Agustavia Wanita Pertama Dilantik Ketua Balai Bomba Di Sabah


Agustavia Joe Guasi dilantik sebagai ketua balai bomba Lintas di Sabah pada 1 Ogos 2019. — Foto ihsan FacebookAgustavia Joe Guasi Agustavia wanita pertama dilantik ketua balai bomba di Sabah

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini amat bererti buat Agustavia Joe Guasi apabila tarikh keramat itu bukan hanya meraikan hari lahirnya tetapi juga merupakan kenangan terindah apabila telah dilantik sebagai Ketua Balai Bomba Lintas, di sini pada 1 Ogos lalu. Lantikan itu menjadikan Agustavia, 37, memecah rekod kerana menjadi wanita pertama di Sabah memegang jawatan itu yang biasanya didominasi oleh golongan lelaki sebelum ini.


Berkongsi kisah bersama Bernama baru-baru ini, ibu kepada empat cahaya mata itu berkata pada mulanya beliau hanya berhasrat ingin menjadi seorang wanita bekerjaya namun tidak menyangka tuah menyebelahi dirinya apabila dilantik ke jawatan itu hampir sebulan lalu.

“Saya mula mendapat latihan rekrut di Akademi Bomba Sabah selama setahun bermula 2001 hingga menamatkan latihan pada 2002 sebelum ditempatkan di bahagian latihan sehingga 2007,” katanya yang berasal dari Kampung Nalapak, Ranau.


“Kemudian saya dipindahkan ke Bahagian Operasi dan Penyelamat Negeri Sabah pada 2007 sehingga 2009. Setahun selepas itu, saya bertugas di sini (Balai Bomba Lintas), sebelum bertugas di Pusat Gerakan Operasi Sabah pada 2011 sehingga Julai lalu,” katanya ramah.

Meskipun dalam kesibukkannya bagi memastikan anak-anak buahnya menjalankan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan, Agustavia kini sedang mengikuti pengajian jarak jauh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam di Universiti Utara Malaysia.

Beliau berkata antara tugasan yang telah dikendalikannya termasuk Ops Gempa Bumi di Gunung Kinabalu dan Ops Kemarau di daerah Papar pada 2015 serta kes-kes kebakaran rumah setinggan sekitar Kota Kinabalu.

Agustavia berkata beliau tidak terfikir untuk menjadi anggota bomba dan tidak tahu tugas sebenar anggota bomba, hanya mengetahui bomba memadam kebakaran dan menyelamat mangsa kemalangan jalan raya.

“Selepas masuk bomba barulah jatuh cinta dengan kerjaya ini dan amat sesuai dengan jiwa saya,” katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh, Ranau.

Anak bongsu dari tiga beradik itu mengakui  bukan mudah baginya untuk memikul amanah dan tanggungjawab itu kerana peranan dan tugas anggota bomba pada masa kini semakin mencabar.

Katanya, peranan ketua balai bukan hanya bertanggungjawab terhadap anggotanya tetapi juga menjadi barisan hadapan untuk berdepan dengan masyarakat.

“Mereka yang berminat untuk menjadi anggota bomba terutamanya wanita, persiapkan diri dengan mental dan fizikal yang mampu untuk menggalas tugas sebagai anggota bomba. Kerjaya ini tidak semudah menyarung uniform, perlu sentiasa berhadapan dengan risiko semasa menjalankan tugas.


“Sesetengah wanita takut pada api, tetapi sesetengah wanita menjadi seperti api,” katanya yang berkongsi ayat yang menjadi inspirasinya selama ini.  —  Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2019/08/agustavia-wanita-pertama-dilantik-ketua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Wanita Pan Lemah Mudah Tunduk Desakan Kafir Tiada Rahmah Sesama Saudara Seislam Kata Ketua Wanita Isma

Ketua Wanita Pan Lemah Mudah Tunduk Desakan Kafir Tiada Rahmah Sesama Saudara Seislam Kata Ketua Wanita Isma

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 345 hits
Tiada rahmah sesama saudara seislam kata Ketua Wanita IsmaBANGI Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia Ustazah Suriani Sudi menyelar kenyataan Dr Siti Mariah Mahmud yang seolah olah menyokong tindakan segelintir pihak mahu mengusir pendakwah...
Akhir Tragis Wanita Transgender Pertama Di Dunia

Akhir Tragis Wanita Transgender Pertama Di Dunia

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 337 hits
Pada sekitar tahun 1930 an Lili Elbe adalah wanita transgender pertama di dunia yang menjalani operasi pergantian kelamin Ia terlahir dengan nama Einar Mogens Wegener di tahun 1882 hingga akhirnya ia memutuskan untuk menjadi seorang wanita ...
Kunjungan Diraja Lawatan Pertama Selepas Dimasyhur Ketua Perlembagaan Uiam

Kunjungan Diraja Lawatan Pertama Selepas Dimasyhur Ketua Perlembagaan Uiam

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 394 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sabah Tak Teragak Agak Sekat Zakir Kata Ketua Menteri

Sabah Tak Teragak Agak Sekat Zakir Kata Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 324 hits
Sabah tak teragak agak sekat Zakir kata ketua menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Aug 2019 10 34PM
Hari Pertama Di Surabaya Indonesia

Hari Pertama Di Surabaya Indonesia

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 352 hits
Kali ini bercuti dengan rakan rakan satu Universiti iaitu USM atau lebih tepat geng KLKMUSM Pada mulanya nak ajak ramai rakan rakan geng join trip ni tapi semua takit bini Lalu tinggal kami bertiga yang mendapat lesen pelepasan hehehe Berle...
Wang Kertas Siri Pertama Malaysia

Wang Kertas Siri Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 718 hits
Wang kertas Malaysia mula dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Jun 1967 Wang kertas tersebut terdiri daripada lima jenis nilai muka iaitu 1 5 10 50 dan 100 Wang kertas jenis nilai 1 000 telah dikeluarkan pada 2 September 1968 Re...
Penerbangan Pulang Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba 19 Ogos

Penerbangan Pulang Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba 19 Ogos

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 311 hits
Penerbangan pulang jemaah haji Malaysia dijangka tiba di KLIA pada pukul 2 50 petang waktu Malaysia pada 19 Ogos ini Foto Bernama Penerbangan pulang pertama jemaah haji Malaysia dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pa...
Puan Sebut Perpes Kenaikan Iuran Bpjs Kesehatan Terbit Sebelum Jokowi Dilantik

Puan Sebut Perpes Kenaikan Iuran Bpjs Kesehatan Terbit Sebelum Jokowi Dilantik

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 222 hits
Menteri Koordinator Bidang PMK Puan Maharani mengatakan saat ini perpres tersebut tengah dirancang oleh sejumlah kementerian terkait Dia memastikan perpres tersebut diterbitkan sebelum Oktober atau sebelum Jokowi Ma ruf Amin dilantik MPR se...
Dilantik Jadi Anggota Dprd Diy Katir Pulang Jalan Kaki 11 Kilometer

Dilantik Jadi Anggota Dprd Diy Katir Pulang Jalan Kaki 11 Kilometer

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 203 hits
Katir mengaku jalan kaki dari Gedung DPRD DIY hingga ke rumahnya merupakan nazarnya saat akan maju menjadi anggota DPRD DIY
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn