkan lagi perniagaan insyaAllah
Tutorial Buat Cop Bulat Syarikat menggunakan Ms.Word
So sha dah try tanya banyak jugalah bank area sandakan, mostly 3 hari waktu bekerja sha urus, then baru dapat buka akaun dengan CIMB
Sha langsung tiada kad CIMB, husband pun sama, so kami pergi cawangan dekat IJM, Batu 6, serahkan salinan trading lesen yang telah disahkan, dan mereka akan check CTOS, bila sudah clear, dorang akan panggil untuk pakej Insuranse dan Saving, tapi sha tak ambil pakej ni, boleh ja kalau nak dengar hihi.
Bila dah cerita-cerita dengan staff, dia akan suruh kita isi borang, IC, trading lesen original jangan tinggal ya, lepas siap semua, dia akan bagi kad ATM (cas RM15 akan ditolak pada deposit nanti), Cheque (ni terserah kalau korang mau pakai) sha tak ambil sebab 3x tendang, akaun terus tutup, ahh naya kau, then yang terakhir CIMB Click, ini buat sendiri.
Simple nya, tak sampai 1 jam dah siap..akaun dah aktif dan korang dah boleh mulakan perniagaan..sha nak cerita pasal bank mana yang bank songgeh tu (maybe next entry) terlampau banyak kriteria sampai bosan edan nak tunggu umie dia ni berurusan, tapi alhamdulilah settel semua masalah..hihi..hopely entry sha membantu ya..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.opzzpinky.my/2019/10/akaun-bank-perniagaan-tanpa-premis.html