Airbot Supersonics Vacuum Kuasa Sedutan Kuat Dan Berbaloi Dengan Harga
Airbot Supersonics Vacuum senangkan kerja-kerja membersih kat rumah. Sebelum ni vacuum kat rumah k.fiezz, jenis yang ada berwayar tu. Hat kena heret ke hulu hilir tu. Adeh, penat nak tarik satu hal, lepas tu kena tukar-tukar plug bila nak vacuum kat lain-lain area. Contoh lepas vacuum kat ruang tamu, nak kena vacuum kat dalam bilik pula. Leceh kena menunduk bila asyik kena membongkok tukar plug. Mengah sis. Terus terasa tua bila asyik kena bangun duduk bila nak tukar plug vacuum. haha.
Ada lah juga ter usya cordless vacuum macam dalam gambar ni. Tapi bila tengok harga dia. KIV lah dulu. Nanti ada duit baru beli. Hehe.
Berkenan memang berkenan tengok cordless vacuum macam ni. Senang kerja nak membersih dalam rumah. Tapi itu lah bajet pula tak berapa nak mandang. Jadi kelip-kelip mata je lah tengok cordless vacuum ni. Dalam hati, ada bajet nanti memang nak beli juga seketul. Untuk jadi assistant sis kat rumah. K.fiezz tak kisah pun jenama apa. Yang penting boleh berfungsi dengan elok.
Sekarang kan style jenis vacuum macam airbot supersonics vacuum ni. Itu yang kakak fiezz ni cepat benor terpengaruh. Nak ikut trend konsepnya. hehe.
VACUUM LAMA ROSAK
Airbot Supersonics Vacuum, ko sabar jap. Hehe. Cukup duit, sis beli. Kebetulan nak dijadikan cerita, vacuum lama tu pula asyik bermasalah. Kuasa sedutan dia dah tak berapa kuat. Aihhh, marah pula rasa. Sebab vacuum pun macam serupa tak payah vacuum. Penat bangun duduk bila tukar plug. Sekali dia tak nak sedut pula kotoran macam sampah-sampah yang jenis kecil-kecil & bekas sisa jajan atas karpet (mr hubby punya kerja sebab makan keropok kat sofa. Udah lah jatuh pula kat atas karpet bawah sofa). hehe
Walaupun begitu, k.fiezz tetap setia guna vacuum yang lama tu. hehe. Sejenis malas nak complaint ceritanya. Jadi senyap je lah. Tak mengadu pun dengan mr hubby. Ada lah juga macam membebel dengan mr hubby, mengadu vacuum lama tu tak berapa nak kuat sedutan dia. Tapi mr hubby tak ada komen apa-apa. K.fiezz pun tak ada lah suruh mr hubby beli pun.
Jadi sis guna vacuum lama yang tak berapa nak sedut tu. Eiii geram. Penat tau vacuum tapi sampah statik tak bergerak pun dari karpet.
Mr Hubby Beli AirBot Supersonics Vacuum Lepas Dengar K.fiezz Membebel
Haha. Iya serius ni. Ada sekali tu, k.fiezz tengah vacuum kat ruang tamu. Vacuum tu pula memang tak membantu langsung. Segala sampah, kotoran kat atas karpet / lantai, dai tak boleh nak sedut. K.fiezz ni dah membebel lah ceritanya. Penat kita asyik bangun duduk duk tukar plug. Dia tak berfungsi pula.
Rupanya mr hubby terdengar yang k.fiezz membebel tu. hehe
AIRBOT SUPERSONICS VACUUM SAMPAI
Masa mr hubby nak beli airbot supersonics vacuum ni, k.fiezz memang dah tahu. Mr hubby tunjuk kat k.fiezz, dia dah order airbot supersonics vacuum dalam shopee. Itu yang k.fiezz tahu mr hubby terdengar k.fiezz membebel masa vacuum lama buat hal. haha. Tak sia-sia membebel. haha.
Order airbot supersonics vacuum ni 4hb April 2021, selang 2 hari sampai kat rumah. Yeay. Walaupun seller ni, tulis kat item dia jual ni pre order. Worry not, tak tunggu lama pun. Mungkin kebetulan masa tu ada stok kat dia.
Bila dah sampai airbot supersonics vacuum ni, excited nak rasmi. Sebelum tu kena caj dulu. Kita kasi penuh bateri dia. Lepas tu baru guna dengan senang hati. Nak caj dia berapa lama?Nampak lampu dia dari merah dah bertukar ke warna hijau, dah penuh lah tu. Boleh tutup & sedia untuk digunakan. Merah - habis bateri & Hijau - bateri penuh.
Tempoh ketahanan - 45 minit (mod - kelajuan rendah) & 25 minit ( mod - kelajuan tinggi).
Biasanya untuk sekali caj, k.fiezz boleh guna beberapa kali sebelum airbot supersonics vauumhabis bateri. Rumah k.fiezz keluasan tak besar (rumah flat) & k.fiezz bukan vacuum hari-hari. Jadi boleh tahan beberapa hari setiap satu kali caj.
Harga - Masa mr hubby beli RM309.00. Tolak baucer kedai RM8.00 & dapat free shipping, total RM301.00 sahaja.
Nak tahu detail pasal Airbot Supersonics Vacuum ni. Sila baca di bawah.
------ Penerangan Produk ------
Model Supersonik yang ditingkatkan dengan peningkatan prestasi motor Nidec BLDC untuk digunakan di pelbagai jenis lantai: kayu / marmar / lamina / vinil / jubin dan lain-lain.------ Ciri-Ciri------ Motor elektrik DC NDEC Brushless baru (BLDC) yang meningkatkan daya sedutan untuk mengambil habuk mikro dengan mudah.
Kuasa akan diputuskan secara automatik apabila dicas sepenuhnya.
Tekan dan lepaskan butang kuasa tunggal untuk membebaskan jari semasa membersihkan.
Kawalan kelajuan dua kali dengan menekan butang.
Kelajuan Rendah (Untuk pembersihan cepat dan penjimatan tenaga dengan bunyi minimum)
Berkelajuan Tinggi (Untuk pembersihan karpet tebal)
Masa Operasi | Kelajuan rendah (30-45mins); Kelajuan tinggi (10-15 minit)
Kuasa sedutan maksimum 19,000 PA
------ Item Tambahan ------ Mite Brush Flexible TubeVacuum Stand------ Spesifikasi ------ Berat | 2.0KG Kapasiti Bekas Habuk | 0.6L Kuasa | 150W Kapasiti Bateri | Li-ion 2200 mAh Voltage | 110-240V AC, 50/60Hz Saiz | 680 x 185 x 145 mm Tahap Bunyi | 60-65db Safety Mark, SIRIM
Airbot supersonics vacuum reviewPendapat peribadi k.fiezz dah guna airbot supersonics vacuum ni dari bulan April, best sangat. Nak bersihkan senang. Semua habuk, sampah atau apa-apa yang ada atas karpet tebal k.fiezz ni, dia boleh sedut. Tempoh ketahanan dia lepas caj, macam k.fiezz beritahu kat atas tadi. Boleh tahan lama (k.fiezz tak guna hari-hari). Nampak karpet kotor, baru k.fiezz guna. Jadi sikit jimat disitu tempoh ketahanan
Nak bersihkan segala habuk, kotoran yang dah di vakum oleh airbot supersonics vacuum ni pun tak susah. Cuma part tukar-tukar untuk guna salah satu item percuma tu, k.fiezz tak expert lagi. Kena minta tolong mr hubby. Haha. Tapi k.fiezz jarang guna. K.fiezz vacuum je. Agak-agak tengok dah bersih elok tu, okey lah.
Untuk kotoran yang kat celah-celah atau tempat susah nak capai, boleh tukar kepada salah satu item percuma yang termasuk dalam pakej ni. Item ni untuk mudahkan kita vacuum kat kawasan yang kecil.
Berat?Tak berat pun. K.fiezz boleh angkat tu, maksudnya airbot supersonics vacuum ni memang ringan je. Angkat guna satu tangan je, tau. Hebat tak?haha.
Jadi korang yang nak beralih dari vacuum sebelum ke airbot supersonics vacuum
Klik link kat bawah.
Airbot Supersonics Vacuum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/08/Airbot-Supersonics-Vacuum-Kuasa-Sedutan-Kuat-Dan-Berbaloi-Dengan-Harga.html