Ainz Tulpe Pavilion Bukit Jalil
AINZ & TULPE PAVILION BUKIT JALIL | Assalammualaikum semua! Semalam 19 Mei 2022 Ruby berkesempatan ke perasmian kedai kecantikan dari Jepun. Ia adalah cawangan pertama di rantau Asia selepas kedai kecantikan ini dibuka di negara asal mereka.
Pada kebiasaannya, Malaysia jarang memdapat lokasi pertama untuk jenama antarabangsa membuka cawangan kan? Well! Selamat datang AINZ & TULPE! AINZ & TULPE ni sebutan adalah A-INZ TULP. E dibangian belakang korang simpan. Mudahkan
AINZ & TULPE PAVILION BUKIT JALIL
(A&T) ialah kedai kecantikan dan gaya hidup Jepun yang menempatkan 250 jenama yang mengkhusus terutamanya dalam penjagaan kulit, penjagaan kesihatan dan kosmetik. Kedai kecantikan berkeluasan 3,547 kaki persegi ini bakal memberi anda aura baru untuk membeli-belah produk penjagaan diri seisi keluarga.
AINZ & TULPE berbangga menempatkan kosmetik Jepun berkualiti, menyediakan jenama eksklusif dan berusaha untuk membawa pengguna dalam perjalanan penemuan diri dan kecantikan abadi.
Miss Chiharu Matsunaga, Merchandising Planing Manager of Marubeni Malaysia.
Dengan lebih 4,000 produk untuk dipilih, A&T merangkumi semuanya, dengan produk yang sesuai dengan setiap jenis kulit dan kumpulan umur.
KEDAI KECANTIKAN DARI JEPUN
A&T kini mempunyai 78 kedai runcit di Jepun dan pada 20 Mei 2022 telah membuka kedai yang pertama di Asia Tenggara di Pavilion Bukit Jalil, Malaysia. Bersama salah satu syarikat perdagangan terkemuka Jepun – Marubeni Corporation. AIN GROUP menubuhkan AMC Retail Malaysia Sdn Bhd untuk membuka kedai A&T pertamanya di Malaysia pada 2022
A TIME TO DISCOVER
Tidak kira umur, jenis kulit atau warna kulit, terdapat produk A&T untuk anda temui. Tersesat dalam masa semasa anda menerokai lorong yang menempatkan sehingga 250 jenama terkenal. Di A&T Beauty Experience Store, anda akan memulakan perjalanan pengalaman dan A Time to Discover cara memanfaatkan kecantikan anda dari dalam
3 PRODUK BESTSELLER DI AINZ & TULPE3 produk laki keras di jual di AINZ & TULPE adalah dari rangkaian produk AYURA, DAZZHOP dan Lips & Hips. Jom check it out
AYURA
Mengambil namanya daripada istilah Sanskrit "ayus" yang bermaksud "kehidupan", jenama Jepun AYURA membantu wanita mencapai keseimbangan kulit, badan dan minda dengan memperkayakan lima deria. Dengan logonya yang menyerupai Pokok Kehidupan, AYURA mempromosikan kepositifan dan keharmonian di antara manusia, alam semula jadi dan alam semesta dengan meningkatkan kesihatan dalaman dan kesejahteraan.
Jenama yang merangkumi semua ini menawarkan pelbagai jenis produk termasuk solek, penjagaan badan, penjagaan rambut, penjagaan tangan, penjagaan kulit dan wangian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kulit dan gaya hidup seseorang.
Jualan terlaris AYURA termasuk AYURA Rhythm Concentrate Water dan AYURA Clear Refiner
DAZZSHOP
DAZZSHOP ialah jenama Jepun terkenal yang mengintegrasikan kanta sentuh dan alat solek. Ciri utama produk adalah tekstur tinggi dan keselesaan tinggi, yang akan menjadikan anda lebih cantik dan bersinar. Produk DAZZSHOP boleh mengekalkan solekan anda untuk masa yang lama, seolah-olah ia baru sahaja dipakai.Teksturnya licin dan tidak melekit, dan mempunyai tekstur yang menyegarkan menjadi pilihan ramai pengguna
LIPS & HIPS
Jenama ini menawarkan wangian dalam bentuk Body Fragrance Sheet, Hair Fragrance, Light Fragrance, Touch Me Cream, Perfume Stick, Bath Powder dan macam-macam lagi. Di saat anda melalui kawasan pameran Lips & Hips, bau wangi seperti di taman bunga bakal menusuk jiwa. Bestnya kalau dapat travel dan bau angin di sekitar kawasan bunga, pantai dan bukit bukau. Nature love
SESI MEKAP BERSAMA MUA UMI
Kali terakhir dapat lihat mekap demo adalah sekitar tahun 2018, Ruby tidak sangka di acara perasmian cawangan AINZ & TULPE dapat melihat sesi mekap bersama MUA Umi menggunakan produk DAZZSHOP
Stail mekap pada masa kini lebih mudah diikuti jika dibandingkan ketika zaman dulu yang banyak langkah perlu dibuat. Ruby suka cara MUA Umi mengelola sesi mekap. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan tips mekap. Hanya menggunskan DAZZSHOP Sparkling Gem Eyeshadow, Multicolor Conscious, Mascara, Sheer Powder Blush dan Rouge Lipstick voila sudah siap!
Jemput datang ke AINZ & TULPE! Pasti ada sesuatu untuk anda!
AINZ & TULPELot 2.89.00, Level 2, Pavilion Bukit Jalil, 2, Persiaran Jalil 8, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurWaktu Operasi: 10AM - 10PM
FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/05/ainz-tulpe-pavilion-bukit-jalil.html