Air Coklat Dari Kofee Klasik
Kat Wisma tempat kerja k.fiezz sekarang, bila hari gaji mesti ada jualan kat lobi. Terus teringat kat KKR sebab kat sana setiap Selasa & Khamis, hari pasar tani. Lebih kurang lah dengan jualan yang ada kat lobi Wisma ni cuma sini setiap kali hari gaji. Jadi dah dekat 2 bulan k.fiezz kat sini setiap kali ada jualan ni harus lah k.fiezz ambil peluang menengok apa yang menarik ada dijual kat sini. Ala-ala macam pasar tani lah kan kat KKR tu. Rindu KKR kan..hehe..Tak boleh move on dari KKR lagi..Haha..
Antara yang menarik kat sini, air Koffee Klasik..Mula-mula duk tengok banner dia apa yang ada. Tengok nama kat banner kopi..Alaaa..sis tak minat lah kopi. Tapi bila lalu depan booth Koffee Klasik ni, duk belek jenis-jenis air yang ada dijual, eh ada air coklat lah weiii..Nak nak..Terus laju-laju order..
Kat Koffee Klasik ni bukan ada kopi je. Ada juga air lain. Cuma watak utama kat sini kopi..Hat lain tu sampingan macam air kegemaran k.fiezz yang ada juga jual kat sini..Yeayyy...
Antara jualan yang ada dijual setiap kali hari gaji kat wisma ni..Biasanya jualan ni 1-3 hari...Bila ada jualan ni jangan lepaskan peluang, tukar selera menu makan tengahari..hehe.
Air coklat koffee klasik..K.fiezz minta kurang manis. Kat sini, k.fiezz suka sebab minta buat yang kurang manis memang dia ikut seperti yang kita nak. Terbaru beli kat sini k.fiezz order air coklat kurang manis. Staff yang tengah buat order k.fiezz, dia cakap kat kawan dia 'kurang manis tapi coklat tetap kena lebih. jangan kurangkan coklat'. K.fiezz setuju..Jangan lah minta kurang manis, kurangkan susu kurangkan coklat. Memang tak rasa lah coklat dia...Nasib baik yang buat order k.fiezz tu, pandai buat...Sis sukaaa...
Bila ada jualan kat sini, pilihan k.fiezz laksam & air coklat...yummy...Beli air kat koffee klasik ni ada 2 jenis saiz cawan tapi beza seringgit je..Macam k.fiezz punya ni, air coklat, cawan kecil RM7 & cawan besar RM8...Biasanya macam ni k.fiezz pilih yang besar lah sebab saiz pun tak jauh beza..
Dapat loyalty card pula weiii..haha..Diaorang dah cam kot muka k.fiezz selalu beli kat sini..hehe..
Kumpul cop setiap kali beli kat sini, cawan yang ke-10 dapat percuma...Okey, sis kumpul..heheBukan hari-hari pun Koffee Klasik ni buka booth kat sini. Setiap kali hujung bulan time gaji je...
So kalau terjumpa koffee klasik ni, cuba lah air dia terutama peminat kopi. Sis tak minat sangat. Minum lah juga kopi tapi kalau ada pilihan lain, k.fiezz pilih yang lain contoh macam air coklat ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/10/Air-Coklat-Dari-Koffee-Klasik.html