Ahli Tabligh Buka Cerita



“NAK cerita pengalaman bersama staf dan frontliners (barisan hadapan) semasa dirawat di HSB. Untuk pengetahuan semua, HSB adalah hospital di Selangor yang dikhususkan merawat pesakit Covid-19. Menurut maklumat seorang daripada jururawat di situ, asalnya dia adalah jururawat bertugas di Wad Bersalin. Beliau berkata, sebelum kes pesakit Covid-19 mula ditempatkan di situ, pihak pengurusan hospital sudah memindahkan terlebih dahulu pesakit bukan kes Covid-19 ke hospital yang lain. Kemudian, HSB dikhususkan untuk menempatkan pesakit Covid-19 disahkan positif atau berkemungkinan besar adalah positif.

Sebagaimana yang kita selalu lihat di media massa, semua frontliners (barisan hadapan) di hospital khususnya doktor, jururawat, paramedik dan semua staf di wad diwajibkan memakai pakaian khas peralatan perlindungan diri (PPE) apabila berhadapan pesakit penyakit berjangkit dan berbahaya seperti virus Covid-19 ini.

Pakaian atau sut ini memang memenuhi standard piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kita yang bukan staf di hospital ini memang tak pernah merasa betapa seksanya mereka yang terpaksa memakai sut sebegini.

Pernah pada suatu hari semasa berada di wad, seorang jururawat datang ke bilik kami untuk buat check-up (pemeriksaan) rutin. Dia mengambil suhu badan, tekanan darah dan denyutan nadi. Bergerak dari satu katil ke satu katil sambil membawa peralatannya.

Saya memang sudah bersedia di katil. Apabila dia menghampiri, saya segera menghulurkan sebelah tangan. Dalam hati berbicara ‘Hurmm...check lagi...’

Namun, sewaktu dia menjalankan tugas dalam keadaan badan sedikit membongkok, saya terpandang sesuatu. Di sebalik perlindungan plastik (shelter) di mukanya, terlihat titik-titik peluh di dahinya. Jarang sekali saya melihat ke arah muka jururawat sebegitu. Kalau tengok pun, sekali imbas saja. Tetapi pada hari itu seolah-olah Allah sengaja memperlihatkannya di depan mata. Perasaan terus tersentap. Ya Allah...dalam bilik berhawa dingin boleh berpeluh, apatah lagi staf lain yang di luar sana? Saya cuba membayangkan keadaan mereka seketika. Dalam keadaan panas di luar sana, mereka sanggup pakai sut itu berjam-jam!

Sudahlah berjam-jam pakai sut yang memerap peluh, kena kerja lebih masa pula. Ada yang sampai lebih 12 jam, 14 jam dan ada yang sampai 16 jam! Sehingga ada yang keletihan sampai jatuh pengsan! Tiada masa cukup untuk beribadat, bersama keluarga dan buat aktiviti lazim kita buat di rumah. Sehingga ada petugas yang hanya memandang anak dari jauh kerana takut tersebar virus kepada ahli keluarga. Itu belum kira lagi risiko mereka mungkin terjangkit virus Covid–19 dari pesakit pula.

Kami, bekas pesakit yang menyaksikan kegigihan mereka menjadi barisan hadapan dalam berhadapan pesakit Covid-19 ini cukup terharu dengan khidmat cemerlang warga kerja KKM khususnya. Tidak ketinggalan juga, ucapan terima kasih ini kami ucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua pihak terbabit dalam operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertungkus-lumus membantu kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 ini daripada terus merebak dan meragut nyawa. Syabas utk anda semua. We proud of you! (Kami bangga dengan anda)

Dan demi menjayakan hasrat ini, tiada pesanan lain dari saya melainkan STAY AT HOME, PRAY AT HOME! (Duduk di rumah, doa di rumah).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/04/ahli-tabligh-buka-cerita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemaah Tabligh Seri Petaling Buka Cerita Sebenar Kkm Tiada Data Rekod Saringan Covid 19

Jemaah Tabligh Seri Petaling Buka Cerita Sebenar Kkm Tiada Data Rekod Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 553 hits
Beberapa bulan lalu kita dikejutkan dengan hebahan media bahawa wujud himpunan tabligh melebihi 10 000 orang di markas Seri Petaling tempat kebanyakan jemaah dari seluruh dunia berkumpul dan kelompok yang selalu disebut sebut sebagai pencet...
Tindakan Tegas Ahli Keluarga Sembunyi Jemaah Tabligh Enggan Buat Saringan Menteri

Tindakan Tegas Ahli Keluarga Sembunyi Jemaah Tabligh Enggan Buat Saringan Menteri

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 263 hits
Adam Abu Bakar KUALA LUMPUR Tindakan tegas akan diambil terhadap ahli keluarga jemaah tabligh yang bertindak menyembunyikan maklumat mengenai ahli keluarga yang hadir ke himpunan tabligh pada awal Mac lalu Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainud...
Berhenti Diskriminasi Ahli Tabligh 95 Jemaah Sudah Tampil Untuk Buat Ujian Saringan

Berhenti Diskriminasi Ahli Tabligh 95 Jemaah Sudah Tampil Untuk Buat Ujian Saringan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 300 hits
Alhamdulillah 5 sahaja lagi untuk dijejaki small Cover image via Berita Harian small Setakat hari ini 25 Mac 2020 jumlah ahli jemaah tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling yang sudah tampil membuat ujian saringan kesihatan Covid 19 telah menc...
Sudah Sudah Salahkan Tabligh Jururawat Ini Kongsi Cerita Jaga Jemaah Tabligh Dlm Wad Covid 19

Sudah Sudah Salahkan Tabligh Jururawat Ini Kongsi Cerita Jaga Jemaah Tabligh Dlm Wad Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 382 hits
Seramai 95 peratus ahli tabligh yang menyertai himpunan Sri Petaling telah memberi kerjasama untuk menjalani saringan Sudah sudah Salahkan Tabligh Jururawat Ini Kongsi Cerita Jaga Jemaah Tabligh Dlm Wad Covid 19
Sprm Buka Siasatan Kes Tunai Meragukan Syed Saddiq

Sprm Buka Siasatan Kes Tunai Meragukan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 287 hits
Malaysiakini SPRM hari ini memaklumkan bahawa suruhanjaya itu telah membuka satu kertas siasatan berhubung seorang bekas menteri yang didakwa memiliki sejumlah wang tunai yang meragukan SPRM telah menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah...
Polis Buka Siasatan Kes Pegawai Rotan Remaja Ingkar Pkp Di Kunak

Polis Buka Siasatan Kes Pegawai Rotan Remaja Ingkar Pkp Di Kunak

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 451 hits
Imej dari video yang tular di laman sosial Polis siasat pegawai rotan remaja ingkar PKP POLIS akan menyiasat tindakan pegawainya yang merotan lima remaja lelaki yang didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan ketika menjalankan operas...
Pernah Lalui Detik Sukar Reza Hasbi Tak Harap Duit Bidang Seni Saya Buka Warung Dan Ambil Tempahan Buat Meja Makan

Pernah Lalui Detik Sukar Reza Hasbi Tak Harap Duit Bidang Seni Saya Buka Warung Dan Ambil Tempahan Buat Meja Makan

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 404 hits
Reza pernah lalui detik sukar tiada tawaran berlakon dua bulan PENGALAMAN berdepan dengan situasi memeritkan sehingga terpaksa meminta ihsan ibu bapa pada tahun lalu membuatkan pelakon Reza Hasbi menyesuaikan diri ketika Perintah Kawalan Pe...
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Editing Tools For Drawing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna