Ahli Parlimen Pembangkang Mahu Jawapan Berhubung Pembebasan Zahid


freemalaysiatoday.com
Predeep Nambiar
-September 23, 2022 10:12 PM
Ahli Parlimen Pembangkang Fahmi Fadzil, Lim Guan Eng dan Hassan Karim bercakap mengenai pembebasan Ahmad Zahid Hamidi daripada tuduhan rasuah.
PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen pembangkang menggesa pihak pendakwaan menjawab berhubung kegagalan mereka membuktikan kes terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi atas tuduhan rasuah.

Bagaimanapun, seorang lagi Ahli Parlimen menggesa peguam negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Zahid, 69, hari ini dibebaskan daripada 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk melanjutkan berkaitan sistem visa luar negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustafa memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zahid, yang merupakan timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika itu.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat peguam negara perlu menjelaskan kegagalan mereka membuktikan kes prima facie terhadap Zahid.

“Berdasarkan keputusan hakim, mereka (pihak pendakwaan) telah gagal, jabatan peguam negara dan SPRM mesti jawab,” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihak pendakwaan seharusnya menjawab bukan sahaja kepada peguam negara tetapi juga kepada orang ramai.

Beliau berkata, hakim telah membuat perbandingan antara kes Zahid dan Rosmah Mansor, khususnya tentang bagaimana pembayaran rasuah yang dikatakan telah dibuat.

“Seseorang akan tertanya-tanya apa yang membuatkan hakim membandingkan antara perincian yang diberikan oleh dua pasukan pendakwaan berbeza dengan kes masing-masing.

“Pada sama sama, kita semua perlu membaca penghakiman penuh sekiranya ia tersedia bagi memahami sepenuhnya keputusan ini,” kata Fahmi, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dari PKR berharap peguam negara memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

“Kami menerima penjelasan peguam negara bahawa penghakiman dalam kes Zahid di Mahkamah Tinggi di Shah Alam perlu diteliti dan dikaji sebelum rayuan difailkan,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang serangan terhadap hakim yang memutuskan untuk memihak kepada Zahid.

Beliau memohon alasan penghakiman didedahkan kepada umum seperti yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Najib Razak dalam kes SRC International.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/ahli-parlimen-pembangkang-mahu-jawapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betulkah Pembebasan Zahid Jejaskan Strategi Pembangkang

Betulkah Pembebasan Zahid Jejaskan Strategi Pembangkang

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 178 hits
Tsubasa Nair dan SK DeviPETALING JAYA Penganalisis politik bercanggah pendapat berhubung strategi akan digunakan pembangkang susulan pembebasan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 40 pertuduhan rasuah berhubung kes sistem visa a...
Zuraida Dakwa 3 Ahli Parlimen 2 Adun Mahu Lompat Ke Pbm

Zuraida Dakwa 3 Ahli Parlimen 2 Adun Mahu Lompat Ke Pbm

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 229 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Zuraida Kamaruddin mendakwa tiga Ahli Parlimen dan dua ADUN akan menyertai Parti Bangsa Malaysia menjelang pilihan raya umum ke 15 Presiden pengganti PBM itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelima lima wa...
Tidur Tak Nyenyak Pendakwaraya Merayu Kembali Pembebasan Ahmad Zahid

Tidur Tak Nyenyak Pendakwaraya Merayu Kembali Pembebasan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 175 hits
LIAYANA MARZUKIPendakwaraya merayu kembali pembebasan kes Zahid Hamidi untuk kes UKSB Ada masa 14 hari 3 hari dah settle masukkan rayuan Bravo AGC Benda yang saya rasa mereka rayu 1 Kebolehpercayaan 3 saksi Pendakwa 2 Wang Singapura ada not...
Kes Vln Pendakwaan Fail Rayuan Terhadap Pembebasan Zahid

Kes Vln Pendakwaan Fail Rayuan Terhadap Pembebasan Zahid

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 253 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 26 2022 8 42 PMPihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah sistem visa luar negara Notis untuk memb...
Senarai Ahli Parlimen Yang Paling Kuat Ponteng

Senarai Ahli Parlimen Yang Paling Kuat Ponteng

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 431 hits
Andrew OngAhli Parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin mencatatkan kehadiran sidang Dewan Rakyat yang terendah untuk tahun lalu dan setakat tahun ini Ia menurut inisiatif MyMP yang mengeluarkan apa yang dinamakan sebagai senarai ahli parlimen B15 s...
Zahid Dakwa Pembangkang Takut Kalah Jikalau Pru15 Ketika Musim Tengkujuh

Zahid Dakwa Pembangkang Takut Kalah Jikalau Pru15 Ketika Musim Tengkujuh

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk SeriAhmad Zahid Hamidi berkata pembangkang membantah pilihan raya umum ke 15 diadakan pada musim tengkujuh kerana takut akan kalah Ketika melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN Sabtu lalu Za...
Ahli Parlimen Bukit Gantang Perlu Akur Keputusan Parti Kata Bersatu

Ahli Parlimen Bukit Gantang Perlu Akur Keputusan Parti Kata Bersatu

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 189 hits
Kerusi Parlimen Bukit Gantang yang disandang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dijangka menjadi rebutan susulan PAS dikatakan mahu meletakkan Idris Ahmad sebagai calonnya PETALING JAYA Semua penyandang kerusi daripada Bersatu perlu aku...
Zahid Freed Of All Charges In Foreign Visa Corruption Trial

Zahid Freed Of All Charges In Foreign Visa Corruption Trial

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 264 hits
Ahmad Zahid Hamidi has been acquitted of 40 charges of receiving bribes from a company to extend its foreign visa system contract High Court judge Yazid Mustafa ruled that the prosecution had failed to establish a prima facie case against t...
Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

The Flawed Thinking Of Choosing Race Or Nationality

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Mesyuarat Agong Pibg Dan Mesyuarat Pemuafakatan