Adakala Ujian Ni Penting Buat Anak Kita Kenal Pasti Jenis Ujian Jangan Sampai Anak Terbeban


Banyak tadika hari ini yang berlumba-lumba untuk menyediakan silibus peperiksaan dan ujian untuk anak-anak kecil. Benarkah ujian dan peperiksaan ini baik untuk anak-anak kita atau membebankan mereka.
Ujian demi ujian, ditambah pula kerja sekolah yang dibawa balik ke rumah menjadikan anak sekecil usia 5 hingga 6 tahun terbeban.
Mama papa jangan beratkan kepala dengan semua ini. Menurut Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan pendidikan praformal, ujian sebenarnya tidaklah seratus peratus salah.
Bila Peperiksaan Jadi Keperluan
Dua sebab ujian dan peperiksaan boleh menjadi KEPERLUAN untuk si kecil anda!

PERTAMA Si kecil disyaki menghadapi masalah perkembangan kognitif
Ujian atau penilaian akademik haruslah diberikan kepada si kecil seawal usia jika dia disyaki menghadapi masalah perkembangan kognitif yang ketara. Memang benar, ada kanak-kanak yang amat cepat mencapai tahap perkembangan (developmental milestone) tertentu. Namun, terlambat atau belum lagi mencapai mana-mana tahap perkembangan kritikal boleh menjadi petanda ada masalah perkembangan yang dihadapi si kecil itu.
Dalam keadaan ini, ujian atau penilaian menjadi suatu keperluan di bawah pemantauan pakar psikologi perkembangan atau pendidikan, supaya langkah-langkah intervensi boleh diambil secepat yang mungkin untuk membantu si kecil berkenaan.
2. KEDUA
Si kecil menunjukkan tahap perkembangan pintar cerdas aras tinggi.
Ujian atau penilaian akademik boleh juga diberikan kepada si kecil yang terlalu cepat mencapai tahap perkembangan (developmental milestone) tertentu. Cepat menguasai kemahiran membaca, mampu menyelesaikan masalah matematik yang agak kompleks atau memori yang amat kuat (photographic memory) mungkin menandakan si kecil itu berpotensi pintar cerdas lagi genius!
Antara ujian yang boleh diberikan adalah yang berdasarkan ‘Adapted Scales for Rating the Behavioural Characteristics of Superior Students’ (A-SRBCSS) yang dibina oleh Professor Jospeh Renzulli, seorang pakar perkembangan dan sahabat-sahabat beliau.
Peperiksaan Jadi Bebanan
Dua sebab ujian dan peperiksaan boleh menjadi BEBANAN untuk si kecil anda.
PERTAMA Si kecil diuji atau dinilai hanya kerana dirasakan dia ‘perlu’ diuji / dinilai. Sebelum papa dan mama di luar sana menggaru kepala yang tidak gatal itu, salah satu faktor yang menjadikan sebuah institusi prasekolah (tabika atau tadika) bernilai negatif adalah apabila ujian dan penilaian akademik dilakukan ke atas kanak-kanak di situ hanya kerana dirasakan mereka memang ‘perlu’ diuji. Lebih merisaukan apabila ujian atau penilaian yang diberikan langsung tidak sesuai dengan kemampuan si kecil!
Sayangnya, dalam era media sosial yang menyebarkan kebodohan dan maklumat palsu, ada mama dan papa yang tertipu dan percaya bahawa tadika terbaik untuk si kecil mereka adalah tadika yang paling banyak membuat ujian bulanan dan peperiksaan akhir semester.

2. KEDUA – Ujian, penilaian, peperiksaan sekadar membandingkan kemampuan si kecil dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya sahaja.
Dipermudahkan cerita, si kecil anda seharusnya dinilai perkembangan otaknya dalam dua konteks berbeza. Pertama, bandingkan si kecil anda hari ini dengan dirinya semalam, minggu lepas, bulan lepas juga tahun lepas. Kemudian, kedua, barulah bandingkan dia dengan kanak-kanak yang sebaya. Perkembangan pada usia pendidikan praformal lebih memfokus kepada kualiti individu dan perkembangan diri berbanding hari semalam.
Masalahnya, ada papa dan mama yang jadi susah hati apabila si kecil tidak mencapai tahap anak jiran, anak saudara, rakan-rakan media sosial mereka. Perlu diingatkan, fenomena kanak-kanak yang lambat berkembang (late bloomer) adalah sesuatu yang normal.
The post Adakala Ujian Ni Penting Buat Anak Kita, Kenal Pasti Jenis Ujian, Jangan Sampai Anak Terbeban! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/adakala-ujian-ni-penting-buat-anak-kita-kenal-pasti-jenis-ujian-jangan-sampai-anak-terbeban/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Bahasa Kongsi Cara Kenal Pasti Tanda Awal Anak Lewat Bercakap 3 Tip Ini Mungkin Membantu

Pakar Bahasa Kongsi Cara Kenal Pasti Tanda Awal Anak Lewat Bercakap 3 Tip Ini Mungkin Membantu

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 446 hits
Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa pertuturan anak anak Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook sila klik type ka...
Identiti Lima Mangsa Rentung Terowong Menora Di Kenal Pasti

Identiti Lima Mangsa Rentung Terowong Menora Di Kenal Pasti

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 636 hits
KUALA KANGSAR Identiti lima mangsa yang maut selepas rentung dalam kemalangan tragis di Kilometer 255 3 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini Sabtu lalu telah dikenal pasti Ketua Jabatan Siasatan dan Pengua...
6 Fakta Penting Di Balik Kemudahan Layanan Pinjaman Online Pelajari Dulu Jangan Mudah Tergiur

6 Fakta Penting Di Balik Kemudahan Layanan Pinjaman Online Pelajari Dulu Jangan Mudah Tergiur

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 484 hits
Para korban pinjol habis demo karena terjerat bunga tinggi Ini sih mudah di awal tapi gundah di belakang ya nggak
Video Pramuka Serukan Ganti Presiden Kpai Minta Jangan Bawa Anak Ke Arena Politik

Video Pramuka Serukan Ganti Presiden Kpai Minta Jangan Bawa Anak Ke Arena Politik

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 342 hits
Komisioner KPAI Bidang Hak Sipil dan Partisipasi Anak Jasra Putra mengatakan dalam tahun politik ada kecenderungan penyalahgunaan anak termasuk dalam video tersebut
Penting Cara Membunuh Lipas Jangan Sesekali Pukul Pada Perut Lipas

Penting Cara Membunuh Lipas Jangan Sesekali Pukul Pada Perut Lipas

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 1451 hits
Lipas merupakan serangga merayap yang sering ditemui di kawasan kawasan yang kotor tidak terkecuali juga di dalam rumah anda Bagi kebanyakkan orang mereka akan berasa geli dan cuba untuk memukul haiwan ini sehingga mati tetapi tahukah anda ...
Jangan Berharap Anak Akan Beri Perhatian Yang Tinggi Kalau Keadaan Membosankan 3 Tip Ini Bantu Anak Cergas

Jangan Berharap Anak Akan Beri Perhatian Yang Tinggi Kalau Keadaan Membosankan 3 Tip Ini Bantu Anak Cergas

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 388 hits
Ramai ibu dan guru guru yang selalu mengeluh kerana anak anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja Jika ada sebarang ma...
Jangan Sedih Bila Keguguran Dan Kematian Anak Ustaz Kongsikan Hikmah Di Sebaliknya

Jangan Sedih Bila Keguguran Dan Kematian Anak Ustaz Kongsikan Hikmah Di Sebaliknya

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 868 hits
Bukan kuasa kita bila mana Allah takdirnya bayi dikandung pergi sebelum sempat melihat dunia Begitu juga dengan anak kecil kita yang pergi dulu meninggalkan kita walau baru beberapa bulan dan tahun bersama kita Pastinya ada hikmat disebalik...
Anak Banyak Bertanya Ni Bijak Jadi Mama Papa Jangan Malas Jawab Soalan Take Note Ya

Anak Banyak Bertanya Ni Bijak Jadi Mama Papa Jangan Malas Jawab Soalan Take Note Ya

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 566 hits
Pening juga dibuatnya bila anak kecil kita asyik bertanya tanpa henti Mama papa jangan malas menjawab ya Ada sebabnya mengapa Menurut Noor Asyikin Ahmad yang mempunyai lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia pendidikan awal kanak kanak ada te...
Jangan Berkira Belikan Anak Mainan Tak Kisah Walau Pun Semurah Rm1 Undang Rahmat Keberkatan

Jangan Berkira Belikan Anak Mainan Tak Kisah Walau Pun Semurah Rm1 Undang Rahmat Keberkatan

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 368 hits
Buah tangan walau pun semurah RM1 diberi kepada anak boleh buat mereka gembira Murah mahal tak menjadi ukuran buat mereka yang masih kecil dan naif Kegembiraan jiwa kecil ini secara tidak langsung mengundang rahmat dan kebaikan kepada kehid...
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Zaid Hopes Barisan Nasional 2 0 Will Emerge Amid Rifts In Bersatu

Understanding Malaysia Us Reciprocal Tariff Deal

200 000 Accounts Affected As Sungai Johor Contamination Halts Water Supply

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 34

Did Malaysia Concede Too Much Us Malaysia Trade Agreement Requires Parliamentary Scrutiny

Kejayaan Teknologi Purba Yakhch L Penyimpan Ais Pertama Di Iran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tapai Pulut

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Call To Boycott Sue Rhb Bank For Illegal Dismissal Of Siti Nurziswanis Erupts Among Opposition Faction

Nga Kor Ming Minta Maaf Kepada Pengamal Media

Start Work On Election Strategy Soon Shamsul Tells Melaka Bn Ph

16 Bersatu Mps Tell Muhyiddin Punishment Of Leaders Unwise