Afy Haniff D Menc Fabric Air Freshener
AFY HANIFF D'MENC FABRIC & AIR FRESHENER | Assalamualaikum semua.. Dah nak raya ni semua orang sibuk membuat persiapan kan. Ada yang shopping baju baru, beli kuih muih raya, ganti langsir dan tak kurang juga tukar perabot. Ha, kalau boleh serba serbi nak cantik la. Tapi apa guna kalau cantik je tapi persekitaran tak wangi kan. Tambahan pulak sekarang ni kerap hujan. Jadi mudahkan segala bau hapak tu keluar. Ha, sebab tu aku dah buat persiapan awal dengan produk penyegar udara dan fabrik dari Afy Haniff.. wangi tauuu.
Kalau korang nak tau aku memang pengguna produk Afy Haniff sejak dulu lagi. Mula-mula tu guna yang untuk halau serangga kemudian bila Afy Haniff keluarkan penyegar udara dan fabrik ni aku pun terjebak sama. Boleh baca di SINI. Ha, nampak tak betapa setianya aku dengan produk ni. Tambahan pulak sekarang Afy Haniff telah membuat beberapa perubahan (new improvement) demi untuk meningkat mutu dan kualitinya. Jadi dengan excitednya aku nak kongsikan dengan korang apa pembaharuan yang mereka buat iaitu D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener keluaran Afy Haniff
D'menc Fabric Freshener
Taraaa.. aku perkenalkan dulu penyegar fabrik iaitu D'menc Fabric Freshener. Ha, korang perasan tak dulu nama dia lain kan. Ya, dulu namanya D'menc Fabric Wangi tapi sekarang dah bertukar kepada D'menc Fabric Freshener. Kalau korang nak tau apa yang aku suka dengan pembaharuan D'menc Fabric Freshener ni adalah bau dia lagi best dan kuat dari yang dulu. Sembur sikit pun dah semerbak baunya. Setakat ni ada 4 pilihan wangian iaitu :
✔ Calming Lavender✔ Breezy Vanilla✔ Refreshing Lemon Tree✔ Romantic Strawberry
Selain dari wangian yang lebih kuat dari dulu, D'menc Fabric Freshener diperbaharui dengan Malodour Counteractant Technology yang mampu meresap jauh ke dalam fabrik, mampu menghapuskan 99.9% bakteria serta bau yang kurang menyenangkan dan menggantikan dengan bauan yang wangi. Walaupun ia berbentuk semburan tapi jangan risau, ia takkan meninggalkan kesan kepada fabrik ye. Ha, bila dah hilang bau hapak baru la persekitaran jadi segar dan selesa. So, raya nanti takde la jiran tetangga membawang sebaliknya memuji rumah kita kan.. hehe
Cara penggunaan :
1) Putarkan penutup semburan kepada tanda ON2) Sembur ke arah fabric dari jarak 20cm3) Keringkan fabric dengan baik selepas semburan4) Selepas penggunaan putarkan penutup kepada OFF5) Boleh digunakan berulang kali untuk kekal wangi dan segar
Nota : Sesuai untuk disembur pada langsir, sofa, karpet, kasut, cadar, pakaian, topi keledar, kusyen kereta. Macam aku biasanya sembur di langsir dan pakaian.
Saiz botol : 650ml
D'menc Air Freshener
Ha, D'menc Air Freshener sentiasa menjadi pilihan aku untuk menambahkan lagi bau wangi dalam persekitaran rumah dan juga kereta. Nak tau sebab apa? Sebabnya selain dari bau dia yang wangi, ia juga tahan lama tau sebab kandungannya mempunyai pati haruman yang memang kuat. Satu botol tu boleh tahan hingga 60 hari (2 bulan). Lama kan, jimat pun jimat. Kalau dulu ada 4 pilihan tapi kini D'menc Air Freshener ada 8 pilihan wangian iaitu :
✔ Green Apple - Fresh Green✔ Tutty Fruity - Sweet Scent✔ Vanilla - Cool Air✔ Autumn - Odour Neutralizer✔ Pandan Leaves - Feel The Nature✔ Lavender - Exclusive Air✔ Sparkling Lemon - Fresh Scent✔ Honeydew - Morning Dew
Geram pulak tengok D'menc Air Freshener ni bila dah gantung bebanyak macam ni. Suka la tengok botol dia yang comel tu. Siap warna warni pulak tu mengikut variasi harumannya. Disebabkan confuse nak pilih haruman yang mana, aku amik je semua. Lagipun boleh la letak kat ruang tamu satu, dalam almari baju satu, kat tandas satu, dalam kereta satu. Ha, dah 4 botol dah tu. Tapi takpe weii, puas hati sebab segenap ruang yang kita masuk akan berbau wangi je kan.. (ok, sekali lagi jeling jiran sebelah.. hehe)
Cara penggunaan :
1) Buka penutup kayu2) Buka penutup keselamatan (stopper)3) Pasangkan semula penutup kayu4) Terbalikkan hingga nampak penutup kayu bertukar warna lebih gelap5) Ulang proses terbalikkan botol jika bau telah berkurang
Nota : Sesuai untuk di kawasan ruang makan, dapur, tandas, bilik tidur, dalam almari, dalam kereta. Ya, aku letak dalam bilik tidur, tandas dan dalam kereta. memang wangiiiii...
Saiz botol : 60ml
So, sape-sape yang nak cari produk penyegar udara dan fabrik aku suggest korang beli D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener keluaran Afy Haniff ni. Dah la wangi, bau pun best tau. Mereka menggunakan bau-bau buah dan juga bunga untuk kesegaran setiap ruang. Lagipun tak perlu risau dan was-was kerana Afy Haniff adalah produk tempatan dan mempunyai logo halal. Maknanya mereka tidak menggunakan bahan terlarang ye dan selamat digunakan. Ha, jangan tak tau, Afy Haniff juga merupakan salah satu penaja dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan. Nampak tak kegunaannya? ye, lepas masak kena la wangi supaya bau makanan tak meresap ke dalam baju kita.
Kat mana nak beli?? D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener ni ada dijual di Giant, Tesco, Aeon Big, Mydin, The Store, Jaya Grocer, Pasaraya Hero dan beberapa pasaraya yang lain. Agak-agak kalau malas nak keluar, boleh je nak order secara online di Lazada, Shoppe dan 11Street. Ha, meh la kita mewangi sesama dengan D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener dari Afy Haniff. Info lanjut boleh rujuk di :
Website :http://afyhaniff.com/
Facebook :AFYconsumer
Instagram :afyhaniff_consumer
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2019/05/afy-haniff-dmenc-fabric-air-freshener.html