Air Alkali Kebaikan Bahaya Mitos Kesannya Menurut Sains


KEBAIKAN AIR ALKALI UNTUK KESIHATAN : ADAKAH GIMIK SEMATA-MATA?
Minum air yang secukupnya memang penting bagi kesihatan menyeluruh.
Dalam memenuhi keperluan air minuman di rumah, banyak produk penapis air dan air minuman dijual di pasaran.
Antara produk yang paling terkenal dan dikatakan memiliki 1001 khasiat ialah air alkali.
Ia dikatakan dapat menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan mampu meningkatkan kesihatan seseorang.
Sejauh manakah keberkesanannya dan adakah ia lebih baik daripada air minuman biasa?
APA ITU AIR ALKALI?
Air alkali yang dihasilkan secara semulajadi mengalir melepasi batu dari punca air semulajadi . Dengan cara ini, air dapat mengumpul khasiat mineral dan meningkatkan paras alkali.
Walau bagaimanapun, air alkali yang kebanyakannya dijual bukanlah dibuat secara semula jadi, malah ia telah melalui proses kimia iaitu elektrolisis.
Teknik ini menggunakan mesin ‘ionizer’ bagi meningkatkan paras pH air biasa. Banyak pengeluar produk air alkali mengatakan cara ini dapat mengasingkan molekul air berasid dan beralkali.
Menurut pakar kesihatan, kualiti air perlulah dititikberatkan sebelum melalui proses ‘ionization’ bagi memastikan air selamat diminum dan bebas kontaminasi.
BEZA AIR ALKALI DENGAN AIR BIASA
Apa yang membezakan air alkali dengan air biasa ialah tahap pHnya. Air alkali ialah air dengan paras pH melebihi neutral iaitu dengan nilai 7 ke atas.
Air mineral, air water filter yang dipasang di rumah dan air paip yang dididihkan biasanya memiliki nilai pH antara 7.1 ke 7.5. Air alkali pula memiliki nilai pH antara 8 ke 9.
KELEBIHAN AIR ALKALI : FAKTA ATAU GIMIK MARKETING?
Pengamal tegar air alkali sering claim bahawa air alkali yang lebih tinggi molekul hidrogen berbanding air minuman biasa dapat meningkatkan hidrasi badan, terutamanya selepas workout. Mereka juga memilih air alkali kerana dikatakan air yang kurang kadar alkali dapat menyebabkan masalah kesihatan seperti osteoporosis dan kanser.
Marketing air alkali juga turut senaraikan kelebihannya dalam meningkatkan kesihatan antaranya :
– Meningkatkan metabolisma
– Membekalkan tenaga
– Melambatkan penuaan
– Melancarkan sistem penghadaman
– Mencegah kanser
Namun, kebanyakan claim yang diwar-warkan tentang kebaikan air alkali hanya dapat disahkan melalui kajian saintifik.
Hanya beberapa kajian telah dijalankan bagi mengukur manfaat air alkali kepada tubuh.
Antara kebaikan air alkali yang dapat dibuktikan melalui kajian ialah :
1. Mengurangkan Penyakit Refluks Asid
Kajian mendapati air alkali berkarbonat semula jadi yang berpunca dari perigi Artesian dengan kadar pH sebanyak 8.8 dapat menyingkirkan enzim pepsin dalam badan.
Enzim ini menjadi punca utama berlakunya penyakit refluks asid. Tetapi, kajian ini hanya dijalankan di dalam makmal dan tidak diuji pada individu.
2. Mengurangkan Tekanan Darah, Paras Gula dan Kolesterol
Dalam hasil kajian terbitan Shanghai Journal of Preventive Medicine, pengamalan air alkali selama 3 ke 6 bulan didapati dapat menurunkan tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah.
3. Mengurangkan Kepekatan Darah
Kajian baru pula mendapati air alkali dapat mengurangkan kepekatan darah sebanyak 6.3% selepas bersenam berbanding air ditapis.
Darah yang kurang pekat didapati dapat membekalkan oksigen secara lebih berkesan kepada sel-sel dalam badan.
DAPATKAH IA MENJADI PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT?
Ramai pakar perubatan berpendapat kehebatan air alkali yang disebarkan kepada orang ramai adalah lebih kepada gimik pemasaran kerana tidak banyak kajian yang dijalankan bagi membuktikan kesahihan air alkali sebagai minuman penawar.
Tambahan pula, buah pinggang kita sendiri sebenarnya dapat mengawal paras pH dengan baik. Buah pinggang berfungsi sebagai penapis semulajadi badan bagi mensabilkan keasidan dalam tubuh. Jika darah dalam badan terlalu berasid, badan akan menstabilkan dengan cara menghembuskan karbon dioksida.
Bukan sahaja buah pinggang, malah perut juga memainkan peranan penting dengan meneutralkan semua makanan dan minuman melalui rembesan gastric juice. Peluang air alkali untuk berfungsi juga dilihat kurang cerah kerana perut akan meneutralkan air alkali sebelum ia sempat berfungsi dalam badan.
Menurut MedicalNewsToday, orang ramai dinasihatkan untuk minum air minuman biasa dengan pH neutral kerana kadar asid dan alkali yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan.
Bagi yang sihat tubuh badan, air minuman biasa sudah mencukupi untuk menghidratkan badan. Tambahan pula, tiada kajian yang menyokong keberkesanan air alkali kepada orang yang tiada masalah kesihatan.
KESAN & KEBAIKAN AIR ALKALI PADA TUBUH BADAN
Walaupun pengambilan air alkali dikira selamat, namun ia mungkin dapat memberikan kesan jika diminum dengan kadar yang banyak dalam jangka masa yang lama.
Kadar alkali yang terlalu tinggi dalam badan dapat memberikan kesan seperti:
– Mengurangkan asiditi semulajadi perut bagi melawan bakteria dan pathogen berbahaya.
– Menyebabkan masalah sistem penghadaman.
– Keradangan dan kegatalan kulit.
– Penyakit alkalosis metabolik yang menyebabkan mual, tangan menggeletar (hand tremors), dan paras kalsium berkurang dalam badan.
Jika air alkali baik untuk diminum, sudah tentu doktor akan mengesyorkan untuk anda.
Namun, ia tidaklah disyorkan secara perubatan, malah ia lebih kepada pemasaran bebas oleh pelbagai syarikat pengeluar mesin tapisan air alkali.
Kajian yang dijalankan juga terlalu sedikit bagi mengukuhkan fakta keberkesanannya pada tubuh badan.
Jangan mudah terpedaya dengan taktik pemasaran air alkali.
Sebenarnya, air penapis di rumah atau air mineral sudah memadai bagi mengekalkan kesihatan dan hidrasi badan.
 
Sumber: siraplimau.com 
The post Air Alkali : Kebaikan, Bahaya, Mitos & Kesannya Menurut Sains appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/air-alkali-kebaikan-bahaya-mitos-kesannya-menurut-sains/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abg Ngah Roslan Temui Ajaai Terkena Rnjatan Eiektrik Ktika Mncuci Ioji Air

Abg Ngah Roslan Temui Ajaai Terkena Rnjatan Eiektrik Ktika Mncuci Ioji Air

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 168 hits
Lipis Pembantu 0perasi Ioji Rwatan Air Buklt Bet0ng dekat sini ma ut dipercayai terkena rnjatan eIektrik ketika membuat kerja pencu cian di stru ktur Ioji di Kampung Buklt Bet0ng dekat sini semalam
Karen Gillan Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians Of The Galaxy Vol 3

Karen Gillan Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians Of The Galaxy Vol 3

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 309 hits
Terdapat banyak keterujaan setelah James Gunn kembali ke Marvel Cinematic Universe Sementara kita akan melihat anggota Guardians dalam Thor Love and Thunder terserah kepada pengarah The Suicide Squad itu untuk memberikan kembali perhatianny...
Soda Bikarbonat Berkesan Basuh Sayur Buah Semburan Racun Bukan Lalu Air Paip Je

Soda Bikarbonat Berkesan Basuh Sayur Buah Semburan Racun Bukan Lalu Air Paip Je

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 170 hits
Antara air garam air paip air cuka air sabun pencuci khas buah dan sayur kajian menunjukkan air soda bikarbonat boleh hilangkan racun dan bakteria pada buah dan sayur sebanyak 94 lebih berkesan Jika sebelum ni kita basuh buah dan sayur deng...
Betul Atau Tidak Air Mata Tidak Boleh Jatuh Sedikit Pun Ke Muka Jenazah

Betul Atau Tidak Air Mata Tidak Boleh Jatuh Sedikit Pun Ke Muka Jenazah

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 373 hits
Setelah mak ayah mati mestilah kita nak cium jenazah arwah mak ayah Betul atau tidak air mata tidak boleh jatuh sedikit pun ke muka jenazah sebab apa Ada orang kata kita cium jenazah mak ayah kita air mata tak boleh jatuh atas mayat Dia tan...
Emco In Kg Sungai Padi Lipis And Kg Air Beluran From Sunday

Emco In Kg Sungai Padi Lipis And Kg Air Beluran From Sunday

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 208 hits
Kampung Sungai Padi in the Telang sub district in Lipis Pahang and Kampung Air Beluran Sabah will come under the enhanced movement control order from this Sunday until Oct 2 National Security Council director general Rodzi Md Saad said the ...
Hiburan Luahan Dapat Perhatian Syarikat Air Kelantan Fizo Omar Anggap Masalah Air Selesai

Hiburan Luahan Dapat Perhatian Syarikat Air Kelantan Fizo Omar Anggap Masalah Air Selesai

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 169 hits
Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa lega apabila luahan perasaannya mengenai isu air kotor di kawasan perumahannya telah mendapat perhatian daripada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementJelas Fizo pihak AKSB telah mengh...
Kapolres Intan Jaya Pesawat Rimbun Air Jatuh Murni Kecelakaan Bukan Ditembak Kkb

Kapolres Intan Jaya Pesawat Rimbun Air Jatuh Murni Kecelakaan Bukan Ditembak Kkb

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 178 hits
Insiden yang dialami pesawat Rimbun Air dengan nomor penerbangan PK OTW diduga karena kecelakaan akibat cuaca yang berkabut namun untuk kepastiannya baru diketahui setelah memeriksa kotak hitam pesawat
Sepinggan Semangkuk Di Batu 8 Kampung Sijangkang Hidang Air Kopi

Sepinggan Semangkuk Di Batu 8 Kampung Sijangkang Hidang Air Kopi

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 714 hits
Sepinggan Semangkuk di Batu 8 Kampung Sijangkang Hidang Air Kopi Guys aku tak boleh duduk lelama dekat kampung nanti berat badan aku naik Ni pun dah naik 1kg rasa nak menangis Aku tak tahulah sekarang tempat aku stay ini dah macam macam res...
Hiburan Masalah Air Di Kelantan Fizo Omar Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera

Hiburan Masalah Air Di Kelantan Fizo Omar Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 216 hits
Pelakon Fizo Omar menerusi sebuah hantaran di Instagram telah menggesa pihak kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah air tercemar yang masih tidak berkesudahan sehingga ke hari ini ARTIKEL BERKAITAN A...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional