Adakah Ph Bakal Hadapi Tamparan Lagi Di Sabah


Durie Rainer FongHasrat Pakatan Harapan Sabah untuk mencapai persefahaman dengan kerajaan negeri melalui SRA mungkin memudaratkannya, kata penganalisis. (Gambar PH Sabah)KOTA KINABALU: Selepas menerima tamparan hebat di Melaka beberapa bulan selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan persekutuan, adakah Pakatan Harapan (PH) akan berdepan satu lagi halangan di Sabah, dengan ia mencadangkan Agenda Reformasi Sabah (SRA)?
Besar kemungkinannya begitu, kata penganalisis politik Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.
Oh bersetuju dengan penegasan Naib Presiden Warisan Junz Wong bahawa kekalahan PH di Melaka adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh MoU berkenaan.
Beliau berkata, PH boleh mengalami nasib yang sama di Sabah sekiranya pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerima cadangan SRA.
“MoU persekutuan itu mengelirukan ramai penyokong PH sama ada ia masih benar-benar pembangkang atau kini secara tidak rasminya merupakan sebahagian daripada kerajaan,” katanya kepada FMT.
“Justeru, ramai yang memilih untuk tidak mengundi sehingga keadaan menjadi lebih jelas. MoU negeri berkemungkinan meletakkan PH dalam situasi yang sama di Sabah.”
Wong baru-baru ini berkata, prestasi PH yang tidak memuaskan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka menjadi bukti rakyat tidak senang dengan keputusan pihak pembangkang menandatangani perjanjian dengan kerajaan.
PH Sabah membentangkan tujuh perkara dalam SRA kepada Ketua Menteri Hajiji Noor pada 15 Nov. Antara lainnya, ia mencadangkan beberapa reformasi politik dan pentadbiran bagi mengekalkan hak negeri bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pelan pemulihan ekonomi pasca Covid-19.
Gabungan itu berkata, ia mengalu-alukan jaminan Hajiji bahawa beliau akan membincangkan perjanjian itu dengan parti dalam kerajaan bagi mendapatkan kata sepakat.
Pemerhati berkata, intipati SRA, walaupun ia disesuaikan dengan keperluan dan isu negeri, adalah sama seperti MoU persekutuan, iaitu mencari titik persamaan untuk kerjasama dan seterusnya mewujudkan kestabilan politik.
Namun PH Sabah menafikan bahawa SRA itu adalah satu versi perjanjian yang ditandatangani di peringkat persekutuan.
Warisan enggan menjadi pihak dalam kerjasama itu, mempersoalkan keperluan pakatan di peringkat negeri sedangkan ia sudah wujud di peringkat persekutuan.
Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Lee Kuok Tiung bersetuju bahawa perjanjian sebegitu akan menghakis sokongan kepada PH.
“Ia hanya akan menjadi salah satu faktor kehilangan sokongan, tetapi pastinya bukan yang utama,” katanya kepada FMT.
“Terdapat banyak faktor lain juga seperti pemilihan calon dan mungkin juga manifesto yang akan memainkan peranan lebih penting.”
Romzi Ationg, juga dari UMS berkata, kita tidak seharusnya terlalu yakin bahawa SRA akan memudaratkan PH.
“Politik Sabah berbeza daripada politik Semenanjung,” katanya.
“Saya tak yakin akan wujud sentimen yang sama seperti di Melaka, walaupun pelbagai perkara boleh berlaku dalam politik.”
Beliau juga tidak percaya MoU itu menyebabkan PH kalah di Melaka. Sebaliknya katanya, kekalahan itu mungkin berpunca daripada masalah dalaman dan ketiadaan hala tuju yang jelas.
“Kegagalan PH menunaikan janji dan sikap pemimpinnya yang mempersoalkan ‘ketuanan Melayu’ semasa menjadi kerajaan juga menyumbang dengan ketara kepada keputusan sebegitu.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/adakah-ph-bakal-hadapi-tamparan-lagi-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rozaimi Rahman Sahkan Bakal Sertai Sesi Pemilihan Sabah Fc

Rozaimi Rahman Sahkan Bakal Sertai Sesi Pemilihan Sabah Fc

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 569 hits
Rozaimi Rahman Bakal Sertai Sesi Pemilihan Sabah FC Muhammad Rozaimi bin Abdul Rahman bakal menghadiri sesi pemilihan untuk menyertai skuad Sabah FC musim 2022 pada November ini Rozaimi Rahman sebelum ini tidak dapat menyembunyikan perasaan...
Rizal Ghazali Bakal Mengiringi Baddrol Ke Sabah Fc

Rizal Ghazali Bakal Mengiringi Baddrol Ke Sabah Fc

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 712 hits
Sabah FC dilihat sedang merencana sesuatu untuk musim depan Dalam satu kenyataan di Twitter dikhabarkan pemain bek kanan Kedah FC Rizal Ghazali akan bersama kapten pasukannya Baddrol Bakhtiar untuk menyertai skuad Ong Kim Swee bagi saingan ...
Apa Pencapaian Kj Dan Masalah Bekalan Air Di Besut Terengganu

Apa Pencapaian Kj Dan Masalah Bekalan Air Di Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 698 hits
Apa pencapaian KJ dan masalah bekalan air di Besut TerengganuOleh yieMEGAMUNGKIN pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang juga UMNO sudah biasa bersikap kurang ajar mungkin sebab itu kita tidak hairanlah ramai pemimpin yang berada di bawah ...
Wapres Minta Pemerintah Lakukan Mitigasi Bencana Hadapi Cuaca Ekstrem

Wapres Minta Pemerintah Lakukan Mitigasi Bencana Hadapi Cuaca Ekstrem

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 189 hits
Instruksi ini menyikapi anomali perubahan suhu di perairan Samudera Pasifik akibat pemanasan global yang disebut sebagai Fenomena La Nina
Hadapi Kenaikan Kos Hidup

Hadapi Kenaikan Kos Hidup

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 248 hits
Kenaikan harga minyak dan pelbagai bayaran perkhidmatan yang lain telah meningkatkan kos hidup pengguna bagi pengguna yang berpendapatan tetap atau golongan pendapatan rendah kenaikan kos ini meningkatkan perbelanjaan mereka Jika perancanga...
Pengalaman Guru Hadapi Banjir Di Kuala Krai

Pengalaman Guru Hadapi Banjir Di Kuala Krai

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 259 hits
Pengalaman Guru Hadapi Banjir di Kuala Krai Kuala Krai Situasi ketika itu sangat menakutkan apabila air naik mendadak Saya yang tidak pernah berdepan dengan pengalaman seumpama itu terdesak dan This is a content summary only Visit my websit...
Malaysia Bukan Sahaja Hadapi Korupsi Ilmu Malah Korupsi Nilai

Malaysia Bukan Sahaja Hadapi Korupsi Ilmu Malah Korupsi Nilai

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 361 hits
Seorang bekas Perdana Menteri telah didapati bersalah dengan kesalahan salah guna kuasa dan dihukum 12 tahun penjara beserta denda RM210 juta Tapi dengan tak malunya dia pohon kepada Kerajaan untuk dihadiahkan kepada dia rumah dan tanah ber...
Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

Senarai Filem Melayu 2026

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh

From Dopamine Spikes To Stable Focus The Biological Benefits Of Switching To Nootropic Pouches


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Sosial Media Terbaru Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Di Sebalik Landasan Maut Siam Burma Ribuan Melayu Mati Tanpa Nama

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Tanggungjawab Yang Hilang Arah

Vicky Salamor Cinta Beda Agama Chord