Agong Telah Menyelamatkan Negara Kok Siong


Agong buat keputusan selamatkan negara.
Keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri kelapan bagi menyelesaikan kemelut politik tanah air baru-baru ini adalah bertujuan mengelak berlakunya krisis Perlembagaan dalam negara.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Profesor Datuk Dr Teo Kok Siong berkata, dalam kemelut politik yang begitu sengit dan dahsyat, Yang di-Pertuan Agong telah membuat keputusan tersebut bagi menyelamatkan negara.
Menurutnya, walaupun terdapat segelintir pihak menulis di media sosial dan menyifatkan tindakan itu sebagai mengkhianati mandat rakyat serta membunuh demokrasi, beliau menyifatkan isu itu tidak timbul.
“Apa yang dilakukan tuanku mengikut Perlembagaan kerana sistem di negara ini terdiri daripada dua bahagian iaitu Raja (tuanku sendiri mengikut Perlembagaan) dan rakyat mengikut demokrasi di Parlimen,” katanya pada Wacana Sinar ke-172 bertajuk Kerajaan Beta: Agong & Perlembagaan Persekutuan yang dianjurkan bersama Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.
Turut menjadi panelis pada Wacana Sinar kali ini adalah Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling dan Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, sementara personaliti televisyen, Amin Idris bertindak sebagai moderator.
Kok Siong berkata, dengan keputusan dibuat Seri Paduka Baginda itu jugalah, maka tidak berlaku terkandasnya atau terbantutnya pemerintahan negara disebabkan kemelut politik yang berlaku.
“Natijahnya di sini, tindakan tuanku memilih Perdana Menteri kelapan adalah jelas untuk mengelak negara daripada krisis Perlembagaan,” katanya.
Dalam pada itu, Kok Siong turut membidas sikap pemimpin-pemimpin parti politik yang sebelum ini diberi mandat rakyat untuk memerintah negara tetapi tidak menguruskannya dengan baik.
Menurutnya, mandat rakyat ialah wasiat kehendak rakyat kepada sekumpulan parti politik yang dipilih menjadi kerajaan tetapi sayangnya ia tidak dihormati.
“Setelah dapat mandat rakyat mereka ini mempertaruhkannya, sedangkan salah satu komponen penting dalam mandat rakyat adalah peralihan kuasa.
“Kita boleh lihat bagaimana isu peralihan kuasa dipertaruhkan dan wujud kerakusan serta keangkuhan di situ apabila ada tindak-tanduk meletak jawatan dan kemudian mahu kembali jawatan dilepaskan.
“Mereka tidak berjaya mengurus apa yang diamanahkan dan seolah-olah tidak bersedia untuk menunaikan janji sedangkan itu mandat rakyat,” katanya.
Ketika mengulas mengenai isu hak kebebasan bersuara yang disalahgunakan ramai pihak, Kok Siong berkata, ia sebenarnya alasan untuk membolehkan seseorang itu berbicara mengenai apa yang ingin diperkatakan dan tanpa had.
Tegasnya, kebebasan bersuara sebenarnya ada hadnya terutama dalam konteks penghinaan kepada raja.
“Walaupun terdapat perundangan mencukupi tapi masih ada pihak yang menghina raja dan ini yang harus dilihat kembali.
“Sudah tiba masanya undang-undang sedia ada diperketatkan dan kena lihat balik Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia supaya kes jadi lebih berat dan dibicarakan bukan di Mahkamah Majistret yang sering dikaitkan dengan kes kecil.
“Jika kes hina raja ini berterusan dan semakin teruk, perlu digubal undang-undang lebih keras iaitu undang-undang penderhakaan kepada institusi raja bagi melindungi kemuliaan institusi tersebut.
“Di Asia, Thailand sudah ada undang-undang ini sejak 1908 dan Kemboja juga telah melaksanakannya pada tahun lalu,” katanya.
Selain itu katanya, pendekatan lembut melalui saluran pendidikan serta ideologi Rukun Negara juga boleh digunakan.
Sinar.
The post Agong telah menyelamatkan negara – Kok Siong appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/11/agong-telah-menyelamatkan-negara-kok-siong/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=agong-telah-menyelamatkan-negara-kok-siong

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Sasar Jadi Pusat Simpanan Makanan Negara

Selangor Sasar Jadi Pusat Simpanan Makanan Negara

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 440 hits
SHAH ALAM 6 JUN Selangor mensasarkan untuk menjadi pusat simpanan makanan negara pada masa depan kata EXCO pemodenan pertanian dan asas tani Ir Izham Hashim berkata walaupun terkenal sebagai negeri perindustrian tetapi teknologi moden membo...
Rakyat Pulang Dari Luar Negara Tidak Perlu Dikuarantin Wajib Mulai 10 Jun

Rakyat Pulang Dari Luar Negara Tidak Perlu Dikuarantin Wajib Mulai 10 Jun

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR 7 Jun Bermula 10 Jun ini rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi akan dikuarantin wajib di pusat kuarantin kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata sebaliknya mereka hanya pe
Selamatkan Ekonomi Negara Kata Pemimpin Umno

Selamatkan Ekonomi Negara Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 421 hits
Maka Kerajaan PAKATAN HARAPAN dahulu lebih fokus kepada pertanian dan perdagangan antarabangsa berbanding sekarang walaupun tidak sempurna Cuma silapnya Kerajaan PAKATAN HARAPAN memberi Azmin Ali terlalu banyak kuasa ekonomi yang beliau gag...
Pkpb Diganti Dengan Pkpp Rentas Negeri Dibenarkan Dah Boleh Balik Kampung Bercuti Dalam Negara

Pkpb Diganti Dengan Pkpp Rentas Negeri Dibenarkan Dah Boleh Balik Kampung Bercuti Dalam Negara

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 572 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang berakhir pada 9 Jun ini digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP...
Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Intipati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 380 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Antara yang diumumkan termasuklah Kadar pengangguran meningkat sehingga 800 000 orang menjelang akhir tahun 2020 Pelan Jana Semul...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau