Adib Diberi Kenaikan Pangkat


ALOR SETAR: Anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, menerima kenaikan pangkat secara ‘Posthumus’ dari gred KB19 ke KB22, berkuat kuasa serta merta.
Selain itu, keluarga Allahyarham Muhammad Adib akan menerima pampasan daripada caruman yang dibuat sebanyak RM255,000 yang akan diuruskan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek, menegaskan keputusan kenaikan pangkat itu dibuat bagi meringankan beban keluarga Allahyarham dari segi bayaran pencen.
Katanya, keputusan ini dibuat selepas kerajaan dan kementerian melihat perlunya kenaikan terbabit bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan Allahyarham.
“Pemergian Allahyarham yang sudah bertugas lebih empat tahun amat menyedihkan kerana pengorbanan dan keberanian ketika menjalankan tugas dengan mengetepikan keselamatan diri hingga mengalami kecederaan ketika bertugas.
“Kerajaan juga akan menyegerakan pampasan supaya bebanan yang ditanggung keluarga dapat diringankan,” katanya pada sidang media selepas pengebumian jenazah Muhammad Adib di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As Saadah Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Amer Yusof, berkata jabatannya akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) ketika berdepan situasi rusuhan bagi mengenal pasti sebarang risiko supaya kejadian yang menimpa Muhammad Adib tidak berulang.
“Kita sudahpun mempunyai SOP yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun akan diteliti lebih terperinci supaya lebih efektif,” katanya.
Terdahulu, lebih 1,000 penduduk kampung termasuk keluarga dan serta anggota dan pegawai bomba hadir memberi penghormatan terakhir kepada Muhammad Adib sejak jam 7 pagi.
Jenazah Muhammad Adib diterbangkan menggunakan helikopter MI17-IV JBPM dan tiba padang Sekolah Kebangsaan Kampung Tebengau, di sini, jam 10.35 pagi.
Perjalanan yang memakan masa dua jam itu selepas jenazah yang ditemani ibu bapanya dan tunangnya, Nurul Najihah Mohd Rodzi diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang, Selangor jam 7.55 pagi selepas menjalani bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.
Jenazah yang diuruskan mengikut istiadat kebombaan di mana seramai 200 anggota dan pegawai berpakaian uniform lengkap bersongkok mengiringi jenazah sehingga ke rumah ibu bapanya di Kampung Tebengau Tepi Laut, di sini terlebih dahulu untuk penghormatan terakhir.
Solat jenazah diimamkan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang manakala bacaan talkin disempurnakan imam masjid, Zainuddin Hassan dan dibantu Timbalan Pengerusi masjid, Abdul Wahab Chik.
Muhammad Adib parah dipukul perusuh di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, 27 November lalu disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara.
The post Adib Diberi Kenaikan Pangkat appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/adib-diberi-kenaikan-pangkat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adib Diberi Kenaikan Pangkat Dapat Bantu Ringankan Beban Keluarga Dari Segi Imbuhan Pencen

Adib Diberi Kenaikan Pangkat Dapat Bantu Ringankan Beban Keluarga Dari Segi Imbuhan Pencen

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 269 hits
ALOR SETAR Anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim 24 yang meninggal dunia malam tadi diberikan kenaikan pangkat secara posthumauos daripada gred KB19 ke KB22 berkuat kuasa serta merta Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan ...
Urusan Kenaikan Pangkat Ppp Gred Dg32 Hingga Gred Dg54 Dan Akp Secara Tbkk Kpm Bagi Januari Hingga Jun 2019

Urusan Kenaikan Pangkat Ppp Gred Dg32 Hingga Gred Dg54 Dan Akp Secara Tbkk Kpm Bagi Januari Hingga Jun 2019

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 1723 hits
Urusan Kenaikan Pangkat PPP Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan AKP Secara TBKK KPM bagi Januari Hingga Jun 2019 ini berlanjutan daripada pemberitahuan terkini daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia PPP Pegaw...
Keluarga Adib Diberi Pampasan Rm200 000

Keluarga Adib Diberi Pampasan Rm200 000

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 326 hits
Datuk Mohammad Mentek foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Keluarga aggota bomba yang maut semalam akibat cedera parah dipukul semasa rusuhan di kuil Sri Maha Mriamman akan diberikan pampasan sebanyak RM200 000 Pampasan daripada kerajaan itu adala...
Selangor Police Adib S Case Now Reclassified As Murder

Selangor Police Adib S Case Now Reclassified As Murder

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 273 hits
Police have reclassified the case of firefighter Muhammad Adib Mohd Kassim who was injured during the Seafield Sri Maha Mariamman Devasthanam temple riots on November 27 from attempted murder to murder Selangor deputy police chief Deputy Co...
Perlis Mufti Punish Hindu Terrorists Who Caused Firefighter Adib S Death

Perlis Mufti Punish Hindu Terrorists Who Caused Firefighter Adib S Death

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 337 hits
Mohd Asri claimed that there would be nothing to compel alleged terrorists and extremists from complying with the country s laws if Adib s murderer was not brought to face justice The Perlis mufti today labelled those whose actions resulted...
Kad Kahwin Muhammad Adib Tular Undang Kesedihan Netizen

Kad Kahwin Muhammad Adib Tular Undang Kesedihan Netizen

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 669 hits
Dua gambar kad jemputan perkahwinan yang dikatakan milik anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 dan pasangannya tular di media sosial sebaik berita mengenai kematian Allahyarham di Institut Jantung Negara diketahui umum Walaupun tidak d...
Kes Muhammad Adib Kini Diklasifikasikan Sebagai Kes Bnuh Polis

Kes Muhammad Adib Kini Diklasifikasikan Sebagai Kes Bnuh Polis

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 364 hits
Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes Bun uh Polis Polis Diraja Malaysia mengklasifikasikan kes Muhammad Adib Mohd Kassim anggota bomba yang dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu sebagai kes bunu...
Wan Azizah Berjanji Keadilan Untuk Muhammad Adib Akan Terbela

Wan Azizah Berjanji Keadilan Untuk Muhammad Adib Akan Terbela

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 474 hits
Wan Azizah berjanji keadilan untuk Muhammad Adib akan terbela Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjanji keadilan untuk anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akan terbela Beliau turut merasa hiba atas kematian M...
Damai Dan Tenanglah Di Sana Adib

Damai Dan Tenanglah Di Sana Adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 320 hits
Muhammad Adib bin Mohd Kasim Masa untukmu kembali telah tibakami pun akan menyusul jugapergimu pergi berjasapergi kami nanti entah macam manakau datang tanpa senjatamereka bertindak ke atasmu dengan menggilanamun yakin bahawa Allah Maha Ber...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor