Adakah Umno Akan Melakukan Pengkhianatan


UMNO rencat proses pemulihan negara jika keluar kerajaan PN, kata penganalisis
PUTRAJAYA: UMNO dilihat boleh merencatkan segala usaha pemulihan negara sekiranya membuat keputusan menarik diri daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas 1 Ogos ini.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ini termasuk menjejaskan penumpuan strategi mencari jalan keluar serta solusi pelbagai isu termasuk Covid-19 sebagaimana yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, titah Seri Paduka tidak sepatutnya dipolemikkan kerana jelas Yang di-Pertuan Agong mahukan kesuburan politik demokrasi matang terus menjadi tunjang pentadbiran negara.

“Ahli politik harus mengambil maklum apa yang tersirat dalam mesej Seri Paduka adalah kepentingan bersama memperdebat permasalahan rakyat dan mencari ‘exit strategy’ dan memperhebat aspek berkepentingan rakyat khususnya dalam keselamatan ekonomi serta kesihatan.

“Kerajaan PN harus memainkan peranan dalam mengelakkan berlakunya aspek berkepentingan peribadi dengan membuka perdebatan isu berkepentingan rakyat seperti morotarium dan proses vaksinasi dengan lebih optimum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Nirwandy berkata, rekonsilasi gabungan politik sangat diperlukan pada masa ini dan UMNO harus meletakkan imej parti rakyat dengan terus mendesak rekonsilasi berteraskan permuafakatan.

Pada masa sama, kata beliau, rakyat mahukan Parlimen bersidang dan mengagumi kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong mengawal keselamatan politik, ekonomi dan kesihatan.

Bagaimanapun, jelasnya, Parlimen harus menjadi medan perdebatan wakil rakyat untuk rakyat dan bukanlah untuk kepentingan peribadi.

“Malah, menteri UMNO yang dilantik juga telah membuktikan keupayaan mereka dalam menjalankan tugas semasa pandemik Covid-19, maka penarikan diri UMNO dari kerajaan akan merencatkan proses pemulihan negara.

“Gabungan menteri UMNO yang sedia ada dan kepimpinan PN juga sedang melaksanakan pelan pemulihan Covid-19 yang telah mula menunjukkan keberkesanannya. Masyarakat juga harus faham tiada rujukan, asas serta pengalaman mana-mana negara memerangi wabak pandemik global seperti ini,” katanya.

Justeru, beliau berkata, usahasama parti politik berteraskan kepentingan rakyat harus diutamakan supaya semua pihak berjaya membina asas secara bersama mengatasi pandemik serta kesannya.

Katanya, inovasi dan memperkuatkan pentadbiran sedia ada dengan pengalaman menteri UMNO yang dilantik akan memastikan exit strategy yang dirancang berjalan dengan baik.

“Pilihan raya bukanlah medan terbaik penyelesaian masalah kerana kesan Pilihan Raya Negeri Sabah jelas berlaku dan ia adalah amat membahayakan keselamatan rakyat,” tegasnya.

Semalam, sebuah portal melaporkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dikatakan mengadakan mesyuarat Biro Politik di ibu pejabat parti tersebut di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Sumber portal itu memberitahu, mesyuarat yang dijadualkan pada sebelah petang itu difahamkan membincangkan dan membuat keputusan mengenai kedudukan parti itu dalam kerajaan dan dijangka dihadiri oleh 10 anggota jawatankuasa pengurusan serta 13 pengerusi perhubungan negeri.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini turut berkata, parti itu tidak perlu mendesak kerajaan supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam waktu terdekat ini, lebih-lebih lagi ketika negara masih menghadapi wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/adakah-umno-akan-melakukan-pengkhianatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Saran Keluar Pn Jika K Jaan Masih Tak Peduli Titah Agong

Pemuda Umno Saran Keluar Pn Jika K Jaan Masih Tak Peduli Titah Agong

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 225 hits
MalaysiakiniPemuda Umno Terengganu mencadangkan kepimpinan tertinggi parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional sekiranya persidangan parlimen tidak berlangsung dalam kadar segera Ketuanya Tengku Haphiz Tengku Putera berkata cada...
Biro Politik Umno Mesyuarat Malam Ini Bincang Langkah Seterusnya

Biro Politik Umno Mesyuarat Malam Ini Bincang Langkah Seterusnya

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 313 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Biro politik Umno dijangka mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dipercayai bagi membincangkan langkah susulan selepas titah Yang di Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu berpandangan Parlimen perlu bersidang sece...
Umno Tarik Sokongan Pada 1 Ogos Pelan Pemulihan Muhyiddin Akan Musnah

Umno Tarik Sokongan Pada 1 Ogos Pelan Pemulihan Muhyiddin Akan Musnah

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 281 hits
tuncarlos comKUALA LUMPUR Pelan Pemulihan Negara yang dirangka bagi mendepani krisis pandemik Covid 19 berisiko musnah jika ahli ahli Parlimen UMNO menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional selepas 1 Ogos hadapan Penganalisis po...
Umno Juga Dikira Bersubahat Dengan Penderhaka Raja

Umno Juga Dikira Bersubahat Dengan Penderhaka Raja

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 174 hits
Sehingga ini masih belum ternampak sebarang langkah atau tindakan positif diambil oleh Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin untuk memenuhi titah Agong berkaitan pembukaan sidang Parlimen dengan secepat mungkin Malah kenyataan terbaru Mahiaddi...
Umno Perlu Keluar Dari Kerajaan Seblum Rakyat Kutuk Seperti Muhyiddin

Umno Perlu Keluar Dari Kerajaan Seblum Rakyat Kutuk Seperti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO Terengganu mencadangkan agar parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional jika kerajaan masih gagal membuka Parlimen dengan segera Cadangan itu dibuat supaya UMNO tidak terpalit dengan politik derhaka kepad...
Bukankah Kini Umno Sebahagian Daripada Kerajaan

Bukankah Kini Umno Sebahagian Daripada Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 243 hits
Panggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari desak UMNOPETALING JAYA UMNO mendesak kerajaan menghormati titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Raja Pemerintah agar memanggil sidang Parlim...
Umno Jangan Cuba Cuci Tangan

Umno Jangan Cuba Cuci Tangan

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 186 hits
Hentikanlah drama dan lakonan WATAK suci rakyat selagi tidak istihar keluar PN dan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Memadai kuasa YDPA untuk menguruskan negara
Biro Politik Umno Putus Keluar Kerajaan 4 Julai 2021

Biro Politik Umno Putus Keluar Kerajaan 4 Julai 2021

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 282 hits
Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan akan menarik diri dari kerajaan sekiranya Persidangan Parlimen tidak dipanggil oleh Perdana Menteri dalam masa 14 hari Dalam masa yang sama biro politik yang dipeng...
Umno Should Leave Pn If Parliament Does Not Convene Soon

Umno Should Leave Pn If Parliament Does Not Convene Soon

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 215 hits
The Terengganu Umno Youth has suggested for the party s top leadership to leave the Perikatan Nasional government if Parliament does not reconvene as soon as possible Terengganu Umno Youth chief Tengku Haphiz Tengku Putera said this suggest...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1

Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka