Aisyah Aziz Idam Pentas Ajl






Ada sesuatu yang cukup unik tentang kualiti vokal penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz. Kualiti tersebut jarang-jarang wujud dalam diri kebanyakan penyanyi wanita generasi sekarang yang seperti memburu ruang untuk mengecap bahang populariti.

Listrik vokal Aisyah atau nama sebenarnya, Nur Aishah Aziz, 24, kaya dengan elemen kontemporari dan bersifat klasikal lalu menjadikan dirinya sebagai antara penyanyi wanita tempatan yang wajar diberikan perhatian secukupnya.

Usai program realiti, Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013, wanita ini terus mengorak langkah di persada seni suara Malaysia. Namun sayang seribu kali sayang, entah di mana silapnya, populariti Aisyah agak terkebelakang jika dibandingkan dengan rakan seperjuangan yang lebih mentah usia daripadanya.

Situasi sebegitu bagaimanapun bukan bertujuan untuk menidakkan kualiti bakat yang ada pada dirinya. Aisyah sendiri cukup sedar, muziknya sukar diterima umum.

“Saya tahu corak lagu dan nada vokal saya. Pada tahap sekarang, saya sedar bukan semua orang boleh terima apa yang saya tonjolkan dalam industri,” katanya ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen, LazAda Style di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur baru-baru ini.

Impian AJL Bila Entah

Ulas Aisyah lagi, dia tidak mahu terlalu merunsingkan soal populariti asalkan dapat terus berkarya dan berkongsi bakat nyanyian dengan khayalak.

“Enam tahun dalam industri, sejujurnya saya sudah semakin boleh hadam bahawa muzik yang ingin saya sampaikan sukar diterima umum.

“Senang cerita, kalau orang ingin atau tidak mahu dengar lagu saya, saya sudah tiada masalah untuk tidur atau rasa tertekan,” ujar pelantun lagu Mimpi itu.

Terus membuktikan kualiti karya seni dengan lagu Bila Entah ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Aisyah berkata, lagu terbaharunya itu sudah memasuki senarai pencalonan baharu carta Muzik-Muzik 34.

“Bila Entah sudah masuk pencalonan Muzik-Muzik 34. Saya berharap lagu ini terus mara sehingga ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana kualiti lagu ciptaan Hael dan Ezra sangat bagus.

“Kalau ditanya boleh ke saya masuk AJL sedangkan saya orang Singapura, jawapannya boleh kerana lagu ini ciptaan komposer dari Malaysia.

“Kalau dipersoalkan bahawa orang Singapura tidak patut dibenarkan bertanding atau melakukan persembahan dalam AJL, saya ingin mengatakan, ini bukan soal orang Singapura atau Malaysia, saya orang Melayu dan dua negara ini sudah seperti adik-beradik,” getusnya.

Pandangan seksi

Bercakap tentang klip video Bila Entah yang ‘kurang lebat’ dari segi jumlah tontonan dan menonjolkan penampilan seksinya, Aisyah mempunyai pandangan tersendiri.

“Lagu Bila Entah masih dalam fasa promosi. Dalam YouTube pun jumlah tontonan sudah mencecah dua juta. Saya kira, itu pencapaian yang memberangsangkan untuk artis seperti saya.

“Tentang penampilan terlalu seksi dalam klip video, saya rasa khalayak sudah kenal keperibadian saya. Tidak bermakna saya tunjuk ‘kulit’ sedikit, saya perempuan murahan. Tetapi kalau orang boleh sewenang-wenangnya fikir begitu, itu urusan mereka.

“Saya tidak berada di posisi untuk membuktikan sesuatu yang bukan saya dan memuaskan hati semua orang,” katanya.

Disuakan pertanyaan tentang perbezaan penerimaan peminat di Malaysia dan Singapura berkaitan imej berani dan seksinya, Aisyah tidak menafikan ada jurang yang jelas.

“Saya faham majoriti orang Malaysia adalah muslim dan disebabkan itu mereka berfikiran sebegitu apabila melibatkan isu pemakaian dan sebagainya.

“Maaf cakap, ramai orang sangat takut dengan perkara yang mereka tidak tahu. Dengan melemparkan tohmahan bertubi-tubi, mereka rasa boleh menyelesaikan masalah. Mereka rasa pakai seksi bermakna jiwa saya kotor dan mereka tahu segala-galanya,” adik kepada pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz itu merungkai luahan hatinya.

Bercinta semula

Umum mengetahui, Aisyah sangat berahsia tentang hubungan cintanya dengan seorang lelaki. Sehingga kini, dia masih belum bersedia untuk berkongsi identiti gerangan lelaki yang berjaya mencuri hatinya.

Didakwa sudah putus cinta, Aisyah menafikan perkara perkara tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku antaranya dengan lelaki itu hanyalah fasa bertenang.

“Ya, kami sudah kembali berhubung dan saya boleh katakan, kami sudah berpacaran semula. Saya tidak tahu bagaimana untuk bercerita tentang hal ini kerana semuanya berlaku secara semula jadi.

“Kami sangat melengkapi antara satu sama lain dan baru-baru ini, kami berjumpa kembali.

“Kami bukan putus cinta namun apa yang boleh saya katakan, kami mengambil masa untuk proses bertenang. Apabila anda relaks dan tidak marah, hubungan akan bercantum semula,” katanya yang turut terlibat dalam sebuah drama bersiri muzikal, Fried Rice Paradise terbitan MediaCorp Saluran 5.

Diintai sedikit identiti lelaki berkenaan, jawab Aisyah: “Dia sangat menarik. Separuh Malaysia, separuh Singapura. Susah nak cakap kerana saya sendiri pun tidak tahu sebenarnya apa yang berlaku sekarang.”




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/aisyah-aziz-idam-pentas-ajl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fasha Sandha Aidil Aziz Tolak Tajaan Kahwin Rm200 000

Fasha Sandha Aidil Aziz Tolak Tajaan Kahwin Rm200 000

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 671 hits
Baru saja melangsungkan majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki pada 6 April lalu Fasha Sandha mendedahkan ada pihak berminat untuk menaja sebuah The post appeared first on
Aziz Harun Jauh Chord

Aziz Harun Jauh Chord

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 761 hits
AmAm berat hati mencubaG Ammenghapuskan segalaF G C Eyang ada di jiwaAm E mungkin kau tak merasaA Dapa yang aku rasaDm G C tetap ku berikan semuaC E Amakan aku doakan dirimuDm D Gtuk bahagia hanya tuhan tahuC E Amtetap kamu ada di hatikuD D...
Sinopsis Cinta Ke2 By Zihasra Aziz

Sinopsis Cinta Ke2 By Zihasra Aziz

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 463 hits
Terasa macam dah lama dah sebenarnya tak mengadap novel ni Last hari tu baca novel tajuk apa ye lupa dah Maybe novel sendiri punya kot itu yang lupa Cuba novel orang lain Memang ingat je hikhik macamlah kita ni ingat semua Oklah memandangka...
Ceramah Pentas Malaysia Baru Di Kuala Kedah

Ceramah Pentas Malaysia Baru Di Kuala Kedah

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 459 hits
Langsung ceramah Pentas Malaysia Baru di Kuala Kedah yang dihadiri oleh YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan Kedah YB Dato Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena YB Asmirul Anuar Aris Ketua Pemuda Pakatan Harapan Ke...
Perak Bergolak Aziz Mahu Jadi Mb

Perak Bergolak Aziz Mahu Jadi Mb

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 158 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR23 APRIL 2019AUDIO seorang Exco Perak menyerang kredibiliti Menteri Besarnya telah viral di media sosial Hari ini akhbar The Star mendedahkan tokoh itu adalah Dr Abd Aziz Bari dari DAP Semalam kesemua 10 ahli ahli E...
Lirik Lagu Aziz Harun Jauh

Lirik Lagu Aziz Harun Jauh

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 528 hits
Lirik Lagu Aziz Harun JauhLirik Lagu Aziz Harun Jauh Assalamualaikum Salam Sejahtera gais Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu baru dari Wany Hasrita yang berjudul Terlalu Memuja Lagu ini dikeluarkan oleh Universal Music M...
Aisyah Rindu Daddy Terlalu Lama Tidak Melihat Wajah Acap

Aisyah Rindu Daddy Terlalu Lama Tidak Melihat Wajah Acap

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 499 hits
Viralkan kisah kehilangan Acap ketika Acap menyertai program larian dan sehingga kini Acap masih belum ditemui walaupun operasi mencarinya diadakan secara besar besaran melibatkan ramai pihak Aisyah Rindu Daddy Aishah sebut perkataan daddy ...
Wanita Jangan Takut Jadi Janda Peguam Kongsi Pengalaman Kes Wanita Persis Aisyah Nur 2

Wanita Jangan Takut Jadi Janda Peguam Kongsi Pengalaman Kes Wanita Persis Aisyah Nur 2

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 410 hits
Wanita Jangan Takut Jadi Janda Peguam Kongsi Pengalaman Kes Wanita Persis Aisyah Nur 2 Drama Nur 2 kian mendapat sambutan dari penonton dan ada segelintir pihak melenting apabila menyaksikan intipati Nur 2 adalah tidak sesuai untuk tontonan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket