Ajaran New Age


 Dah lama nak tulis pasal benda ni, tapi taktau nak tulis katne. Kang kalau salah difahami, habis aku kena bash, di tuduh pengamal ajaran sesat akidah confirm masuk neraka 🤣🤣🤣
OK, firstly, aku sebenarnya taktau ini semua adalah ajaran new age
Tapi sebenarnya, aku dah tahu pasal benda-benda ni, almost 8 tahun
Aku tak mencari, benda-benda ni yang lalu di mata aku, so memang aku baca
Tapi, kes aku berlainan
Something happen masa 2015, dia macam kau suddenly terinvolve dalam “dunia” berlainan
Bukan macam kau masuk dunia bunian ke apa, macam kau suddenly experience “dunia” lain di dalam realiti dunia
Benda ni kalau ko bercerita kepada pengamal new age, dia faham, auto faham, dan kau tahu dia bukan pura-pura buat-buat faham macam bomoh cuba nak rompak duit kau. Aaa gitu
Kau tak perlu nak explain panjang lebar, just cakap macam biasa, memang mereka faham
Macam kisah aku, pendek cerita macam ni la
Aku berjumpa dengan seseorang ni, stranger, suddenly super click, immediately terus rapat, borak pasal diri, famili, dan update pasal kehidupan kami
Suddenly aku rasa macam kami ni berborak berdua, walaupon ada orang keliling, actually conversation kami ni isolated, timeless (masa tak bergerak), berborak macam dah lama kenal dan pertemuan itu macam telah ditakdirkan
Kami hanya berjumpa 24 hours sahaja, dan masa ni dikira cukup, takde rindu or takde rasa ingin cari dan contact, sebab 24 hours dunia adalah tak sama dengan masa yang kami spend. Ibarat masa pertemuan itu “cukup”, tak perlu extra
Kita kalau dengan stranger, selalunya akan suspicious, takkan share info banyak. Tapi masa tu, aku rasa sistem kawalan, dah macam “Nah, ni remote control untuk otak saya, ni password, nah amik la semua”
Haaaa, macam tu la. Takda rasa perasaan takut or risau or feeling-feeling kena pukau. Memang hati, otak dan perasaan setuju dengan perjumpaan tu
Bila recall, actually muka dia pernah masuk mimpi masa umur 18 tahun, bertanya kabar, doakan aku semoga happy dan berjaya
Mana tak biol otak sis. Tiba-tiba dalam realiti kau, muncul benda-benda unexplained macam ni. Nak bercakap, kang orang ingat gila. Nak cari reason, macam taktau nak taip apa
Nak kata kena pukau, aku bukan suka yang terus in love taknak lepaskan dia
So? Haaaaa, itu la permulaan macamana discovery aku lead ke benda-benda new age ni
Takut? Opkos takut, cuba kau baca teori-teori new age tu, boleh menyesatkan, terpesong akidah, dan mengajak kepada membuat perkara terlarang dalam agama
So, apa aku buat? Aku baca. Mana yang lalu aku baca
Lepas tu, setiap kali new info yang aku tak pernah dengar, aku cari dalam perubatan islam pula, ada tak bercanggah
Eh, ni dah macam ajaran sesat, hmm OK, baca boleh, mungkin percaya bahagian atas, yang bawah ni abaikan
Lepas tu baca page orang lain, eh, yang ni cakap, benda tu salah, tadi page ni kata lain
So, sejak tu aku dah tahu, semua pengamal new age ni, ada juga yang bercanggah ideology nya. Mereka bukan plan nak sesatkan orang, tapi mereka menulis tu, berdasarkan apa fahaman mereka, so sebagai pembaca, kau baca laaa dulu, percaya or tak, rujuk la kembali kepada ajaran agama korang. Sebab mereka semua ni pon manusia biasa juga. Ter interpret benda jadi maksud berlainan
So, setiap kali aku baca, nampak macam relate dengan masalah aku, aku akan google kembali ajaran agama
Mana yang bercanggah, aku tak absorb, mana yang tak bercanggah, aku terima
So, at last aku dapat jawapan berkenaan kisah itu
……
Tiba-tiba, aku terjumpa blogger, Ig dan tiktok pengamal new age ni. Memang astagfirullahalazim laaa bila aku tengok
Aku terkejut
Sebab aku rasa, diorang ni ada yang sebenarnya tak pernah pon menghadapi isu sampai perlu taksub terhadap New Age ni. Ibarat, saja-saja nak explore, gatal, dan tiba-tiba terus memilih nak follow New Age
Wat the heck!!! Bagi aku, korang tak pernah di offer “membership” untuk terjebak dalam dunia ni. So, bila kau taksub dan cuba mengamalkan berdasarkan teori yang dipelajari, sumpah sesat siot. Sesat tak boleh kembali ke pangkal jalan sebab mind set korang dah fix. Orang yang terjebak dalam dunia aneh ni, diorang tak minta, tapi tetiba dapat “membership”, so kami-kami ni terpaksa explore mengenal diri sebab sumpah confusing dan takda siapa boleh explain kat kitorang
Lain yer
Bila aku dengar talk mereka, ada yang original, boleh tahu, dia ni pernah mengalami benda yang sama, so, cara dia bercakap tu, adalah untuk bercerita apa yang dia fahami, tapi bukan untuk menarik orang lain untuk join bersama-sama untuk explore dunia ni
Tapi ada juga yang aku nampak, cubaan untuk merekrut orang, supaya ramai pengamal New Age, so boleh bentuk society
Kepala hotak korang. Aku pon kalau boleh taknak orang lain mengalami benda-benda yang tak boleh di explain kepada dunia, tapi, kau dengan syaitonnya, nak mengajak orang beramai-ramai mengamalkan dakyah New Age sebab nampak ada option lain selain ajaran agama. Sumpah bangang
💆🏽‍♀️💆🏽‍♀️💆🏽‍♀️💆🏽‍♀️
Sebab tu, bila aku tengok orang yang taksub mengamalkan ajaran New Age, dengan diri mereka sekali nampak lost. Sebab, otak mereka rigid, benda simple pon boleh bertekak nak pertahankan diri
Bagi aku, mereka ni orang-orang low frequency. Aku tak rasa ajaran New Age ni sesuai dengan orang yang low frequency, sebab dalam diri mereka pon masih lost, ego tinggi, hati tak mudah menerima perubahan, asyik nak menang, taknak kalah sebab ego, tapi ada hati nak mengamalkan benda-benda yang orang high frequency hadapi
Eh, memang makin sesat ke laut dalam jadinya
Orang high frequency, mereka tak berdebat. Sebab tu kalau terjumpa pengamal New Age, aku boleh tahu, dia ni original atau tak. Sebab mereka ni bukan nak tarik follower, bukan
Mereka nampak kau macam ada problem, so mereka nak share dengan kau pengalaman mereka. Mereka tak perlu tanya apa masalah kau, sebab mereka macam dah ada intuitive gift, mereka boleh agak apa yang kau hadapi cuma taktahu detail sahaja (dan mereka tak perlu tahu detail untuk settlekan masalah kau)
Bila kau bercerita, walaupon patchy patchy, dua-dua akan auto faham. Language bahasa macam biasa tapi ada extra sense dan sama-sama faham
Macam baby cakap dengan baby pakai bahasa baby. Diorang je faham 🤣🤣🤣 haaa macam tu la
Sebenarnya boleh nampak siapa yang gifted dan mengamal New Age ni. Untuk aku, aku boleh agak
1) Diorang ni selalu nya orang-orang yang baik, soft spoken, tapi kalau mereka Islam, mereka ni macam tak amalkan sangat ajaran Islam. Ada yang baru cuba nak belajar pasal agama Islam sebab mereka tahu ajaran Islam tu bagus, tapi dari kecik tak pernah didedahkan, cuma jadi pelik la sebab nampak macam belajar sendiri
2) Gaya dan cara hidup memang tak mengikut ajaran Islam sebab dari kecik memang hidup bebas, mungkin pernah terlibat dengan seks bebas, dadah, arak, macam orang lost- tapi tiba-tiba berubah menjadi baik, cuma pemakaian tu memang terdedah sini sana tapi bukan untuk menarik perhatian, tapi memang cara hidup mereka dari kecil, tak menutup aurat
3)Ada big event pernah terjadi, kehilangan orang tersayang, kehidupan tetiba berubah 360, hilang arah tujuan hidup, sampai la mengamalkan ajaran New Age, baru mereka berjumpa arah tujuan hidup dan tak bunuh diri
Mereka semua ni baik. Kalau aku jumpa tu, aku selalu berdoa, semoga bila mereka mati, ada la cebis-cebis pertolongan mereka ni boleh jadi asbab mereka masuk syurga. Memang time ni laa kau akan nampak, nobody is perfect, actually mereka cuba nak tolong orang dan dalam masa yang sama, mereka pon masih mencari sinar cahaya dalam hidup. Mereka tahu, mereka tak mengamalkan ajaran Islam dan mereka sebenarnya nak belajar cuma itu lah, tak cari cikgu yang betul sebab orang-orang ajar agama ni kengkadang mulut pun puaka, terus label mereka-mereka ni sebagai ahli neraka lepas tengok pemakaian
Padahal, bagi aku, mereka yang mampu pakai tudung, jaga aurat, sembahyang cukup, mengaji cukup, kelas agama cukup, ketahui la, anda tu antara insan yang bertuah di lahirkan mudah untuk membuat semua benda itu, tak semua orang dilahirkan bertuah macam tu. Maka, sila bersyukur, bukan menghina orang lain yea
Bila aku berborak dengan mereka ni, mereka tak pernah paksa kau terima ajaran dia. Dia cuma share apa yang mereka tahu dan mungkin apa yang kau nak dengar. Tapi, semua itu, is up to you whether to believe it or not. It just a few suggestions for you, kalau nak follow, boleh, kalau taknak, kita explore option lain
Dia takde istilah, “Eh, semua benda aku dah cakap, ko taknak dengar, patut la tak baik-baik, cuba jangan degil”
Ermmm, mereka ni orang high frequency yea, bukan low frequency. Mulut takda yang macam ni 🤣🤣🤣
Sometimes, ada je prediction mereka salah, dan mereka auto sedar dan cakap, hmmm mungkin dia pun salah faham
Key dia: Sama-sama explore, takda jawapan salah or betul
Tapi, banyak yang aku tengok sekarang, taksub terlebih, memang aku tak tengok laa terus
Low frequency, akan attract low frequency. Sebab tu aku tak kisah percambahan mereka di social media
Kau akan attract orang yang lebih kurang kau je. So, kalau ko jenis tak macam tu, kau takkan terjumpa orang begini.
Aku faham je maksud law of attraction, positive thinking tu, tapi bila puak-puak ni explain, ape merapu laa korang praktis ni
Kau hengat sebut mulut banyak kali tu auto berkesan? Kalau hati busuk, otak busuk? Memang tak laa weih, kau nak bodohkan Allah ke?
Magnet duit tu pon aku memang dah faham, tanpa perlu tengok New Age tu. Tapi diorang explain tu, memang betul2 anggap duit tu magnet
Bukan camtu nokkk
Dia macam ni, kalau kau tak kisah pasal duit, duit kau memang akan bertambah sebab perangai kau macam tu, kau akan banyak terexpose kepada benda-benda yang mendatangkan rezeki
Contoh macam ayat gini
Kalau ada duit 10 ribu, kami kasi pada awak, dan setiap 10 ribu yang di terima, jiran rumah awak akan dapat 5 ribu
Adakah anda inginkan duit 10 ribu ini?
Next option, sekiranya kami kasi 8 ribu pada kamu, tapi setiap 8 ribu yang awak terima, jiran awak akan mendapat 1 ribu sahaja, adakah anda ingin 8 ribu ini?
Kalau orang tu busuk hati, dia akan fikir camni “Eh, apsal pula setiap kali aku dapat duit, jiran aku dapat duit free, tak aci la, patut aku la dapat semua duit tu or dia dapat lagi sikit la, kenapa dia dapat 5 ribu senang-senang? Tak fair la macam tu”
Kalau aku, gi mampos laa jiran aku dapat duit free pon, asalkan aku 10k
So, pemikiran korang ni laa yang akan menentukan kau kaya atau tak. Itu la magnet rezeki. Lagi kau malas nak fikir pasal duit, lagi bersepah duit ko dari banyak sumber
Macam la korang faham apa aku cakap hahaha
Macamni, duit pusaka 10 ribu dah nak berebut, siap curi hak orang lain
Macamana ko nak handle duit 100 ribu, sebab 10 ribu pon ko dah nampak banyak. Terus joli sakan, maka terus jadi miskin balik
Kalau orang tu rasa 10 k tu sikit, dia macam tak pandang pon, sebab dia nak aim cari lagi tinggi
Macam aku la, kau nak gaduh pasal duit RM 100 sampai bertekak, bermasam muka
Eh, tak berbaloi, amik la kau wahai miskin, amik la RM 100 tu, bazir masa aku je, banyak kerja lain aku nak settlekan
Sebab aku fikir bazir masa, bukan tukarkan nilai wang tu kepada “Aku boleh beli beras 2 kampit, boleh makan 2 bulan kenyang”
Kalau kau tengok RM 100 pon kau tak hadap, kau akan senang menderma RM 100 tu, dan kau takkan mengambil hak org sebab kau nampak nilai nya sedikit walaupon sebenarnya boleh menjamu keluarga sebulan
Tapi, kalau jenis kedekut, belikan makanan kucing pon dia boleh cakap “Daripada kau belikan nasi untuk kucing, baik belikan untuk aku, boleh kenyang lunch ni”
Dia lupa, kucing boleh doakan murah rezeki, tapi kasi dia, jadi tahi je
Mentaliti tu lain. Tak semua benda perlu tukarkan ke nilai beras kecuali kalau anda memang betul-betul miskin
Isunya, yang selalu berebut harta ni, dah la gemok, boyot, cukup je makan, tapi tamak je lebih
Hmm, nanti sambung kalau aku ada terjumpa idea lain
Adios
Conclusion: Ilmu New Age ni jangan saja gatal-gatal di explore kalau tak perlu, memang kau jatuh sesat kesudahannya
Benda ghaib, tak familiar, jangan gatal-gatal cuba nak explore. Contoh, contact higher self la, ancestor la, itu bukan dunia korang, kau tak faham dan tak ready lagi nak masuk
Kalau silap explore, tak pasal-pasal deal dengan syaitan dan hantu sebenarnya
Untuk kau deal dengan benda-benda yang kau tak faham ni, kunci utamanya, dalaman kau kena bersih. Kau je tahu, orang lain taktau
Kalau kau masih ada ego, busuk hati, dengki, memang amat merbahaya untuk explore, diri kau sendiri akan terperangkap
Benda baik benda jahat bercampur dalam dunia ghaib ni, sebab tu cara bomoh tu bagi aku salah. Mana boleh terus cakap “Orang ni yang hantar, orang tu yang hantar”
Itu semua tipu daya setan. Bagi aku, kau patut cakap apa yang kau nampak, benda apa ko nampak, apa benda tu buat. Itu semua adalah key message, tapi cara nak interpret dia tu bukan macam tu, benda tu hanyalah secret code, hanya orang tertentu je boleh interpret. Macam moses code. Ini main sedap je tuduh, si polan hantar barang. Kalau betul takpe, tapi ntah-ntah kau yang menghantar barang 
Jangan explore benda yang tak perlu, ikut ajaran agama masing - masing yea


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kipasbesi.blogspot.com/2023/10/ajaran-new-age.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
More Than A Buffet The New Table Service Experience At The Chinese Buffet In Bury

More Than A Buffet The New Table Service Experience At The Chinese Buffet In Bury

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 263 hits
The enticement of Chinese food is evident and is there a better way to indulge in the rich flavor of Chinese food than by attending an Chinese buffet If you re in Bury or Wigan there s a chance to be getting a treat because the Chinese Buff...
Set Proper Fiscal Targets Under New Law Govt Urged

Set Proper Fiscal Targets Under New Law Govt Urged

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 251 hits
The civil service salary and pension makes up RM31 billion of the government s budget PETALING JAYA The government has been urged to review the targets it has set under the proposed Public Finance and Fiscal Responsibility Act to better man...
Factory Special The New Yamaha Xsr 900 Gp Goes Into Production

Factory Special The New Yamaha Xsr 900 Gp Goes Into Production

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 197 hits
Every time we think the motorcycle industry s heritage segment has reached its zenith another major manufacturer cashes in and the cycle continues This time it s Yamaha s turn with the announcement of the remarkably provocative GP Yamaha do...
Wan Saiful Slapped With 18 New Money Laundering Charges

Wan Saiful Slapped With 18 New Money Laundering Charges

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 149 hits
The former Bersatu information chief pleads not guilty to all the charges at the Kuala Lumpur sessions court Former Bersatu information chief Wan Saiful Wan Jan has claimed trial to 18 new charges of money laundering totalling close to RM6 ...
Tak Perlu Fly New Zealand Untuk Rasai Makanan Di Sana Kini Semuanya Ada Di Malaysia

Tak Perlu Fly New Zealand Untuk Rasai Makanan Di Sana Kini Semuanya Ada Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 137 hits
Bila sebut New Zealand mesti korang akan terfikir sukan rugbi ataupun cheese Sedapnya Tapi kan dekat Malaysia susah tau nak dapat barangan dari New Zealand yang lazat sihat dan berkualiti tinggi Agak agak korang dekat mana var currentUrlTwo
Afnan Is New Pas Youth Chief

Afnan Is New Pas Youth Chief

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 143 hits
Alor Setar MP Afnan Hamimi Taib Azamudden has been chosen as the new PAS Youth chief for the term 2023 2025 Afnan won the post uncontested after his predecessor Pasir Mas MP Ahmad Fadhli Shaari decided not to defend the position after servi...
Your New Go To Keyboard Shortcut Introducing The Command Palette

Your New Go To Keyboard Shortcut Introducing The Command Palette

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 337 hits
Can we all agree that keyboard shortcuts have become indispensable to the experience of using a computer Just think about where the world would be without copy paste We may not think about them much but these combinations of keystrokes have...
Myairline Affected Passengers To Be Refunded When New Investors Come

Myairline Affected Passengers To Be Refunded When New Investors Come

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 129 hits
Budget airline MYAirline will only be able to refund passengers affected by the suspension of its operations once new investors come in According to its interim accountable executive Azharuddin Abdul Rahman the company is currently in the f...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025