Ahli Perniagaan Saman Ctos Cimb Atas Dakwaan Salah Lapor Kredit


 
CIMB, dalam pernyataan pembelaannya, berkata Ranjit Kumar Singh telah mengambil kemudahan overdraf bernilai RM15,000 pada 17 Apr 2006, melalui Southern Bank (yang kemudiannya diambil alih oleh CIMB).KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan menfailkan saman terhadap agensi pelaporan kredit dan sebuah bank kerana “salah” menamakannya sebagai peminjam kemudahan pembiayaan overdraf yang didakwa tidak pernah diambil sebelum ini.
Dalam saman fitnah dan kecuaian difailkan di Mahkamah Sesyen di sini, Ranjit Kumar Singh, 46, dari Subang Jaya, berkata dia mendapati kemudahan pembiayaan overdraf sementara bernilai RM128,087 berada dalam rekod CIMB Bank selepas melakukan carian di platform pelaporan kredit, CTOS, tahun lalu.
Beliau mendakwa CTOS dan CIMB menandai kemudahan overdraf itu sebagai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA), label yang kebiasaanya diletakkan oleh bank kepada individu kerana pinjaman tidak berbayar.
Ranjit, yang mengusahakan syarikat pengurusan acara, berkata sejak itu, dia disekat daripada mendapat pinjaman atau kemudahan kredit susulan skor kredit buruk dan label SAA.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Dia mendakwa overdraf yang tidak wujud dan skor kredit yang lemah akibat pelaporan kredit palsu mencemarkan nama baiknya dalam kalangan mereka yang berurusan dengan perniagaannya.
Ranjit mendakwa CTOS telah terlibat dalam “pelaporan dan fitnah palsu” dan CIMB didakwa “berkongsi maklumat kredit palsu” kepada agensi penarafan kredit hingga menjejaskan kedudukan kreditnya.
Dakwanya, walaupun menghantar surat berulang kali kepada CIMB dan CTOS untuk mendapatkan penjelasan sejak Ogos lalu, dia tidak mendapat jawapan. Beliau juga telah menulis surat kepada Bank Negara berhubung perkara itu.
Ranjit memohon rekod CTOS berhubung kemudahan overdraf atas namanya dikeluarkan dan dia juga memohon mahkamah memerintahkan CIMB berhenti memberikan maklumat palsu berkaitannya kepada semua agensi pelaporan kredit.
Sebagai tambahan, dia memohon injunksi menghentikan CTOS daripada mengemas kini pangkalan datanya dengan maklumat kredit mengenainya. Dia mendakwa data pelaporan kredit palsu adalah fitnah secara libel.
Ranjit menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, termasuk kos guaman dengan faedah 5% setahun.
CIMB, dalam pernyataan pembelaannya berkata, Ranjit telah mengambil kemudahan overdraf bernilai RM15,000 pada 17 Apr 2006, melalui Southern Bank (yang kemudiannya diambil alih oleh CIMB).
Selepas dia didapati ingkar hampir dua tahun, CIMB membawa Ranjit ke mahkamah dan memperoleh penghakiman ingkar memerintahkan dia membayar RM16,335.31, termasuk faedah.
“Apabila penghakiman mahkamah diperoleh, semua maklumat mengenainya menjadi maklumat awam. Kami juga tidak pernah memberikan sebarang maklumat kepada CTOS,” kata CIMB dalam kenyataan.
Sementara CTOS, dalam pernyataan pembelaan menafikan niat jahat dan berkata, ia memperoleh maklumat kredit melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara, yang seterusnya bergantung pada data kredit yang dibekalkan oleh bank.
“[…] sebarang pengesahan ketepatan (skor kredit) bukan dalam kawalan defendan pertama (CTOS),” katanya.
CTOS juga menafikan dakwaan fitnah, kerana skor kredit tidak diterbitkan atau diedarkan kepada pihak ketiga. Katanya, ia telah mematuhi undang-undang yang berkaitan dengan pelaporan kredit. Ia juga mendakwa telah merujuk aduan Ranjit kepada Bank Negara dengan segera.
Kes itu akan disebut pada 22 Ogos di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan.
FMT telah menghubungi CTOS untuk mendapatkan ulasan, sementara CIMB menerusi maklum balasnya berkata: “Kami tidak boleh mendedahkan atau mengulas mengenai nama atau pelanggan tertentu. Pada setiap masa, CIMB komited untuk memastikan layanan adil untuk pelanggan.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/08/ahli-perniagaan-saman-ctos-cimb-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dan Rosmah Tarik Balik Saman Ke Atas Rafizi

Najib Dan Rosmah Tarik Balik Saman Ke Atas Rafizi

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 241 hits
Pendedahan terbaru tidak terjawab oleh Najib dan penyokongnya Tuduhan rasuah ke atas hakim mewakili melayu bijaksana tanpa bukti adalah perbuatan terkutuk dan jijik
Go Woori Rainbow Bakal Melangsungkan Perkahwinan Dengan Ahli Perniagaan

Go Woori Rainbow Bakal Melangsungkan Perkahwinan Dengan Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 283 hits
Peminat K Pop pasti mengenali ahli kumpulan Rainbow Go Woo ri kan Khabarnya dia kini bakal berkahwin ARTIKEL BERKAITAN Menurut agensinya Image9Coms Entertainment mengumumkan Go Woo ri akan berkahwin dengan kekasihnya A pada 3 Oktober Perkah...
Ctos Kredit Komuniti Boleh Apply Ke

Ctos Kredit Komuniti Boleh Apply Ke

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 270 hits
Hai dah lama iza tak update blog Biasanya iza aktif kat page facebook Boleh tengok kat page ni iza selalu update Soalan yang biasa orang tanya Kalau ada rekod ctos dengan kredit komuniti lain boleh apply ke iza Biasanya CTOS ni kalau dah ta...
Suara Saya Sedap Dah Improved Vida Sangkal Dakwaan Rosakkan Industri Muzik Akui Guna Autotune

Suara Saya Sedap Dah Improved Vida Sangkal Dakwaan Rosakkan Industri Muzik Akui Guna Autotune

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 163 hits
Beberapa hari lalu vokalis Wings Awie tampil membidas kemunculan ahli perniagaan kontroversi dan TikTokers yang didakwa menjahanamkan industri muzik negara dengan menerbitkan lagu dengan suara sumbang selain menggelar diri mereka sebagai pe...
Hiburan Hormat Sikit Bakal Mak Tiri Disoal Dakwaan Rampas Suami Orang Ini Jawapan Fatin Afeefa

Hiburan Hormat Sikit Bakal Mak Tiri Disoal Dakwaan Rampas Suami Orang Ini Jawapan Fatin Afeefa

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 142 hits
Pelakon jelita yang juga seorang ibu baru baru ini telah berjaya mencuri perhatian netizen apabila dia tampil membidas komen netizen yang agak biadap terhadapnya Video itu yang dimuat naik Fatin Afeefa di TikTok juga dipuji netizen kerana d...
Terlalu Asyik Berjoget Atas Pentas Dangdut Tiga Wanita Berhijab Nyaris Maut Disambar Petir

Terlalu Asyik Berjoget Atas Pentas Dangdut Tiga Wanita Berhijab Nyaris Maut Disambar Petir

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 240 hits
BANJARMASIN Sebuah video tular di media sosial menunjukkan aksi tiga wanita yang sedang asyik berjoget di atas pentas nyaris disambar petir Kejadian berlaku di acara kenduri yang menjemput kumpulan dangdut untuk menghiburkan para tetamu yan...
Semakin Panas Penafian Latiff Lemah Rafizi Perincikan Dakwaan Esok

Semakin Panas Penafian Latiff Lemah Rafizi Perincikan Dakwaan Esok

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 208 hits
MalaysiakiniPKR menyifatkan penafian bekas timbalan menteri pertahanan Abdul Latiff Ahmad berkaitan dakwaan penglibatan seorang isterinya dalam skandal pemerolehan kapal tempur pesisir sebagai lemah Timbalan presidenya Rafizi Ramli berkata ...
Jabatan Penjara Nafi Beri Layanan Istimewa Kepada Najib Minta Netizen Hentikan Dakwaan Palsu

Jabatan Penjara Nafi Beri Layanan Istimewa Kepada Najib Minta Netizen Hentikan Dakwaan Palsu

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 198 hits
The ReporterSemalam Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd Sejak d...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti