Airasia Lancar E Dagang Ourfarm Bantu Tingkat Pendapatan Petani


SERDANG, 16 JUN: AirAsia Group kini mengembangkan perniagaannya ke dalam industri pertanian menerusi pelancaran platform e-dagang pertanian kepada perniagaan (B2B) Ourfarm.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, Ourfarm menghubungkan petani dan nelayan secara langsung kepada syarikat perniagaan, terutamanya dalam bekalan makanan seperti restoran dan trak makanan untuk meningkatkan pendapatan mereka.
“Ketika kami melihat keuntungan yang diraih petani, mereka harus mendapat lebih banyak keuntungan. Kami melihat rantaian bekalannya pula dan kami fikir dapat mengurangkan kos rantai bekalan dan memberikan lebih banyak keuntungan kepada petani.
“Kami juga ingin menjadikan makanan lebih murah kepada orang ramai dengan mengurangkan kos rantaian bekalan, supaya perniagaan makanan dapat menawarkan makanan lebih murah kepada orang ramai,” katanya kepada pada sidang media selepas pelancaran Ourfarm oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di sini semalam.
Pada masa depan, Fernandes berkata Ourfarm juga akan menyediakan gudang atau kemudahan rantaian sejuk di mana bukan sahaja syarikat perniagaan tetapi juga pengguna dapat membeli produk segar seperti sayur-sayuran, ikan dan daging secara dalam talian.
“Langkah pertama adalah platform, langkah kedua adalah gudang. Ideanya adalah untuk dapat membungkus semula pada saiz lebih sesuai untuk pengguna dan pada bulan berikutnya kami akan menjual terus kepada pengguna. Jadi, sesiapa sahaja boleh membeli produk segar,” katanya.
Kiandee dalam ucapannya berkata platform baharu yang dilancarkan itu dapat membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.
“Akses ke pasar pada kelazimannya menjadi cabaran besar bagi pengeluar makanan pertanian. Ramai yang masih bergantung kepada orang tengah untuk memasarkan hasil mereka serta mendapatkan input pertanian seperti benih, baja dan makanan untuk ternakan haiwan,” katanya.
Platform itu disokong oleh sistem kargo, logistik, pembayaran, perniagaan dan pelanggan AirAsia untuk mengatasi cabaran kos operasi dan akses ke pasaran baharu untuk petani dan membeli produk segar dalam kuantiti yang banyak dengan harga yang lebih rendah, ia juga membolehkan perkhidmatan logistik untuk pembeli perniagaan, katanya.
Kiandee berkata kementerian akan menggalakkan lebih daripada 1,000 petani yang berdaftar di bawah agensinya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk mengikuti platform dan meneroka potensi dalam e-dagang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ourfarm S. Lalitha berkata platform itu kini mempunyai 45 petani dan penternak ayam yang menyediakan bekalan produk segar kepada syarikat perniagaan yang membuat pesanan minimum sebanyak 50 kilogram di sekitar Lembah Klang.
“Pada masa ini kami bekerjasama dengan semua petani yang mendapat bantuan kerajaan, pada masa depan kami akan menjalinkan kerjasama dengan petani persendirian,” katanya sambil menambah Ourfarm akan menyediakan pengangkutan dengan kerjasama TheLorry.com yang akan mengambil sayur daripada petani dan mengagihkannya terus kepada syarikat perniagaan.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/06/airasia-lancar-e-dagang-ourfarm-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluang Peniaga Untuk Menjana Pendapatan Melalui Platform E Dagang Dengan Pg Mall

Peluang Peniaga Untuk Menjana Pendapatan Melalui Platform E Dagang Dengan Pg Mall

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 488 hits
Peluang Peniaga Untuk Menjana Pendapatan Melalui Platform E Dagang Dengan PG Mall seharian dengan urusan di pejabat dan di rumah di tambah dengan kekangan masa menyebabkan ramai yang memilih untuk membeli belah diatas talian sahaja Macam sa...
Selangor Lancar Mentor Agro Bimbing Petani Moden

Selangor Lancar Mentor Agro Bimbing Petani Moden

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 401 hits
SHAH ALAM 6 JUN Kerayaan Negeri akan melancarkan Mentor Agro Selangor dalam tempoh terdekat kata EXCO pemodenan pertanian dan asas tani Ir Izham Hashim berkata seramai 10 petani dan penternak moden dilantik sebagai mentor dengan masing masi...
Ftr Bantu Langsaikan Segala Hutang

Ftr Bantu Langsaikan Segala Hutang

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 301 hits
Siapa yang suka berhutang Hutang ni beban Hutang ni buat kita sentiasa teringat ingat Hutang buat kita susah hati Selagi tak habis hutang ikut kita ke mana mana Fuhhh rakan karib betul kawan nama HUTANG nih Pemilik FTR ni baca sampai lunyai...
Puskesmas Tak Ada Ambulans Polisi Di Kupang Bantu Warga Rujuk Anak Ke Rsud

Puskesmas Tak Ada Ambulans Polisi Di Kupang Bantu Warga Rujuk Anak Ke Rsud

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 313 hits
Jauh dari rumah sakit umum daerah membuat pasangan suami istri asal Desa Soliu Kecamatan Amfoang Barat Laut Kabupaten Kupang tidak mengetahui balita mereka lahir tanpa anus
Insentif Tambahan Mara Bantu Usahawan

Insentif Tambahan Mara Bantu Usahawan

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 336 hits
MARA Umum Insentif Tambahan RM6 Juta Bantu Usahawan Terjejas Akibat Covid 19 Majlis Amanah Rakyat mengumumkan dua insentif tambahan bagi membantu usahawan Bumiputera di bawah agensi tersebut yang terkesan akibat pandemik COVID 19 Pengerusin...
Who Nasihat Masyarakat Seluruh Dunia Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam Bantu Cegah Jangkitan Virus Covid 19

Who Nasihat Masyarakat Seluruh Dunia Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam Bantu Cegah Jangkitan Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 328 hits
Jika sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Dunia menasihatkan hanya mereka yang sakit dan bergejala atau menguruskan orang sakit sahaja yang perlu memakai topeng penutup muka namun dalam kenyataan Ketua Pengarah Tedros Adhanom Ghebreyesus baru b...
Insentif Cukai Langkah Khusus Bantu 900 000 Pks Usahawan Tempatan Terkena Tempias Covid 19 Pm

Insentif Cukai Langkah Khusus Bantu 900 000 Pks Usahawan Tempatan Terkena Tempias Covid 19 Pm

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR 5 Jun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah dan insentif cukai untuk membantu lebih 900 000 perusahaan kecil dan sederhana serta usahawan tempatan yang turut menerima kesan...
Bantu Warga Selaawi Yang Diisolasi Santri Di Garut Patungan

Bantu Warga Selaawi Yang Diisolasi Santri Di Garut Patungan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 271 hits
Kami berfikir bahwa meski sudah ada bantuan dari pemerintah tetap saja mereka harus kita bantu karena bisa saja pemerintah ini terbatas anggaran dan lainnya katanya
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini