Airborneo Syarikat Penerbangan Pertama Milik Sarawak


Kerajaan negeri Sarawak telah memperkenalkan syarikat penerbangan baharunya, AirBorneo, menjadikan Sarawak sebagai negeri pertama di Malaysia yang memiliki syarikat penerbangan sendiri, seperti yang diumumkan pada hari Rabu yang lalu.
Pengumuman ini dibuat susulan perjanjian jual beli yang dimeterai antara kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) bagi menyempurnakan proses pengambilalihan MASwings, yang merupakan anak syarikat Malaysia Airlines.
Baca juga: iPayment – Daftar, Login & Cara Buat Bayaran Online
Sarawak Ambil Alih MASwings Kredit: Instagram @japensarawak Syarikat penerbangan baharu milik Sarawak, yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd, akan dikenali sebagai AirBorneo.
Jenama baharu ini diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ketika menyaksikan proses pemindahan syarikat tersebut daripada Malaysia Airlines Group sebentar tadi.
Perjanjian jual beli tersebut telah dimeterai oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Abu Bakar Marzuki, bagi pihak Kerajaan Sarawak, dan Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, serta Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin.
Dalam ucapannya, Abang Johari menegaskan bahawa kerjasama dengan MAG akan diteruskan selepas pembelian ini bagi memastikan proses peralihan berjalan dengan lancar. Selain itu, kepakaran dan pengalaman mereka akan dimanfaatkan untuk mengurangkan gangguan serta mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi.

Kredit: Astro Awani Kredit: Astro Awani Model Hibrid Pastikan Kelangsungan AirBorneo AirBorneo disarankan mengadaptasi model perniagaan hibrid bagi memastikan kelangsungan jangka panjang dan mengekalkan harga tiket yang berpatutan. Menurut Profesor Dr Evan Lau dari UNIMAS, model ini mampu menyeimbangkan keuntungan dan tambang kompetitif.
Beliau mencadangkan AirBorneo bekerjasama dengan agensi pelancongan, syarikat penerbangan lain, dan kerajaan serantau untuk merancakkan pelancongan Sarawak serta memperkukuh hubungan udara. Selain itu, pembinaan jenama yang kukuh penting untuk meningkatkan daya saing AirBorneo dalam pasaran penerbangan serantau.
Kredit: KuchingBorneo.Info Fakta Menarik Tentang AirBorneo Berikut adalah 4 fakta menarik mengenai AirBorneo:
1. Peralihan Selama 18 Bulan Sebelum Penjenamaan Semula Selepas termeterainya perjanjian pengambilalihan, AirBorneo akan menjalani tempoh peralihan selama 18 bulan sebelum beroperasi secara rasmi dengan jenama baharu.
Sepanjang tempoh ini, semua aset MASwings, termasuk pesawat dan kakitangan di Sabah, akan dipindahkan ke AirBorneo. Selain itu, syarikat ini juga merancang untuk memperkenalkan pesawat ATR baharu dengan konfigurasi kabin yang lebih moden.
2. Pengembangan Armada Dengan Pesawat Lebih Besar AirBorneo kini menggunakan pesawat ATR, tetapi kerajaan Sarawak mempunyai kebebasan untuk merundingkan pemerolehan pesawat baharu.
Perancangan sedang dibuat untuk memperkenalkan pesawat jet bagi laluan yang lebih jauh. Selain itu, reka bentuk luar (livery) pesawat akan diubah daripada skema hijau MASwings kepada identiti baharu yang melambangkan Sarawak.
3. Laluan Antarabangsa Akan Ditambah Pada Masa Depan Walaupun AirBorneo akan terus menyediakan perkhidmatan udara luar bandar (RAS), syarikat ini turut merancang untuk mengembangkan laluan ke peringkat antarabangsa.
Antara destinasi utama yang dikenal pasti ialah Kuala Lumpur, Singapura, dan Jakarta. Khususnya, Jakarta menjadi keutamaan bagi menarik lebih ramai pelancong serta memperkukuhkan potensi pelancongan perubatan di rantau ini.
4. Fokus Laluan Untuk Pertumbuhan Pelancongan dan Ekonomi Strategi utama AirBorneo adalah untuk meningkatkan pelancongan dan keterhubungan perniagaan di Sarawak.
Premier Sarawak menekankan bahawa syarikat penerbangan ini boleh membantu pertumbuhan ekonomi negeri kerana sambungan udara yang stabil adalah kunci untuk menarik pelaburan, menyokong logistik, dan memperkasa perniagaan tempatan. Dengan adanya syarikat penerbangan sendiri, industri seperti kraf tangan dan e-dagang boleh berkembang ke pasaran antarabangsa dengan lebih efisien.
Kredit: Facebook @iloveborneomy Kredit: Facebook @iloveborneomy Kredit: Facebook @iloveborneomy Kredit: Facebook @iloveborneomy Kredit: Facebook @iloveborneomy Kredit: Facebook @iloveborneomy Baca juga: MyAirline : Notis Terkini, Saluran Aduan Pengguna & Sejarah
Senarai Destinasi Penerbangan AirBorneo Terdapat 21 destinasi penerbangan AirBorneo yang akan berjalan buat masa ini. Berikut adalah senarai lengkapnya:
Bakalalan Bario Bintulu Kota Kinabalu Kuching Labuan Lahad Datu Lawas Limbang Long Akah Long Banga Long Lellang Long Seridan Marudi Miri Mukah Mulu Sandakan Sibu Tanjung Manis Tawau Kredit: Facebook @vanessa.mering 12 Perkara Perlu Tahu Tentang AirBorneo 1. Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara Kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG)
2. Kerajaan Sarawak ambil alih MASwings
3. MASwings kini dijenama semula sebagai AirBorneo
4. AirBorneo milik 100% Kerajaan Sarawak
5. AirBorneo akan ambil alih sepenuhnya aset, pesawat dan tenaga kerja MASwings di Sabah dan Sarawak
6. Peralihan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun 2025
7. Sepanjang tempoh peralihan, MASwings terus beroperasi seperti biasa (dalam Sarawak & Sabah) di bawah bidang kuasa MAG, tanpa gangguan kepada jadual penerbangan
8. Perkhidmatan udara luar bandar (RAS – Rural Air Services) masih jadi keutamaan
9. Subsidi RAS masih diteruskan Kerajaan Persekutuan – RM209 juta diperuntukkan untuk Sabah & Sarawak tahun ini
10. Ada cadangan mengembangkan lagi operasi dan destinasi pada masa depan
11. Perancangan tenaga kerja – keutamaan akan diberikan kepada rakyat Sarawak, namun kepakaran luar akan diambil sekiranya perlu
12. Tahniah anda berjaya baca sampai habis
Sumber:
Facebook Vanessa Mering Sarawak Unveils Full-Service Carrier AirBorneo After Completing MASwings Takeover. The Edge Malaysia Model perniagaan hibrid kunci kepada kelangsungan AirBorneo. TV Sarawak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/airborneo/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=airborneo

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Syarikat Milik Penuh Dialog Group Hentikan Projek Asid Malik Di Kawasan Perindustrian Gebeng

Anak Syarikat Milik Penuh Dialog Group Hentikan Projek Asid Malik Di Kawasan Perindustrian Gebeng

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 85 hits
KUALA LUMPUR Anak syarikat milik penuh Dialog Group Bhd Dialog Malic Acid Sdn Bhd menghentikan projek asid maliknya di Gebeng Pahang dengan jumlah perbelanjaan modal yang ditanggung sehingga kini sebanyak RM90 7 juta dihapus kira pada suku ...
Abang Jo Announces Sarawak S New Airline Airborneo

Abang Jo Announces Sarawak S New Airline Airborneo

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 101 hits
Sarawak premier Abang Johari Openg said AirBorneo is poised to create a balance between connectivity affordable fares and economic benefits PETALING JAYA Sarawak premier Abang Johari Openg today announced the state will have its own airline...
Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister

Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 180 hits
Sarawak minister Abdul Karim Rahman Hamzah said AirBorneo will be a completely new player despite the perception that it is a continuation of MASwings PETALING JAYA Sarawak owned AirBorneo will offer the state government some leeway in term...
Fixed Sums For Sabah Sarawak Against Constitutional Vision Says Academic

Fixed Sums For Sabah Sarawak Against Constitutional Vision Says Academic

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 179 hits
Shad Saleem Faruqi said the sidestepping of a periodic review is only permissible if an independent assessor is appointed and both parties agree to the results of the review SUBANG JAYA The fixed annual grants received by Sabah and Sarawak ...
Abang Johari Dismisses Sarawak Cabinet Reshuffle Talk Says Status Quo Remains

Abang Johari Dismisses Sarawak Cabinet Reshuffle Talk Says Status Quo Remains

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 74 hits
Abang Johari speaks to reporters after the closing ceremony of the PBB Convention in Kuching February 16 2025 The Borneo Post picKUCHING Feb 16 Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg today dismissed speculations of a stat...
It S Up To Sarawak Premier Says Karim On Keeping Cabinet Post

It S Up To Sarawak Premier Says Karim On Keeping Cabinet Post

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 76 hits
Sarawak tourism creative industry and performing arts minister Abdul Karim Rahman Hamzah thanked the delegates who voted for him in the PBB elections in Kuching last night PETALING JAYA Sarawak tourism creative industry and performing arts ...
Sarawak Open To Sharing Oil And Gas Resources Says Abang Jo

Sarawak Open To Sharing Oil And Gas Resources Says Abang Jo

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 91 hits
Sarawak premier Abang Johari Openg who is president of PBB arriving at the PBB general assembly in Kuching today PETALING JAYA Sarawak is open to sharing the state s oil and gas resources for mutual benefit premier Abang Johari Openg said t...
Tension Rises Among Muslims And Non Muslims Over Sarawak S Alcohol Zoning Plan At Popular Food Court

Tension Rises Among Muslims And Non Muslims Over Sarawak S Alcohol Zoning Plan At Popular Food Court

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 69 hits
A battle over dining spaces In the heart of Kuching has become an unlikely flashpoint for Sarawak s cherished religious harmony The controversy centres on Topspot a beloved food court in UTC Kuching where generations of Sarawakians Christia...
Sabah Sarawak Leaders Rubbish Claim Of Snap Ge16

Sabah Sarawak Leaders Rubbish Claim Of Snap Ge16

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 74 hits
GPS s Abdul Karim Hamzah and GRS s Masidi Manjun both insist that Prime Minister Anwar Ibrahim has strong support of MPs to continue leading the government PETALING JAYA Two leaders of the ruling coalitions in Sabah and Sarawak have rubbish...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu