Langkah Mageran Mahathir Beri Signal Kepada Muhyiddin


 
Langkah Mageran

1. Idea Mageran ini bukan baru. Kalau nak diikutkan antara yang awal mengeluarkan cadangan ini adalah Ibrahim Ali, Presiden Parti Putra.

2. Tetapi memandangkan pada waktu itu keadaan negara tidaklah seteruk sekarang dan dia juga dianggap sebagai watak sampingan dalam politik tanah air, tiada siapa ambil serius.

3. Penghujung Mei, Dr Mohammed Abdul Khalid, bekas Penasihat Ekonomi Tun Dr Mahathir semasa Tun menjadi Perdana Menteri ada menyampaikan pandangan tersebut. Beliau mengimbau keadaan pada ketika negara menghadapi krisis politik yang membawa darurat keselamatan pada tahun 1969.

4. Kemudian, kelmarin, Ketua Setiausaha Sulit Kanan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad, mengeluarkan satu tulisan justifikasi dan katanya ada video juga, menolak cadangan Mageran dan mendakwa kerajaan sedia ada sedang berfungsi dengan baik.

5. Tengah hari semalam, Umno melalui Ketua Pemudanya melahirkan rasa pelik mengapa tiba-tiba idea Mageran ini menjadi topik yang ingin diperkatakan oleh Marzuki Mohamad. Umno katanya tak bersetuju perkara tersebut.

6. Mengambil pendirian sama, Parti Tindakan Demokratik (DAP) menerusi Lim Guan Eng menolak cadangan tersebut dan berkata apa yang dibangkitkan oleh Ketua Setiausaha Sulit PM itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

7. Petang semalam, sebaik selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tun Dr Mahathir membuat sidang media secara maya berkenaan pertemuan beliau dengan Agong.

8. Tanpa berselindung, beliau sebut bahawa beliau mencadangkan Mageran kepada YDP Agong dan bersedia untuk menawarkan khidmat untuk memainkan peranan.

9. Beberapa kali beliau sebut, ‘kami’ tahu bagaimana untuk menguruskannya meskipun katanya ragu-ragu sama ada kerajaan bersetuju untuk langkah tersebut. Tidak dapat dipastikan ‘kami’ itu merujuk kepada siapa sama ada partinya yang masih belum sah berdaftar; Pejuang atau kumpulan lain.

10. Mat Sabu tak ketinggalan untuk beri pandangan dalam hal ini. Seperti rakan karibnya Lim Guan Eng, beliau tak bersetuju dengan idea Mageran.

11. Tun dalam sidang medianya juga mengangkat dirinya sebagai orang yang paling layak dan berkemampuan untuk pulihkan negara. Anwar tak beri apa-apa solusi semasa perbincangan mereka menerusi telefon. Kerajaan sekarang tak mampu implementasikan idea-idea yang beliau ada walaupun idea-idea itu disampaikan kepada mereka. Dan semua ucapannya menjurus untuk merendah-rendahkan kemampuan orang lain. Hanya dia dan ‘kami’ yang beliau sebut sahaja yang mampu.

12. Membaca langkah Tun ini, beliau sebenarnya sedang menawarkan option kepada Muhyiddin untuk keluar daripada Putrajaya.

13. Semua pihak sedar Muhyiddin sudah hilang keyakinan rakyat. Beliau diserang di setiap penjuru. Nombor sokongannya pun jelas tidak cukup sebagai kerajaan yang punya majoriti yang mendorong langkah darurat diambil.

14. Malah timbul juga desas-desus mengatakan wujud satu gerakan dalam kalangan mereka sendiri untuk mengutip SD bagi mengangkat seseorang menggantikan beliau. Ini mendorong Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, mengeluarkan kenyataan berbentuk amaran kepada gerakan tersebut.

15. Cuma yang menjadi langkah seterusnya bagaimana Muhyiddin menguruskan hal ini. Kepada siapa dia perlu serahkan kunci Putrajaya sekiranya benar beliau sudah tidak mampu bertahan lagi.

16. Umno dalam keadaan sekarang ini mungkin menjadi penentu. Kalau mereka buat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin, yang desakannya semakin kuat, maka tumbanglah kerajaan ini.

17. Sebaliknya, kalau Umno tidak bertindak begitu, PN masih boleh bernafas di Putrajaya tetapi darurat harus disambung.

18. Tun sebenarnya menyampaikan mesej kepada Muhyiddin, kamu mahu serah kunci Putrajaya kepada musuh atau kompromi untuk beri kepada aku sebagai bekas ketua kamu melalui Mageran.

19. Kalau kamu berserah dan Umno bertindak maka kita sama-sama tenggelam. Tetapi kalau kamu usulkan Mageran, kita masih boleh bernyawa tanpa perlu pening memikirkan bagaimana mencari 112 ahli parlimen.

..bersambung…

Dr Razam Ramli.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/langkah-mageran-mahathir-beri-signal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Tawar Diri Jadi Diktator Mageran

Dr Mahathir Tawar Diri Jadi Diktator Mageran

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 254 hits
OSTB Sila lihat soalan cepu mas di bawah sekali Dr Mahathir cadangkan MAGERAN ambil alih pentadbiran kerajaan Bekas PM cadang ketika hadap YDP Agong Namun penubuhannya bergantung kepada kerajaan PN menawarkan diri sekiranya kerajaan mahu be...
Dr Mahathir Pitches Mageran Again But Under Another Name

Dr Mahathir Pitches Mageran Again But Under Another Name

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 193 hits
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad continued pushing for a National Operations Council but suggested it be named the National Rehabilitation Council for neutrality He said that the council would be apolitical come directly under ...
Cadangan Mageran Tidak Relevan Cubaan Dr Mahathir Kembali Berkuasa

Cadangan Mageran Tidak Relevan Cubaan Dr Mahathir Kembali Berkuasa

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 183 hits
Kamarul Zaman Yusoff Malaysia Now Secara tiba tiba dunia politik negara yang agak sunyi sejak beberapa bulan kebelakangan ini kembali mendapat perhatian bila Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengambil inisiatif untuk ...
Mageran Mahathir Tidak Berpelembagaan

Mageran Mahathir Tidak Berpelembagaan

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 146 hits
MOHD MUKHLIS Mahathir kalau dia buat sesuatu pasti akan ada kepentingan untuk diri sendiri Contoh tahun lepas dia sanggup datang HQ PKR time itu kita ingat dia ikhlas nak sokong PH dapatkan balik kerajaan rupanya sibuk nak lobi jadi PM Kali...
Mampukah Tun Mahathir Selamatkan Malaysia Dengan Mageran Majlis Pemulihan Negara

Mampukah Tun Mahathir Selamatkan Malaysia Dengan Mageran Majlis Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 320 hits
Sumber gambar di sini Ini isu yang sedang hangat diperdebat dan diperbincangkan dalam media sosial sekarang Cadangan Tun Mahathir ketika mengadap Agong baru baru ini untuk program pemulihan negara Tun Mahathir cadangkan agar satu majlis dit...
Kalau Mahathir Pengarah Mageran

Kalau Mahathir Pengarah Mageran

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 247 hits
Pelik Tun M ni Dia bantah darurat dia bantah gantung parlimen tapi dia cadang MAGERAN Kemudian dia tawar diri untuk kembali berkhidmat Sudah tentu sebagai Pengarah MAGERAN Kalau Tun M jadi pengarah pasti MAGERAN sukar ditamatkan Mujur dia b...
Mageran Amp Mahathir Polemik Alih Isu

Mageran Amp Mahathir Polemik Alih Isu

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 234 hits
Dr Mahathir Secara tiba tiba cadangan mewujudkan MAGERAN menjadi perhatian rakyat selepas Tun Mahathir mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ada netizen dan pemerhati politik yang berpendapat polemik MAGERAN yang ditimbulkan Tun...
Mageran Mahathir Tawar Diri Untuk Kepentingan Siapa

Mageran Mahathir Tawar Diri Untuk Kepentingan Siapa

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 241 hits
Tun Dr Mahathir Cadangan Tun Mahathir untuk menubuhkan MAGERAN dan menawar diri mengetuainya menimbulkan persoalan spekulasi Untuk kepentingan siapa sehingga beliau mencadangkan MAGERAN semasa mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Ago...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand