Adib Dipukul Atau Tidak Ketua Pengarah Bomba Bawa Saksi Jelaskan


Mohamad Hamdan wahid menunjukkan gambar tular di media sosial sewaktu hadir Institut Jantung Malaysia untuk melawat anggota bomba Muhammad Adib yang didakwa cedera dipukul perusuh. Turut bersama anggota Bomba, Mohd Hazim Mohd Rahimi. – Foto Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Dakwaan mengatakan ke­cederaan dialami anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Su­bang Jaya pagi semalam berlaku akibat kemalangan dan bukan­nya dipukul begitu mengejutkan semua pihak.
Malah dakwaan dibuat Se­tiausaha Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, VK Ragu dalam sidang akhbar hari ini dengan disertakan video tular kononnya bukti Muhammad Adib kemalangan akibat dilanggar jentera bomba menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian besar netizen.
Tidak mahu melatah, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid tampil mempertahankan serta menjelaskan bahawa mangsa memang telah diserang dan dipukul berserta saksi iaitu Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, yang merupakan anggota bomba yang disangka Muhammad Adib di dalam video tersebut.
Ikuti penjelasan Mohamad Hamdan mengenai perkara itu dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur petang semalam.
Kita ingin memaklumkan perkembangan Muhammad Adib. Pada masa ini kita masih berdoa agar dia diberikan kekuatan. Pihak IJN sendiri sebelum ini telah memaklumkan dia masih hidup. Pihak IJN telah cuba sedaya upaya untuk menstabilkan Muhammad Adib di peringkat lebih baik. Kita percaya ini satu usaha yang terbaik dan semoga Muhammad Adib diberi kekuatan untuk sembuh dan kembali sihat bagi meneruskan tugas semula.
Dilanggar?
Saya tidak pernah dengar perkara ini daripada anggota yang pergi ke lokasi. Dia ada bukti ke? Bukti menyatakan yang Muhammad Adib dilanggar. Mereka (pihak kuil) ada membuat sidang akhbar me­nunjukkan gambar seorang lelaki. Yang berdiri di dalam gambar itu bukan Muhammad Adib tetapi Mohd. Hazim.
Saya ingin menyatakan bahawa perkara ini masih dalam siasatan polis jadi saya tidak boleh mencampuradukkan kenyataan ini dengan kenyataan tertentu yang boleh mengganggu siasatan. Tetapi saya ingin nyatakan di sini jangan buat kenyataan tidak berasas yang tidak betul. Di mana kita sama sekali tidak terlibat dalam apa-apa putaran dan kitaran politik yang sedang berjalan oleh mereka kerana kita hanya laksanakan tugas kita.
Kita juga telah beri kerjasama yang baik dengan siasatan polis dan pegawai penyiasat pun telah jalankan tugas, dan kita percaya siasatan polis adalah betul. Dinyatakan bahawa (lelaki dalam) video yang tular itu adalah Muhammad Adib dan dia dikatakan telah dilanggar ken­deraan bomba. Takkan sesama anggota bomba tidak menye­dari siapa yang ada dalam jentera siapa yang tidak ada.
Kalau tuan-tuan tengok sesetengah kenyataan mengatakan bomba takut kerana api itu meletup? Contoh tuan tengok video itu bagaimana. Jadi saya minta jangan membuat kenya­taan tidak berasas kerana orang yang membuat kenyataan itu tidak berada di tempat kejadian malam itu. Yang ada lapan anggota bomba dan saya pun tidak berani membuat kenyataan se­lagi mereka tidak memberi bukti yang betul.
Jadi saya minta pihak ter­tentu jangan buat tuduhan yang tidak betul kerana sekarang kita dalam tindakan untuk membuat laporan polis bagi mempertahankan kenyataan anggota kita kerana semasa sampai di situ mereka bukan dibelai, diberi minuman dan sebagainya. Mereka ingat orang ramai yang datang adalah pihak yang menelefon meminta pertolongan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Saya tidak perlu jelaskan sama ada mereka beri hospitaliti yang baik. Tuan-tuan boleh te­ngok sendiri dan nilai. Itu sahaja kenyataan daripada saya.
KLIK BACA: Rakan Adib, Mohd Hazim jelaskan diserang perusuh
KLIK BACA: Lawat Adib, perusuh ada niat membunuh, kata Dr Mahathir
Kesan Kecederaan pada Muhammad Adib?
Itu adalah di bawah bidang kuasa doktor. Doktor pun ada cara-cara mereka sendiri untuk melihat lebam-lebam dan juga kecederaan dialami adalah disebabkan dipukul atau tidak. Sekarang ini, mereka sedang sedaya upaya menstabilkan Muhammad Adib supaya apabila dia stabil dari segi rawatan seterusnya mudah untuk mereka membuat siasatan lanjut.
Kita tidak boleh dedahkan apa sebab-sebab kecederaan yang ada pada dia. Hanya doktor sahaja boleh buat. Apa yang saya boleh katakan di sini adalah lapan anggota bomba yang berada di tempat kejadian dan mereka tahu apa yang berlaku dan ini dalam siasatan polis.
Orang yang membuat sesuatu kenyataan yang salah dan berani menyebarkan menjadi tular, saya rasa ada lunas undang-undang yang boleh diambil atas berita dan kenyataan yang tidak betul itu. Kita akan membuat laporan polis untuk melindungi anggota kita. Bukan cara kita untuk melanggar kawan-kawan kita semasa pergi bertugas.
Saya ingin tegaskan, orang yang tular di dalam gambar bukan Muhammad Adib. Ini adalah Mohd. Hazim. Mohd. Hazim sebenarnya mahu pergi mengambil hos dan dia duduk di sebelah sana, dia pusing untuk ambil. Mohd. Hazim ada di sini (sebelah saya). Yang terbaring di hospital sekarang ini adalah Muhammad Adib dari unit EMRS.
Jentera EMRS ini kecil dan rendah berbentuk ambulans. Sampai ke sana memang pemandu yang memandu EMRS ini mengatakan parang, besi, buluh, paip dan sebagainya menghentam pintu sebelah dia. Kalau itu merupakan hospita­liti yang baik. Tuan-tuan boleh nilaikannya.
Apabila dia tengok orang dalam keadaan sebegitu rupa, kalau tuan, tuan pun tidak akan tunggu. Kalau tuan tunggu pun kami bimbang EMRS yang datang selamatkan tuan.
Kita percaya di dalam kelompok ini ada yang berhati baik. kita serahkan kepada pihak polis kerana kita tidak tahu siapa yang sebenarnya dalam ke­adaan ini. Kita serah kepada pihak polis untuk menyiasat siapa yang menyelamatkan, siapa yang merusuh mereka lebih mengetahui.
Kenyataan yang dibuat ini adalah tidak betul dan berasas kerana orang ini tidak ada di situ. Mereka yang berada di situ untuk memadamkan kebakaran tetapi diserang dengan senjata diputar-putar cerita untuk menegakkan benang yang basah. Maksud di situ tuan-puan boleh nilai sendiri. – Sumber ihsan Utusan Malaysia
Nota editor: Pihak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa Adib dilanggar kenderaan bomba yang mengundur tetapi laporan awal mengatakan Adib ditarik keluar dari EMRS dan dipukul.
KLIK VIDEO: Sekumpulan lelaki India tolong Muhammad Adib
KLIK BACA: Lawat Adib, perusuh ada niat membunuh, kata Dr Mahathir
The post Adib dipukul atau tidak, Ketua Pengarah Bomba bawa saksi jelaskan appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190494/adib-memang-dipukul-diserang-ketua-pengarah-bomba/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengarah Jpbm Selangor Lapor Polis Anggota Bomba Nampak Adib Dipukul

Pengarah Jpbm Selangor Lapor Polis Anggota Bomba Nampak Adib Dipukul

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 352 hits
Pengarah JPBM Selangor Azmi Osman membuat laporan polis menafikan dakwaan Mohammad Adib Mohd Kassim dilanggar jentera bomba dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Foto Saifullizan Tamadi Dakwaan pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman...
Anggota Bomba Yang Cedera Parah Semalam Muhammad Adib Sebenarnya Bukan Dipukul Setiausaha Badan Bertindak Kuil V K Regu

Anggota Bomba Yang Cedera Parah Semalam Muhammad Adib Sebenarnya Bukan Dipukul Setiausaha Badan Bertindak Kuil V K Regu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 744 hits
BADAN bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota Bomba yang parah dalam insiden rusuhan berhadapan kuil berkenaan awal pagi semalam adalah disebabkan kemalangan jalan raya Setiausaha Badan Bertindak Kuil V K Regu mendakwa kejadian d...
Adib Bomba Tulang Rusuk Patah Mengalami Kesukaran Bernafas Kerana Dipukul Perusuh Kuil Maha Mariamman

Adib Bomba Tulang Rusuk Patah Mengalami Kesukaran Bernafas Kerana Dipukul Perusuh Kuil Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 554 hits
Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang dilaporkan diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman pada jam 1 pagi tadi kini sedang berada dalam keadaan kritikal Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan d...
Siapa Ada Kereta Tolong Bawa Bomba Melayu Ini Ke Hospital Ini Kisah Sebenar Adib Di Serang Perusuh

Siapa Ada Kereta Tolong Bawa Bomba Melayu Ini Ke Hospital Ini Kisah Sebenar Adib Di Serang Perusuh

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 1262 hits
Siapa ada kereta tolong bawa bomba Melayu ini ke hospital Ini Kisah Sebenar Adib Di Serang Perusuh
Adib Bomba Kritikal Dipukul Perusuh

Adib Bomba Kritikal Dipukul Perusuh

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 794 hits
Adib Bomba Kritikal Dipukul Perusuh Tidak berperikemanusian Itulah perkataan yang sesuai untuk mereka yang telah memukul seorang anggota bomba sehingga kritikal dalam kejadian rusuhan di Kuil Maha Mariamman USJ25 jam 1 pagi tadi Adib merupa...
Ketua Balai Bomba Selamatkan Budak Hampir Lemas

Ketua Balai Bomba Selamatkan Budak Hampir Lemas

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 211 hits
TINDAKAN pantas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Jawa di Labuan memberi bantuan pernafasan kecemasan kepada kanak kanak menyelamatkan mangsa itu daripada lemas
Video Saat Cemas Adib Bomba

Video Saat Cemas Adib Bomba

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1123 hits
Video detik detik cemas dipercayai membabitkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada awal Selasa kini beredar di laman sosial Menerusi video itu sekumpulan lelaki dilihat cub...
Pegawai Bomba Cedera Parah Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Ketika Rusuhan Kuil

Pegawai Bomba Cedera Parah Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Ketika Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 605 hits
Kami difahamkan seorang anggota bomba telah patah tulang rusuk dan mengalami paru paru berdarah selepas diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman Seafield Subang Jaya awal pagi tadi Mangsa merupakan anggota ambulans EMRS dari Balai Bomba dan ...
Bomba Nafi Adib Meninggal Dunia

Bomba Nafi Adib Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 749 hits
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menafikan dakwaan bahawa anggotanya Muhammad Adib Mohd Kassim telah meninggal dunia seperti yang disebarkan di media sosial Berita kematian pegawai bomba yang tular di laman sosial adalah tidak benar Ke...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu