Afeeya Tak Pernah Main Di Dapur Air Teh Panas Tertumpah Badan Dan Muka Melecur


Sebelum ini anak tak pernah pun ikut masuk dapur. Kebetulan pada hari kejadian dia ikut dan saya pula tak melarangnya. Begitulah perkongsian ibu kepada adik Nur Afeeya Humaira, Nor Hayati Yazid, 23, yang anaknya melecur di badan dan muka akibat tertumpah air teh yang dibancuh.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian  yang berlaku pada 24 Februari itu sekelip mata.
Hanya dalam beberapa saat, ketika Hayati berpaling untuk mengambil gula bagi menyediakan air buat suaminya ketika balik kerja, dia dikejutkan dengan jeritan Afeeya  yang melecur apabila air teh o panas dalam gelas tumpah ke badan anaknya.
Katanya, ketika kejadian suaminya terlelap kerana penat dan mahu berehat sebentar manakala dia di dapur menyediakan air panas.
“Lepas saya tuang air panas dan teh ke dalam gelas, saya berpaling untuk mengambil gula.

“Dalam sekelip mata saya dengar Afeeya menangis dan melihat air panas dalam gelas itu tumpah ke atas badannya
“Saya pelik, selalu dia tak dapat capai barang atas meja yang lebih tinggi daripadanya.
“Gelas itu juga saya letak ke arah lebih jauh dari hujung meja. Saya tidak perasan sama ada dia panjat atau dia terlanggar meja sehingga menyebabkan gelas itu jatuh,” katanya.
Nor Hayati berkata, dia kemudian membuka pakaian Afeeya dan melihat kulit badan anak perempuannya itu mula menggelupas sebelum membawanya ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
Bagaimanapun katanya, kerana ketiadaan pakar di HSI, anaknya yang berusia setahun tiga bulan itu dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Doktor sudah memeriksa Afeeya dengan mencuci kesan lecur, membalutnya sebelum memberi ubat tahan sakit.
“Doktor juga hairan, air panas yang tumpah itu hanya segelas, tetapi boleh mengakibatkan anak saya melecur kira-kira 13 peratus,” katanya.
Afeeya melecur pada badan, muka, bahu, lengan dan leher manakala kawasan punggung ke bawah terselamat.
Menurut Nor Hayati, sehingga kini, Afeeya kerap menangis dan merengek terutamanya apabila ubat tahan sakit yang diberi habis dan mungkin juga dia trauma.
“Nak tidur pun dia mahu dipeluk dan makan pun masih belum berselera,” katanya.
Sementara itu, Norhayati juga menyatakan jika dilihat pada keadaan kulit melecur anaknya, masih belum ada perubahan lagi dibahagian badannya kecuali di muka.
“Jika masih tak elok, kemungkinan esok (28 Februari) doktor akan buat keputusan sama ada perlu atau tak untuk melakukan pembedahan plastik.
“Sebagai ibu saya harapkan Afeeya cepat sembuh dan tidak memberi apa-apa kesan berpanjangan padanya nanti,” akhirinya.
The post “Afeeya Tak Pernah Main Di Dapur.” Air Teh Panas Tertumpah, Badan Dan Muka Melecur appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/afeeya-tak-pernah-main-di-dapur-air-teh-panas-tertumpah-badan-dan-muka-melecur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Syor Ph Mandi Air Sungai Sejukkan Badan Jika Panas

Najib Syor Ph Mandi Air Sungai Sejukkan Badan Jika Panas

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 382 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Razak menasihatkan penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan agar tidak panas dengan kehadirannya pada pilihan raya kecil Semenyih Katanya dirinya tidak lagi mempunyai jawatan baik di dalam Umno mahupun...
Redakan Panas Badan Bayi Dengan 2 Bahan Dapur Ini Sahaja

Redakan Panas Badan Bayi Dengan 2 Bahan Dapur Ini Sahaja

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 531 hits
Kenapa tetiba boleh timbul tentang kunyit lak ni kredit google manfaat co id Kisahnya disebabkan my hero Irfan yang baru umur 8 bulan mengalami panas badan suhu sekitar 37 6 C di bahagian leher terlebih sedikit dari paras normal
Bayi 15 Bulan Melecur Terkena Teh O Panas

Bayi 15 Bulan Melecur Terkena Teh O Panas

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 532 hits
HANYA dalam beberapa saat seorang ibu yang berpaling untuk mengambil gula bagi menyediakan air buat suaminya dikejutkan dengan jeritan anak tunggal yang melecur apabila teh o panas dalam gelas tumpah ke badan kanak kanak itu Nor Hayati Yazi...
Resepi Air Ajaib Sedap Guna 3 Bahan Sahaja Untuk Buang Angin Dalam Badan Rileks Media

Resepi Air Ajaib Sedap Guna 3 Bahan Sahaja Untuk Buang Angin Dalam Badan Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 489 hits
Ramai di antara yang mengalami masalah angin di dalam badan yang kadang kadang kedatangannya telah menganggu aktiviti dan rutin seharian sehingga kita tidak mampu untuk bergerak dek kerana angin yang banyak Bahan bahannya 3 batang serai 4cm...
Inilah Cara Paling Senang Buat Air Katira Yang Sangat Sesuai Diminum Terutamanya Cuaca Yang Sangat Panas Sekarang

Inilah Cara Paling Senang Buat Air Katira Yang Sangat Sesuai Diminum Terutamanya Cuaca Yang Sangat Panas Sekarang

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 1036 hits
Minuman ini popular terutamanya di negeri Johor Ada yang mengatakan ia berasal dari negara Pakistan India Selatan dan ada juga beranggapan ianya datang dari Singapura Khasiatnya dipercayai dapat memulihkan tenaga kerana dalam resepi air kat...
Jom Amalkan Air Rebusan Ini Jika Selalu Lenguh Lenguh Badan S4 Kit Saraf Dan Koles Trol Tinggi Rileks Media

Jom Amalkan Air Rebusan Ini Jika Selalu Lenguh Lenguh Badan S4 Kit Saraf Dan Koles Trol Tinggi Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 420 hits
Umum tahu bahawa stress kerja boleh menyebabkan tubuh turut berasa lesu dan tidak bermaya Ditambah pula dengan keadaan badan yang mula berasa sengal dan berangin sana sini Ketahui penyebab anda mula berasa sengal seluruh badan Kebarangkalia...
Peminat Shellout Makanan Panas Thai Jom Serbu Seafood Dapur Arang

Peminat Shellout Makanan Panas Thai Jom Serbu Seafood Dapur Arang

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 805 hits
MELELEH HABESS SEDAP MURAH AND TAK KEDEKUT PORTION LANGSUNG HARGA SET SHELLOUT BERMULA DARI RM19 90 HOT SELLING Buttermilk memang padu Sotong gergasi buttermilk ketam buttermilk udang galah buttermilk ayam buttermilk FUHH sekali makan mesti...
Gempak Betul Main Vr Di Air On Park Aeon Shah Alam

Gempak Betul Main Vr Di Air On Park Aeon Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 778 hits
hai assalammualaikumGila Gempak Main VR Di Air On Park Aeon Shah AlamGila Gempak Main VR Di Air On Park Aeon Shah Alam Ni salah satu tempat lagi yang korang kena cuba bila pergi Aeon Shah Alam Kalau nak rasai permainan VR atau AR permainan ...
Tahukah Anda Bahawa Ada 16 Sebab Kenapa Air Amat Penting Untuk Tubuh Badan Anda

Tahukah Anda Bahawa Ada 16 Sebab Kenapa Air Amat Penting Untuk Tubuh Badan Anda

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 373 hits
Adakah anda kerap minum air setiap hari Ada orang yang tak ambil peduli sangat pasal minum air ni Al maklumlah negara kita kaya dengan air Kebanyakan tempat di negara kita punya sumber air yang bersih untuk digunakan buat minum Sistem air b...
Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina