Afiq Muiz Tiada Niat Rahsiakan Pernikahan






Bebas daripada sebarang liputan media, pelakon Afiq Muiz telah selamat bergelar suami kepada pelakon baharu, Pachara Apin atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya Selasa lalu.

Majlis pernikahan mereka berlangsung secara sederhana di sebuah masjid di Bangi, Selangor.

Pernikahan Afiq mula diperkatakan ramai apabila pelakon drama, Memori Cinta Suraya itu berkongsi foto hari bahagianya dalam Instagram, sehari selepas sah bergelar suami kepada Pachara.

Pasangan itu kelihatan manis menggayakan pakaian sedondon berwarna krim lembut.

Berita perkahwinan mereka nyata mengejutkan ramai, memandangkan Afiq tidak pernah berkongsi hal peribadinya kepada umum.

Menariknya, ramai melahirkan kagum dengan kesediaan Afiq untuk memperisterikan seorang saudara baharu Islam dan mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan sampai ke akhir hayat.

KOSMO!: Tahniah Afiq kerana telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Pachara. Mengapa tiada langsung jemputan kepada media untuk melakukan liputan pada majlis pernikahan anda?

AFIQ MUIZ: Alhamdulillah. Sebenarnya tiada niat untuk saya merahsiakan perkahwinan ini. Majlis pernikahan hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat. Majlis tersebut dirahsiakan atas permintaan ibu saya sendiri yang tidak mahu perkara ini dihebohkan kepada umum. Bagaimanapun, saya merancang untuk mengadakan majlis resepsi tidak lama lagi. Tarikhnya belum tahu dan apa yang pasti saya akan jemput media apabila resepsi itu berlangsung. Tidak banyak yang ingin saya hebohkan kerana apa yang penting sekarang, saya sudah selamat bergelar suami kepada isteri saya dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

Baiklah, apa yang membuatkan anda terpikat dengan Pachara sehingga mengambil keputusan untuk memperisterikannya?

Dia sangat penyayang dan bijak, malah kami mempunyai banyak persamaan. Mungkin itu yang dikatakan jodoh. Sejurus selesai dinikahkan, ketika bersalam dengan ibu, saya tidak dapat menahan air mata.

Ketika itu, saya terfikir tanggungjawab baharu yang akan dipikul. Di bahu saya kini tergalas tanggungjawab berat untuk menerajui dan memimpin keluarga. Saya percaya, setiap lelaki mempunyai perasaan sama apabila selesai diijabkabulkan. Doakan kebahagiaan perkahwinan kami hingga akhir hayat.

Mungkin ada yang musykil pernikahan berlangsung secara tiba-tiba. Boleh kongsikan detik perkenalan kalian?

Kami berkenalan pada Mac tahun lalu. Ketika itu, saya bawa watak hero manakala Pachara watak antagonis untuk drama Air Mata Syurga. Selepas pertemuan kedua, saya terus melamarnya untuk dijadikan sebagai isteri kerana nekad tidak mahu tunggu lama-lama.

Saya mahu serius dalam perhubungan dan tidak mahu membuang atau melengah-lengahkan masa. Alhamdulillah, doakan perjalanan saya bergelar suami dipermudahkan dan mampu menjadi imam buat isteri serta membimbingnya ke arah yang diredai Allah.

Baiklah, bagaimana dengan kerjaya lakonan anda dan isteri selepas ini?

Karier akan berjalan seperti biasa. Dia bebas untuk mengejar cita-citanya dalam bidang lakonan, begitu juga saya asalkan akur dengan batas-batas apabila sudah bergelar suami dan isteri. Saya tidak akan menghalangnya untuk terus bergelar pelakon. Saya juga akan tetap berlakon kerana ini juga merupakan salah satu punca pendapatan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/03/afiq-muiz-tiada-niat-rahsiakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Afiq Muiz Selamat Bernikah Dengan Pelakon Baharu Pachara Apin

Hiburan Afiq Muiz Selamat Bernikah Dengan Pelakon Baharu Pachara Apin

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 343 hits
Tiada sebarang hebahan mahupun gosip beliau sedang hangat bercinta siapa sangka dalam diam pelakon Afiq Muiz sudah pun bernikah dengan pelakon baharu Pachara Apin pada pagi Selasa lalu Bukan berniat mahu merahsiakan pernikahannya tetapi maj...
Ini Nih 5 Biang Kerok Pertengkaran Jelang Pernikahan Duh Mau Nikah Aja Banyak Hambatannya

Ini Nih 5 Biang Kerok Pertengkaran Jelang Pernikahan Duh Mau Nikah Aja Banyak Hambatannya

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 284 hits
Menurutmu apa sih hal yang paling memicu pertengkaran dalam persiapan nikah tuh Urusan duit atau perbedaan pendapat
10 Teknik Mengemas Biji Bijian Jadi Suvenir Pernikahan Ramah Lingkungan Plus Bujet Pasti Aman

10 Teknik Mengemas Biji Bijian Jadi Suvenir Pernikahan Ramah Lingkungan Plus Bujet Pasti Aman

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 314 hits
Banyak biji bijian yang wangi seperti kopi atau bibit tanaman yang bisa banget dikemas apik jadi suvenir pernikahan Lucu nih masih jarang dipraktikkan
Mengenal Prosesi Mappacci Dari Pernikahan Bugis Ala Selebgram Alfy Saga Fatma Sari Ini Lo Maknanya

Mengenal Prosesi Mappacci Dari Pernikahan Bugis Ala Selebgram Alfy Saga Fatma Sari Ini Lo Maknanya

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 771 hits
Punya makna suci dan sakral nggak heran deh kalau banyak yang merayakannya dengan penuh persiapan Penasaran kan prosesinya seperti apa
Hadiri Undangan Pernikahan Dhawiya Bersama Jennifer Dunn Faisal Haris Bilang Begini

Hadiri Undangan Pernikahan Dhawiya Bersama Jennifer Dunn Faisal Haris Bilang Begini

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 297 hits
Dhawiya dan Muhammad menggelar resepsi pernikahannya Jumat kemarin Namun ada pemandangan menarik yang menjadi perhatian yakni pasangan artis Jennifer Dun dan pengusaha Faisal Mereka tertangkap kamera datang bersama ke acara resepsi tersebut...
10 Gambar Terlajak Manis Sekitar Majlis Pernikahan Bella Dally Dan Suami Indah Bak Kayangan

10 Gambar Terlajak Manis Sekitar Majlis Pernikahan Bella Dally Dan Suami Indah Bak Kayangan

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 762 hits
Hari ini giliran selebriti Bella Dally dan suami pula sah menjadi pasangan halal Majlis yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat itu diadakan di Bora Ombak Marina Putrajaya dilihat cukup meriah ditambah dengan pelamin indah Kami kongs...
Hiburan Ruhainies Bakal Adakan Majlis Pernikahan Di London

Hiburan Ruhainies Bakal Adakan Majlis Pernikahan Di London

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 401 hits
Umum mengetahui pelakon Ruhainies sudah dilamar oleh kekasihnya Mr E yang merupakan seorang ahli perniagaan menetap di London dan memiliki tiga cawan butik terkenal di tanah air Tentu sekali mereka mempunyai perancangan untuk berkahwin dan ...
4 Godaan Dan Cobaan Yang Kerap Dihadapi Pasangan Menjelang Pernikahan

4 Godaan Dan Cobaan Yang Kerap Dihadapi Pasangan Menjelang Pernikahan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 219 hits
4 Godaan dan cobaan yang kerap dihadapi pasangan menjelang pernikahan Keraguan yang tiba tiba merasuki pikiran dan barisan mantan yang datang tiba tiba merupakan dua di antaranya
10 Ide Aplikasi Bunga Kering Dalam Resepsi Pernikahan Hasilnya Klasik Cantik Dan Tentu Saja Unik

10 Ide Aplikasi Bunga Kering Dalam Resepsi Pernikahan Hasilnya Klasik Cantik Dan Tentu Saja Unik

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 304 hits
Bukan cuma bunga hidup bunga kering pun bisa banget dimanfaatkan jadi point of interest dekorasi pernikahan kamu Bahkan undangan sederhana bisa jadi makin cantik lo dengan bunga bunga kering ini Siapa yang nikahannya mau pakai bunga kering ...
Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Popiah

Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia Bersaiz Sebutir Pasir

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Exploring The World S Quietest Place The Anechoic Chamber At Orfield Labs

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya