Air Selangor Catat Sejarah Kawal Kadar Air Tidak Berhasil


SHAH ALAM, 3 FEB: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) mencatat sejarah apabila berjaya merekodkan penurunan kadar purata Air Tidak Berhasil (NRW) ke paras 28.73 peratus pada 2019, kata ketua pegawai eksekutifnya.
Suhaimi Kamaralzaman dalam kenyataan media berkata penurunan 1.78 peratus berbanding 2018 (30.51 peratus) adalah jauh lebih baik daripada sasaran bagi 2019 iaitu 29.5 peratus.
Katanya 2,787 kes paip pecah direkodkan pada 2019, berkurangan 28 peratus berbanding 3,871 kes pada 2018.
Berikut adalah kenyataan media penuh berikut:
AIR SELANGOR CATAT PURATA KADAR AIR TANPA HASIL TERBAIK DALAM SEJARAH PADA TAHUN 2019 (28.73%)
Kuala Lumpur –Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”) telah mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya merekodkan penurunan kadar purata Air Tidak Berhasil atau Non Revenue Water (NRW), ke paras 28.73 % pada tahun 2019, iaitu penurunan sebanyak 1.78% berbanding tahun 2018 (30.51%). Pencapaian ini adalah jauh lebih baik daripada sasaran Air Selangorbagi tahun 2019 iaitu 29.5%.
Pencapaian ini diperolehi menerusi perancangan rapi dan pelaksanaan beberapa inisiatif dalaman (“in-house”) yang berterusan sejak tahun 2017. Dalam tempoh 3 tahun, kadar NRW berjaya dikurangkan sebanyak 2.79% iaitu daripada 31.52% kepada 28.73%.
Bersandarkan kepada rekod ini, Air Selangor positif bahawa sasaran penurunan sebanyak 1% kadar NRW setiap tahun akan dapat dicapai untuk tahun-tahun berikutnya.
Penurunan pada kadar 1.78% NRW pada 2019 ini adalah satu jumlah yang besar iaitu menyamai dengan 64.65 juta liter sehari (JLH), 11,754 lori tangki sehari atau 26 buah kolam renang bersaiz Olimpik.
Penurunan NRW ini telah secara langsung menyumbang kepada penjimatan kos operasi Air Selangor sebanyak RM 35.4 juta.Pencapaian ini turut disumbangkan oleh kejayaan syarikat dalam mengurangkan kadar kes paip pecah.
Sebanyak 2,787 kes paip pecah telah direkodkan pada tahun 2019, berkurangan sebanyak 28% berbanding 3,871 kes pada 2018. Daripada jumlah itu, 295 kes adalah disebabkan oleh pihak ketiga.
Ini membuktikan bahawa pada tahun 2019 Air Selangor telah mencapai progres yang amat baik apabila hanya 9 kes paip pecah direkodkan bagi setiap 100 km berbanding tanda aras antarabangsa terhadap Indeks paip pecah (PBI) iaitu 13 kes paip pecah bagi 100 km setahun.
Bagi kes paip bocor pula, peningkatan kes telah dicatatkan pada tahun 2019 iaitu sebanyak 108,759 bilangan kes berbanding 104,033 kes pada tahun 2018. Peningkatan ini merupakan kesan positif program pengesanan kebocoran yang telah dilaksanakan secara dalaman oleh pihak syarikat.
Kadar kehilangan air juga berjaya dikurangkan menerusi pemasangan sensor pada paip-paip utama bagi membolehkan pemantauan tekanan air dilakukan dan mengesan ‘pressure transient’.
Data yang diperolehi oleh Pusat Kawalan Operasi Pintar melalui pelan ini akan memastikan kerja-kerja pembaikan paip dapat dilaksanakan dengan lebih proaktif. Selain itu sistem SCADA dan Data Loggerturut digunakan untuk memantau limpahan air dengan mengawal paras air di 1,601 kolam-kolam air dan 731 rumah pam.
Penggantian sebanyak 318,839 meter-meter lama dan meter tersekat ke meter baharu pada tahun 2019 berjaya mengatasi kehilangan komersial yang disebabkan oleh bacaan meter yang tidak tepat.
Manakala kerjasama Air Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut menyumbang kepada pencegahan aktiviti kecurian air akibat sambungan haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Untuk tahun 2020, lebih kurang RM171.63 juta telah diperuntukkan berbanding RM164 juta pada 2019 untuk pelaksanaan program menurunkan kadar NRW dan kerja-kerja penggantian meter.
Selain itu, sebanyak RM144.5 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja penggantian paip lama dan kerap pecah berbanding RM161.9 juta pada 2019 untuk penggantian paip sepanjang 168.34 km.
Air Selangor yakin bahawa inisiatif dan program berterusan untuk mengurangkan kadar NRWakan terus menghasilkan kadar penurunan NRW yang baik menjelang hujung tahun ini.
SUHAIMI KAMARALZAMAN
Ketua Pegawai Eksekutif
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/air-selangor-catat-sejarah-kawal-kadar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Penularan Cepat Punca Sukar Kawal Koronavirus Kajian

Kadar Penularan Cepat Punca Sukar Kawal Koronavirus Kajian

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 187 hits
Penumpang kereta api dari Wuhan diperiksa ketika tiba di Beijing foto AgensiLONDON Setiap orang yang dijangkiti dengan koronavirus menyebarkan penyakit itu kepada dua dan tiga orang yang lain menurut dua analisis ilmiah mengenai wabak ini S...
Selangor Yakin Capai Sasaran Turun Kadar Pengangguran

Selangor Yakin Capai Sasaran Turun Kadar Pengangguran

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 187 hits
SHAH ALAM 29 JAN Selangor yakin akan mencapai sasaran untuk menurunkan kadar pengangguran kepada 2 5 peratus pada tahun ini kata EXCO pembangunan generasi muda Mohd Khairuddin Othman berkata bagi mencapai matlamat itu Kerajaan Negeri member...
Mb Selangor Tidak Hasrat Henti Program Air Percuma

Mb Selangor Tidak Hasrat Henti Program Air Percuma

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 211 hits
HULU LANGAT 22 JAN Kerajaan Negeri tidak bercadang menghentikan program air percuma kepada golongan sasar walaupun kos perbelanjaannya meningkat setiap tahun kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata kedudukan kewangan negeri...
Kadar Bayaran Tempat Letak Kereta Di Mitsui Outlet Park Klia Sepang Selangor Malaysia

Kadar Bayaran Tempat Letak Kereta Di Mitsui Outlet Park Klia Sepang Selangor Malaysia

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 347 hits
Mommy bertanya Berapakah kadar bayaran letak kereta di Mitsui Outlet Park Tedi dengan selamba jawab RM 4 tapi setelah menyelidik melalui laman web ternyata jawapan Tedi tu tak benar hahaha TarikhKomenSumber2 Julai 2016Tempat letak kereta lu...
Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor

Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 461 hits
Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor Portal kerja kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Lembaga Urus Air Selangor yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi keko...
Doktor Malaysia Catat Kes Pertama Pulih Koronavirus Tahniah

Doktor Malaysia Catat Kes Pertama Pulih Koronavirus Tahniah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 233 hits
Seorang kanak kanak perempuan warga China yang dijangkiti novel koronavirus dan dirawat Hospital Sultanah Maliha Langkawi disahkan pulih sepenuhnya dari virus berkenaan dan dibenarkan pulang Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abd...
Rusia Catat Dua Kes Pertama Koronavirus

Rusia Catat Dua Kes Pertama Koronavirus

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 243 hits
Telah membunuh hampir 200 orang di China koronavirus terus merebak ke seluruh dunia sehingga memperlihatkan Rusia juga telah mencatatkan dua kes pertama Menurut laporan The Moscow Times Timbalan Perdana Menteri Rusia Tatiana Golikova berkat...
Tumbuh Melambat Bank Indonesia Catat Uang Beredar Per Desember 2019 Rp6 136 T

Tumbuh Melambat Bank Indonesia Catat Uang Beredar Per Desember 2019 Rp6 136 T

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 160 hits
Bank Indonesia mencatat likuiditas perekonomian atau uang beredar dalam arti luas tumbuh melambat pada Desember 2019 Posisi M2 pada Desember 2019 tercatat Rp6 136 5 triliun atau tumbuh 6 5 persen lebih rendah dibandingkan dengan pertumbuhan...
Bursa Malaysia Derivatives Catat Jumlah Dagangan Tertinggi

Bursa Malaysia Derivatives Catat Jumlah Dagangan Tertinggi

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 174 hits
KUALA LUMPUR 29 JAN Bursa hadapan Bursa Malaysia Derivatives Bhd mencatat dua rekod pencapaian baharu semalam termasuk jumlah tertinggi kontrak yang didagangkan dalam tempoh sehari Jumlah dagangan harian di bursa itu turut mencecah paras te...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Fiersa Besari April Chord

Moh Assures To Disclose Aefi Data Of Covid Vaccines

A Glimpse Into Malaysia S High Profile Graft Cases And Macc S Success Rate In Netting The Sharks

Sanusi Sesuai Semua Suasana

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Filem Ngesot