Ahli Perniagaan Hong Kong Jadi Pemegang Saham Penting Airasia



 
SEPANG: AirAsia Group Bhd mengumumkan Dr Stanley Choi sebagai pemegang saham penting kumpulan melalui entiti milik penuhnya, Positive Bloom Ltd pada 18 Februari 2021.
Beliau memperoleh 167.1 juta saham AirAsia melalui tahap pertama penempatan persendirian, yang meningkatkan pegangan sahamnya dalam kumpulan itu kepada 332.5 juta saham bersamaan dengan 8.96 peratus.
Choi adalah Pengerusi Head & Shoulders Financial Group, selain Pengerusi dan Pengarah Eksekutif International Entertainment Corporation (IEC), sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Hong Kong.
Beliau juga satu-satunya ahli pengasas bersama dari Hong Kong bagi YunFeng Capital, sebuah syarikat ekuiti swasta yang ditubuhkan pada 2010 oleh sekumpulan usahawan dan pemimpin industri berpengaruh.
YunFeng Capital dinamakan sempena pengasas bersamanya iaitu pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma dan dan pengasas Target Media, David Yu.
Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Target Insurance (Holdings) Limited dari 2014 hingga 2019; Pengarah ZhongAn Online P&C Insurance Co Limited dari 2013 hingga 2016; dan Pengarah Eksekutif Media Asia Group Holdings Limited dari 2011 hingga 2015.

Dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya, Choi memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam perkhidmatan kewangan dan projek penggabungan dan pengambilalihan, dengan tumpuan khusus pada pelaburan ekuiti swasta.
Beliau juga pelabur awal untuk Kidswant, sebuah syarikat permulaan dari China yang kini menjadi peruncit produk ibu, bayi dan kanak-kanak terkemuka di China bernilai lebih daripada AS$3 bilion.
“Saya berasa sukacita untuk menjadi salah seorang pemegang saham penting dalam AirAsia Group – syarikat tambang rendah terbaik dunia dan salah satu jenama yang paling terkenal di Asia yang kini turut menjalankan perniagaan digital.
“Saya percaya cabaran terburuk dalam sejarah industri penerbangan kini sudah berlalu. Saya yakin perjalanan udara akan pulih dan di bawah kepimpinan Tan Sri Tony (Fernandes) dan Datuk Kamarudin (Meranun), serta pelaksanaan vaksin di seluruh Malaysia, AirAsia mempunyai masa depan yang amat cerah.
“Saya berharap dapat bekerjasama dengan semua orang di AirAsia,” kata Choi dalam satu kenyataan dikeluarkan AirAsia.

The post Ahli perniagaan Hong Kong jadi pemegang saham penting AirAsia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/25/ahli-perniagaan-hong-kong-jadi-pemegang-saham-penting-airasia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ahli-perniagaan-hong-kong-jadi-pemegang-saham-penting-air

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelakon Veteran Hong Kong Ng Man Tat Meninggal Dunia Akibat Barah Hati

Pelakon Veteran Hong Kong Ng Man Tat Meninggal Dunia Akibat Barah Hati

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 631 hits
Pelakon veteran Hong Kong Ng Man Tat meninggal dunia akibat barah hatiPelakon veteran Hong Kong Ng Man Tat 70 dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 5 21 petang 27 Februari 2021 akibat penyakit barah hati yang dihidapinya Ng sebelum ini ...
Bukan Bandaraya Saya Pernah Kenal Penduduk Hong Kong Yang Berhijrah

Bukan Bandaraya Saya Pernah Kenal Penduduk Hong Kong Yang Berhijrah

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 198 hits
Berjuta warga Hong Kong ditawar peluang menjadi warganegara Britain bagi melepaskan diri dari tindakan keras China Foto AFP HONG KONG Skim visa baharu menawarkan berjuta juta warga Hong Kong peluang untuk menjadi warganegara Britain apabila...
Vaksin Covid 19 Nyawa Ahli Politik Lebih Penting Dari Rakyat

Vaksin Covid 19 Nyawa Ahli Politik Lebih Penting Dari Rakyat

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 273 hits
Ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan menjadi antara penerima vaksin Covid 19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam Beliau berkata perkara itu dipersetujui...
Ahli Perniagaan Didakwa Rasuah Kakitangan Myeg Rm1 700

Ahli Perniagaan Didakwa Rasuah Kakitangan Myeg Rm1 700

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 271 hits
Lai Kim Seong keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini selepas didakwa IPOH Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan memberikan suapan berjumlah RM1 700 kepada seorang pegawai khidmat pelanggan MYEG empat tahun l...
Hiburan Didakwa Bercinta Dengan Anak Ahli Perniagaan Automotif Terkenal Ini Jawapan Pelakon Mas Khan

Hiburan Didakwa Bercinta Dengan Anak Ahli Perniagaan Automotif Terkenal Ini Jawapan Pelakon Mas Khan

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 517 hits
Pelakon Mas Khan khabarnya telah mencuri perhatian peminat apabila dia agak kerap memuat naik foto bersama seorang wanita iaitu Diana Nasimuddin Sumber Instagram Mas Khan Jika ditinjau laman Instagram mereka berdua Mas Khan dan Diana pernah...
Indeks Saham Eropah Merosot Inflasi Di Uk Meningkat

Indeks Saham Eropah Merosot Inflasi Di Uk Meningkat

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 197 hits
Semalam saham Eropah terutamanya jatuh Trend kenaikan aset beransur ansur memudar Indeks STOXX Europe 600 turun 0 06 kepada 419 2 Hidung 0 37 hari ini STOXX 600 lebih jelas Semalam Compagnie Generale des Etablissements Michelin sebuah syari...
Saham Asia Merosot Pada Awal Perdagangan Pada Hari Rabu

Saham Asia Merosot Pada Awal Perdagangan Pada Hari Rabu

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 210 hits
Saham di Asia Pasifik jatuh semasa awal perdagangan pada hari Rabu Semua saham utama jatuh kerana beberapa sebab Peserta pasaran mengharapkan pengawal selia terkemuka di rantau ini untuk mengkaji semula dasar monetari mereka yang sangat mud...
Kunci Sukses Investasi Saham Seperti Warren Buffet

Kunci Sukses Investasi Saham Seperti Warren Buffet

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 263 hits
Salah satu pemikiran Buffet yang patut dikagumi adalah bahwa setelah membeli saham satu perusahaan Investor tidak perlu peduli kalau bursa efek kemudian tutup selama sepuluh tahun
Kata Wagub Soal Kaitan Perpres Investasi Miras Dan Saham Dki Di Perusahaan Bir

Kata Wagub Soal Kaitan Perpres Investasi Miras Dan Saham Dki Di Perusahaan Bir

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 314 hits
Riza sendiri enggan menanggapi aturan hukum tentang investasi legalitas minuman beralkohol Terpenting di Jakarta Pemprov DKI tengah berupaya menjual kembali saham PT Delta Djakarta perusahaan produksi minuman beralkohol
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man