Akan Berjayakah Parasit Umno Menukar Haluan Perjuangan Parti Keramat Ini



Kehendak akar umbi UMNO untuk memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional terutamanya PPBM adalah BENAR.
Dalam mesyuarat 191 Bahagian UMNO, 146 Bahagian telah memberikan usul supaya kerjasama UMNO dengan PPBM ditamatkan menjelang PRU 15

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berlangsung di ILMU, Janda Baik, juga telah membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM menjelang PRU 15

Ibarat rumah siap, pahat berbunyi

Selepas MKT UMNO membuat keputusan sebulat suara, maka kedengaran suara-suara parasit UMNO yang cuba menongkah arus dan mengenepikan suara 3.7 juta akar umbi UMNO

Mereka menuduh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, 'override' keputusan MKT UMNO dan membuat keputusan bercanggah dengan ketetapan yang telah di buat oleh MKT UMNO

Benarkah begitu


Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dalam Mesyuarat MKT UMNO itu


Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mendedahkan, 12 dari 13 Bahagian UMNO Kelantan sudah mengusulkan supaya UMNO memutuskan hubungan dengan PPBM SERTA MERTA!!


Perwakilan UMNO Perak pula menyambut pengumuman yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Perak, Azian Osman, dengan tepukan gemuruh bahawa UMNO Perak sudah menetapkan TIDAK ADA kerjasama antara UMNO Perak dengan PPBM pada PRU 15

Baca di sini :
https://www.facebook.com/azian.osman.73/posts/1156411898134047


Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, kesemua 8 Bahagian UMNO Terengganu telah sebulat suara menyatakan pendirian menolak kerjasama politik dengan PPBM

Baca di sini :
https://www.gemilangdaily.com/kesemua-8-bahagian-umno-terengganu-tolak-kerjasama-dengan-bersatu/

Begitu juga dengan beberapa negeri yang lain seperti Kelantan, Pahang dan Johor, malah kesemua UMNO negeri di Semenanjung Malaysia telah menyatakan pendirian yang sama

Baca di sini :
https://mykmu.net/2021/01/03/umno-pahang-perak-kelantan-tolak-bersatu-johor-hanya-beri-laluan-pada-muhyiddin-di-pagoh/

Pendirian tegas MKT UMNO yang mendokong suara akar umbi seperti yang telah disampaikan melalui UMNO negeri masing-masing, hanya menunggu masa untuk dimuktamadkan sebagai keputusan rasmi parti pada Persidangan Agung UMNO yang dijangka akan diadakan minggu hadapan


Malah Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, telah memaklumkan secara rasmi keputusan MKT UMNO itu kepada Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin

Inilah yang menggusarkan parasit-parasit yang masih berada dalam UMNO sekarang

Hishamuddin Hussien, Annuar Musa dan Shahidan Kassim memang sudah dikenali sebagai pemimpin yang berkiblatkan kuasa dan harta serta berpaksikan kepentingan peribadi dan tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan politik mereka

Mereka sangat mengharapkan agar MKT UMNO membuat keputusan supaya kerjasama antara UMNO dan PPBM diteruskan sehingga PRU 15 nanti

Menurut bacaan politik mereka, sekiranya UMNO berkerjasama dengan PPBM dalam PRU 15, maka harapan untuk Muhyiddin Yassin dan PPBM kekal berkuasa akan menjadi cerah dan laba yang mereka nikmati hari ini akan dapat dikekalkan

Di dalam UMNO, Hishamuddin hanya merupakan seorang Ketua Bahagian tetapi di sisi Muhyiddin, Hishamuddin adalah ibarat lembu yang senang dicucuk hidungnya, lalu diberikan jawatan sebagai Menteri Luar Negeri

Annuar Musa juga cuma seorang Ketua Bahagian UMNO, tetapi oleh kerana Annuar Musa sangat mudah untuk dijadikan 'Trojan Horse', maka Muhyiddin melantik beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan


Shahidan Kassim pula cuma seorang Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang DILANTIK oleh Presiden UMNO, tetapi oleh kerana beliau merupakan manusia yang sangat mudah ditarik telinganya, maka Muhyiddin memberikan beberapa jawatan istimewa kepada beliau seperti Pengerusi PNBBC dan yang terkini sebagai Pengerusi PR1MA

Maka parasit UMNO ini cuba menimbulkan keraguan akar umbi dengan cuba menanamkan naratif bahawa kononnya sekiranya UMNO bersendirian di dalam PRU 15, maka akan berakhirlah riwayat UMNO dari persada politik tanah air

Baca di sini :
1) https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2021/01/umno-akan-luput-selepas-pru-15-jika-salah-pilih-pakatan/

2) https://www.editormalaysia.com/21040/


Ironiknya, kenyataan yang mereka keluarkan adalah sangat-sangat bercanggah dengan 'poll' yang telah dilakukan bukan oleh pihak yang UMNO mempunyai kepentingan didalamnya

Dari 'poll' yang dilakukan, jelas rakyat mahu UMNO memasuki gelanggang PRU 15 secara solo dan UMNO akan berkubur sekiranya masih lagi bersama dengan PPBM dalam PRU 15

Jadi apakah asas dakwaan parasit UMNO itu

Mereka juga cuba memutarbelitkan kenyataan dengan mengatakan usul yang telah dibuat oleh Bahagian UMNO sebenarnya bukanlah kehendak sebenar akar umbi tetapi telah dipaksa oleh kepimpinan pusat

Baca di sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5112871745451776&id=100001870036702

Dakwaan ini sangat menarik kerana Perlis adalah negeri yang dikenalpasti berkeras mahu kerjasama antara UMNO dan PPBM diteruskan dalam PRU 15

Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Shahidan Kassim, mengeluarkan kenyataan bahawa Perlis akan tetap berkerjasama dengan PPBM sekiranya UMNO pusat meneruskan keputusan memutuskan kerjasama dengan PPBM dalam PRU 15


Malah Shahidan dengan angkuhnya berkata kalau disebabkan ketegasan pendirian UMNO Perlis itu tidak dipersetujui oleh UMNO pusat, terserah kepada UMNO pusat, kalau nak buang Perlis, buanglah!!


Tetapi setelah mendapat tekanan dari akar umbi UMNO Perlis, terutamanya dari UMNO Bahagian Arau sendiri,  Shahidan nampaknya 'u-turn' 360 darjah!!

Baca di sini :
https://www.facebook.com/atiefs/posts/10224320441174242

Kalau nak tahu siapa Shahidan sebenarnya, bacalah sendiri di Facebook Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atief

Baca di sini :
https://www.facebook.com/atiefs


Tersebar pula berita bahawa ada usaha yang dilakukan oleh parasit UMNO untuk mempengaruhi Ketua Bahagian UMNO supaya menolak keputusan yang telah dibuat oleh MKT UMNO

Malah sumber memaklumkan, Ketua Bahagian UMNO cuba diberikan rasuah politik bernilai antara RM10,000 hingga RM30,000 supaya bersetuju dengan apa yang parasit ini mahukan

Bukan lagi rahsia, dalang yang menyebabkan katak-katak UMNO melompat ke PPBM ialah Hishamuddin Hussien

Baca di sini :
https://www.malaysiakini.com/news/455871


Terkini, Hishamuddin telah mengarahkan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan bekas pegawai khas Hishamuddin, Bastien Onn, supaya mengeluarkan kenyataan pemimpin UMNO yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah tidak dibenarkan bertanding

Baca di sini :
https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-harus-bersih-pemimpin-didakwa-rasuah-perlu-tarik-diri-pada-pru15-bastien-269899

Sebenarnya masih ada lagi beberapa parasit UMNO yang masih lagi bersifat bacul tidak berani mendedahkan diri tetapi dalam masa yang sama terus bernaung di bawah bumbung UMNO dan mendapat laba hasil dari pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap parti dan akar umbi UMNO

Mereka semua WAJIB dihapuskan segera kerana mereka adalah parasit yang akan memusnahkan tiang seri rumah keramat UMNO

Sama ada berjaya atau tidak mereka meneruskan niat jahat mereka, kini segalanya terpulang kepada perwakilan UMNO

Janganlah disebabkan habuan RM10,000 atau RM20,000 atau RM30,000, maruah diri dan parti digadaikan

Duit walau berbukit sekali pun, pasti akan habis dibelanjakan, apatah lagi kalau nilainya cuma beberapa ribu ringgit tetapi maruah yang tergadai, sehingga anak cucu kita akan turut dihina manusia!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/03/akan-berjayakah-parasit-umno-menukar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Tidak Sekat Berkerjasama Dengan Umno Jika Parti Itu Setuju Angkat Agenda Reformasi

Pkr Tidak Sekat Berkerjasama Dengan Umno Jika Parti Itu Setuju Angkat Agenda Reformasi

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 253 hits
PUTRAJAYA Parti Keadilan Rakyat serta mengikut konsep kedaulatan undang undang Beliau menjelaskan apa yang penting ialah mengekalkan prinsip serta agenda reformasi yang perlu diberi keutamaan Beliau turut memetik dapatan sebuah akhbar sebel...
Berkawan Dengan Siapa Sahaja Termasuk Umno Prinsip Perjuangan Kekal

Berkawan Dengan Siapa Sahaja Termasuk Umno Prinsip Perjuangan Kekal

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 319 hits
MOHD ALI HASHIMDatuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan sedia berkawan dengan siapa sahaja termasuk Umno dengan syarat prinsip perjuangan yang ditetapkan oleh PKR sebelum ini kekal Siapa hendak berkawan kita kawan walau pun Umno sekalipun k...
Pengukuhan Dalam Umno Sentiasa Berjalan Parti Terus Kukuh Depani Cabaran Mohamed Khaled Nordin

Pengukuhan Dalam Umno Sentiasa Berjalan Parti Terus Kukuh Depani Cabaran Mohamed Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 203 hits
Hari ini kita bersyukur UMNO telah memasuki tahun ke 75 perjuangan dan kita juga akan sama sama menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2020 Kalau kita lihat kita telah melalui pelbagai jatuh bangun sebagai sebuah parti politik dan syukur Alhamdu...
Perjuangan Umno Tiada Penghujungnya

Perjuangan Umno Tiada Penghujungnya

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 292 hits
Type your search query and hit enter AlPara perwakilan sekalian 1 Saya sangat berbahagia dapat bersama dengan semua perwakilan Wanita Pemuda dan Puteri pada pagi ini 2 Dalam gawatnya pandemik ini Allah SWT terus mengizinkan kita berhimpun u...
Apapun Aliran Dalam Umno Mesti Berpandu Keputusan Parti Shahril Hamdan

Apapun Aliran Dalam Umno Mesti Berpandu Keputusan Parti Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 219 hits
Kerugian buat UMNO andai kita terus menerus berbalah disebabkan pihak ketiga Andai kita dua aliran kerana takrifan ideologi halatuju perjuangan pengisian tawaran dasar negara dan sebagainya sekurang kurangnya ia perbezaan yang membina Tetap...
Puteri Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Yang Wujud Untuk Memusnahkan Parti Itu

Puteri Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Yang Wujud Untuk Memusnahkan Parti Itu

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR Pergerakan Puteri UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu yang dilihat kewujudannya untuk memusnahkan parti itu Dalam ucapan dasar Perhimpunan Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini Ke...
Selamat Bersidang Umno Ke Mana Arah Tuju Parti

Selamat Bersidang Umno Ke Mana Arah Tuju Parti

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 252 hits
https bebasnews myBy 25 03 2021 Oleh Ahmad Abd HamidSABTU 27 Mac Perhimpunan Agung UMNO membuka tirai sehingga 28 Mac setelah PAU yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari ditangguhkan lantaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Perhimpu...
Pau 2020 Solidariti Ahli Parti Kukuhkan Umno Menuju Pru 15 Mahdzir Khalid

Pau 2020 Solidariti Ahli Parti Kukuhkan Umno Menuju Pru 15 Mahdzir Khalid

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 384 hits
Perhimpunan agung ini boleh menjadi tempat di mana kita semua bangkit dengan penuh semangat dengan penuh kesungguhan Paling penting sekali adalah kita mempunyai solidariti yang kuat dalam parti UMNO untuk menghadapi pilihan raya dan juga me...
Umno Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan Milik Parti Itu Di Seluruh Negara

Umno Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan Milik Parti Itu Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata UMNO sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan pilihan raya milik parti berkenaan di seluruh negara Ini susulan laporan bahawa Perikatan Nas...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa