Air Purifier Murah Dan Berkualiti Secara Tunai Tanpa Terikat Kontrak
Air Purifier, bagi yang tak pernah dengar senang cakap ia adalah produk elektrik penapis udara (indoor/rumah/pejabat).
Kenapa perlu penapis udara?
Bukankah kau dah hidup elok je dengan udara yang ada sekarang?
Banyak betul persoalan.
Ya, sebelum kita bertindak nak beli Air Purifier iaitu alat penapis udara, kita kena tanya pada diri sendiri.
Apakah 'big why' nak beli produk penapis udara? (Penulen Udara)
Duduk, fikir mendalam jadi banyak sebab utama jatuh perkara wajib aku dah kena beli untuk keluarga aku sendiri.
Dekat 7 tahun aku alami masalah ectopic ekzema - semakin sembuh Punya bayi kelahiran pramatang yang perlu penjagaan rapiRumah jenis kediaman bertingkat tinggi Jarang buka tingkap rumah pun tetap banyak habuk menyinggahSesetengah ruang berbau kepam walaupun sudah lap habukHasil vakum lantai didapati banyak perangkap habuk halusLangsir tinggi dan tingkap mudah menyimpan habuk dan debu halus tebal
Okey, ini antara 7 sebab kukuh kenapa aku nak beli air purifier. Memang kena beli, beli pun dengan harga restu duit poket. Bukan meminjam. Jika sampai konsep meminjam baik kiv dulu, ia jatuh kepada kehendak bukannya keperluan.
Macam kategori juju, sudah sampai masa ia keperluan harian. Kesihatan anak dan keluarga paling diutamakan.
Kenapa nak bayar air purifier secara tunai dan bukan pilihan kontrak?
Nak kurangkan komitmen bulananTak nak terikat dengan kontrak Sanggup tanggung risiko jika produk tak sampai setahun rosakBeli jenama yang punya cop SIRIM
Lama dah aku perhati satu jenama ini. Namanya Midea Air Purifier.
Best air purifier Malaysia
Kenapa aku pilih jenama Midea?
What is the best air purifier in malaysia?
Buktinya, sudah 10 tahun aircond bilik utama di rumah julia masih bertahan sehingga sekarang. Sama usia dengan anak sulong julia si Abg Qi tu.
Tak ada bunyi bising, sejuk, senyap, mudah di servis bila sampai waktunya, sudah 3 kali pindah rumah sewa tetap elok je jenama Midea ini memberi khidmat kepada seisi keluarga.
Itu yang aku yakin untuk terus pilih Midea, lagi pun harga sangat munasabah, tak mahal sangat, tak murah sangat. Lagi-lagi musim COVID tak menentu di Malaysia, maka pembelian air purifier dapat membantu mengurangkan gejala COVID. Insya-Allah.
Kelebihan Midea Air Purifier
Midea Air Purifier ada banyak model, terkini Midea 6000 series ada 5 tapisan termasuk HEPA filter klik link 👉 Midea MAP-28BD 5-Layers of Filter Purification Air Purifier
Sebelum buat belian, wajib julia akan baca review di online, Youtube dan website tau. Tujuan utama sudah semestinya nak pulangan yang berbaloi.
Rata-rata memberi 4 ke 5 bintang untuk produk ini, ramai yang berkata selepas guna udara bertambah bersih dan ruang tak berhabuk sangat dah.
Tips memilih penapis udara :
5 lapisan penapis Pra-penapis, Lapisan PET Anti Bakteria, Lapisan Karbon Teraktif, Penapis HEPA, Penapis Nilon Mesh
Reka bentuk padatReka bentuk anggunRuang muka digitalPelbagai fungsi: 3 KelajuanPenapis HEPA sebenarAda petunjuk penggantian penapisMengeluarkan Aldehid (membantu menghapuskan bakteria dan virus)Pembersihan auto33B(A) Mod SenyapSkrin Auto Off Semasa Mod MalamUdara Tulen PM2.5KAD: 380m3/jMod Operasi : Digital/ACTahap Bunyi : 55dbKeluasan : 36m2Warna : PutihKuasa : 36wBekalan Kuasa: 220-240v-50hz, 1PhVoltan: 220-240vWaranti Pengeluar Tempatan 1 Tahun oleh Midea Scott
Beli online je senang, air purifier Shoppe. Siap dapat diskaun, mudah dan menjimatkan masa.Kepentingan HEPA Filter (tak semua air purifier ada HEPA filter, baca betul-betul sebelum nak beli.)
Hasil bacaan, penapis HEPA boleh membunuh virus yang terkandung dalam udara dan boleh dihapuskan dengan cekap. Itu pentingnya sebelum beli kena kumpul ilmu produk, terutamanya info HEPA filter.
Tambahan penting, jika mampu belilah jenama air purifier yang mempunyai tapisan HEPA filter “High-Efficiency Particulate Air”.
Penapis HEPA adalah standard yang disyorkan oleh EPA (Environmental Protection Agency) dan Persatuan Paru-Paru Amerika. Elok sangatlah, sebab bayi pramatang julia kebetulan lama di wad dengan bantuan alat sokongan oksigen, jadi bila discharge dari hospital nanti tak adalah dia kena bekerja lebih untuk hirup oksigen dalam rumah.
Paling menyakinkan julia, air purifier yang mempunyai penapis HEPA dapat memerangkap 99.97% zarah yang sekecil 0.3 mikron.
Bayangkan virus dan bakteria mempunyai saiz sekecil itu tidak mampu dilihat dengan mata kasar manusia. Jadi HEPA dapat memeranginya secara berkesan.
Alah membeli, menang memakai. Jadi buat pilihan bijak. Semoga kita semua dan keluarga dapat menikmati hak ruang udara bersih sepanjang berada di dalam rumah. Sedikit sebanyak membantu kesihatan optimum.
Belian Midea Air Purifier Model MAP-28BD 👉 Air Purifier
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2023/01/air-purifier-murah-dan-berkualiti.html