Akad Dalam Muamalat Islam Serta Praktikal Kontrak Dalam Konteks Semasa Dan Zaman Silam




                        
 AKAD (KONTRAK) DALAM MUAMALAT ISLAM SERTA  PRAKTIKAL          KONTRAK DALAM KONTEKS SEMASA DAN ZAMAN SILAM
                                                       Muhammad Nuruddin Bashah


Pendahuluan
Sejak dahulu, penggunaan akad atau kontrak urus niaga sudah menjadi amalan harian bagi sesebuah masyarakat. Mereka memahami bahawa kontrak yang merupaksan satu aperjanjian bersama itu amat penting bagi melaksanakan sesebuah urus niaga berkaitan pertukaran pemilikan barangan atau manfaat sama ada yang melibatkan sebuah pihak ataupun pelbagai pihak.

Kontrak atau akad wujud di dalam muamalat Islam dan konvensional tetapi yang membezakan antara kedua-duanya ialah prinsip, struktur dan tatakelola perlaksanaannya.

Antara prinsip-prinsip yang patuh syariah dan popular diamalkan sekarang ialah seperti kontrak Murabahah, Mudharabah, Musyarakah dan Ijarah. Namun begitu umat Islam hanya menggunakan khidmat transaksi atau jual beli murabahah atau mudharabah dengan yakinnya tetapi rata-rata umat Islam tidak fahampun konsep yang membezakan kontrak itu dengan kontrak niaga konvensional. Kontrak cara Islam bertujuan secara umum menghalang sebarang penindasan dan penipuan. Di samping itu, Islam juga mengharamkan beberapa bentuk transaksi seperti melibatkan riba, penjualan benda haram dan berunsur ‘maisir’ (perjudian).

Sesebuah akad juga dapat memastikan sesebuah transaksi itu dilaksanakan dengan penuhtelus dan bertanggungjawab. Seandainya berlaku sebarang penipuan ataupun kecacatan,akad akan menjadi bukti bagi pelanggan untuk menuntut hak mereka. Dengan ini sesebuah akad akan meredakan pertelingkahan mendatang kepada kedua-dua belah pihak daripada ketidaktentuan dalam urus niaga.
Konsep akad dalam Islam.
Kalimah Akad berasal dari feel madhi bahasa arab ‘aaqoda’ atau masdar ‘aqdun’ dan akad boleh diterjemah kepada perkataan kontrak dalam istilah moden.

Akad dari sudut penggunaan bahasa Arab mempunyai makna yang pelbagai antaranya, janji, jaminan, kepercayaan dan ikatan (sama ada ikatan sebenar seperti mengikat tali atau ikatan simbolik seperti ikatan ijab dan qabul dalam akad jual-beli). Menurut Kamus Dewan pula memberikan pengertian akad sebagai janji dan perjanjian.

Akad menurut istilah fiqh ialah ikatan di antara ijab dan qabul yang dibuat serta memberi kesannya pada barang berkenaan.

Secara ringkasnya untuk melegitimasikan sesuatu kontrak tersebut mestilah terdapat hubungan antara penawar dengan penerima. Hubungan di antara penawar dan penerima terkandung di dalam konsep kerelaan. Kontrak juga haruslah memiliki matlamat. Oleh yang demikian, pembentukan sesuatu kontrak yang sah di dalam undang-undang Islam mestilah mengandungi tiga unsur utama iaitu

kerelaan,
objek
Matlamat. Jika diinjau daripada undang-undang kontrak moden, sama ada undang-undang kontrak Islam mahupun  Undang-undang kontrak Barat, digunakan istilah tawaran (offer) atau ijab, penerimaan (acceptance) atau qabul  dan balasan (consideration) atau matlamat digunakan.

Akad berfungsi untuk:

Untuk menjadikan di antara dua benda yangdilakukan menjadi sah/tidaksah
Mempelbagaikan cara untuk mendapatkanrezeki yang halal dan menguntungkan semua pihak
Memastikan harta yang diperolehi bersih daripada riba/perkara-perkara yang dilarang oleh syarak
Menjamin setiap kegiatan dilakukan dengan jujur, amanah dan saling meredhai dan tidak salah menyalah.
 

Pembahagian akad mengikut sifatnya dari aspek syarak, terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

Sahih (صحيح)  : semua rukun dan syarat yang ditetapkan

Batil(باطل) : yang tidak sempurna (cacat) syarat dan rukunnya

Nafiz (نافذ) : kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan dan kuasa untuk melakukannya

Mauquf  (موقوف): terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan untuk berkontrak, tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya seperti kanak-kanak mumayyiz.

Lazim (لازم) : kontrak yang tidak membolehkan salah satu pihak yang memeterai kontak membatalkannya tanpa persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak sewa dan jual beli.

Ja’iz (جائز) : membolehkan salah satu pihak yang berkontrak membatalkannya tanpa sebarang persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak wakalah.

Dalil kepentingan akad yang saling redho meredhoi dinyhatakan dalam surah An Nisa ayat 29 berikut ini:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

 

 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.

 

Perbezaan rukun akad menurut mazhab Shafie dan Hanafi.
Sesuatu kontrak, urusniaga atau muamalah akan terjadi apabila berlakunya tasarruf. Tasarruf adalah sebarang ucapan atau perbuatan yang akan mengakibatkan terjadinya suatu hukum atau persetujuan bersama.Tasarruf melalui perkataan terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu melalui kaedah akad dan bukan akad. Melalui tasarruf inilah terhasilnya iltizam atau komitmen untuk melaksana kontrak tersebut. Dalam tugasan ini kita memfokuskan berkenaan akad maka mengetahui rukunnya adalah perkara asas. Rukun dalam bahasa arab bermaksud keluarga atau anggota ataupun organ yang membentuk akad itu sendiri.

Rukun akad menurut Mazhab Hanafi

Pada pandangan mazhab Hanafi, hanya ada satu sahaja rukun iaitu ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan).

Ungkapan daripada orang yang mula-mula bercakap sebagai ijab dan ungkapan pihak kedua sebagai qabul. Erti kata lain, ijab sebagai kata-kata atau apa-apa jenis komunikasi yang keluar terlebih dahulu daripada dua orang yang berakad manakala qabul pula ialah kata-kata atau apa-apa jenis komunikasi yang lahir kemudian daripada salah seorang yang berakad sebagai jawapan kepada yang pertama.

 

Rukun akad menurut Mazhab Syafie

Menurut Imam Syafie rukun akad ada tiga iaitu

Sighah atau Ijab dan Qabul
Pihak berakad
Subjek akad (objek)
 

Sighah : Menurut Mazhab Syafie juga hanya ucapan yang keluar dari pemberi milik sahaja (penjual) yang dianggap ijab tanpa melihat samaada dia bercakap awal atau kemudian daripada pembeli. Manakala ucapan daripada bakal penerima milik adalah dianggap qabul walaupun ucapannya lebih awal daripada penjual.

 

Untuk memahami lanjut sila lihat contoh dibawah:

Kamil (penjual) : Saya jual kamera digital ini dengan harga RM 500 ya.

Ramlah (pembeli) : Saya setuju beli

Dalam situasi ini Mazhab Hanafi sepakat mengatakan Kamil adalah ijab manakala Ramlah adalah qabul.

 

Razali (pembeli) : Saya beli baju ini dengan harga RM 50 ya?

Zamri (penjual ) : Ya saya setuju jual

Dalam situasi kedua ini Mazhab Hanafi mengangap Razali sebagai Ijab manakala Zamri adalah qabul, hal ini kerana Razali yang bercakap dulu.

Manakala bagi Mazhab Syafie,  Zamri adalah pengucap ijab manakala Razali adalah qabul kerana Zamri adalah pemilik barang ataupun penjual.

 

Pihak berakad adalah : Dua pihak antara  pihak penjual dan pembeli yang memenuhi syarat akad jual beli. Tanpa adanya kedua belah pihak maka transaksi tidak  dianggap sah.

Subjek akad adalah : Objek yang diperjual belikan. Objek tersebut boleh jadi  harta benda mahupun manfaat  atau khidmat (servis) yang dapat diambil dan diberikan nilainya.

 

Objek dalam akad jual beli juga harus memenuhi syarat diantaranya objek tidak merupakan barang, harta yang haram untuk diperdagang seperti manusia atau barang najis seperti arak, bangkai, daging babi, anjing, dadah dan sebagainya. Objek dalam akad jual beli haruslah halal dan tidak memberikan mudharat bagi pembelinya.

 

Kedudukan jual beli Sarf menurut pandangan ulama silam dan semasa.
Pandangan ulama silam

Wang pernah disebut oleh Imam al-Ghazali sebagai pengukur nilai sesuatu barang. Dinar dan dirham dicipta sebagai hakim dan pengukur nilai harta sehingga seluruh harta layak diukur dengan keduanya. Jual beli menyebabkan  permintaan kepada kewujudan  wang. Menurut Ibn Rusyd terdapat kesukaran untuk menentukan nilai persamaan terhadap barang-barang yang berbeza. Oleh itu dinar dan dirham dijadikan bertujuan mengukur iaitu menentu nilai barangan.

Ibn Taymīyah menerangkan bahawa dirham dan dinar berfungsi sebagai  pengukur  nilai  dalam  jual  beli  dan  sebagai  harga  atau  alat  pertukaran.  Kewujudan dirham dan dinar bukan untuk mengambil manfaat terhadap logam tersebut tetapi ia di anggap sebagai alat pertukaran dalam jual beli atau harga (thaman).

Perlu kita ketahui bahawa wang dinar dan dirham jika di dalam bentuk yang asal (bercop mohor atau logo kerajaan) maka ia akan memberi manfaat. Namun jika ia dipecahkan atau dileburkan maka ia bagaikan komoditi biasa  dan hilang manfaatnya sebagai mewakili nilai barang-barang.

Perkara ini memudaratkan orang ramai (inflasi, jatuh matang wang dan sebagainya) dan hukumnya adalah  haram jika kita memecahkan dinar dan dirham. Wang  juga  digunakan  sebagai  alat  penyimpan  nilai  kerana  ia  tahan  lama dari aspek fizikalnya dan ia merupakan pandangan  Imam al-Ghazāli dan Ibnu Khaldūn. Menurut al-Ghazāli,  manusia  memerlukan harta yang tahan lama kerana keperluan ke atasnya (mata wang) akan berterusan. Oleh itu material yang paling tahan lama  ialah  logam.  Oleh  sebab  itu,  logam  yang  tahan  lama  seperti  emas,  perak  dan  tembaga dijadikan wang iaitu bahan yang sukar teroksida atau karat dan susut nilai.

Islam sebenarnya tidak mencegah jual beli wang tetapi meletakkan garis panduan ketat yang dapat menghindarkan  kemudaratan  dan  memberi  kemudaratan  (ḍhoror  wa  iḍhror)  dalam  jual  beli matawang ini. Ialam melarang  jual  beli  matawang  sama  jenis  kecuali dengan sama jenis (tamasul) dan tangan ke tangan (yadan bi yadin).

 

Pengertian al-sarf dari  segi  bahasa ialah “pertukaran atau peralihan, transformasi   daripada  sesuatu  keadaan  kepada keadaan  lain.” Maka lain,  perubahan  daripada  sesuatu  bentuk  kepada  bentuk  yang lain. Manakala dari segi istilah ialah “jual beli mata wang dengan mata wang samada sama jenis atau berbeza jenis.”

Contoh jual beli yang sama jenis seperti emas dengan  emas dan  perak  dengan  perak.  Manakala  jual  beli  berbeza jenis  ialah  emas dengan perak.

 

Rukun As Sarf

Tiga rukun iaitu lafaz ṣighah, āqidān (penjual)  dan ma’qud ‘alaih (barang dan harga).

 

Syarat As sarf

Islam telah meletakkan syarat-syarat tertentu pada al-ṣarf kerana ia merupakan akad jual beli yang amat hampir dengan riba. Syarat-syarat al-ṣarf  diambil daripada hadith-hadith Nabi s.a.w. berkaitan pertukaran emas dan perak.Syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti berikut:

Tamasul kuantiti dan tamasul jenis. Pertukaran  mata  wang  yang sama jenis  (emas  dengan  emas  atau  perak  dengan  perak) memerlukan persamaan (tamāsul)kuantiti. Lebihan kuantiti (faḍl) dalam jual beli ialah riba al-faḍl yang diharamkan syarak.
Qabḍ Sebelum Berpisah atau penyerahan barang dan harga di dalam majlis akad. Setiap pertukaran barangan ribawi yang sama jenis atau beza jenis perlu qabḍ dalam majlis jual beli. Kedua penjual  dan  pembeli  perlu qabḍ (serah) kedua-dua  wang yang  ditukarkan sebelum berpisah. Menurut Imam al-Subki, haram   berpisah   sebelum taqabuḍh ( تقابض ) kerana ia akan menimbulkan riba al-yad.
Tiada bertangguh atau Hulul ( حلول ). Pertukaran  dalam  jual  beli al-ṣarf tidak  boleh  secara  bertangguh kerana  tidak  berlaku qabḍ sebagaimana  syarat  dalam al-ṣarf.  Jual  beli  secara  bertangguh  menyebabkan  kontrak al-ṣarf tidak  sah kerana telah menjadi  riba.
Tiada khiyar syarat. Khiyar syarat ialah  satu  pihak  atau  kedua-dua  pihak  yang  berkontrak  mempunyai hak untuk meneruskan  akad yang dipersetujui atau membatalkannya  jika khiyār itu disyaratkan  dalam  akad.
Perbahasan zaman moden dan ulama semasa

Bai’ Al-Sarf Dalam kini wujud dalam transaksi dan pertukaran mata wang asing moden. Pasaran pertukaran mata wang asing atau pasaran pertukaran asing terjadi  kerana setiap negara di dunia memiliki mata wang yang tersendiri. Justeru, pertukaran mata wang diperlukan untuk tujuan perniagaan, perdagangan dan pelaburan dalam kalangan pemain pasaran antara negara-negara ini.

Amalan urusniaga jual beli mata wang diharuskan oleh ulamak tetapi pelaksanaan urus niaga wang ini mestilah dijalankan dalam keadaan mematuhi prinsip-prinsip syariah.

Jual beli mata wang asing merupakan pasaran pertukaran asing dan pasaran ini juga merujuk kepada interaksi penawaran dan permintaan terhadap satu-satu mata wang. Kadar pertukaran asing merupakan salah satu elemen penting dalam pertukaran asing. Kadar pertukaran asing ialah kadar sesuatu mata wang yang ditukarkan kepada mata wang lain. Dengan wujudnya kadar pertukaran asing ini ianya telah menyebabkan berlakunya naik dan turun nilai sesebuah mata wang. Maka dengan itu, instrumen derivatif seperti urus niaga hadapan dan urus niaga swap diadakan bagi menghadapi sifat kemeruapan yang terjadi pada mata wang. Hal ini  sekali gus membolehkan risiko kadar pertukaran asing ini dikurangkan. Terdapat dua risiko utama dalam urus niaga pertukaran

mata wang asing, yang perlu dihadapi oleh paserta iaitu:

Risiko pendedahan transaksi
Risiko terjemahan.
Risiko pendedahan transaksi : iaitu risiko yang dihadapi semasa aset dijual dengan nilai mata wang domestik sedangkan nilai sebenarnya berada dalam keadaan tidak pasti. Hal ini berlaku  akibat naik turun kadar pertukaran mata wang tersebut.

Risiko terjemahan : iaitu risiko yang wujud apabila nilai yang muncul bagi sesuatu aset dalam penyata kewangan tidak dapat dipastikan kesan daripada naik turun kadar pertukaran mata wang.

Secara konsepnya, urus niaga mata wang dalam Islam hanya boleh dilaksanakan secara semerta dengan nilai yang jelas.

Dalilnya berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:


Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli,
kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” (Riwayat Imam  Muslim)

Kebanyakan ulama’ berpandangan bahawa emas dan perak dalam hadis ini membawa mksud  sebarang bentuk medium kewangan. Atas sebab ini, semua bentuk mata wang perlu mematuhi peraturan dalam pertukaran sebagaimana peraturan tersebut terpakai ke atas emas dan perak.

Berdasarkan dalil diatas, pertukaran emas dengan emas mestilah dilaksanakan secara serta merta (on spot), dengan nilai kualiti dan kuantiti yang sama atau sebut ‘tamasul’ (تماثل).

Oleh kerana transaksi mesti berlaku secara serta merta (yadan biyadin), transaksi kehadapan contohnya seperti penyerahan dilakukan pada masa hadapan (tertangguh) adalah dilarang.

Dalam keadaan dunia moden yang tidak lagi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang, pertimbangan syariah dan ijtihad muasoroh (terkini) diperlukan terhadap urus niaga pertukaran asing melibatkan satu mata wang dengan mata wang. Sebagai komoditi niaga, pertukaran matawang asing perlu dilaksanakan melalui pertukaran tunai, secara tunai (on spot) dengan kontrak bai’ al-sarf.

Maka wujudlah ijtihad semasa iaitu Bai’ al-sarf sebagai kontrak pertukaran antara wang dengan wang. Kontrak ini perlu dipantau  ketat kerana ia boleh dimanipulasi dengan mudah untuk tujuan penghasilan pinjaman dengan faedah (riba) yang ditegah dalam Islam.

 

Di Malaysia, kontrak bai’ al-Sarf ini hanya boleh digunakan dalam urus niaga mata wang secara tunai  melalui institusi berlesen yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia dan tidak boleh digunakan dalam transaksi pertukaran asing yang menggunakan kaedah lindung nilai. Namun begitu melalui instrumen derivatif patuh syariah seperti Islamic FX forward, Islamic FX option dan Islamic FX swap, pertukaran asing boleh dilakukan sebagai  mekanisme lindung nilai dengan mematuhi prinsip jual beli menurut syariah.

 

Sebagai satu kontrak jual beli, terdapat beberapa syarat-syarat umum jual untuk  kontrak bai’ al-sarf :

 

Syarat  kontrak (in’iqad)

Syarat pada pihak yang melaksana kontrak – berakal, waras dan baligh, bagi kedua pihak.
Syarat pada kontrak – penerimaan mestilah sama dengan penawaran
Syarat pada tempat akad – majlis ijab dan qabul
Syarat pada barang yang dikontrakkan – wujud, bernilai dan di bawah pengawasan pemilik (penjual) serta mampu diserahkan semasa kontrak.
 

Syarat perlaksanaan (nafaz)

Milik atau kuasa menjaga – berupaya menjual tanpa halangan
Syarat sah - bebas dari sebarang kecacatan seperti

Akibat jahil
Akibat paksaan
Akibat penangguhan
Akibat gharar (ada keraguan)
Akibat bahaya
Akibat kerosakan pada syarat – hanya satu pihak sahaja yang memperoleh manfaat
Pelaksanaan pertukaran asing melalui bai’ al-sarf perlu mematuhi syarat bai’ al-sarf yang terdiri daripada:

Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah dari majlis akad.
Jual beli mata wang hendaklah dijalankan secara tunai ‘Hulul’ ( حلول ) dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
◦ Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-syart
Kesimpulan
 

Teori Ibn Khaldun rnengatakan, manusia secara fitrahnya hidup bermasyarakat. Ini bermakna secara semulajadi manusia menjalinkan hubungan antara satu sarna lain bagi memenuhi segala keperluan dan kehendak mereka. Dalam menjalinkan hubungan ini berlakulah muamalah dan syarak menggariskan beberapa prinsip muamalah Islam bagi rnengatur hubungan sesama rnanusia. Prinsip-prinsip ini kernudiannya ditafsirkan oleh para fuqaha' dan dibukukan dalarn kitab-kitab fiqh. Melalui tugasan berkenaan kontra kini, kita mendapati betapa telitinya syarakIslam untukmenjaga kebajikan dan kepentingan dua pihak yang bvermuamalah. Hal ini juga menunjukkan betapa terperincinya perbahasan ulama’ fiqh berkenaan kredibiliti penjual, pembeli serta keadaan pembelian yang perlu bersih dari segala kecacatan jual beli yang meragukan dan bakal menimbulkan pertikaian kelak.

 

RUJUKAN
 
Shamsiah Mohamad, Modul ABSM 3103 Fiqh Muamalat, 2010, Open University Malaysia (OUM)
 
Abdul Muhaimin Mahmood, Konsep Akad dan Jenisnya dalam Muamalat Islam, dimuat turun pada 12Julai 2020  di laman : http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/artikel/156-konsep-akad-dan-jenisnya-dalam-muamalat-islam
 

Kepentingan Akad dalam Urusniaga, dimuat turun pada 12Julai 2020  di laman :
https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/islamic-my/document/my/en/islamic/scoe/knowledge-centre/articles/kepentingan_akad_dalam_urus_niaga.pdf
 

Azila Ahmad Sarkawi, Akad-akad Muamalah Dalam Fiqh: Satu Analisis,2019, dimuat turun pada 12 Julai 2020 dari laman sesawang : file:///C:/Users/user/Downloads/22965-889-49743-1-10-20200319.pdf
 

Wan Norhaniza Wan Hasan, BAI’ AL-SARF DALAM PERTUKARAN ASING:

ANALISIS MAQASID SYARIAH, Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 2018, dimuat turun pada 13 Julai 2020 dari laman sesawang : http://www.jised.com/PDF/JISED-2018-11-06-03.pdf
 

Abdul Rahman A Shukor & Joni Tamkin Borhan, Konsep Wang dan al-Ṣarf Menurut Perspektif Syariah, Jurnal AL-BASIRAH Volume 7, 2017, dimuat turun pada 13 Julai 2020 dari laman sesawang;
https://ejournal.um.edu.my/index.php/ALBASIRAH/article/view/10933/7594
 

Al-Shaeih Yusuf al-Nabhani, 40 Hadith Berkenaan Ketegasan Pengharaman Riba, Abdullaah Jalil (Ed), 2017, Wisdom Publication, dimuat turun pada 13 Julai 2020 dari laman sesawang;  https://penuntutilmu.files.wordpress.com/2017/12/2017-12-18-40-hadith-berkenaan-ketegasan-pengharaman-riba.pdf



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laman-munawwarah.blogspot.com/2021/01/akad-kontrak-dalam-muamalat-islam-serta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadaan Orang Islam Akhir Zaman

Keadaan Orang Islam Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 296 hits
Keadaan orang Islam di akhir zaman Daripada Tsauban r a berkata Rasulullah SAW bersabda Hampir tiba suatu masa di mana bangsa bangsa di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hida...
Pkp 2 0 Pahang Benarkan Majlis Akad Nikah Hanya Di Pejabat Agama Islam Daerah Sahaja

Pkp 2 0 Pahang Benarkan Majlis Akad Nikah Hanya Di Pejabat Agama Islam Daerah Sahaja

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 771 hits
Pihak Jabatan Agama Islam Pahang telah mengeluarkan prosedur operasi standard bagi pelaksanaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi melaksanakan segala aktiviti pengurusan nikah bagi seluruh Negeri Pahang SOP baru ini berkuatkuasa ber...
Darurat Parlimen Tidak Akan Bersidang Pru Prn Dan Prk Tidak Akan Diadakan Semasa Darurat Berkuatkuasa

Darurat Parlimen Tidak Akan Bersidang Pru Prn Dan Prk Tidak Akan Diadakan Semasa Darurat Berkuatkuasa

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 227 hits
193 total views 193 views today Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pengumuman Khas Darurat hari ini memaklumkan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan sepanjang darurat berkuatkuasa Sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa Pilih...
Log Masuk Cims 3 0 Permohonan Syarikat Beroperasi Semasa Pkp

Log Masuk Cims 3 0 Permohonan Syarikat Beroperasi Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 470 hits
LOG MASUK CIMS 3 0 PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan anda boleh membuat Bagaimanakah cara untuk membuat PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Bagaiama...
Parlimen Digantung Tiada Pru Semasa Darurat

Parlimen Digantung Tiada Pru Semasa Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 214 hits
Parlimen tidak akan bersidang dan tiada pilih raya umum akan diadakan semasa tempoh darurat kata perdana menteri Bagaimanapun badan kehakiman akan terus berfungsi seperti biasa Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dalam pengumuman khasn...
Mengaku Ubah Jantina Sajat Dedah Video Digari Memang Betul Terima Layanan Buruk Semasa Beri Keterangan

Mengaku Ubah Jantina Sajat Dedah Video Digari Memang Betul Terima Layanan Buruk Semasa Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 588 hits
Usahawan sensasi kosmetik Nur Sajat tampil menceritakan perkara sebenar mengenai isu viral yang melibatkan dirinya baru baru ini
Hanya Lima Sektor Ekonomi Perlu Dibenarkan Beroperasi Semasa Pkp Pm

Hanya Lima Sektor Ekonomi Perlu Dibenarkan Beroperasi Semasa Pkp Pm

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 263 hits
508 total views 508 views today KUALA LUMPUR 11 Jan Kerajaan membenarkan lima sektor ekonomi perlu beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dilaksanakan untuk tempoh selama 14 hari mulai Rabu 13 Jan kata Perdana Menteri Tan ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord