Afmgm Pm Anwar Lancar Panduan Esg Asean Bagi Pks Dalam Rantaian Bekalan Hari Ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama serta melancarkan Panduan Pendedahan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Dipermudah ASEAN Bagi PKS Dalam Rantaian Bekalan pada 8 April 2025. Foto Kementerian Kewangan
KUALA LUMPUR, 8 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual menyampaikan ucaptama serta melancarkan Panduan Pendedahan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Dipermudah ASEAN Bagi PKS Dalam Rantaian Bekalan, hari ini.
Ia sempena Persidangan Pelaburan ASEAN 2025: Perbincangan Panel dan Pameran, yang merupakan acara sampingan bagi hari kedua Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) Ke-12 serta mesyuarat berkaitan, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.
Panduan itu penting kerana menggabung dan mempermudahkan banyak rangka kerja ESG global serta tempatan yang kompleks untuk meningkatkan ketersediaan data dan maklumat ESG oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Persiapan telah diatur bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama serta melancarkan Panduan Pendedahan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Dipermudah ASEAN Bagi PKS Dalam Rantaian Bekalan.Anwar selaku Menteri Kewangan juga akan mempengerusikan ‘Meja Bulat Pelabur mengenai Menjajarkan Agenda Pertumbuhan ASEAN dengan Trend Pelaburan Global’ pada sebelah pagi yang dijadualkan turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Secara berasingan, Amir Hamzah akan menyertai Dialog Menteri dalam Persidangan Pelaburan ASEAN 2025 sebagai panel, bersama Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan Kedua Singapura, Chee Hong Tat, serta Timbalan Menteri Kewangan Indonesia, Thomas Djiwandono.
Selepas dialog itu, beliau akan merasmikan ‘Cabaran Pelaburan dan Dagangan Saham Pecahan ASEAN’ serta menyampaikan ucapan alu-aluan pada ‘Perbincangan Panel: Negara yang Mencipta Melalui Pemangkin Ekosistem’ anjuran Khazanah.
Dagangan saham pecahan akan membolehkan dagangan saham di Bursa Malaysia menjadi lebih mudah diakses, mampu milik dan inklusif untuk pelabur runcit, terutama bagi pelabur muda.
Acara hari ini juga termasuk ‘Mesyuarat Tiga Hala antara China, Jepun dan Korea Selatan’ dijadualkan pada jam 7.30 pagi, menandakan mesyuarat kedua bagi ketiga-tiga negara itu selepas Mesyuarat Menteri Perdagangan yang diadakan pada Mac lalu di Seoul, Korea Selatan.
Persiapan telah diatur bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual menyampaikan ucaptama serta melancarkan Panduan Pendedahan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Dipermudah ASEAN Bagi PKS Dalam Rantaian BekalanPada mesyuarat di Seoul itu, Jepun, Korea Selatan dan China telah menyuarakan persetujuan untuk meneruskan kerjasama ekonomi serta perdagangan tiga hala bagi mengatasi ‘cabaran yang muncul’ – satu perkongsian yang kini menjadi lebih penting berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif membebankan, termasuk ke atas ketiga-tiga negara berkenaan dan memulakan perang perdagangan global.
Ketiga-tiga negara itu juga bersetuju untuk mempercepatkan rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA) walaupun kemajuan ketara berkaitannya masih belum dapat direalisasikan.
Pegawai kanan dari Asia Tenggara, China, Korea Selatan dan Jepun – secara kolektif dikenali sebagai ASEAN+3 – juga akan mengadakan mesyuarat pada AFMGM.
Mesyuarat Timbalan Kewangan dan Bank Pusat ASEAN+3 (AFCDM+3) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, dan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Marzunisham Omar, juga akan menjadi sebahagian daripada mesyuarat yang berlangsung hari ini.
Kementerian Kewangan pula akan menganjurkan majlis makan malam alu-aluan pada jam 8 malam.
Sepanjang empat hari ini, 14 mesyuarat akan diadakan meliputi perbincangan peringkat tinggi dengan Majlis Perniagaan ASEAN-AS, ASEAN-Kesatuan Eropah dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC).
Lebih 300 perwakilan merangkumi menteri kewangan, gabenor bank pusat, institusi kewangan antarabangsa dan wakil sektor swasta ASEAN, dijangka menghadiri AFMGM serta mesyuarat berkaitan, persidangan pelaburan dan pameran.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/04/afmgm-pm-anwar-lancar-panduan-esg-asean.html