Akan Bersama Tapaw


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dari tempoh awal PKP sehingga ke PKPP ni memang tidak dapat dinafikan keadaan poket semakin tenat. Begitulah nasib zumal yang hanya fokus pendapatan dari online semata-mata. Walaubagaimanapun zumal tetap syukur kerana rezeki tu tetap ada. Tak pernah la putus rezeki, putus makan tapi zumal tetap mencari peluang untuk menjana pendapatan dari semasa ke semasa termasuk la menjadi streamer game kat Facebook. Tapi hari ni bukan hal itu yang ingin zumal kongsikan.
Baru-baru ini zumal memang akan usha setiap peluang kerja yang timbul di timeline Facebook. Dan zumal bertemu dengan satu peluang kerja sebagai rider/runner untuk sebuah syarikat penghantaran baru iaitu Tapaw. Semalam bermulalah hari pendaftaran untuk menjadi rider/runner. Nampak memang jem teruk server semasa pendaftaran hari pertama ini kerana terlalu ramai yang mencari peluang kerja baru ataupun baru nak bekerja

Zumal pula hampir putus asa kerana tak dapat nak daftar pada awalnya. Tapi Alhamdulillah semasa Subuh pagi ini pendaftaran berjaya dilakukan lebih mudah. Maybe tak ramai orang guna web tersebut masa subuh. Walaubagaimanapun kerja ini akan bermula dalam akhir bulan 8 ataupun awal bulan 9. Buat permulaan Tapaw akan fokus kepada penghantaran parcel sahaja. Dan pada bulan 11 nanti Tapaw akan memulakan penghantaran makanan juga. Pada zumal bidang ini memang semakin diperlukan kerana perniagaan online tumbuh bagai cendawan jadi perkhidmatan penghantaran memang sangat diperlukan. 
Zumal harap zumal dapat menjadikan Tapaw sebagai platform untuk memulakan kerjaya baru. Pendaftaran pun sangat mudah serta syaratnya tidak begitu ketat seperti syarikat lain. Paling penting ianya di seluruh Malaysia. Jadi zumal pun rasa inilah masanya pilih kerjaya baru. Kepada anda diluar sana jika anda berminat menjadi rider atau runner Tapaw ataupun anda ingin menggunakan perkhidmatan penghantaran Tapaw boleh rujuk di link ini  https://tapaw.com/duniazumal

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.duniazumal.com/2020/07/akan-bersama-tapaw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Terkejut Dr M Rakib Sampai Di Pelabuhan Udara Bandung

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Medical Follow Up With Dato Dr Marina Di Kpj Seremban

Sarapan Di Kacang Pool Haji Larkin