Agong Berkenan Terima Menghadap Duta Besar Arab Saudi


KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussein Saeed Qattan di Istana Negara hari ini.
Dalam kenyataannya, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan serta mendoakan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dikurniakan kesembuhan dan pemulihan dengan segera.
“Seri Paduka turut mengimbas kembali kenangan manis pertemuan dan perbincangan bersama Raja Salman semasa lawatan negara baginda ke Arab Saudi pada 12 hingga 14 Julai 2019.
“Baginda menzahirkan penghargaan kepada Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi atas kemurahan hati menyumbang peralatan perubatan kepada Malaysia.
“Sumbangan tersebut telah membantu Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkait dalam memerangi penularan Covid-19 di negara ini. Kerajaan Arab Saudi merupakan penyumbang peralatan perubatan terbesar kepada Malaysia,” kata Ahmad Fadil.
Menurutnya, Al-Sultan Abdullah turut menghargai kerjasama yang diberikan kerajaan Arab Saudi dalam membantu kepulangan rakyat Malaysia ke tanah air.
Sehingga kini, seramai 1,222 rakyat Malaysia telah selamat pulang ke tanah air dari Arab Saudi menerusi 10 penerbangan khas.
Baginda turut menzahirkan harapan agar Malaysia dan Arab Saudi mengambil langkah-langkah konkrit untuk meningkatkan serta mengukuhkan lagi hubungan dua hala serta perpaduan ummah, kata Ahmad Fadil.
Dalam pada itu, Mahmoud Hussein menyatakan Malaysia merupakan sebuah negara model yang patut dicontohi oleh negara Islam dalam aspek pembangunan.
“Oleh sebab itu, Malaysia telah dipilih Arab Saudi sebagai negara perintis Inisiatif Makkah Route atau sistem prapelepasan E-Haji sejak 2017. Sebagai maklum balas, Seri Paduka menzahirkan harapan agar sistem tersebut diteruskan pada musim-musim haji,” katanya Ahmad Fadil.
Arab Saudi merupakan rakan dagang dan pasaran eksport Malaysia yang kedua terbesar dalam kalangan negara-negara Asia Barat, selepas Emiriah Arab Bersatu.
Pada 2019, nilai perdagangan di antara Malaysia dan Arab Saudi ialah kira-kira RM22.31 bilion (US$5.39 bilion), peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/agong-berkenan-terima-menghadap-duta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
185 Wni Di Arab Saudi Positif Covid 19 Sebagian Besar Pekerja Migran

185 Wni Di Arab Saudi Positif Covid 19 Sebagian Besar Pekerja Migran

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 288 hits
Kasus Covid 19 pada WNI sebagian besar ditemukan di Kota Jeddah Kota Mekkah Kota Madinah dan Kota Taif
Arab Saudi Umum Ibadat Haji Bermula 29 Julai Ini

Arab Saudi Umum Ibadat Haji Bermula 29 Julai Ini

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 309 hits
RIYADH Ibadat haji tahun ini yang bilangan umat Islam mengerjakannya dikurangkan kepada hanya kira kira 1 000 orang ketika Arab Saudi berusaha menangani pandemik koronavirus akan bermula pada 29 Julai ini kata pihak berkuasa pada Isnin Pada...
Perdana Menteri Iraq Tangguh Lawatan Ke Arab Saudi

Perdana Menteri Iraq Tangguh Lawatan Ke Arab Saudi

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 340 hits
Perdana menteri Iraq tangguh lawatan ke Arab Saudi nbsp Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Jul 2020 11 30PM
Kerajaan Arab Saudi Tetapkan 1 Dzulhijjah 22 Juli Wukuf Di Arafah Kamis 30 Juli

Kerajaan Arab Saudi Tetapkan 1 Dzulhijjah 22 Juli Wukuf Di Arafah Kamis 30 Juli

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 382 hits
Kerajaan Arab Saudi menetapkan 1 Dzul Hijjah 1441 H jatuh pada Rabu 22 Juli 2020 Keputusan tersebut dikeluarkan Kerajaan Saudi melalui Mahkamah Tinggi Agama setelah pihaknya tidak melihat hilal pada Senin 20 Juli kemarin Dengan demikian Ins...
Rms Berkenan Terima Sumbangan Rm1 55 Juta Bina Kompleks Anak Yatim Yide

Rms Berkenan Terima Sumbangan Rm1 55 Juta Bina Kompleks Anak Yatim Yide

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 277 hits
SHAH ALAM 21 JULAI Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah al Haj berkenan menerima sumbangan bagi pembinaan Kompleks Anak Yatim Yayasan Islam Darul Ehsan di Pulau Indah Pengurus Besarn...
Arab Saudi Lulus Permohonan Lapan Jemaah Malaysia Tunai Haji

Arab Saudi Lulus Permohonan Lapan Jemaah Malaysia Tunai Haji

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR 28 Julai Lapan rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi terpilih dalam kalangan 1 000 jemaah yang dibenarkan negara itu untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Dr Zulk...
Permaisuri Agong Terima Pengiktirafan Tertinggi Pandu Puteri Sedunia

Permaisuri Agong Terima Pengiktirafan Tertinggi Pandu Puteri Sedunia

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR 17 JULAI Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam mendapat pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan pingat perkhidmatan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia Pingat perkhidm...
Agong Permaisuri Berkenan Melawat Mural Gergasi Pemimpin Negara

Agong Permaisuri Berkenan Melawat Mural Gergasi Pemimpin Negara

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 879 hits
SHAH ALAM Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat melawat mural gergasi di Taman Cahaya Alam di si...
Malaysia Mohon Tiga Rakyatnya Di Arab Saudi Dibenar Tunai Haji Zulkifli

Malaysia Mohon Tiga Rakyatnya Di Arab Saudi Dibenar Tunai Haji Zulkifli

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 341 hits
KLANG 22 Julai Kerajaan memohon kepada Arab Saudi agar membenarkan tiga rakyat Malaysia yang berada di negara itu menjadi antara 1 000 jemaah terpilih bagi menunaikan ibadah haji tahun ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri ...
Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto