Adunan Sama Dapat 3 Jenis Cookies Ala Famous Amos Rasa Berbeza Mewah Patutlah Cecah 35k Share
Antara biskut yang paling popular di negara kita dapati ialah cookies ala famous amos. Biskut ini diperbuat daripada bahan-bahan yang amat ringkas iaitu mentega, tepung gandum, gula dan juga chocolate chip.
Memang mudah disediakan, jom ikuti perkongsian resepi ini.
Saya try buat 3 jenis cookies dengan pakai bancuhan tepung yang sama..alhamdulillah menjadi
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
RESEPI 3 JENIS COOKIES ALA FAMOUS AMOS
(pakai 1 bancuhan ja dah boleh dapat 3 jenis cookies)
Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.
* 250 gram Butter (nak sedap pakai pure butter) cth: lurpak
* 1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1 biji telur gred A
Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung jagung
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 6 sudu besar minyak
Bila dah gaul sebati bahagikan kepada 3 adunan..
1) RED VELVET COOKIES
letak 1sdk serbuk koko
letak 2sdb pewarna redvelvet emulco
untuk topping kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dgn butterscotch chip (pakai yang mana ada je..
)
2) CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES
just tambahkan topping dia ja callebaut coin tu dgn nestum..
3) CHOCOLATE ALMOND COOKIES
letak serbuk koko dalam 4 sudu (callebaut cocoa powder)
letak topping choc chip, almond nips (tambah ja apa2 yg korang suka ok)
Seterusnya….
Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1jam..
Kemudian….
Sedia Dibakar
Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.
Masukkan Dalam Oven
Bakar 25 minit suhu 150 darjah(oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
selamat mencuba
Kredit: Nadirah Mahamad
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Adunan Sama Dapat 3 Jenis Cookies Ala Famous Amos, Rasa Berbeza & Mewah Patutlah Cecah 35K ‘Share’ appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/adunan-sama-dapat-3-jenis-cookies-ala-famous-amos-rasa-berbeza-mewah-patutlah-cecah-35k-share/