Air Suam Kuku Satu Baldi 10001



Harga minyak USDollar setong antara 9 Mac hingga 20 Mac... Pengorbanan baris depan Negara Malaysia yang kebanyakannya ISLAM berbangsa Melayu yang kebanyakannya adalah rakyat biasa, bukan golongan elit, kaya raya, pemain politik, golongan feudal etc. 
tumpang sekole...?nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
23 March 2020
Rasa macam curfew saja...
Dengan keadaan negara kita yang macam tak ada kerajaan, kena pulak perintah berkurung dalam rumah disebabkan wabak covid-19, tengah masak kat rumah gas pulak habis. Terpaksa keluar nak beli gas, suasana lengang dan senyap sunyi, terasa macam sedang berada di zaman perang.
Senyap sunyi dan sepi... Kalau kat bandar pun macam ni, tak tahu lah kat kampung macam mana... Kalau malam mesti ada nampak langsuir bergantung atas pokok kekabu.
Masa berjalan nak masuk kedai itu, mata liar jugak mengawasi sekeliling takut ada askar jerman buat serang hendap kang, "Amerika naa....!"Kalau malam lagi terasa. Gelap dan sepi. Sekali-sekala nampak cahaya lampu motosikal budak grab food dan lip-lap cahaya siren kereta polis. 
Lockdown ni tak ada kena-mengena dengan politik, cuma kebetulan virus corona menyerang ketika politik kita sedang dilanda krisis.
Cerita politik kita pause dulu, kecuali yang berkaitan dengan covid-19 yang melibatkan kenyataan orang politik. Dan kalau tak kerana covid pun, tak ada apa nak cerita dah bab politik. Tun dah letak jawatan dan PH dan jadi pembangkang, selesai dah lah politik saya. Nak harap apa lagi lepas ni...? 
Bontot Azmin betul-betul telah merosakkan segala-galanya... Itulah punca segala punca hingga terjadi segala masalah yang menimbulkan problem... Berubah lanskap politik kita hingga berlaku seperti mana yang kita hadapi sekarang, puncanya kerana jubor je. - Umo Bin OthmanBelajar bahasa Covid-19...Bahasa Covid-19 adalah bahasa dunia masa kini. Bahasa pandemik. Bahasa yang merentasi benua. Dulu-dulu ada orang mendoakan agar bahasa Covid-19 ini datang ke Malaysia. Katanya, biar bangsa DAP faham bahasa Covid-19.
Sekarang benar-benar bahasa Covid-19 berada di depan pintu rumah masing-masing. Ia tidak mengira penghuni rumah itu bangsa DAP atau bangsa lain, agama Islam atau bukan Islam. Ini benar-benar bahasa yang menuntut nyawa.
Tiada siapa yang dapat menyangkal. Orang China berbahasa Mandarin setuju. Orang Israel berbahasa Ibrani, akur. Orang Itali yang tidak bertutur bahasa Inggeris mengakui. Orang Nusantara macam Malaysia sedang tekun memahami bahasa Covid-19. Ia tidak pernah dituturkan berlaku sebelum ini. Bahasa ini perlu difahami oleh semua orang.
Tatabahasanya rumit. Pakar bahasa Covid-19 masih terkial-kial mencari formula terbaik untuk memahami bahasa ini. Ia semakin sukar apabila kenyataan menteri kerajaan belakang pintu kadang-kadang setaraf saja dengan bomoh Satu Malaya.
Memburukkan keadaan, berlaku pertembungan autoriti di antara pakar bahasa Covid-19 terlatih dari Cambridge University dengan pakar-pakar bahasa Covid-19 yang naik junjung selepas dapat kuasa. Ketika artikel ini ditulis, Malaysia merupakan negara keempat dalam penguasaan bahasa Covid-19 di peringkat Asia.Penggusti berhenti sejenakSudah lebih 1,183 kes positif setakat ini dan empat orang sudah meninggal dunia manakala 87 telah dibenarkan pulang ke rumah. Angka ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan bahasa Covid-19 melebarkan wataknya.
Sudah masuk hari kelima, saya dan juga rakyat Malaysia berkurung dalam rumah. Bukan lagi ‘social distancing’ tetapi sememangnya langsung tidak bersosial saja, kecuali hubungan di antara suami isteri sahaja.
Menjadi suatu keperluan yang amat kepada rakyat mengetahui bahasa Covid-19. Bahasa Covid-19 datang semacam tepat pada waktunya. Ia berlaku di tengah-tengah keributan ahli politik berpencak silat merebut takhta kuasa di Shareton.
Segala makhluk politik dari seantero dunia turun malam itu. Bersatu merebut kuasa. Sedang yang berkuasa bertungkus-lumus mempelajari bahasa Covid-19 tanpa henti. Acara di gelanggang sedang berlangsung, tiba-tiba bahasa Covid-19 masuk ke tengah-tengah podium. Langsung seakan-akan terhenti seketika para penggusti kuasa bertelingkah.
Tiba-tiba sahaja Muhyiddin Yassin diisytihar sebagai pemenang. Bukan tiada bantahan atau gerakan melawan keputusan itu. Ada. Akan tetapi bahasa Covid-19 seakan membisukan suara rakyat yang keramat itu. Masing-masing sibuk bertutur bahasa Covid-19 siang malam, pagi petang tanpa henti.
"Stay at home. Stay at home. Stay at home." Muhyiddin lebih lancar merayu dalam bahasa Inggeris. Berulang kali ia disebut dengan fasih. Itulah bahasa Covid-19. Pengumuman pihak polis menggunakan pembesar suara kepada orang awam yang sedang beriadah tidak dihiraukan.
Orang awam seakan tidak memahami bahasa yang digunakan oleh pihak polis. Itulah bahasa kebangsaan. Bahasa Covid-19 adalah bahasa Inggeris, barangkali. Oleh itu, langkah awal kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin adalah memastikan sebarang gerakan rakyat dapat dikawal. Covid-19 ialah kesempatan terbaik memastikan ketidaktentuan gerakan politik tanah air akibat pertelingkahan politik dapat dihentikan.Tak ada lagi kesesakanKerajaan tidak membenarkan sebarang perhimpunan besar hatta kenduri kahwin pun terpaksa dibatalkan demi membendung wabak ini melebar. Mesyuarat pertubuhan dan parti politik juga dihentikan. Orang sedang memancing diarah pulang. Mereka tidak tahu, barangkali itulah lauk buat anak isteri. Bahasa Covid-19 tidak kenal kasihan dan pertimbangan.
Sekatan jalan raya oleh pihak polis juga dikatakan tidak dapat menghalang orang ramai yang tidak reti duduk diam. Akhirnya kerajaan memutuskan untuk mendapatkan bantuan Kementerian Pertahanan bagi membantu penguatkuasaan dalam pelaksanaan pendekatan social distancing.
Bahasa Covid-19 menurunkan harga petrol sehingga RM1.50 seliter. Bursa saham menjunam dan Bursa Malaysia kehilangan berbilion-bilion ringgit dalam seminggu ini. Tiada langsung kesesakan jalan raya di kota raya dan Tambak Johor. Kadar kemalangan jalan raya menurun. Kadar jenayah pun merudum.
Semua kaum ibu dan isteri memasak di rumah untuk ahli keluarganya. Semua anak-anak memakan air basuhan tangan ibu. Suami membantu isteri - daripada mengemas rumah hingga memasak lauk-pauk. Inilah cerminan keluarga bahagia. Kilang Carlsberg dan Anchor tutup operasi. Kedai nombor ekor, kasino Genting Highlands tutup. Satu pencapaian yang luar biasa kerajaan di bawah Muhyiddin.
Bil elektrik mulai April akan menerima diskaun sehingga enam bulan. Bayaran PPPTN juga ditangguhkan bagi mengurangkan beban peminjamnya. Tidak cukup dengan itu, beberapa kerajaan negeri memberi beberapa bantuan dan sumbangan bagi mengurangkan bebanan.
Terdapat juga Adun yang kelihatan ceria mengedar ikan kembong kepada asnaf zakat, mengedar penutup hidung, menghantar bekalan makanan dan sebagainya walaupun sebelum itu dia menitiskan air mata. Semua langkah tersebut memang patut dipuji. Media mereka sendiri giat mengulang tayang keprihatinan mereka. Laksana hero turun dari langit ke tujuh.Kerja tanpa publisitiBukankah ini semua berlaku di bawah pemerintah Muhyiddin? Apa lagi yang kamu mahu? Ironinya, masjid-masjid juga ditutup. Madrasah tiada kelas agama. Tiada solat Jumaat walaupun DAP sudah tersungkur. Sekolah-sekolah cuti. Pejabat dan kedai-kedai tutup. Hospital dan klinik menangguhkan pembedahan yang tidak kritikal. Peniaga gerai dan warung tepi jalan kehilangan pekerjaan. Pekerja-pekerja kilang terpaksa berkurung dalam asrama.
Majikan menanggung kerugian yang tidak sempat dihitung. Para petugas kesihatan sama ada di hospital, klinik atau jabatan lain bertungkus lumus menguasai bahasa Covid-19. Bertarung antara hidup dan mati.
Sudah terdapat doktor dan polis menjadi mangsa dan masih dirawat. Ini adalah pertarungan antara nyawa dengan tanggungjawah nasional. Pihak keselamatan, pemandu bas, lori dan pengedar makanan dan sebagainya yang kekal bertugas tanpa dendangan sesiapa pun. Tanpa kemera. Tanpa publisiti.
Bahasa Covid-19 sungguh luar biasa. Bahasa Covid-19 adalah alat kuasa yang berfungsi pelbagai. Oleh kerana itu, Muhyiddin mempunyai masa untuk bermain golf bersama taikun yang menderma untuk tabung bahasa Covid-19. Ia harus dimaafkan.
Namun di sebalik itu, Muhyiddin menamatkan khidmat setiausaha agung partinya tanpa berunding dengan pengerusi parti dia sendiri. Adakah ia harus dimaafkan juga?
Di sebalik itu, usaha memancing pimpinan Pakatan Harapan (PH) masih berterusan. Muhyiddin menggunakan jentera kerajaan untuk mematikan sebarang elemen kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati peralihan kuasa. Maafkan sahaja? - Dr.Muhaimin Sulam,mkCoronavirus: Government must get its act together quickly...
We are now into the fourth day of the movement control order (MCO) initiated by the government to contain the spread of coronavirus. While Malaysians will no doubt be supportive of measures taken to protect them from, what is by all counts, a serious health emergency, the government owes it to the people to act promptly with transparency and clarity to avoid confusion and panic.
It should have learned something from the panic buying that was sparked a few days ago when the government indicated that a major announcement on the crisis was in the offing. With too much ambiguity and uncertainty about what to expect, people reached their own conclusions and rushed to stock up on essential supplies.
Now, news that the army is going to be deployed beginning Sunday is causing similar panic. Without a clear explanation as to why the army is being called in and with contradictory statements coming from the ministry of defence, people are wondering whether it is a prelude to harsher restrictions. The result, predictably, is yet longer lines at supermarkets.19 Mac? General Arshad Raji of Patriots has questioned the need to deploy the army; many Malaysians will agree with him. After all, we have more than enough police to enforce the MCO. If the minister of defence wants to be useful, he should consider asking the army to set up field hospitals or testing centres to help cope with the pandemic instead of putting troops on the streets where they would be superfluous.
In the meantime, the government must understand that every statement it makes and every policy decision it takes will have consequences. It must think through all aspects of its decisions and statements.  Former MITI minister Rafidah Aziz summed it up well when she urged Putrajaya “to think before announcing measures.”
And for heaven’s sake, can the government itself stopping spreading false information as the health minister did yesterday when he suggested that drinking warm water could flush out coronavirus. That’s the kind of advice you’d expect from our Raja Bomoh not the minister of health.
The government is always urging people to stop spreading fake news; it is too much to expect the government to heed its own advice?There is also a lot of confusion about the what the MCO involves. A video is being widely circulated, for example, of a police officer telling a driver that only one person in each family is allowed to go out at a time to buy groceries. One of our ministers, on the other hand, says only the head of the family is allowed out to purchase supplies. So, what exactly is the rule?
And, if that is the order of the day, why hasn’t it been highlighted before? Are they making up rules on the fly? Can’t they even agree on a common position? Whose interpretation are we to follow? Can’t they have a single spokesperson on all matters pertaining to the MCO?
Of course, there is the hotline but what’s the point of having a hotline if it is continuously busy? Perhaps public television can run programs like what CNN is doing where people can call in to have their questions answered.Clearly, the more information and clear instructions there are on these matters the easier it will be for the public to comply. It’s not fair to blame the public for flouting the rules when the rules themselves are not clear.
To be sure, this is a new experience for all of us – government and people – and we are going to have to make adjustments as the situation progresses. Whatever it is, clarity of rules and expectations is key to avoiding panic, confusion and misunderstanding.
The only way we are going to overcome this crisis is for the government and people to work together. For that to happen the government must take the people into its confidence, provide timely updates and honest assessments of the situation and respond with transparency and clarity. After all, nobody has a greater stake in the health and safety of the country than the people themselves.
Muhyiddin and his Perikatan Nasional government went behind our backs to take over Putrajaya; now they must demonstrate that they have the capacity to lead. So far, their performance is far from inspiring. - Dennis IgnatiusKempen #StayAtHome bagi orang yang pekak badak...
Kucing pun pandai social distancing, Hangpa bila lagi?...


cheers.Posted by ali allah ditta at 12:12:00 AM tumpang sekole...?: Rasa macam curfew saja...

12 anggota tabligh pulang dari Sulawesi ditahanJason Santos
Anggota tabligh tiba di CIQ Tawau selepas kembali ke Sabah selepas Ijtimak Antarabangsa kumpulan itu di Sulawesi dibatalkan.

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan menahan sekumpulan 12 anggota tabligh yang kembali dari satu acara yang dibatalkan di Indonesia dan meletakkan mereka di bawah kuarantin. Penahanan mereka berlaku serentak dengan laporan bahawa Sabah mencatatkan 22 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 158 kes.

Ketua Polis Tawau Peter Ambuas mengesahkan penahanan 12 anggota tabligh dari Tawau yang dijadualkan menghadiri satu himpunan antarabangsa di Sulawesi, Indonesia sebelum ia dibatalkan.

Mereka dilaporkan cuba memasuki perairan Sabah di luar pesisir Tawau dengan menggunakan sebuah bot, tetapi bertembung dengan pasukan rondaan bersama polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pasukan bersenjata kira-kira jam 3.20 petang.

Pihak berkuasa dimaklumkan tentang perjalanan pulang kumpulan itu pada sebelah pagi selepas mereka sampai dari Sulawesi di Sungai Pancang di Pulau Sebatik, Indonesia. Mereka dibawa ke Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin Tawau sebelum diserahkan kepada kakitangan Majlis Keselamatan Negara. 12 anggota tabligh dibawa ke pusat kuarantin di Tawau oleh anggota Majlis Keselamatan Negara. Difahamkan 12 individu itu dikuarantin di kampus Institut Pendidikan Guru Tawau.

Baru-baru ini kerajaan negeri mengumumkan bahawa semua individu yang pulang dari Sulawesi tidak dibenarkan memasuki Sabah. Terdapat 40 kes jangkitan Covid-19 di Tawau, Lahad Datu (33), Kota Kinabalu (22), Kinabatangan dan Sandakan masing-masing (11), Putatan dan Sipitang (4), Kunak dan Kota Belud (5) Papar dan Ranau (2), Semporna (1), Beaufort (6) dan Tuaran (12).
at 3/23/2020 03:13:00 PG 
KERENGGA: 12 anggota tabligh pulang dari Sulawesi ditahan

Notaku buat Pendakwah Islam
Buat masa ini Imej Jamaah Tabligh yang kebanyakannya ISLAM Melayu diinjak. Sebagai contoh berita di atas - bertabah dan bersabarlah. Lebih keruhkan keadaan ada kalangan Jamaah enggan bertindak untuk pengesahan kesihatan. Hal ini menjadi bahan dendam kesumat sesetengah pihak yang tidak senang dengan kalian sejak berpuluh2 tahun dulu... Allah bersama kalian. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/03/air-suam-kuku-satu-baldi-10001.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Air Suam Dapat Singkirkan Covid 19

Minum Air Suam Dapat Singkirkan Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 554 hits
Minum Air Suam Dapat singkirkan COVID 19 Kecoh sebelum ni bertebaran petua untuk mengubati atau pun mencegah wabak yang sedang mengganas iaitu COVID 19 dengan mengamalkan minum air suam berkumur dengan air garam atau cuka dapat singkirkan C...
Gara Gara Air Suam Covid 19 Ph Tak Tahu Mana Yang Utama Kutuk Aje Yang Mereka Tahu Langsung Tak Membantu Rakyat

Gara Gara Air Suam Covid 19 Ph Tak Tahu Mana Yang Utama Kutuk Aje Yang Mereka Tahu Langsung Tak Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 237 hits
BILA menteri mungkin tersalah cakap agar banyak minum air suam bagi menangani COVID 19 heboh satu dunia sedangkan banyak lagi perkara lebih penting untuk dibincangkan dalam berhadapan wabak ini Bukan main lagi ultra kiasu mengkritik dan men...
Najib Mengaku Komen Air Suam Menteri Kesihatan Kurang Bijak

Najib Mengaku Komen Air Suam Menteri Kesihatan Kurang Bijak

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 378 hits
BORHAN AHMAD Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai air suam sebelum ini sebagai kurang bijak Sehubungan itu beliau mempertikaikan tindakan DAP yang sentiasa me...
Covid 19 Satu Terengganu Hentikan Sementara Bacaan Meter Air

Covid 19 Satu Terengganu Hentikan Sementara Bacaan Meter Air

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 319 hits
KUALA TERENGGANU 22 Mac Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd akan menghentikan sementara operasi pembacaan meter dan menutup lapan pusat khidmat pelanggan di Terengganu mulai esok 23 Mac hingga 31 Mac 2020 susulan Perinta...
Dr Amalina Sangkal Menteri Kesihatan Tiada Bukti Petua Minum Air Suam Elak Covid 19

Dr Amalina Sangkal Menteri Kesihatan Tiada Bukti Petua Minum Air Suam Elak Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 500 hits
Malaysiakini Doktor pakar bedah Dr Amalina Bakri menyangkal petua daripada Menteri Kesihatan Dr Adham Baba supaya orang ramai digalakkan minum air panas bagi mengelakkan jangkitan Covid 19 Ia bukan nasihat dan tiada bukti di sebalik syor in...
Menteri Kesihatan Jangan Kelirukan Rakyat Air Suam Untuk Kekal Hidrat Bukannya Cegah Covid19

Menteri Kesihatan Jangan Kelirukan Rakyat Air Suam Untuk Kekal Hidrat Bukannya Cegah Covid19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 376 hits
WHO sebelum ini menolak dakwaan air suam boleh mencegah jangkitan Covid 19 Persatuan Perubatan Malaysia menolak dakwaan meminum air suam dapat mencegah jangkitan Covid 19 Ia berkata demikian susulan pengguna media sosial termasuk pakar kesi...
Saya Pk Kema4tian Je Badan Sangat Lemah Susah Bernafas Dan Batuk Kering Sampai Satu Tahap Air Dalam Perut Terkeluar

Saya Pk Kema4tian Je Badan Sangat Lemah Susah Bernafas Dan Batuk Kering Sampai Satu Tahap Air Dalam Perut Terkeluar

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 505 hits
Saya PK kema4tian je BADAN sangat lemah susah bernafas dan batuk kering sampai satu tahap air dalam perut terkeluar BADAN saya sangat lemah susah bernafas dan batuk kering sampai satu tahap air dalam perut terkeluar Cuma kem4tian saja saya ...
Covid 19 Satu Bilion Penduduk Dunia Berkurung

Covid 19 Satu Bilion Penduduk Dunia Berkurung

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 307 hits
SHAH ALAM 22 MAC Hampir satu bilion penduduk di serata dunia terpaksa berkurung di kediaman masing masing susulan kebimbangan penularan wabak Covid 19 yang setakat ini meragut 13 022 nyawa Berdasarkan penjumlahan dibuat agensi berita antara...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner