Aidilfitri Selepas 4 Tahun Tidak Pulang Kampung


Aidilfitri selepas 4 tahun tidak pulang kampung| Entri ini telah terperam lama dalam draf entri. Sepatutnya entri ini diterbitkan sejurus selepas saya bercuti Hari Raya Aidilfitri. Namun, macam biasa, kekangan saya aktif dalam bidang penulisan blog berterusan hingga kini. Sadisnya blog ini. Walau bagaimanapun, hari ini saya berjaya juga menerbitkan entri ini sebagai kenangan perjalanan dari Sarawak ke kampung halaman (Johor) selepas pasca Covid-19. Semoga bermanfaat dan selamat membaca.

Menunggu ketibaan kapal terbang di Kuching International Airport

Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke kampung halaman adalah pada tahun 2018. Kemudian, pada tahun 2019, penerbangan ke kampung terpaksa ditangguhkan kerana sekatan perjalanan apabila Covid-19 melanda dunia ini. Namun pada tahun ini (2022),  peluang menjenguk ibu bapa tidak sesekali saya lepaskan. Rindu yang tiada penghujung kepada mereka. Pulang ke kampung setelah 4 tahun tidak menyambut aidilfitri bersama ibu bapa. Nikmat yang sangat besar dalam hidup saya. Alhamdulillah saya masih diberikan rezeki ibu bapa yang masih hidup dan sihat walafiat.


Rezeki telah ditakdirkan kepada setiap hamba Nya. Oleh itu, saya redha dengan rezeki saya, bermastautin jauh di Sarawak sejak tahun 2014. InsyaAllah jika diberikan kesihatan yang baik, maka berkhidmat dengan kerajaan sehingga 60 tahun. Mudah-mudahan. Amin. Saya juga bersyukur kerana usia blog ini sudah menghampiri usia 13 tahun. Walaupun, kadang kala ianya suram daripada entri kerana kekangan masa, dapat juga saya kemaskini dengan beberapa entri terbaru supaya kelihatan masih bertuan.


Berbalik kepada cerita asal Aidilfitri selepas 4 tahun tidak pulang kampung, entri ini disiapkan sebelum kepulangan saya ke kampung. Perjalanan ini telah dirahsiakan bersama adik beradik yang lain daripada pengetahuan ibu dan bapa saya. Perasaan seronok dan mengujakan bagi anak-anak saya untuk bertemu atuk dan neneknya tidak dapat dibendung lagi. Macam-macam aktiviti mereka ingin buat bila sudah tiba di kampung nanti.

Aktiviti Marhaban di Negeri Johor
Saya juga tidak ketinggalan untung merancang beberapa aktiviti keutamaan yang akan saya lakukan setelah menjejakkan kaki ke Negeri Johor. Antaranya hadir menyaksikan perlawanan Liga Super Malaysia 2022 antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan PJ City FC pada 06 Mei 2022 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Saya menyasarkan sekurang-kurangnya sekali hadir ke stadium ikonik kebanggaan rakyat Johor ini. Mudah-mudahan tercapai hendakNya. (*Perlawanan tersebut ditangguhkan oleh Malaysia Football League)Stadium Sultan Ibrahim (SSI)
Selain itu juga, tentunya saya ingin melawat ladang sawit milik ayah saya yang menjadi punca rezeki kepada keluarga kami sehingga kini. Felda adalah tempat saya membesar dan tentunya saya berbangga dengan langkah ayah saya untuk menyertai Felda semasa usia saya 7 tahun. Pada tahun 1990 itu, apa yang saya ingat, rumah diberi adalah rumah kayu asal orang Felda
Rumah Felda terkini
Lilin, lampu minyak tanah, pam air, mandi air parit, semua itu sudah saya rasai sejak kecil. Oleh itu, saya tidak kisah jika terpaksa tidur di kawasan sebegitu rupa. Saya berasa sangat seronok dengan pengalaman masa lalu. Kini, anak-anak saya tidak dapat merasai apa yang pernah saya lalui kerana cabaran dunia masa kini sangat berlainan. Jika kita membiarkan anak-anak berkeliaran di luar rumah tanpa pemantauan, perkara mudarat lain mungkin boleh berlaku
Dekorasi halaman Felda oleh ayah saya
Saya merancang tapi Allah SWT juga mengizinkan ianya berlaku atau tidak. Banyak tempat yang ingin saya pergi tidak kesampaian memandangkan berada dirumah lebih bahagia berbanding bersesak di jalan raya. Memandangkan pada tahun ini adalah raya selepas pasca Covid-19, berbondong-bondong orang ramai tidak melepaskan peluang ziarah menziarahi. Trafik jalan raya sangat sesak. Maka banyak masa cuti saya dihabiskan bersama keluarga dirumah dan satu dua rumah saudara sahaja.
Ayah, Ibu adalah cintaku
Link>> Video kejutan kepada ibu bapa setelah 4 tahun tidak berjumpa
Video link: (A surprise video to the parents after 4 years of not seeing each other)

Perkongsian ini juga akan sentiasa menjadi ingatan yang indah buat saya. Hal ini kerana lokasi permastautin saya menyukarkan saya untuk kerap pulang ke kampung. Oleh sebab itu, peluang untuk pulang berhari raya Aidilfitri pada tahun ini, tidak mungkin saya sia-siakan. Apatah lagi setelah 4 tahun berjauhan dengan ibu bapa. Rindunya tentu tidak tertangung lagi. Saya ingin mencipta seberapa banyak kenangan indah yang boleh saya abadikan. Wallahualam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.bilalelakiberbicara.com/2022/06/aidilfitri-selepas-4-tahun-tidak-pulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
23 Tahun Sampai Bila Nak Letak Batu Penduduk 3 Kampung Di Pasir Mas Mahu Jalan Berturap

23 Tahun Sampai Bila Nak Letak Batu Penduduk 3 Kampung Di Pasir Mas Mahu Jalan Berturap

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 287 hits
Sejak 23 tahun yang lalu penduduk di tiga kampung di Pasir Mas terpaksa menggunakan jalan yang tidak berturap sekaligus menyusahkan mereka Walaupun aduan dibuat banyak kali namun pihak bertanggungjawab hanya melakukan kerja kerja meletakkan...
Selalu Stylish Begini Potret Syahrini Saat Pulang Kampung Ke Jepang

Selalu Stylish Begini Potret Syahrini Saat Pulang Kampung Ke Jepang

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 152 hits
Nama Syahrini kini jarang terdengar dan terlihat di layar kaca Usai menikah dengan Reino Barack ia memang tak lagi aktif di dunia hiburan Meski begitu ia masih aktif di media sosialnya Kini telah memutuskan berhijab penampilan Syahrini teta...
Selepas Hampir 4 Tahun Hyuna Dawn Keluar Dari Agensi P Nation

Selepas Hampir 4 Tahun Hyuna Dawn Keluar Dari Agensi P Nation

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 235 hits
Selepas hampir 4 tahun bekerjasama dengan agensi P NATION Hyun a dan Dawn nampaknya telah memilih untuk pergi ke haluan masing masing ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 29 Ogos P NATION telah mengumumkan bahawa kontrak Hyun a dan Dawn bersama a...
Selepas 10 Tahun We Got Married Eunjung Bekas T Ara Bergandingan Semula Dengan Lee Jangwoo

Selepas 10 Tahun We Got Married Eunjung Bekas T Ara Bergandingan Semula Dengan Lee Jangwoo

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 230 hits
Peminat K Pop dari zaman 90 an pasti masih mengingati rancangan hiburan We Got Married kan Kali ini terdapat sepasang pasangan daripada rancangan tersebut katanya bakal bertemu semula siapa ek ARTIKEL BERKAITAN Kalau ada yang mungkin lupa r...
Wanita Upah 5 Pembunuh Upahan Selepas 10 Tahun Bersabar Tahu Suami Ada Hubungan Sulit

Wanita Upah 5 Pembunuh Upahan Selepas 10 Tahun Bersabar Tahu Suami Ada Hubungan Sulit

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 225 hits
Seorang wanita dilaporkan tergamak mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya sendiri yang merupakan pemilik sebuah restoran di Karawang gara gara konflik rumah tangga Menurut laman Detik com wanita itu dan lima pembunuh upahan terseb...
Ada Yang Tak Terima Kembali Aktif Selepas 2 Tahun Jimin Bekas Ahli Aoa Akui Takut

Ada Yang Tak Terima Kembali Aktif Selepas 2 Tahun Jimin Bekas Ahli Aoa Akui Takut

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 186 hits
Selepas dua tahun menghilangkan diri dek kontroversi membuli Mina ketika masih dalam AOA Jimin akhirnya membuat kemunculan semula di kaca televisyen ARTIKEL BERKAITAN Menerusi program terbaru JTBC iaitu The Second World wanita itu merupakan...
Kangen Keluarga Sudah Di Ubun Ubun Ini Potret Pelaut Indonesia Pulang Kampung

Kangen Keluarga Sudah Di Ubun Ubun Ini Potret Pelaut Indonesia Pulang Kampung

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 170 hits
Menjadi seorang pelaut tentu mengharuskan mereka harus rela tidak bertemu dengan keluarga selama berbulan bulan hingga bertahun tahun Berikut potret perjalanan panjang seorang pelaut yang akan mudik ke kampung halaman Simak ulasannya
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti