Ah Long Hantar Gambar Pistol Selepas Tawaran Pinjam Wang Ditolak


 
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ng berkata, beliau menerima gambar pistol daripada Ah Long menerusi aplikasi WhatsApp pada 8 Okt lalu. (Gambar Pixabay)PETALING JAYA: Gara-gara menolak tawaran pinjaman wang along, sebuah keluarga di Johor Bahru berdepan ancaman bunuh dan rumah dibakar.
Mangsa berusia 37 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ng berkata, kereta adiknya yang diletakkan di rumah keluarganya di Taman Desa Jaya disimbah cat merah dan gambar pistol diterimanya menerusi aplikasi WhatsApp pada 8 Okt lalu.
Lelaki itu berkata, kejadian itu bermula apabila adiknya yang bekerja di sebuah kilang di Singapura terdesak menggunakan wang, lalu menghubungi sebuah syarikat pinjaman wang tidak berlesen awal bulan lalu.
“Bagaimanapun, adik saya berubah fikiran dan membatalkan hasrat membuat pinjaman selepas dinasihatkan keluarga.
“Namun, syarikat berkenaan tetap meneruskan pemberian pinjaman selepas memperoleh maklumat peribadi adik dengan memindahkan wang berjumlah SGD1,000 (RM3,079).
“Biarpun tidak bersetuju dengan pinjaman itu, adik tetap membuat bayaran penuh beserta bunga. Namun, tidak lama selepas itu, mereka memindahkan SGD2,000 (RM6,158) lagi, walaupun adik tidak memohon pinjaman lagi dan mahu memulangkan wang berkenaan, tetapi mereka menolak.
“Selepas tak tahan berkali-kali diganggu Ah Long itu, adik menyekat nombor telefon berkenaan. Namun, kini ahli keluarganya di Johor pula menjadi sasaran Ah Long,” katanya dipetik Harian Metro.
Ng yang juga peniaga akuarium berkata, beliau turut menerima mesej ugutan menerusi WhatsApp daripada nombor telefon berdaftar di Singapura yang mengugut akan membakar rumah dan keretanya, selain menyimbah cat merah.
“Saya turut menerima mesej WhatsApp daripada nombor telefon tempatan yang menghantar gambar pistol, selain memberi amaran supaya berhati-hati ketika keluar rumah.
“Saya dan isteri tidak pernah membuat pinjaman daripada sesiapa. Disebabkan bimbang akan keselamatan kami, saya membuat laporan polis di Balai Setia Indah pada 8 Okt lalu,” katanya.
Beliau berkata, lima hari selepas laporan polis itu dibuat, ibunya menghubungi beliau pada 11.30 malam 13 Okt lalu memaklumkan kereta adik bongsunya di rumah di Taman Desa Jaya disimbah cat merah. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/ah-long-hantar-gambar-pistol-selepas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Pertama Buat Surprise Dekat Butik Selepas Tengok Suami Syok Cuba Baju Nikah Dengan Bakal Bini Baru

Isteri Pertama Buat Surprise Dekat Butik Selepas Tengok Suami Syok Cuba Baju Nikah Dengan Bakal Bini Baru

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 306 hits
Baru baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita membuat kejutan dengan memberikan sebiji kek sempena ulang tahun kelahiran suaminya
Perkhidmatan Vpn Ini Bersetuju Untuk Menyekat Bittorrent Selepas Disaman

Perkhidmatan Vpn Ini Bersetuju Untuk Menyekat Bittorrent Selepas Disaman

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 187 hits
Kalau anda biasa menggunakan Popcorn Time anda pasti akan mengenali VPN ht yang menjadi orang tengah kepada aplikasi lanun cetak rompak filem itu Perkhidmatan VPN ini ditawarkan sebagai medium untuk menjadikan trafik BitTorrent aplikasi seb...
Sepatutnya Ke Pusat Jagaan Kanak Kanak Meninggal Selepas Terkurung 3 Jam Dalam Van

Sepatutnya Ke Pusat Jagaan Kanak Kanak Meninggal Selepas Terkurung 3 Jam Dalam Van

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 228 hits
Luluhnya hati saat dapat tahu anak meninggal dunia Ini yang berlaku pada seorang kanak kanak perempuan autisme yang ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas terkurung di dalam sebuah van selama tiga jam Kejadian ...
Hiburan Saya Orangnya Biasa Biasa Sahaja Imran Bard Jadi Fenomena Nafi Terima Tawaran Berlakon

Hiburan Saya Orangnya Biasa Biasa Sahaja Imran Bard Jadi Fenomena Nafi Terima Tawaran Berlakon

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 476 hits
Personaliti media sosial dan YouTuber terkenal Imran Bard semakin menjadi sebutan ramai apabila dialog ghisau ghisau olehnya menjadi fenomena sehingga ramai pelakon popular tanah air menggunakan suara dan dialog tersebut dalam video mereka ...
Askar Maut Selepas Tembak Ibu Mentua

Askar Maut Selepas Tembak Ibu Mentua

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 297 hits
Polis dilihat menjalankan siasatan mereka di lokasi kejadian Suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian Masalah rumah tangga punca askar mengamuk bunuh diri KUCHING Masalah rumah tangga dikenal pasti punca seorang anggota tentera me...
Meninggal Dunia Selepas Dos Ke 2 Vaksin Campuran

Meninggal Dunia Selepas Dos Ke 2 Vaksin Campuran

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 175 hits
Nattha Nawo menunjukkan sijil vaksinasi anaknya FOTO Agensi Disuntik Vaksin Covid 19 Campuran Sinovac dan AstraZeneca Seorang Lelaki Thailand Alami Pendarahan Otak Hingga Meninggal Dunia Bangkok Siasatan dilakukan terhadap kematian seorang ...
Ruginya Tak Amalkan Minum Air Kosong Selepas Bangun Tidur Ini Kebaikannya Yang Wajib Anda Tahu

Ruginya Tak Amalkan Minum Air Kosong Selepas Bangun Tidur Ini Kebaikannya Yang Wajib Anda Tahu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 185 hits
Tahukah anda sebenarnya banyak kelebihan yang dapat kita perolehi dari minum air kosong selepas bangun dari tidur Seperti yang kita tahu air kosong mengandungi banyak khasiat kepada tubuh badan
Wirid Dan Doa Selepas Solat Pagi Dan Petang Kelebihan Amalan Zikir Selepas Solat

Wirid Dan Doa Selepas Solat Pagi Dan Petang Kelebihan Amalan Zikir Selepas Solat

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 403 hits
WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT PAGI DAN PETANG KELEBIHAN AMALAN ZIKIR SELEPAS SOLAT untuk kita sentiasa amalkan Jom Share Jom practikkan insyallah Salam Jumaat Semua Maksudnya Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar benarnya melain...
Kerajaan Akan Bina Semula Kwan Selepas Ekonomi Pulih Tengku Zafrul

Kerajaan Akan Bina Semula Kwan Selepas Ekonomi Pulih Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 215 hits
Kerajaan akan bina semula KWAN selepas ekonomi pulih Tengku Zafrul Kerajaan memberi jaminan akan membina semula dana Kumpulan Wang Amanah Negara yang digunakan untuk rakyat ketika mendepani Covid 19 apabila keadaan ekonomi kembali pulih Men...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Ringgit Opens Lower Ahead Of Bnm S Opr Release

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Lirik Lagu Seribu Setia Siti Nordiana

Selamat Jalan Pak Jokpin

Drama Bawah Payung Awan

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Farel Prayoga Feat Fila Delfia Selendang Biru Chord

Jawaban Untuk Frans Donald Dan Buya Syakur Dari Dr Haji M Rakib S H