Agenda Asean 2025 Jadi Fokus Utama Pm Anwar Di Wef 2025 Davos


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada 20 hingga 24 Januari ini.
DAVOS, 20 Jan – Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengetengahkan suara kolektif negara anggota blok itu di pentas dunia ketika bakal menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2025 (WEF 2025) di sini yang bermula pada Isnin.
Menurut Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Datuk Nadzirah Osman, kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan hingga Jumaat ini di WEF 2025 juga penting dalam usaha menarik peluang perdagangan dan pelaburan baharu seiring dengan sasaran ekonomi jangka panjang negara.
Pada masa sama, beliau turut menekankan penyertaan Perdana Menteri dalam WEF 2025 akan melonjakkan profil dan kepimpinan negara ini seiring dengan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.
“Kehadiran Perdana Menteri di Davos akan mengetengahkan keutamaan, inisiatif dan cabaran dihadapi ASEAN serta rantau ini, termasuk isu bersama seperti perubahan iklim, tenaga boleh baharu, transformasi digital dan pembangunan mampan.
“Ini turut membuka peluang bagi kerjasama strategik antara ASEAN dan komuniti antarabangsa, termasuk peluang pelaburan serta pembiayaan teknologi bagi rantau itu,” katanya pada sidang media menjelang kehadiran Perdana Menteri di WEF 2025.
Anwar dijadual tiba di Davos pada lewat malam ini selepas menamatkan lawatan kerja beliau ke Brussels, Belgium.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada 20 hingga 24 Januari ini. Foto LinkedIn WEFDavos juga merupakan destinasi terakhir lawatan kerja Perdana Menteri yang bermula di Abu Dhabi (Emiriah Arab Bersatu atau UAE), London (United Kingdom) dan kini di Brussels, Belgium.
WEF 2025 merupakan penyertaan pertama Anwar sejak menyandang tugas Perdana Menteri dan akan menghadiri persidangan itu selama dua hari, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Tambah Nadzirah, antara program berimpak tinggi yang akan disertai Anwar adalah Dialog Strategi Negara dengan kalangan pemimpin perniagaan syarikat global yang menyaksikan Perdana Menteri berkongsi keutamaan dan inisiatif Malaysia dalam perdagangan dan pelaburan, selain meneroka peluang kerjasama bagi memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi Forum Ekonomi Sedunia (WEF) diketuai Pengerusi Eksekutif Prof Klaus Schwab pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane pada 10 Oktober 2024. Foto Facebook Anwar IbrahimPerdana Menteri akan turut menerajui sesi taklimat dengan media antarabangsa yang bertemakan “Unlocking ASEAN’s Digital Future: Driving Inclusive Growth and Global Competitiveness,” dengan tumpuan terhadap Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dan peluang dalam transformasi digital.
“Selain itu, Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi : Pleno ASEAN yang bertajuk ‘Even Stronger Together.’
“Beliau juga akan mengetengahkan keutamaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia bagi 2025 dan peranan penting ASEAN dalam membentuk landskap ekonomi global,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi Forum Ekonomi Sedunia (WEF) diketuai Pengerusi Eksekutif Prof Klaus Schwab pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane pada 10 Oktober 2024. Foto Facebook Anwar IbrahimJadual padat Anwar juga dijangka menyaksikan beliau mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan pemimpin dari negara dan syarikat tertentu dalam usaha mengukuhkan kerjasama membabitkan kepentingan bersama.
Agenda itu termasuk mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Libya dan Belanda, selain perbincangan bersama pemimpin perniagaan mewakili AstraZeneca, DP World, Medtronic, Nestlé dan Google.
Perdana Menteri akan turut menerima kunjungan hormat Pengasas WEF dan Pengerusi Lembaga Amanah, Klaus Schwab.
Bertemakan “Collaboration for the Intelligent Age” Mesyuarat Tahunan WEF 2025 bermula hari ini hingga 24 Januari ini akan menumpukan peranan teknologi baharu dan inovasi dalam menangani cabaran ekonomi global.
Topik perbincangan itu akan menyentuh lima keutamaan iaitu Industri Dalam Era Pintar; Membangunkan Semula Kepercayaan; Penciptaan Baharu Pertumbuhan; Pelaburan bagi Manusia dan Melindungi Planet.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/agenda-asean-2025-jadi-fokus-utama-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asean 2025 Malaysia Perlu Berada Dalam Radar Pelabur Dunia Pm Anwar

Asean 2025 Malaysia Perlu Berada Dalam Radar Pelabur Dunia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 366 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika selesai mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri UK Keir Starmer di Pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10 Downing Street atas jemputan Starmer pada Rabu Foto Facebook Anwar IbrahimLONDON ...
Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 475 hits
Januari 23 2025 11 04amPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sesi Pleno ASEAN sempena Forum Ekonomi Dunia 2025 di Davos Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Perdana Menteri dan Pengerusi ASEAN Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi impak bes...
Anwar Off On Trip To Uae Europe And Davos Forum

Anwar Off On Trip To Uae Europe And Davos Forum

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 179 hits
Malaysia s ambassador to the UAE Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin briefing the press on the prime minister s visit beginning today PETALING JAYA Prime Minister Anwar Ibrahim will begin a three day visit to the United Arab Emirates...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 442 hits
PERDANA Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Davos Switzerland dengan misi penting memperkukuhkan kedudukan ASEAN dan menjadikan Malaysia sebagai tumpuan pelabur global di Forum Ekonomi Dunia Sebagai pemimpin negara dan Pengeru...
Hasrat Anwar Mahu Asean Atasi Jurang Digital Pembangunan Setara Selari Dengan Aspirasi Madani

Hasrat Anwar Mahu Asean Atasi Jurang Digital Pembangunan Setara Selari Dengan Aspirasi Madani

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 137 hits
HASRAT Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan ASEAN sebagai peneraju dalam pembangunan sektor digital dan kecerdasan buatan selari dengan dasar Madani yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan menyeluruh Penganali...
Siapalah Hamzah Dibandingkan Dengan Ds Anwar Mad Jargon Cakap Hamzah La

Siapalah Hamzah Dibandingkan Dengan Ds Anwar Mad Jargon Cakap Hamzah La

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 145 hits
Sewaktu menyertai sesi Country Dialogue on Malaysia bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2025 saya maklumkan hadirin bahawa Malaysia perlu berada dalam radar sinergi dan pelaburan mereka untuk manfaat bersama di masa hadap...
Atrocious To Allow Myanmar Crisis To Continue Says Anwar

Atrocious To Allow Myanmar Crisis To Continue Says Anwar

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 134 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said there are 200 000 refugees from Myanmar in Malaysia PETALING JAYA The crisis in Myanmar requires immediate attention due to its impact on neighbouring countries says Prime Minister Anwar Ibrahim Anwar said ...
Kerajaan Sedang Perinci Pemberian Tol Percuma Musim Perayaan Lebih Bersasar Pm Anwar

Kerajaan Sedang Perinci Pemberian Tol Percuma Musim Perayaan Lebih Bersasar Pm Anwar

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 131 hits
Kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan Perdana Menteri Dato 8217 Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini yang menumpukan b...
Hubungan Malaysia China Melangkaui Perdagangan Pelaburan Pm Anwar

Hubungan Malaysia China Melangkaui Perdagangan Pelaburan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 176 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada sambutan Tahun Baru Cina 2025 anjuran bersama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China pada Sabtu Foto Facebook Anwar IbrahimKUAL...
Mercun Terbakar Kereta Hangus

Di Sana Tolak Ansur Di Sini Tolak Tersungkur Dr Maza

Pm Datuk Seri Anwar Ibrahim Ucap Terima Kasih Kepada Pelajar

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah

Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

Pergilah Di Tempat Kamu Lebih Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Dbkl Puts 3 Officers On Leave Over Balloon Vendor Incident

Malay Ngo Blasts Bumi Status For Sarawak Chinese Idea Saying They Already Dominate The Economy

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today