Adun Pkr Gelar Mahathir Unta Tua Yang Menipu Ph


inforakyat.net
20/06/2021 6:15 PM

Selepas menghadiahkan Kamus Dewan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad hari ini menyifatkan Dr Mahathir Mohamad sebagai “unta tua” yang menipu Pakatan Harapan.

Tampil di pentas maya Kongres Nasional PKR hari ini, perwakilan Perak itu turut mengingatkan pimpinan parti supaya tidak mengulangi kesilapan sebelum ini dengan menerima “unta tua” dalam khemah pakatan itu sehingga menyebabkan kerajaan PH yang dibina atas mandat rakyat kehilangan kuasa di Putrajaya.

“Ambillah pengajaran pada PRU14 bahawa ketika itu datangnya ‘unta tua’ dalam khemah PH, minta kebenaran masuk dengan muka kesian.

“PH pun rasa kesian dan beri kebenaran untuk ‘unta tua’ ini masuk dalam khemah sehingga PH keluar dari khemah sendiri iaitu Putrajaya. Ambil pengajaran ini supaya jangan tertipu dengan ‘unta tua’ ini untuk kali kedua,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Kongres Nasional Tahunan PKR secara maya hari ini.

Ketika dihubungi FMT, Arafat yang juga Ketua Penerangan PKR Perak menjelaskan “unta tua” yang dimaksudkan adalah bekas Perdana Menteri itu.

“Ya, dia (Mahathir) yang saya maksudnya, siapa lagi ‘unta tua’ kalau bukan dia,” katanya.

Dalam video dikongsikan di Facebook Pusat Khidmat Rakyat ADUN Hulu Kinta semalam, Arafat berkata kenyataan dikeluarkan Takiyuddin selepas titah pandangan Agong mengenai persidangan Parlimen adalah tindakan yang biadab dan angkuh.

Katanya, kamus itu dihadiahkan kepada Takiyuddin supaya beliau memahami dengan lebih jelas maksud “secepat mungkin” seperti dititahkan Agong.

Sebelum itu, Takiyuddin dilaporkan berkata, Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan namun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah mengumumkan bahawa sidang Dewan Rakyat boleh diadakan paling awal September ini.

Dalam perbahasan itu, Arafat turut menggelarkan kerajaan PN sebagai “pembunuh” kerana tidak cekap dan lemah dalam menguruskan pemberian vaksin khususnya kepada warga emas.

Oleh itu, beliau menggesa waris mangsa yang kematian akibat Covid-19, menuntut ganti rugi kepada kerajaan.

“Jika kerajaan cepatkan vaksin kepada golongan warga emas, sudah tentu angka yang dirawat dalam ICU ketika ini tidak tinggi.

“Saya lihat ini adalah kesilapan nyata kerajaan dan waris mangsa Covid-19 perlu segera menuntut ganti rugi kerana tindakan lemah kerajaan ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/20/semalam-hadiah-kamus-kepada-takiyuddin-hari-ini-adun-pkr-gelar-dr-m-unta-tua-kerajaan-pn-pembunuh/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/adun-pkr-gelar-mahathir-unta-tua-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecewa Dengan Pembahas Suara Akar Umbi Di Sabotaj Demi Jaga Nama Seekor Unta Tua

Kecewa Dengan Pembahas Suara Akar Umbi Di Sabotaj Demi Jaga Nama Seekor Unta Tua

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 308 hits
KUANTAN Suara akar umbi disabotaj demi jaga nama seekor unta tua demikian satu lagi kenyataan panas yang dibuat oleh ahli Parti Keadilan Rakyat Pahang Wan Fauzuldin Wan Samad di hari ini Beliau yang juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Paya...
Muhyiddin And Perikatan Are Merely Continuing What Mahathir And Pakatan Started

Muhyiddin And Perikatan Are Merely Continuing What Mahathir And Pakatan Started

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 404 hits
Whatever Prime Minister Muhyiddin Yassin and the Perikatan Nasional government is doing today is an extension or continuation of what interim Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and the Pakatan Harapan government implemented in February 2020...
Langkah Mageran Mahathir Beri Signal Kepada Muhyiddin

Langkah Mageran Mahathir Beri Signal Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 210 hits
Langkah Mageran 1 Idea Mageran ini bukan baru Kalau nak diikutkan antara yang awal mengeluarkan cadangan ini adalah Ibrahim Ali Presiden Parti Putra 2 Tetapi memandangkan pada waktu itu keadaan negara tidaklah seteruk sekarang dan dia juga ...
Dr Mahathir Pitches Mageran Again But Under Another Name

Dr Mahathir Pitches Mageran Again But Under Another Name

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 222 hits
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad continued pushing for a National Operations Council but suggested it be named the National Rehabilitation Council for neutrality He said that the council would be apolitical come directly under ...
Adakah Tun Dr Mahathir Masih Boleh Dipercayai Strawpoll Com Rakyat Sila Undi Di Bawah

Adakah Tun Dr Mahathir Masih Boleh Dipercayai Strawpoll Com Rakyat Sila Undi Di Bawah

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 370 hits
Adakah Tun Dr Mahathir Masih Boleh Dipercayai StrawPoll comWhat s your opinion Vote now Tidak Ya strawpoll comAdakah Tun Dr Mahathir Masih Boleh Dipercayai SILA UNDI DI LINK ATAS YANG DISEDIAKAN TEKAN LINK DAN ANDA MULA UNDI TERIMA KASIH
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Hard Rock Penang

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

A Grand Comeback For A Grand Seaside Hotel

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex

Maggie Goreng

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Lobi Bermula Nurul Izzah Dicadang Cabar Rafizi

Bahan Mudah Untuk Detoks Perkongsian Dr Zubaidi