Agar Dilihat Berbeza Dengan Zahid Hamidi Mahiaddin Tiada Pilihan Lain Selain Harus Undur Diri Atau Bercuti


 
Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin pagi tadi didakwa di mahkamah dengan empat pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan wang berjumlah RM232.5 juta serta dua pertuduhan penggubahan wang haram sebanyak RM195 juta.
Beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin serta passport antarabangsanya dikehendaki diserahkan kepada mahkamah.
Isnin nanti beliau akan berdepan satu lagi pertuduhan di mahkamah Shah Alam, menjadikan jumlah tujuh semuanya.
Berdepan dengan semua pertuduhan tersebut, Mahiaddin bagaimanapun enggan melepaskan jawatannya secara serta-merta sebagai Presiden Bersatu.
Beliau sebaliknya mahu menyerahkan segala keputusan kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Bersatu untuk menentukan kedudukannya.
“Saya akan bawa kedudukan saya kepada MKT parti untuk mereka putuskan.
“Saya akur dengan apa saja ketetapan MKT yang akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat ini,” katanya lagi.
Kenapa Mahiaddin enggan melepaskan jawatannya serta-merta?
Bukankah beliau sebelum ini selalu mengecam Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang tidak melepaskan jawatannya setelah didakwa di mahkamah?
Lebih daripada itu, ketika Wan Saiful Wan Jan didakwa di mahkamah baru-baru ini, Mahiaddin sendiri setuju menerima perletakan jawatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu sebagai Ketua Penerangan Bersatu.
Bahkan beliau berkata, perletakan jawatan itu bererti Bersatu telah menetapkan satu standard supaya apabila seseorang itu dituduh di mahkamah ia tidak menimbulkan salah pandangan terhadap parti.
Kenapa sekarang Mahiaddin sendiri enggan melepaskan jawatannya secara sukarela dan masih mahu menyerahkan kepada MKT?
Melihat kecenderungan beberapa pemimpin Bersatu yang gila-gila mempertahankan pertuduhan terhadapnya sekarang ini, kebarangkalian untuk MKT Bersatu setuju membuat keputusan memintanya berundur atau bercuti ternampak amat tipis sekarang.
Mungkin sekali Bersatu akan membuat keputusan sebulat suara agar Mahiaddin terus kekal menerajui Bersatu.
Sekiranya terus dikekalkan menerajui Bersatu, tidakkah ini bermakna mereka cuba meletakkan parti sebagai perisai diri kepada Mahiaddin. selain tidak berapa kisah dengan wujudnya salah pandangan di kalangan rakyat?
Sedemikian, apa beza Mahiaddin dengan Zahid Hamidi?
Mungkin ramai yang berhujah bahawa sandaran tidak perlu berundur atau bercuti itu adalah kerana pertuduhan ternadapnya berupa pendakwaan terpilih dan bermotif politik oleh parti yang menguasai kerajaan bagi tujuan untuk melemahkan Bersatu.
Jika begitu, sekali lagi, apa bezanya dengan Zahid Hamidi yang juga menggunakan alasan yang sama sebelum ini?
Pokoknya, jika Bersatu telah menetapkan satu standard yang berbeza dengan lain-lain parti, tiada langkah terpuji lain bagi Mahiaddin selepas didakwa ini melainkan mesti secara sukarela mengambil pendirian berundur diri atau bercuti daripada menerajui Bersatu.
Bersatu mesti diterajui oleh pemimpin lain yang bersih dan tiada kes mahkamah.
Kalau tidak, bagaimana Bersatu mahu dilihat lebih baik di mata rakyat, sambil diiringi cita-cita untuk menjadi pengganti kepada UMNO kalau perangai Mahiaddin lebih kurang sama saja dengan Zahid Hamidi? – ShahbudinHusin 10/03/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/agar-dilihat-berbeza-dengan-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Niat Lain Selain Dari Jaja Merata Rata Niat Untuk Tumbangkan Kerajaan

Tiada Niat Lain Selain Dari Jaja Merata Rata Niat Untuk Tumbangkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 106 hits
Apabila ada peluang untuk bersama kerajaan perpaduan dia tolak Apabila ada peluang untuk jadi Ketua Pembangkang bagi membawa isu2 rakyat pun dia tolak Apabila diminta hadir ke Parlimen untuk membawa amanah rakyat kerap ponteng Itulah lebai ...
Pengobatan Paranormal Atau Dokter Bagaimana Menentukan Pilihan Terbaik Untuk Kesehatan Anda

Pengobatan Paranormal Atau Dokter Bagaimana Menentukan Pilihan Terbaik Untuk Kesehatan Anda

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 148 hits
Hai teman teman HealLife Kesehatan kita adalah aset paling berharga yang kita miliki dan tentunya kita ingin memastikan bahwa kita mendapatkan perawatan terbaik untuk tubuh kita Saat ini kita memiliki banyak pilihan untuk merawat tubuh kita...
Dulu Mereka Bersengketa Tapi Jiwa Rendah Diri Anwar Politik Lain Bab Berkawan Ni Lain

Dulu Mereka Bersengketa Tapi Jiwa Rendah Diri Anwar Politik Lain Bab Berkawan Ni Lain

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 186 hits
Bersama Azizah ke rumah Tan Sri Rafidah Aziz tadi Doakan InshaAllah aafiyah buat beliau DS Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Presiden Keadilan
Pengerusi Pn Pertahan Diri Di Mahkamah Bukan Di Hadapan Media

Pengerusi Pn Pertahan Diri Di Mahkamah Bukan Di Hadapan Media

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 160 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Mahiaddin Yassin perlu melalui proses di mahkamah untuk membersihkan namanya dan bukan bersikap defensif terhadap pertuduhan berkaitan rasuah dihadapinya Naib Presiden KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad membuat gesaan...
Pesaing Azlan Al Amin Mengata Diri Sendiri

Pesaing Azlan Al Amin Mengata Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 485 hits
Rasanya pembaca masih ingat tentang pesaing Dato Azlan Al Amin yang menggunakan nama Che Wan Al Lakazam dalam laman muka buku beliau Baru baru ni Che Wan Al Lakazam memuat naik satu status seperti mana yang Sangkakala kongsikan dibawah Menu...
56 Ayat Healing Untuk Diri Sendiri

56 Ayat Healing Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 389 hits
1 Cintailah dirimu sendiri terlebih dahulu dan yang lainnya akan sesuai Kamu benar benar harus mencintai diri sendiri untuk menyelesaikan apa pun di dunia ini Lucille Ball 2 Cinta pada diri sendiri tampaknya sering kali tidak berbalas Antho...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur