Aina Muntah Dua Kali
Hari ini 24 Mei 2019 (ketika kiriman ini ditaip), kami bawa Aina ke Kota Bharu untuk belikan dia Beyblade, gasing mainan daripada siri animasi Beyblade yang kini jadi kegilaan kanak-kanak.
Nak belikan Aina Beyblade sebab tak mahu dia rebut Beyblade Irsyad – biarlah Aina tak pandai main pun, cuma pandai cerai-beraikan Beyblade tu sahaja.
Lompat ke: Nak Cari Beyblade buat Aina | Aina Muntah di Kedai Eco RM 2.10 Pasir Pekan | Beli beyblade RM 15 dan stadium Beyblade RM 12 di KB Mall | Singgah di Pasaraya PKT Wakaf Bharu, beli Beyblade lagi | Bersihkan Muntah dalam Kereta selepas Makan Colek | Aina Muntah dalam Tidur
Nak Cari Beyblade buat AinaMaster pun tak faham kenapalah budak-budak zaman sekarang ni rajin main Beyblade yang mudah tercerai tu? Buang masa nak pasang balik. Pandai orang Jepun reka mainan yang boleh buat duit. Apabila banya komponen permainan Beyblade tu dan budak-budak yang main maka akan mudah hilang dan kemudian kena beli lain. Selain itu apabila mereka buat satu Beyblade tu ada komponen macam tu, mereka boleh jimatkan kos penghasilan di mana bahagian-bahagian yang berlainan tub oleh dicampurkan untuk hasilkan pelbagai jenis Beyblade.
Pandai pula orang China buat duit apabila mereka ciplak dan hasilkan lebih banyak Beyblade dengan harga lebih murah.
<kembali ke atas>
Aina Muntah di Kedai Eco RM 2.10 Pasir PekanSebelum kami ke Kota Bharu, kami singgah ke kedai Eco RM 2.10 di Pasir Pekan. Suatu ketika dahulu nama kedai ni ialah Kedai Eco RM 2 Pasir Pekan (lebih popular disebut Kedai Dua Ringgit), sebelum semakan harga dibuat dan dinaikkan 10 sen kepada RM 2.10 (Ringgit Malaysia dua dan sepuluh sen sahaja).
Mummy pergi membeli-belah seorang diri sementara kami menunggu dalam kereta. Ketika itulah Aina muntah melambak habis satu tempat duduk penumpang depan. Muntahnya kandungi susu dan tembikai selain bau minuman yogurt Yakult yang menjadi kegemaran Aina.
Mummy terpaksa beli seluar denim untuk Aina di Pasaraya Ten-Ten berhadapan pasaraya Eco RM 2.10 tersebut kerana seluar lebih yang dibawa adalah seluar malam sahaja.
<kembali ke atas>
Beli beyblade RM 15 dan stadium Beyblade RM 12 di KB MallSelesai menukar pakaian Nor Aina, kami ke KB Mall untuk meneruskan usaha membeli Beyblade. Aina pun dah sibuk sebut nak Beyblade selepas puas menangis akibat muntah tadi. Mungkin dia masih belum cukup tidur kerana dikejut sebelum keluar rumah tadi.
KB Mall menjadi tujuan kerana kami tiada idea di mana boleh beli Beyblade.
Nasib baik ada booth di sana yang jual Beyblade yang gunakan tali, harganya RM 15, manakala stadiumnya berharga RM 12.
Singgah di Pasaraya PKT Wakaf Bharu, beli Beyblade lagiKawan Mummy memberitahu dia bahawa di Pasaraya PKT Wakaf Bharu ada dijual Beyblade. Mummy ajak ke sana di mana Mummy beli 2 set Beyblade lagi pada harga RM 9 (Sembilan Ringgit Malaysia) lebih kurang.
Di hadapan Pasaraya PKT tersebut adalah bangunan Pasar Wakaf Bharu, manakala di kawasan jalan di sekitar kedua-dua bangunan ini adalah tapak Pasar Ramadhan.
Kami singgah ke Pasar Ramadhan tersebut untuk beli sedikit juadah berbuka.
<kembali ke atas>
Bersihkan Muntah dalam Kereta selepas Makan ColekMaster baru sahaja selesai bersihkan kereta selepas makan colek selepas solat tarawikh tadi. Pakcik Ghafur yang belanja makan 2 set Colek Malah dan 2 set Colek Buah.
Aina Muntah dalam TidurTadi semasa Aina tidur dalam jam 2 pagi lebih kurang, Aina batuk dan muntah sedikit.
Tak tahulah kenapa Aina muntah? Adakah dia terlebih makan? Adakah dia tersilap makan? Atau adakah kerana dia tak makan nasi?
Semoga Aina terus sihat dan semoga muntah-muntahnya kali ini bukanlah tanda sesuatu yang buruk…
<kembali ke atas>
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2019/05/aina-muntah-dua-kali.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29