Air Ketuban Pecah Tiba Tiba Fasa 27 Minggu Mengandung Allahuakbar



27 minggu, Allahuakbar !
Rabu 7/9/22 (12 pagi)
Masa ini jam menunjukkan 11.45 malam. Tengah seronok pillow talk dengan suami di sebelah sambil layan beberapa media sosial. Macam biasa, tengah tenang, tengah dalam keadaan semua baik sahaja tanpa ada apa-apa petanda kecil mahu pun besar yang terjadi. 
Sebelum nak tidur macam biasalah, ibu-ibu mengandung pasti kerap check in bilik air nak buang air kecil. Sambung baring atas katil nak tidur, esok dah set fikiran ada banyak kerja dan mesyuarat perlu dihadiri. Bos dah siapkan jadual untuk hadir. Semangat nak bekerja tau. 
Masa baring, ehhh! Terasa ada letusan air keluar dari bawah. Terasa air hangat keluar laju panas dari bawah.
Allah!!! Bau air tu air biasa, tiada hancing. Sah bukan air kencing. Air ketuban bocor kah! 
Suami semak punggung juju, dia cuak, dia pegang air tu. Bukan air kencing! Nak call ambulance atau naik kereta katanya?
Aku jerit, KERETA...... !!! 
Aku panik sangat, tak tau nak cakap apa. Dekat 5 min gak lah aku baru nak berdiri, aku stuck, aku tak tau nak buat apa. 
Banjir setengah kain cadar tilam. Ya Allah, Allah, Allah tak henti-henti aku sebut. 
Suami bingkas ambil jubah juju dan pakaian lain serta dokumen diri. Dia pegang juju jalan perlahan-lahan. Aku menangis tanpa henti, Abg Qi yang dari tadi tidur bilik sebelah bangun, kepelikan. 
Aku jerit, Qaiser ilman !!! Tolong bawakan buku pink umi, pegang ya. Dia akur, bagus dia. 
Air ketuban terus mengalir, basah jubah sepanjang jalan ke kereta. Sederas itulah air mata keluar. Allah! Allah! Allah!
Dalam keadaan gembira, nak tidur esok pi kerja, dia uji hebat. 
27 minggu 5 hari.
HTA emergency O&G
Doktor Albert Tan cek, baby breech. Songsang !
Air ketuban sikit. 1cm sahaja air ketuban ada.
Tiada sakit, tiada tumpah darah.
Tak jadi bedah. Tahan di wad utk pantauan. 
Tunggu wad jam 4 pagi baru ada. Daftar dan masuk wad. 
Jam 5 pagi atas katil. Zikir tak putus. Doa selagi boleh. Mata tak dapat lelap.
7 pagi sarapan disediakan.
Bilik 3 katil kongsi. Selesa. Macam hospital pakar bertaraf swasta. Syukur disitu.
Jam 9 pagi, doktor dan nurse datang. Jelaskan kondisi juju dan bayi. 27 minggu sangat kritikal. Perlu pantauan rapi harian dan mungkin ambil masa mingguan ya. Tujuan untuk elak jangkitan ibu dan otak bayi. 
Doktor cakap selagi boleh bayi stay dalam rahim lagi elok utk tumbesaran dia. Sekarang kalau keluarkan dia banyak kesan nanti dia dapat. 
Tak nak jelaskan lebih lanjut... tumpah air mata deras. Nurse bagi tisu.  Lap air mata. 🥹
Doktor buat scan detail, semua ok 🤲🏻 lega banyak disitu.
Jam 9 malam cucuk Dexa kali kedua. 
Dexa diberi bertujuan untuk matangkan paru-paru bayi dalam rahim. Sakit suntikan dia, teramat sangat sakit sampai aku boleh mengucap panjang. Allahuakbar! Demi baby ku relakan apa sahaja untuk badan aku hadap. 
Dinner. Tidur. 
Khamis 8/9/22
Suntikan Dexa terakhir, kali ketiga. Rasakan kesakitan yang amat hebat lagi. 
Tiga sahaja suntikan, berjaya diharungi. Moga anak dalam kandungan kuat dan mampu survive hari kedua tanpa air ketuban. 
Tepat jam 3.15 pagi, ke bilik air sebab nak buang air kecil. Macam biasa la ibu mengandung kan. 
Di pad macam ada sikit lagi baki air ketuban terperangkap. Huhh. Sekali nak lap dengan tisu selepas selesai buang hajat kecil. 
Spotting blood, fresh blood !
Terkejut ada spotting merah. Kemudian sapu tisu kedua, merah makin pekat. Patut pinggang tak selesa masa tidur. 
Nak kata macam contraction macam tak. Entah... fikiran melayang. Lapor pada nurse di kaunter. Dia call doktor.
Tunggu doktor wanita datang tengokkan. Masih menunggu susulan. 
Ya Allah 27 minggu 6 hari.
Tengahari tukar pad ketiga, eh takde darah dah.
Tukar pad ke 4, pun sama darah hilang. Kecuali, air ketuban masih penuh satu pad. 
Tunjuk pad pada nurse. Nurse rekod harian. Macam mana adik baby survive tanpa air ketuban ya. 
Umi tau awak kuat. You can syg. Setiap hari 3 ke 4 kali nurse datang cek nadi baby di rahim guna alat pengukur nadi khas. 
Bacaan nadi normal baby harus 120 ke 150 ke atas, kalau 160 ke atas tu tak normal (bb stress). Kemungkinan banyak berlaku. Sama ada oksigen supply tak mencukupi atau faktor lain. 
Angin tak henti-henti. 
Okey makan tak ada masalah, tapi hari kedua di wad waktu malam perut kumpul angin. 
Kejang habis perut, minta minyak angin baby dari katil sebelah. Burp! Angin keluar atas dan bawah. Allah malunya. 
Kepit la halus, bagi angin tak ada bau keluar. 
Tidur. Sejuk teramat sangat di wad. Allah. 
Jumaat, 9/9/22
Cantik tarikh kembar. Perut cramp awal 5 pagi. Sekejap cramp, sekejap sakit belakang. 
Huhh harap itu bukan sakit bersalin la. Harap ia angin, mainan angin baki yang belum keluar.
Tengah berdoa tak henti-henti. Pohon agar adik baby bertahan. 
27 minggu belum matang sepenuhnya paru-paru dan otak. 
32 minggu should be ok Doktor Hidayah ckp sebab otak, paru-paru dan usus dia dah matang untuk baby prem. 
Air mata berjuraian bila mana doktor cakap...
Kalau bawah 32 minggu macam-macam risiko Doktor Hidayah cakap. 
Tak mampu juju nak cakap kat sini, leleh je air mata dengar penjelasan awal komplikasi baby tu kalau lahir waktu tu. 😢😭
7 pagi, masih termenung tengok jam dinding di wad. 
Di HTA, seawal jam 6 pagi cik misi ramai datang edar baju baru dan kemaskan katil. Dedikasi diorg. Bagus tau.
Sambil tu sembang dengan jiran sebelah katil Puan A dan Puan H. Geng katil lagi satu dah discaj semalam. Happy dia sebab 29 minggu heart beat baby dia kembali normal. 
Juju, entah la. Air ketuban tetap keluar. Harap ada sinar ia berhenti nanti. Amin.
Jam 12 tengahari sampai jam 4 petang, mild contraction datang. Sekejap rasa okey, doktor tanya masih ada contraction? 
Jawapan juju tunjuk rekod. Mild sahaja. Confident rasa macam biasa-biasa je tak perlu risau. 
CONTRACTION MAKIN KERAP! 
Tepat jam 4.30 ptg, mula datang contraction kuat selang :
25 saat, 
36 saat, 
38 saat, 
36 saat sehingga jam 6.30 ptg.

Eh macam makin kerap kan? 
Ya juju bertahan je, masa ni waktu melawat suami hadir. Sempat menjamah kuetiaw goreng telur mata goyang. Sedapnya Allah. Sambil makan layan contraction sekejap kuat, sekejap menyenget badan juju. 

Insan tanpa gagal melawat ku hari-hari. Sibuk dia urus anak sulung Abg Qi pergi sekolah, ambil dari sekolah, bekerja, urus makan anak semuanya dia galas. 
Sama macam tahun dulu-dulu aku diuji hebat warded sebulan. Dia tetap dia, setia dan pendorong utama kekuatan disebalik banyak kelemahan juju diuji. 
Mengucap panjang juju... terus pegang tangan suami dan berhenti makan. Sempat jamah setengah sahaja. Tak mampu makan lagi.
Terus suami suruh baring di katil. Bila baring makin berdenyut tinggi contraction tu. Masih sembunyikan dari nurse dan doktor. 
Tepat jam 6.30 ptg. Tamat sesi lawatan suami. Berat rasa hari Jumaat tu nak suami pergi. Macam ada sesuatu yang juju rasa nak dia tunggu dulu.
Bye suami, doakan contraction ini hanya Braxton Hicks sahaja. Bukan contraction sebenar. 
Nak ke bilik air nak tukar pad, sebab air ketuban bocor ni dia masih ada tau. Selagi baby ada, dia akan hasilkan air ketuban. Cuma bila dah bocor habis dia akan tiris juga. 
Sekali masa nak berdiri, aku tak mampu nak melangkah. Contraction mengila teruk masa tu. Aku stuck, dua pelawat di tepi katil melihat aku.
"Akak okey ke tu kak?" 
"Okey, okey. Tengah melayan contraction tiba². Jangan bagi tau doktor dan nurse ya."
Tak sempat ke bilik air... beberapa nurse datang.
"Puan, kami nak pindahkan puan ke wad lain, wad OHR sekarang urgent, mohon puan kemas semua barang ya, nanti saya ambil katil tolak puan."
Aku blur... what? OHR! Now? 
Wad apa tu? Kepelikan aku, dah duduk wad ni 3 hari kena tukar pula. 



Bersambung... (klimaks story to be continue)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2022/09/air-ketuban-pecah-tiba-tiba-fasa-27.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Air Gula Bukan Untuk Wanita Mengandung Sahaja Betul Ke

Minum Air Gula Bukan Untuk Wanita Mengandung Sahaja Betul Ke

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 169 hits
MINUM AIR GULA BUKAN UNTUK WANITA MENGANDUNG SAHAJA BETUL KE Malah untuk pesakit diabetes juga perlu minum air gula ni Kelakar pun ada jugak Selama ni umi ingat air gula ni hanya untuk wanita mengandung untuk pesakit yang disyaki penghidap ...
Paip Pecah Di Kawasan Mgcc Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air

Paip Pecah Di Kawasan Mgcc Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 185 hits
KUANTAN Paip pecah yang berlaku di kawasan Mahkota Golf and Country Club di sini dikenal pasti punca menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah ini Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad Saiful Zaini Mohd B...
Berapa Jumlah Bayaran Diterima Oleh Penerima Bkm Fasa 3 Jumlah Duit Bkm Fasa 3 Yang Diterima

Berapa Jumlah Bayaran Diterima Oleh Penerima Bkm Fasa 3 Jumlah Duit Bkm Fasa 3 Yang Diterima

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 276 hits
Berapa Jumlah Bayaran Diterima Oleh Penerima BKM Fasa 3 Jumlah Duit BKM Fasa 3 Yang DIterima Sepertimana yang kita sedia maklum bayaran BKM Fasa 3 telah diagihkan mulai 20 09 2022 lepas Namun yang menjadi persoalan Berapa Amaun Duit Yang Ak...
Rm225 Bilion Tiba Tiba Masuk Akaun Lelaki Ini Jujur Pulangkan Semula Pada Pemilik Asal

Rm225 Bilion Tiba Tiba Masuk Akaun Lelaki Ini Jujur Pulangkan Semula Pada Pemilik Asal

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 155 hits
Seorang lelaki menjadi jutawan dalam sekelip mata apabila sejumlah wang RM225 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya baru baru ini Duit beratus bilion itu tiba tiba berada di dalam akaun banknya diibaratkan durian runtuh buatnya ker...
Pelajar Thailand Maut Pistol Tiba Tiba Meletup

Pelajar Thailand Maut Pistol Tiba Tiba Meletup

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 173 hits
Pelajar Thailand maut pistol tiba tiba meletup Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Sep 2022 11 45PM
Tempoh Berkabung Tamat Tiba Tiba Muncul Lelaki Dakwa Anak Raja Charles Iii Dan Camilla Tuntut Ujian Dna

Tempoh Berkabung Tamat Tiba Tiba Muncul Lelaki Dakwa Anak Raja Charles Iii Dan Camilla Tuntut Ujian Dna

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 168 hits
Hari ini hari terakhir tempoh berkabung untuk Ratu Elizabeth II bagaimanapun tiba tiba muncul seorang lelaki yang mendakwa dirinya anak kepada Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camilla Lelaki terbabit dikatakan pernah menulis surat kepad...
Terkini Pembayaran Bkm Fasa 3 Rayuan Secara Tunai Di Kaunter Bsn

Terkini Pembayaran Bkm Fasa 3 Rayuan Secara Tunai Di Kaunter Bsn

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 191 hits
Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Bantuan Keluarga Malaysia dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Tiga dikreditkan mulai 20 September hingga 27 September 2022 Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 melalui pengk...
Pembayaran Bkm Fasa 3 Pada Hari Ini L Semak Bkm Anda

Pembayaran Bkm Fasa 3 Pada Hari Ini L Semak Bkm Anda

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 165 hits
Pembayaran BKM Fasa 3 Pada Hari Ini l Semak BKM Anda Makluman dari kerajaan berkenaan BKM Fasa 3 mendapat liputan semua pihak Kini kerajaan telah umumkan berita yang dinanti nantikan setelah sekian lama menunggu Ianya telah rasmi pembayaran...
Bkm Fasa 3 Semakan Tarikh Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Bkm Fasa 3 Semakan Tarikh Jumlah Bayaran Setiap Kategori

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 277 hits
Tarikh Jumlah Pembayaran BKM Fasa 3 Bagi Setiap Kategori TERKINI Berita gembira buat penerima Bantuan Keluarga Malaysia Perdana Menteri BKM merupakan komitmen berterusan Kerajaan bagi meringankan beban golongan B40 Maka hari ini saya mengum...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord