Adegan Love Bites Dalam Drama Bidadari Salju Tidak Patut Ada
Adegan 'Love Bites' Dalam Drama Bidadari Salju Tidak Patut Ada | Abang bukanlah seorang peminat drama tegar tapi abang ada juga tonton drama melayu Malaysia, itu tidak dinafikan. Dan salah satu drama yang abang sedang tonton sekarang adalah BIDADARI SALJU. Abang tonton drama Bidadari Salju seperti biasa dengan harapan drama ini ada pengajarannya juga tetapi abang jadi sangat terkejut apabila ada adegan tunjuk kesan 'love bite', kalau tak silap dalam episod 18.
Dalam adegan itu, watak Kayra yang dilakonkan oleh Sweet Qismina mempunyai tanda di leher selepas tidur bersama suaminya, Hariz. Bagi diri abang yang tonton drama Bidadari Salju bersama famili sebagai salah satu tontonan keluarga kerana disiarkan menerusi slot akasia di TV3, pastinya agak terkejut! Manakan tidak, tetiba menonton adegan 'love bite' dalam drama itu bersama isteri dan anak-anak. Dahlah anak berusia belasan tahun.
Sebagai seorang bapak, bagi pendapat peribadi abang sendiri, adegan 'Love Bites' dalam Drama Bidadari Salju itu tidak patut ada. Rasanya tak perlu kot se'detail' itu.
Terus terang, sebagai seorang bapa yang mengikuti drama Bidadari Salju ini sebagai tontonan suka-suka bersama keluarga, jadi segan. Alangkah bagusnya jika drama melayu ini benar-benar boleh beri pengajaran seperti drama Nur Kasih dan sebagainya.
Nak ada drama santai genre cinta tak salah, cuma berpada-padalah dengan adegan yang ditayangkan. Jauh di sudut hati, abang mula rasa risau saat menonton drama ini bersama anak-anak, tak tonton memang anak dah mula tonton dari awal jadi tak kan tetiba nak halang. Tentu dia berasa lebih pelik kan? Lagipun itukan drama yang disiarkan di tayangan umum TV3?
Walaupun tonton bukan pada waktu tontonan sebenar sebab boleh tonton secara online, tapi ianya tetap drama yang ditayangkan melalui slot tontonan umum di TV3 kan?
Sebagai salah seorang peminat drama melayu dari Malaysia, abang harap adegan dalam drama yang sepatutnya 'tak perlu ada' boleh ditapis dengan baik. Tak perlulah ada adegan kiss cium yang keterlaluan hingga ke tahap tunjuk tanda love bites di leher. Apa kejadahnya? Nak bagi pengajaran apa kat situ?
image : https://oijom.com/
Sudahlah dalam dunia sebenar, Sweet Qismina dan Adam Lee itu memang betul-betul pasangan kekasih, kan tak pasal-pasal para remaja ni terikut dengan adegan sweet penuh romantis tu. Yelah, hakikat sebenar hanyalah sekadar pasangan kekasih yang belum lagi berkahwin. Dalam drama itu hanyalah lakonan semata-mata kan?
Jauh di sudut hati, abang amat berharap moga keadaan sebegini tidak berlaku. Jika betul nak buat adegan begini itu hak masing-masing tetapi sila letak tanda untuk tontonan 18 tahun dan ke atas supaya mudah untuk dijadikan panduan supaya tidak menontonnya sebagai salah satu tontonan umum bersama keluarga.
Bagi yang mengikuti drama Bidadari Salju yang disiarkan di TV3, hasil lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee ini. Abang minta maaf seandainya tidak bersetuju dengan apa yang abang katakan tentang adegan mempunyai tanda di leher selepas tidur sebagai suami isteri ini.
Yang pasti, sejujurnya abang amat tidak berkenan andainya ada mana-mana drama melayu sedetail ini tentang perkara-perkara yang ada kaitan dengan perhubungan intim, ini kerana itu adalah drama melayu yang ditayangkan umum di slot tontonan keluarga.
Bagi yang masih belum menonton drama Bidadari Salju ini, jika nak tonton bersama anak-anak, moga dapat difikirkan semula supaya tak rasa serba salah seperti diri abang ini yang terasa sangat segan kerana tertontonnya bersama anak-anak yang sudah menginjak ke usia remaja ini. Huhu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.abangrock.com/2021/01/adegan-love-bites-dalam-drama-bidadari.html