Ahli Akademik Dakwa Fatwa Syiah Sesat Untuk Kepentingan Agamawan


Nur Hasliza Mohd Salleh
-September 22, 2019 10:39 AM

Ahli akademik Malaysia yang berpangkalan di Singapura, Syed Farid Al-Attas
PETALING JAYA: Fatwa mengatakan ajaran Syiah menyimpang daripada Islam disifatkan sebagai alat politik demi menjaga kepentingan segelintir pihak, dakwa Syed Farid Al-Attas.

Ahli akademik Malaysia yang berpangkalan di Singapura itu berkata, fatwa itu dilihat mengikat pemikiran masyarakat Melayu Islam terhadap amalan mazhab tersebut sehingga timbul prasangka dan rasa tidak senang hati terhadap Syiah.

Syed Farid berkata konflik antara Syiah dan Sunnah menunjukkan kebencian yang semakin meningkat yang berasaskan kepada beberapa ciri.

“Kadang-kadang di antara ulama-ulama kita dan guru-guru agama kita, ada di antara mereka yang tidak memahami Syiah.

“Jadi mereka salah paham, contohnya, ada yang mengatakan Syiah itu punyai Quran (kitab) sendiri dan mereka benar-benar percaya sebab itu yang disebarkan oleh banyak orang.

“Jadi mereka sendiri tak tahu, mereka sendiri tidak baca buku Syiah, tidak pernah baca kitab yang berasal dari negeri Syiah, jadi mereka percaya Syiah ada Quran sendiri,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, katanya, terdapat segelintir agamawan yang mengetahui tentang Syiah, tetapi mempunyai niat jahat dengan memperalatkan Syiah dalam permainan politik mereka.

“Demi perjuangkan hak Melayu, dia ingat dia mesti memperjuangkan Islam.

“Dalam konteks mereka, perjuangkan Islam itu adalah perjuangkan Sunnah. Jadi, nak perjuangkan Sunnah kena bantah Syiah.”

Katanya, situasi itu berbeza pada era 80-an apabila fatwa kebangsaan mengatakan Syiah sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.

“Tapi mula tahun 90-an, telah keluar fatwa yang menolak pendirian itu. Jadi, kita kena didik semula masyarakat mengenai masalah ini,” katanya.

Syiah, fahaman Islam kedua terbesar yang mempunyai banyak pengikut di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan dan beberapa bahagian di Arab Saudi, Yaman dan Pakistan.

Tetapi pihak berkuasa Islam negeri mengisytiharkan ajarannya sebagai “menyimpang”, dengan khutbah di Selangor sering mengutuk pengikutnya sebagai sesat.

Baru-baru ini, serbuan dibuat ke atas pengikut Syiah di Johor dan Selangor yang dikritik pelbagai pihak termasuk Suhakam yang menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar hak perlembagaan terhadap pengikut Syiah untuk bebas mengamalkan agama.

Ditanya apakah strategi terbaik untuk mendidik masyarakat Islam di Malaysia supaya tidak menyalah tafsir Syiah, Syed Farid mengesyorkan ulama Sunnah dari negara luar dibawa masuk ke Malaysia.

Katanya, ia bertujuan untuk memberi penjelasan kepada mufti dan ulama Sunnah di Malaysia tentang sikap yang sewajarnya diberikan kepada pengikut Syiah.

Syed Farid menambah, Malaysia pernah dianggap sebagai model negara yang berakar umbi dalam tradisi Islam yang kemudiannya berkembang dan membangun dalam ekonomi, politik dan sosial walaupun mempunyai masyarakat majmuk.

Atas sebab itu, katanya, Malaysia dipandang tinggi dan menjadi teladan kepada negara Islam yang lain.

Bagaimanapun, katanya, situasi itu ternyata berbeza dengan situasi hari ini apabila negara dilihat semakin menjurus kepada negara yang ektremis agama berbanding negara Islam yang lain.

“Mana ada negara Islam yang Sunnah tak boleh kahwin dengan Syiah?

“Kalau ada sepasang Sunnah dan Syiah dan jabatan agama tahu, mereka tak dibenarkan kahwin, tidak sah. Itu terlalu ekstremis dan bahaya,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/09/ahli-akademik-dakwa-fatwa-syiah-sesat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Catat Kutipan Antara Yang Tertinggi Di Malaysia Pelakon Filem Paskal Dakwa Belum Terima Bonus Yang Dijanjikan

Catat Kutipan Antara Yang Tertinggi Di Malaysia Pelakon Filem Paskal Dakwa Belum Terima Bonus Yang Dijanjikan

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 642 hits
Nama Pasukan Khas Laut yang sememangnya dikenali semakin dijulang naik oleh masyarakat setelah mereka melihat sendiri tugas serta aksi para anggota ketika menjalankan misi menyelamat dalam filem PASKAL The Movie Filem ini memaparkan semula ...
Ibu Tunggal Ini Dakwa Diserang Bekas Suami Lepas Balik Dari Mahkamah Sampai Kepala Berdarah

Ibu Tunggal Ini Dakwa Diserang Bekas Suami Lepas Balik Dari Mahkamah Sampai Kepala Berdarah

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 351 hits
Dipercayai akibat daripada konflik rumahtangga menyebabkan lelaki ini didakwa bertindak luar kawalan Tular satu video rakaman CCTV di mana seorang lelaki bertindak agresif memukul bekas ayah mentuanya dan isterinya tular di media sosial Men...
Remaja Akan Saman Syarikat Vape Selepas Dakwa Alami Kerosakkan Paru Paru Yang Teruk

Remaja Akan Saman Syarikat Vape Selepas Dakwa Alami Kerosakkan Paru Paru Yang Teruk

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 342 hits
Seorang remaja mendakwa paru parunya berfungsi seakan berusia 70 tahun dan akan menyaman sayarikat terkemuka Vape di Amerika Syarikat Menurut remaja yang berusia 18 tahun ini dari Illinois telah mendakwa Syarikat itu telah memasarkan vape k...
Pendaki Dakwa Lihat Asap Tebal Lalang Terbakar Di Bukit Broga

Pendaki Dakwa Lihat Asap Tebal Lalang Terbakar Di Bukit Broga

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 501 hits
Beberapa kawasan di Bukit Broga Semenyih didakwa terbakar sejak petang tadi Susulan itu tular di laman sosial beberapa individu yang memuatnaik gambar keadaan terkini Bukit Broga Melalui gambar tersebut api dilihat marak di beberapa kawasan...
Kalau Tak Ada Duit Saya Boleh Bagi Percuma Hafiz Hamidun Dakwa Drama Insan Terpilih Langgar Isu Hak Cipta

Kalau Tak Ada Duit Saya Boleh Bagi Percuma Hafiz Hamidun Dakwa Drama Insan Terpilih Langgar Isu Hak Cipta

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 1821 hits
Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun meluahkan rasa kecewa apabila sebuah syarikat produksi kerana menggunakan lagu zikir nyanyiannya dalam drama Insan Terpilih yang disiarkan di TV3 tanpa kebenaran BACA Menurut Hafiz syarikat produksi Aniq ...
Saya Secara Rasmi Buka Tudung Zarina Anjoulie Dakwa Pakai Tudung Sebab Dipaksa Bekas Suami

Saya Secara Rasmi Buka Tudung Zarina Anjoulie Dakwa Pakai Tudung Sebab Dipaksa Bekas Suami

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 2402 hits
Selepas mencetuskan huru hara di media sosial dengan belanja video menari bersama beberapa kenalan wanitanya dengan hanya memakai busana yang sangat seksi hingga menampakkan sebahagian besar payu daranya pelakon Zarina Anjoulie tampil memoh...
Puluhan Burung Tiba Tiba Jatuh Ke Tanah Perakam Video Dakwa Burung Bertaburan Mati Akibat Jerebu

Puluhan Burung Tiba Tiba Jatuh Ke Tanah Perakam Video Dakwa Burung Bertaburan Mati Akibat Jerebu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 456 hits
Fenomena jerebu yang melanda Malaysia semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beratus ratus buah sekolah di tutup di beberapa buah negeri yang terjejas Malah keadaan ini bukan sahaja akan mempengaruhi penglihatan tetapi juga menjejaska...
Badan Penyelidik Dakwa Sokongan Pas Di Selangor Makin Merosot

Badan Penyelidik Dakwa Sokongan Pas Di Selangor Makin Merosot

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 317 hits
Sebuah badan penyelidikan di bawah kerajaan Selangor mendakwa sokongan terhadap PAS di Selangor semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum ke 14 Institut Darul Ehsan berkata sokongan terhadap PAS menurun kepada 8 berbanding 15 sebelu...
Luka Di Badan Lufya Dakwa Dipukul Suami

Luka Di Badan Lufya Dakwa Dipukul Suami

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 536 hits
Tiada angin tiada ribut perkongsian Lufya Omar di Instagram mencetuskan tanda tanya netizen apabila pelakon itu mendakwa suaminya Dr Che Muhammad Hafiz The post appeared first on
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Grindelwald Day 7 2

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange