Agamawan Juga Masuk Neraka





Kita sering merasakan agamawan adalah orang yang sangat mudah masuk ke syurga. Dalam hadis nabi juga ada menyebut bahawa ulama adalah pewaris nabi yang sering di sebut oleh ramai orang. 
Adakah tidak kita terfikir akan ada ulama yang bukan pewaris nabi? Ulama yang tiada akhlaknya? Orang yang alim tapi tiada tawadhu?
Imam Al-Muhasibi (meninggal dua pada 234H) ada menyebut pada zamannya ada golongan agamawan yang gilakan dunia.  Ada juga agamawan yang hanya mencari kehormatan diri. 
Malah ada juga golongan agamawan yang telah hilang sifat wara dan taqwa. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman dulu lagi memang wujud agamawan yang bukan pewaris nabi.
Kita tidak pernah membenci agamawan.  Tapi kita membenci agamawan yang tiada akhlaknya. Adakah agamawan tidak pernah dengar tentang hadis supaya menjaga tutur kata mereka?

Daripada Abu Hurairah, bahawasanya dia mendengar Nabi (SAW) bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, hadis no. 6477)
Hari ini terdapat agamawan bahkan golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘daie’ sering kali menghukum manusia yang lain seolah-olah dirinya lebih mulia dah sudah pasti masuk ke syurga.
Ada satu kisah  menarik dari satu hadis Nabi. Pada zaman Bani Israel dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. 
Setiap kali ahli ibadah itu melihat temannya berbuat dosa, ia meminta rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya itu.
Suatu hari, ketika rakannya itu sedang melakukan suatu dosa, ahli ibadah itu berkata “Berhentilah daripada membuat dosa.” 
Rakannya itu menjawab “Jangan pedulikan aku, terserah Allah untuk menilai perbuatan ku. Adakah engkau diutuskan oleh Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?”
Ahli ibadah itu menjawab “Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh Nya dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.”
Setelah kedua-duanya meninggal dunia, Allah s.w.t telah menghakimi kedua-duanya dihadapanNya. 
Allah menyoal lelaki ibadah itu ” Adakah kamu lebih mengetahui daripada Ku? atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan Ku?”
Kemudian kepada ahli maksiat itu Allah s.w.t berkata “Masuklah kamu kedalam syurga berkat rahmat Ku”. Sementara kepada ahli ibadah itu “masuklah orang ini kedalam Neraka.” (Riwayat Abi Daud)
Adakah golongan agamawan yang suka menghukum ini tidak pernah dengar akan hadis ini?
Setiap hari agamawan perlu untuk memperbaharui niat mereka untuk mengajar tentang keindahan agama ini.  Mengajar agama ini untuk Tuhan, bukan untuk kemasyhuran.
Nabi ada menyebut, “Berikutnya orang (yang diadili) adalah seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Quran. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengakuinya. 
Kemudian Allah menanyakannya: ‘Amal apakah yang telah engkau lakukan dengan kenikmatan-kenikmatan itu?’ Ia menjawab: ‘Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya, serta aku membaca Al-Quran hanyalah karena engkau.’
 Allah berkata : ‘Engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar dikatakan seorang ‘alim (yang berilmu) dan engkau membaca Al-Quran supaya dikatakan (sebagai) seorang qari’ (pembaca AlQuran yang baik). Memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’
Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka” (Riwayat Muslim, hadis no. 1905)
Ada juga agamawan yang lupa bahawa nabi berkata; dari Anas bin Malik r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.”(H.R. Bukhari dan Muslim).  
Berapa ramai agamawan yang tanpa berhati-hati mengambil hadis palsu ini dalam ceramah-ceramah mereka? Sedar tak sedar, neraka sedang menanti mereka.
Agamawan ini beruntung kerana mereka ini lahir dalam keluarga yang baik, membesar dalam golongan yang baik dan beragama. 
Tapi apabila jumpa dengan yang bukan-muslim, terus pantas menerakakan mereka. Sedangkan tidak pernah ada rasa kesedaran untuk berdakwah kepada mereka.
Agamawan yang jahat ini apabila berjumpa dengan orang yang bermasalah, terus melabel mereka itu munafik, masuk neraka dan sebagainya sedangkan mereka ini ada yang lahir dalam keluarga yang bermasalah, mak ayah bercerai, salahguna dadah dan pelbagai latar belakang yang tidak menyebelahi mereka.  
Hanya kerana agamawan ini lahir dalam keluarga yang baik, mereka rasa mereka itu lebih mulia.
Kita tidak membenci agamawan yang baik.  Tapi bagaimana kita ingin mencintai agamawan yang setiap kata-katanya penuh cacian dan makian? 
Bagaimana aku ingin mencintai agamawan yang kata-katanya buat pendosa lari dari agama?
Agamawan perlu bertanggungjawab apabila pendosa dan non muslim menjauhkan diri daripada agama kerana sikap-sikap agamawan. 
Kita tidak pernah menafikan jasa agamawan yang baik pada ummat islam hari ini. Tapi kita perlu ingat, agamawan ini bukan nabi untuk menjadikan mereka maksum.
Jika agama ini bukan untuk pendosa , maka untuk siapa lagi? Irham Masiri
*Penulis adalah mahasiswa Pengajian Islam Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tulahan.blogspot.com/2021/01/agamawan-juga-masuk-neraka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ridwan Kamil Pemimpin Tidak Adil Masuk Neraka Duluan

Ridwan Kamil Pemimpin Tidak Adil Masuk Neraka Duluan

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 200 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil melontarkan pernyataan mengejutkan menyikapi kegaduhan yang dipicu oleh peristiwa kerumunan massa pendukung Imam Besar Front Pembela Islam Habib Rizieq Shihab Dia menegaskan seluruh kegaduhan yang terjadi be...
Kerajaan Melayuisle Ni Baik Ngaku Tak Ngaku Dosa Masuk Neraka Atau Tanam Jirat Co Tanya Walauns

Kerajaan Melayuisle Ni Baik Ngaku Tak Ngaku Dosa Masuk Neraka Atau Tanam Jirat Co Tanya Walauns

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 190 hits
Baik cepat mengaku siapa Menteri Pertahanan yang sebenarnya bertanggungjawab membeli dan meluluskan pembayaran sehingga RM6 bilion tapi sebiji kapal perang pesisir pantai pun tak siap2 sampai sekarang
Cubaan Myvi Seludup Masuk 1 3 Tan Ayam Frozen Ke Malaysia Gagal

Cubaan Myvi Seludup Masuk 1 3 Tan Ayam Frozen Ke Malaysia Gagal

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 219 hits
Batalion Ke 7 Pasukan Gerakan Am merampas sebanyak 1 3 tan metrik ayam beku yang diragui status kehalalannya dianggarkan bernilai RM57 960 dekat sini hari ini Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhari Nusi berkata kegiatan penyeludup itu dikesan ...
Islam Masuk Ke Jawa Kisah Sultan Al Ghabbah Sampai Ruqyah Syaikh Subakir

Islam Masuk Ke Jawa Kisah Sultan Al Ghabbah Sampai Ruqyah Syaikh Subakir

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 242 hits
PADA zaman Kerajaan Majapahit sudah menjadi bandar dagang yang cukup besar Melalui pusat dagang tersebut Majapahit banyak memperoleh keuntungan Bahkan pusat dagang Gresik merupakan salah satu sumber utama yang menopang perekonomian Majapahi...
Imbas Varian Baru Covid 19 Wna Inggris Dilarang Masuk Ri Saat Libur Akhir Tahun

Imbas Varian Baru Covid 19 Wna Inggris Dilarang Masuk Ri Saat Libur Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 197 hits
Larangan ini tertuang dalam addendum Surat Edaran Nomor 3 Tahun 2020 tentang Protokol Kesehatan Perjalanan Orang Selama Libur Hari Raya Natal dan Menyambut Tahun Baru 2021 dalam Masa Pandemi Covid 19
Bagaimana Nak Bantu Mak Masuk Syurga Ebit Lew Sebak Dengar Soalan Syafiq Ahmad Dan Isteri

Bagaimana Nak Bantu Mak Masuk Syurga Ebit Lew Sebak Dengar Soalan Syafiq Ahmad Dan Isteri

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 620 hits
54 total views 54 views today Kemalangan yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan Syafiq Ahmad beberapa hari lalu telah mengejutkan ramai pihak Anaknya yang baru berusia 22 hari antara yang maut termasuklah ibu mertuanya Ekoran daripada it...
Buang Rasa Marah Pada Anak Selalulah Baca Bismillah Masuk Rumah Kaki Kanan

Buang Rasa Marah Pada Anak Selalulah Baca Bismillah Masuk Rumah Kaki Kanan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 271 hits
Bergelar ibu bapa tak semestinya kita sempurna Pasti ada silapnya apatah lagi bila kita sering menjerit tinggi suara dan marah marah anak Jika ketiga tiga ni tak dapat kawal maknanya emosi anda sebagai ibu bapa masih belum stabil Mungkin ad...
Breakdance Masuk Olimpik 2024

Breakdance Masuk Olimpik 2024

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 180 hits
Anak Melayu masuk pertandingan breakdance di Aussie bai Jangan lupa insert zapin mana boleh https mlstudios my amir arsyad sukan
Hati Mereka Teringin Sangat Hendak Masuk Islam Tujuh Sekeluarga Kagum Ustaz Ebit Lew Peluk Islam

Hati Mereka Teringin Sangat Hendak Masuk Islam Tujuh Sekeluarga Kagum Ustaz Ebit Lew Peluk Islam

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 303 hits
555 total views 555 views today Tular di media sosial hari pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew membantu tujuh sekeluarga memeluk Islam Semuanya bermula ketika Ebit membuat kunjungan ke gerai buah mereka di Medan Gopeng Perak Rupanya setiap ha...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Continuous Learning

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu