Aidilfitri Kisah Air Asia Vs Mas Telefon Pintar Vs Nokia




AIR ASIA VS MAS


Adrian Lim Chee An


Sehingga pertengahan tahun 1990an, MAS merupakan satu-satunya syarikat penerbangan kat Malaysia.


Pada ketika itu, kos ulang alik KK-KL boleh mencecah RM1,500 seorang.


Oleh kerana industri penerbangan dimonopoli oleh MAS, secara logiknya, MAS pun mencatat keuntunganlah setiap tahun.


Pada tahun 1996, AirAsia membuat penerbangan julung kalinya. Pelbagai promosi menarik dibuat seperti RM200 RM300 untuk ulang alik KK-KL.


Suratan atau takdir, secara kebetulan atau tidak, pada tahun 2017, iaitu setahun selepas AirAsia membuat penerbangan julung kalinya, MAS pula mencatat kerugian sebanyak ratusan juta ringgit.


Kerugian ini berlaku selepas MAS mencatat keuntungan sebanyak ratusan juta ringgit setiap tahun pada tahun-tahun sebelum itu.


Pada tahun 2010 sehingga tahun 2022, sepanjang tempoh lebih 10 tahun itu, MAS tidak pernah mencatat keuntungan.


Pada masa yang sama, AirAsia pula mencatat keuntungan tahun demi tahun, kecuali zaman PKP Lockdown.


Ada tahunnya AirAsia mencatat keuntungan sebanyak puluhan juta ringgit sahaja (2008), ada tahunnya AirAsia mencatat keuntungan mencecah berbilion-bilion ringgit (2015 - 2018).


TELEFON PINTAR VS NOKIA


Sehingga hujung tahun 1990an, Nokia merupakan jenama yang mendominasi industri telefon bimbit.


Nokia 3310, Nokia 2860, Nokia N-Gage, ini antara telefon bimbit yang agak popular pada zaman sebelum tersebut.


Sebagai peneraju industri, Nokia mencatat keuntunganlah berpuluh bilion ringgit setiap tahun.


Mai awal 2000an, Sony Ericsson dan Blackberry mula memperkenalkan ciptaan baharu mereka dalam usaha merevolusi industri telefon bimbit. Mereka berjaya “mencuri” sedikit market share daripada Nokia. Namun, kedudukan Nokia masih kukuh.


Pada tahun 2006/2007, Apple memperkenalkan iPhone, iaitu telefon bimbit yang bermula merevolusikan industri telefon bimbit.


Tahun demi tahun, keuntungan Apple semakin meningkat sehingga syarikat Apple dinilai melebihi RM10 trilion (RM10,000,000,000,000) pada tahun 2021.


(Trilion = 1 juta x 1 juta = 12 kosong)


Sementara itu, Nokia pula kehilangan market share yang semakin banyak. Tahun demi tahun, jualan Nokia semakin merosot. Dari nilai RM550 bilion pada tahun 2007, nilai Nokia cuma berbaki RM100 bilion pada tahun 2021.


Pada tahun 2014, Nokia akhirnya dijual kepada Microsoft.


Dalam sidang media tentang pengambilalihan Nokia oleh Microsoft, CEO Nokia mengakhiri ucapannya dengan mengatakan, “we did not do anything wrong, but somehow we lost (kita tidak membuat apa-apa yang salah, namun kita kalah)”.


Masyarakat antarabangsa mentafsirkan kecundangan Nokia disebabkan kegagalan Nokia menyesuaikan diri dan membiasakan diri kepada perubahan.


—————


Aidilfitri ini, pelbagai laporan akhbar (sama ada dengan niat tersirat atau sebaliknya) melaporkan bahawa sambutan Aidilfitri pada tahun ini terpaling hambar, terpaling teruk, terpaling merosot, terpaling sunyi.


Katanya disebabkan cukai lah, disebabkan ekonomi lah, disebabkan kerajaan lah……


Saya kurang bersetuju dengan sebab-sebab ini.


MAS dan Nokia.


MAS kalah kepada AirAsia, walaupun permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan tidak pernah berkurang.
Bahkan permintaan perkhidmatan penerbangan sentiasa meningkat kerana populasi semakin meningkat.


Nokia kalah kepada Apple, walaupun permintaan terhadap telefon bimbit tidak pernah berkurang.
Bahkan permintaan terhadap telefon bimbit sentiasa meningkat kerana populasi semakin meningkat.


Sama sekali. Keperluan untuk persiapan sambutan Aidilfitri TIDAK PERNAH DAN TIDAK AKAN PERNAH BERKURANG.
Bahkan akan sentiasa meningkat kerana populasi semakin meningkat.


Yang berbeza cuma…… buyer preference dan buyer behaviour telah berubah.


Pengguna perkhidmatan perkhidmatan switch daripada MAS kepada AirAsia.
Pengguna telefon bimbit switch daripada Nokia kepada Apple.


Sama sekali. Pembeli persiapan sambutan Aidilfitri switch daripada pasar malam dan kedai fizikal kepada online seperti TikTok, Facebook, Instagram, Lazada, Shopee.


Sekiranya peniaga peniaga konvensional masih tidak berubah seiring dengan trend buyer preference dan buyer behaviour, kemungkinan besar, perniagaan yang diceburi akan tersingkir, sepertimana Nokia tersingkir dan akhirnya diambil alih oleh Microsoft.


(Bukan saya nak doakan peniaga konvensional menjadi tersingkir atau muflis. Saya sentiasa mendoakan dan mengharapkan yang baik-baik je. Tetapi ini adalah realiti.)


Sebaliknya, sekiranya peniaga konvensional mengikut trend buyer preference dan buyer behaviour, kemungkinan besar, peniaga konvensional boleh jadi seperti MAS.


Pada tahun 2024, MAS akhirnya mencatat keuntungan sebanyak RM744 juta.


SAYA ULANGGGGGGG.


Selepas berpuluh tahun ditinggalkan oleh AirAsia dan 13 tahun berturut-turut mencatat kerugian (2010 - 2022), akhirnya pada tahun 2023, MAS berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM744 juta.


Kejayaan membuat comeback ini disebabkan antaranya, kesanggupan MAS sebagai premium carrier, berubah dan menyesuaikan diri dengan trend di mana kelompok besar pengguna perkhidmatan penerbangan memilih kos yang lebih mampu.


Maka MAS pun mula menjual tiket seperti harga penerbangan yang mampu menyaingi AirAsia. Dan hasilnya, sebagai contoh, harga tiket ulang alik KK-KL MAS boleh didapati pada harga RM300, iaitu harga lebih kurang sama dengan AirAsia dan harga yang jauh lebih murah berbanding harga RM1,500 yang dijual pada zaman 1990an.


Maka consumer pun kembali kepada MAS. 


Selamat berpuasa. Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri in advanced.


Semoga kalian mempunyai Ramadan yang mabrur dan Aidilfitri yang meriah.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/aidilfitri-kisah-air-asia-vs-mas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Ore Kelate Perlu Siap Sedia Pasir Mas Tumpat Dijangka Sambut Aidilfitri Tanpa Bekalan Air

Kelantan Ore Kelate Perlu Siap Sedia Pasir Mas Tumpat Dijangka Sambut Aidilfitri Tanpa Bekalan Air

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 202 hits
SITI NUR ZAWANIAir Kelantan Sdn Bhd mengeluarkan satu pengumuman baharu berkaitan gangguan bekalan air yang dijangka bakal memberi kesan kepada penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat pada Aidilfitri ini Berdasarkan satu hantaran dimuat na...
Gangguan Air Di Tumpat Pasir Mas Bakal Pulih Sebelum Aidilfitri

Gangguan Air Di Tumpat Pasir Mas Bakal Pulih Sebelum Aidilfitri

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 146 hits
Seramai 48 635 pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air sejak semalam Masalah ini dijangka pulih sepenuhnya sebelum perayaan Aidilfitiri pada April depan Jajahan Pasir Mas merekodkan...
El Nino Paras Air Kritikal Jejas 48 000 Pengguna Pasir Mas Tumpat

El Nino Paras Air Kritikal Jejas 48 000 Pengguna Pasir Mas Tumpat

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 211 hits
Air Kelantan Sdn Bhd berkata fenomena El Nino mengakibatkan paras air kritikal di muka sauk di Pasir Mas selain kerosakan dua pam kesan mendapan pasir dan sampah KOTA BHARU Seramai 48 635 pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd sekitar jajahan Pasir...
Air Segar Tekak Di Casacuppas Bazar Aidilfitri Pekan Rabu

Air Segar Tekak Di Casacuppas Bazar Aidilfitri Pekan Rabu

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 189 hits
Malam selepas berbuka puasa haritu kami singgah di Bazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar Vibes ala ala zaman dulu Cantik sangat Ada booth makanan dan pakaian Tempat duduk pun disediakan Kalau nak lepak situ dulu pun boleh je Mula tu aku na...
Aksb Sedia 39 Lori Tangki Bekal Air Pada Musim Aidilfitri

Aksb Sedia 39 Lori Tangki Bekal Air Pada Musim Aidilfitri

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 130 hits
AKSB mengambil pelbagai langkah dalam pelan kesiapsiagaannya untuk menjamin kelangsungan bekalan air di Kelantan sepanjang musim Aidilfitri PETALING JAYA Air Kelantan Sdn Bhd akan menyediakan 39 buah lori tangki termasuk 27 lori kontrak unt...
Sambut Aidilfitri Awal Imam Dakwa Sudah Telefon Allah

Sambut Aidilfitri Awal Imam Dakwa Sudah Telefon Allah

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 221 hits
JAKARTA Beratus ratus jemaah Masjid Aolia di Jogjakarta yang menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam berbuat demikian berdasarkan dakwaan pelik imam mereka lapor media Indonesia Menurut portal berita suara com imam KH Ibnu Hajar Sholeh Prano...
Masak Sendiri Menu Anak Jauh Lebih Baik Dari Beli Air Tangan Ibu Yang Mahal

Masak Sendiri Menu Anak Jauh Lebih Baik Dari Beli Air Tangan Ibu Yang Mahal

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 217 hits
Disaat kita berjimat cermat untuk menyiapkan juadah berbuka puasa ada baiknya kita masak sendiri buat anak berbuka Bukan hanya lebih jimat bahkan banyak kebaikannnya Kita bukan hanya dapat mengawal jumlah garam dan gula serta kebersihan mak...
Penang Awaits Rainy Season To Replenish Air Itam Dam

Penang Awaits Rainy Season To Replenish Air Itam Dam

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 111 hits
The Penang state government said it is monitoring the water level at the dam which currently can sustain water supplies for 30 days without rain PETALING JAYA The Penang state government is banking on the rainy season from April to June to ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya