Ahli Amanah Jangan Ulas Serangan Pas Terhadap Dap Mohamad Sabu




 
Ahli akar umbi dan kepimpinan AMANAH dinasihatkan tidak memberi reaksi terhadap serangan Pas yang berterusan terhadap DAP.





Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, serangan Pas itu tidak perlu dilayan kerana pendirian Pas yang berubah ubah dan pada waktu ini berikutan parti tersebut terdesak setelah percubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan selama setahun menemui kegagalan.





Katanya, tiada guna ahli AMANAH masuk ke dalam 'permainan' Pas yang menjadikan UMNO musuh ketat akidah mereka selama puluhan tahun tetapi pada 2018 boleh berubah menjadi rakan tahaluf dalam Muafakat Nasional hampir sekelip mata.





"Sejarah pertembungan akidah paling lama diajar oleh Pas ialah pertembungan akidah dengan UMNO.





"Sebelum ini, bagi mereka pertembungan dengan UMNO bukan sekadar politik tetapi melibatkan hukum hakam sehingga terdapat yang melarang berimamkan dan memakan sembelihan orang UMNO.





"Namun pasca kemenangan Pakatan Harapan 2018 yang menggabungkan AMANAH, PKR, DAP dan BERSATU, Pas segera bekerjasama dengan UMNO bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Ketika itu segala hukum hakam dan pertembungan akidah dengan UMNO digugur segera oleh Pas.





"Begitu juga dengan DAP. Hubungan Pas lebih lama dengan DAP dan ketika bersama, mereka sentiasa memuji DAP yang dikatakan sentiasa menghormati Perlembagaan dan hak-hak demokrasi. Tetapi hari ini mereka memberi komen yang buruk kepada DAP.

Perkara ini perlu diabaikan oleh pendokong AMANAH," katanya dalam satu kenyataan.





Mohamad juga memberi andaian mudah, sekiranya pada waktu ini AMANAH memutuskan hubungan dengan DAP maka sekelip mata pula Pas akan segera menghulurkan tangan kepada DAP yang memiliki 40 kerusi parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.





"(Maka) segala kecaman mereka kepada DAP akan bertukar segera kerana bagi mereka ialah kekuasaan yang menjadi matlamat utama daripada segala-galanya.





"Oleh itu kekal tenang, dan tidak perlu melayan sikap mereka (Pas). Tiba masa kita akan menyaksikan perubahan-perubahan sikap mereka," katanya sinis.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/ahli-amanah-jangan-ulas-serangan-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Pas Will Reach Out To Dap Within An Hour Of Amanah S Absence

Mat Sabu Pas Will Reach Out To Dap Within An Hour Of Amanah S Absence

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 291 hits
PAS would immediately extend an olive branch to DAP if Amanah were to cease cooperation with the latter claimed Mohamad Sabu In urging his party members to stay calm over PAS incessant attacks on DAP the Amanah president said the Islamist p...
Pas Stand On Dap Can Change Any Second Says Mat Sabu

Pas Stand On Dap Can Change Any Second Says Mat Sabu

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 303 hits
Amanah president Mohamad Sabu says power is the ultimate goal for PAS PETALING JAYA Amanah president Mohamad Sabu has urged his party members to ignore PAS s attacks against DAP claiming the Islamic party s stand could change in the blink o...
Mat Sabu Demi Kuasa Pas Boleh Ubah Sekelip Mata Kerjasama Dengan Dap

Mat Sabu Demi Kuasa Pas Boleh Ubah Sekelip Mata Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 194 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan PAS sebagai parti boleh berubah sekelip mata dan tidak mustahil boleh kembali bekerjasama dengan DAP demi mendapat kuasa Mohamad bekas timbalan presiden PAS dari 2011 hingg...
Kj Pernah Terkejut Lihat Sikap Pas Terhadap Konsert

Kj Pernah Terkejut Lihat Sikap Pas Terhadap Konsert

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 234 hits
MalaysiakiniBekas menteri Khairy Jamaluddin dilaporkan pernah terkejut melihat sikap PAS berhadapan dengan isu konsert hiburan semsa parti itu berada dalam kerajaan Kata Khairy semasa isu berkenaan diperkatakan orang ramai salah seorang men...
Ahli Parlimen Bukit Gantang Beritahu Bersatu Jangan Buang Masa

Ahli Parlimen Bukit Gantang Beritahu Bersatu Jangan Buang Masa

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 180 hits
Mohd Farhan DarwisPETALING JAYA Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tindakannya bersama lima lagi Ahli Parlimen Bersatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan jenayah yang boleh diambil tindakan oleh parti itu Ahli Parl...
Kami Selayaknya Menang Ahli Running Man Ulas Kemenangan Program Terbaik Di Sbs

Kami Selayaknya Menang Ahli Running Man Ulas Kemenangan Program Terbaik Di Sbs

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 323 hits
Running Man terbukti masih berbisa ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru program itu para ahli sempat berbincang mengenai kemenangan mereka di SBS Entertainment Awards 2023 Kami menang Program Terbaik ianya hasil undian jadi kami menang se...
Hadi Muhyiddin Very Close Says Pas Leader

Hadi Muhyiddin Very Close Says Pas Leader

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 203 hits
Abdul Hadi Awang and Muhyiddin Yassin have not been seen sharing the same stage since the PAS muktamar last October according to a source PETALING JAYA A PAS leader claims that Abdul Hadi Awang and Muhyiddin Yassin are very close despite sp...
Don T Disturb Pasti Kindergartens Pas Warns Govt

Don T Disturb Pasti Kindergartens Pas Warns Govt

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 154 hits
PAS has warned Putrajaya not to disturb Pusat Asuhan Tunas Islam kindergartens owned by the Islamist party This comes after the government announced its decision to streamline the preschool education system and have its coordination handled...
Pas Led Pn A Double Edged Sword Says Analyst

Pas Led Pn A Double Edged Sword Says Analyst

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 217 hits
A political analyst has warned that putting PAS at the helm of Perikatan Nasional may end up being a double edged sword for the coalition The suggestion for the Islamic party to take over leadership of PN arose after six Bersatu MPs declare...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package