Agihan Pendapatan Rm650 73 Juta Untuk Asm 3 Asn Equity 5 Asn Sara 2



Agihan pendapatan RM650.73 juta untuk ASM 3, ASN Equity 5, ASN Sara 2
AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM650.73 juta untuk dana unit amanah harga tetap Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) serta dana harga berubah, ASN Equity 5 dan ASN Sara (Mixed Aset Conservative) 2 (ASN Sara 2) (ASN Sara 2) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021.
ASM 3, salah satu daripada enam dana harga tetap yang diuruskan oleh ASNB, mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM593.04 juta yang memanfaatkan 525,038 pemegang unit dengan pegangan 14.83 bilion unit. ASM 3
ASM 3 mencatatkan pendapatan direalisasikan bersih sebanyak RM653.27 juta bagi tahun kewangan semasa, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 17.87% berbanding tahun lalu.
Pulangan sebanyak 4.00 sen seunit ini kekal kompetitif dan mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12-bulan Maybank pada kadar 1.85% sebanyak 215 mata asas bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021.
ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 mencatatkan jumlah pulangan masing-masing sebanyak 11.46% dan 4.04% untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2021, yang telah mengatasi penanda aras masing-masing sebanyak 8.66% dan 1.73%.
Pulangan ini ditanda aras berbanding Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia (FBM 100) dan Deposit Tetap 12 bulan Maybank, pada nisbah yang disesuaikan untuk setiap dana.
Dalam tempoh yang sama, FBM KLCI mengukuh sebanyak 2.79% daripada 1,504.82 mata kepada 1,546.82 mata berikutan prestasi yang tidak menentu akibat peningkatan kes harian Covid-19 yang menyebabkan perintah kawalan pergerakan ketiga.
Walau bagaimanapun, pasaran global menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila MSCI All Country World Index (MSCI ACWI) meningkat 29.0% dalam tempoh yang sama, didorong oleh pembukaan semula
ekonomi global berikutan pengagihan vaksin menunjukkan kemajuan.
Dengan pulangan ini, ASNB mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM9.80 juta kepada pemegang unit ASN Equity 5, yang bersamaan dengan 2.85 sen seunit kepada 11,202 pemegang unit dengan pegangan 343.80 juta unit.
Manakala, pemegang unit ASN Sara 2 akan menerima jumlah pembayaran agihan pendapatan sebanyak RM47.88 juta, bersamaan dengan 2.80 sen seunit kepada 42,860 pemegang unit dengan pegangan 1.71 bilion unit.
Pulangan ini adalah bersamaan dengan hasil dividen sebanyak 2.95% untuk ASN Equity 5 dan 2.75% untuk ASN Sara 2, berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) dana pada 23 September 2021.
Pengagihan pendapatan ini diperoleh daripada dana keuntungan direalisasi, dividen dan pendapatan lain daripada pelaburan tempatan dan antarabangsa yang secara amnya didorong oleh pemulihan pasaran kewangan global dan domestik secara beransur-ansur.
Pendapatan daripada pelaburan antarabangsa meningkat secara ketara dengan sumbangan di antara 32% dan 73% untuk dana masing-masing bagi tahun kewangan semasa. Kesan positif dari inisiatif kepelbagaian yang dilakukan menerusi Pelan Strategik Jangka Panjang PNB terbukti dengan peningkatan prestasi kedua-dua dana ini, membuktikan komitmen tinggi institusi tersebut untuk memberikan pulangan mampan yang berterusan kepada pemegang unitnya.
Pengiraan Pengagihan Pendapatan dan Penangguhan Urus Niaga Dana Pengagihan pendapatan bagi ASM 3 dikira berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun kewangan, manakala untuk ASN Equity 5 dan ASN Sara 2, pengiraan berdasarkan jumlah unit yang dimiliki pada hujung tahun kewangan dana tersebut.
Pengagihan pendapatan yang diumumkan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun
pemegang unit dan dikreditkan secara automatik pada 1 Oktober 2021 untuk ASM 3, dan pada 2 Oktober 2021 untuk ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.
Urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB seluruh negara telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 23 hingga 30 September 2021 untuk ASM 3 dan dari 29 September hingga 1 Oktober 2021 untuk ASN Equity 5 serta ASN Sara 2 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.
Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di www.myasnb.com.my, melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Oktober 2021 untuk ASM 3, dan 2 Oktober 2021 untuk ASN Equity 5 dan ASN Sara 2. SM
Agihan pendapatan RM650.73 juta untuk ASM 3, ASN Equity 5, ASN Sara 2
Baca Artikel Menarik :
Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan Wee cabar Guan Eng debat isu dasar kabotaj ‘Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya..’Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga murah Adakah cabutan khas nombor 8 kali membawa lebih keberkatan? Cinta Laura mahu jadi duta PBB, Menteri Ekonomi Indonesia Erra tunggu keizinan Engku Emran Ini Antara 7 Kedai Jepun Yang Best Anda Boleh Explore & Cuci Mata Di Shopee Hajat Nak Lamborghini Tertunai Sebab Hamil. Adik Kepada Iqbal Zulkefli Di Tegur Netizen [VIDEO] Dai’ Syed Ditegur Kongsi Hadis Palsu Tentang Islamkan Orang Wajib Masuk Syurga Layari Laman Facebook MYKMU
Takkan saya tak berhak tahu – Najib

The post Agihan pendapatan RM650.73 juta untuk ASM 3, ASN Equity 5, ASN Sara 2 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/01/agihan-pendapatan-rm650-73-juta-untuk-asm-3-asn-equity-5-asn-sara-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nutrition Pro Ke Sabah Untuk Mencapai Pendapatan Rm20 Juta Pada Tahun 2021

Nutrition Pro Ke Sabah Untuk Mencapai Pendapatan Rm20 Juta Pada Tahun 2021

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 321 hits
Sports Nutrition Pro Sdn Bhd salah satu peruncit makanan tambahan terkemuka di Malaysia dibuka pada bulan ini di Penampang Sabah Walaupun industri kecergasan berpanjangan kerana wabak COVID 19 tahun ini syarikat masih berada di landasan yan...
Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Tidak Di Lakukan Oleh Mukhriz Sebab Itu Dia Nampak Terkejut

Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Tidak Di Lakukan Oleh Mukhriz Sebab Itu Dia Nampak Terkejut

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 430 hits
ALOR SETAR Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated Kedah sebanyak RM13 juta ke akaun bank berpangkalan di Kanada tidak dilakukan oleh pendahulunya Mukhriz Mahathir tetapi hanya ketika beliau mener...
Isu Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Buat Laporan Atau Minta Maaf Mukhriz Beritahu Sanusi

Isu Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Buat Laporan Atau Minta Maaf Mukhriz Beritahu Sanusi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 238 hits
September 22 2021 Bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata disebabkan kenyataan Muhammad Sanusi Md Nor ramai beranggapan beliau di sebalik pemindahan RM13 juta ke akaun bank Kanada ALOR SETAR Mukhriz Mahathir menuntut Menteri Besa...
Kdn Mohon Peruntukan Rm10 Juta Rancakkan Aktiviti Pemulihan Penagih Dadah

Kdn Mohon Peruntukan Rm10 Juta Rancakkan Aktiviti Pemulihan Penagih Dadah

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 233 hits
BERNAMA Seramai 30 mentor yang mencapai standard kepulihan tersendiri telah dilantik untuk menjadi contoh kepada masyarakat bagi menjayakan usaha pemulihan penagihan dadah Dadah boleh merosakkan institusi keluarga masyarakat dan negara jika...
Mukhriz Timbang Ambil Tindakan Berhubung Dakwaan Pindah Wang Rm13 Juta Milik Mbi

Mukhriz Timbang Ambil Tindakan Berhubung Dakwaan Pindah Wang Rm13 Juta Milik Mbi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 233 hits
ALOR SETAR Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menimbang untuk mengambil tindakan susulan berhubung dakwaan pemindahan wang berjumlah RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated Kedah ke dalam satu akaun luar negara Men...
Bukti Rm13 Juta Dipindah Ke Luar Negara Diserah Kepada Sprm

Bukti Rm13 Juta Dipindah Ke Luar Negara Diserah Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 340 hits
agendaily com23 9 2021Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor Dokumen dan slip yang didakwa bahan bukti berkaitan wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated Kedah yang dikatakan dipindahkan ke akaun di luar negara sudah diserah kepa...
Pelik Kenapa Sanusi Tak Lapor Sprm Jika Benar Mukhriz Seleweng Rm13 Juta

Pelik Kenapa Sanusi Tak Lapor Sprm Jika Benar Mukhriz Seleweng Rm13 Juta

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 193 hits
MOHD ALI HASHIMPelik dan ajaib Itu yang dapat dinyatakan oleh Adun Kubang Rotan Asmirul Anuar Aris ketika mengulas dakwaan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bahawa wujudnya penyelewengan membabitkan pemindahan wang milik Menteri Be...
Gaji Penyanyi Ni Sebulan Cecah 75 Juta Tu

Gaji Penyanyi Ni Sebulan Cecah 75 Juta Tu

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 183 hits
Baru baru ini Krisdayanti mendedahkan menerima gaji sebanyak 75 juta rupiah sebulan selepas berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Manurut kenyataan dari laman berita Suara com pendapatan penyanyi popular itu diter
Pihak Berkuasa Rekodkan 228 Kes Isu Logo Halal Nilai Rampasan Mencecah Rm11 6 Juta

Pihak Berkuasa Rekodkan 228 Kes Isu Logo Halal Nilai Rampasan Mencecah Rm11 6 Juta

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Pihak berkuasa merekodkan 228 kes susulan aktiviti penguatkuasaan berkaitan logo halal menerusi Akta Perihal Dagangan 2011 dengan nilai rampasan menjangkau RM11 6 juta setakat Ogos lalu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Suami Takkan Tidur Bila Isteri Yang Memandu

Lunch Ayam Gepuk Putrajaya Bersama Anak Dara

10 Cara Berkesan Menjana Pendapatan Dari Media Sosial Pada 2024

Analisis Pertandingan Indonesia Vs Jepang Di Kelayakan Piala Dunia 2026

Persediaan Untuk Persaraan Berdasarkan Pengalaman Saya

Resepi Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Lazat