Adakah Model Perniagaan Felda Yang Diamalkan Kini Masih Sesuai


Hannah J


Tidak lama dahulu, Felda merupakan sebuah agensi kerajaan yang disegani bukan sahaja di rantau Asia, malah dikagumi oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana strateginya yang efektif dalam menaik taraf tahap sosio ekonomi masyarakat luar bandar.

Malahan, Felda mencatat keuntungan tertinggi dalam sejarahnya pada 2012, iaitu sebanyak RM5.8 bilion, sejurus selepas penyenaraian IPO Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia.

Prestasi kewangan kumpulan tersebut dalam tahun-tahun sebelumnya juga adalah sangat memberangsangkan, dengan purata keuntungan sebanyak RM720 juta setahun, dalam tempoh 2007 hingga 2011.

Sebelum 2012, pelbagai aktiviti huluan (upstream) dan hiliran (downstream) di ladang Felda, yang terdiri daripada ladang komersial dan peneroka, dikendalikan oleh Felda Holdings Berhad (FHB) yang dimiliki oleh Felda dan Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).

KPF yang memegang ekuiti sebanyak 51% dalam FHB majoritinya dianggotai oleh peneroka Felda, iaitu sebanyak 88% atau 233,635 ahli. Melalui KPF, peneroka boleh memperolehi dividen daripada FHB untuk menambah pendapatan di samping hasil tanaman di ladang mereka.
Rajah 1 – Sumber: Kertas Putih Felda.Akan tetapi, semuanya hancur punah apabila Felda melaksanakan penstrukturan semula kumpulan tersebut pada 2012.

Selepas melaksanakan penstrukturan semula itu, Felda cuma mengendalikan pengurusan ladang peneroka dan industri kecil manakala aktiviti hiliran dan pengurusan ladang komersial Felda diserahkan kepada FGV melalui Perjanjian Pajakan Tanah (LLA).

Selain itu, Felda juga menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Felda Investment Corporation (FIC) yang bertanggunjawab untuk pelaburan luar sektor perladangan di dalam dan luar negara.
Rajah 2 – Sumber: Kertas Putih Felda.Model perniagaan yang distruktur semula ini ternyata tidak menguntungkan Felda apabila kumpulan tersebut mencatatkan kerugian sebanyak RM2 bilion hanya setahun selepas penstrukturan semula pada 2012.

Kumpulan Felda terus mencatatkan kerugian pada tahun-tahun berikutnya, sehinggalah kumpulan tersebut mencatatkan kerugian terburuk pada 2017, iaitu sebanyak RM4.9 bilion.

Ternyata model perniagaan pasca-2012 ini meranapkan Felda, terutamanya apabila kumpulan tersebut melakukan pelbagai pelaburan secara agresif.

Model perniagaan ini memberi peluang kepada Felda untuk melabur dalam aset bukan perladangan (non-core businesses) seperti hartanah dan perhotelan. Pelaburan ini langsung tidak memberi pulangan yang berbaloi.

Turut memburukkan keadaan adalah tindakan bekas pengerusi Lembaga Pengarah Felda, Isa Samad, membeli hartanah ini tanpa melaksanakan kajian dan mendapatkan kelulusan lembaga pengarah.

Bukankah lebih elok jika Felda mengembalikan model perniagaan yang diamalkan sebelum 2012? Ternyata model tersebut adalah sangat menguntungkan, jika dilihat pada prestasi kewangannya sebelum tahun itu.

Sebagai contoh, walaupun harga purata sawit (CPO) pada 2009 sangat rendah, iaitu sekitar RM2,200 per tan metrik, Felda mampu mencatatkan keuntungan sebanyak RM200 juta.

Akan tetapi, Felda gagal mencatatkan keuntungan pada 2017 walaupun CPO lebih tinggi pada tahun itu, iaitu sebanyak RM2,790 per tan metrik. Malahan, rugi paling teruk pula pada tahun itu! Apa dah jadi?

Memang betul, keadaan ekonomi sejagat sekarang bukanlah sama dengan pada tahun 2009, tambahan lagi dengan ancaman daripada negara Eropah untuk menghentikan import minyak sawit dari rantau Asia Tenggara.

Akan tetapi, jika model perniagaan lama itu digabungkan dengan teknologi “smart farming” terkini yang diuar-uarkan oleh Mohamed Azmin Ali serta menukar barisan lembaga pengarah kepada yang lebih progresif dan berintegriti, tidak mustahil untuk Felda mengatasi cabaran ekonomi masa kini.

Malah, mungkin sudah tiba masanya untuk Felda menimbangkan kerjasama dengan pihak swasta yang berkelayakan supaya beban ke atas kerajaan boleh dikurangkan, terutamanya dengan situasi hutang negara yang serius sekarang.

Walaupun Kertas Putih Felda menyatakan bahawa tindakan yang sewajarnya akan diambil, kertas itu langsung tidak menyebut tentang rancangan yang konkrit untuk menstruktur semula model perniagaan Felda yang “memakan diri” kumpulan tersebut selama 5 tahun.

Untuk kita kembali ke zaman kegemilangan Felda, mungkin sudah tiba masanya untuk kita merujuk kembali kepada model perniagaannya yang lama dan mengadaptasinya ke arah yang lebih mampan.

*Hannah J adalah seorang jurutera yang berkhidmat di Kuala Lumpur.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/adakah-model-perniagaan-felda-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mula Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Wanita Malaysia Ini Kini Luaskan Perniagaan Sehingga Ke Qatar

Mula Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Wanita Malaysia Ini Kini Luaskan Perniagaan Sehingga Ke Qatar

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 481 hits
Mula Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Wanita Malaysia Ini Kini Luaskan Perniagaan Sehingga Ke Qatar Siapa sangka dari hanya berniaga nasi lemak di tepi jalan wanita ini akhirnya membuka cawangan sehingga ke Doha Qatar Apa yang menariknya dia ...
Apple Pernah Cuba Meniru Model Perniagaan Microsoft Tetapi Gagal

Apple Pernah Cuba Meniru Model Perniagaan Microsoft Tetapi Gagal

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 230 hits
Dahulu Apple menjual System 7 mereka kepada pihak ketiga dengan yuran 50 setiap salinan kerana tekanan yang diberikan oleh Windows 95 waktu itu Namun langkah ini merugikan Apple Jika ia sebaliknya mungkin macOS ni a
5 Kisah Lagenda Hantu Yang Menyeramkan Di Malaysia Dan Masih Segar Sehingga Kini

5 Kisah Lagenda Hantu Yang Menyeramkan Di Malaysia Dan Masih Segar Sehingga Kini

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 720 hits
Sejak kanak kanak lagi kita dah terbiasa mendengar cerita cerita seram dari mulut ke mulut Kadang kadang kita mendengar sendiri pengalaman seram dari rakan rakan mahupun ahli keluarga sendiri Mungkin kisah seram sebegini menjadi budaya hibu...
Ph Masih Gagal Yakinkan Melayu Islam

Ph Masih Gagal Yakinkan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 251 hits
Kalau kita buat analisa pendek tentang politik ekonomi dan kerajaan semasa ISU yang lebih panas dan paling banyak mendapat responses adalah samada ISU Anwar going to be PM or not ISU ekonomi kos sara hidup yang tinggi Langsung tidak begitu ...
Aliff Aziz Digelar Gila Talak Cacah Tatu Di Badan Guna Nama Bella Astillah Bukti Masih Cinta

Aliff Aziz Digelar Gila Talak Cacah Tatu Di Badan Guna Nama Bella Astillah Bukti Masih Cinta

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 874 hits
Sejak semalam telah mula tular beberapa video dan foto panas penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz yang telah mengundang pelbagai reaksi netizen Foto dan video tersebut memaparkan bekas suami kepada Bella Astillah dalam keadaan yang tidak...
Penggunaan Racun Serangga Di Cameron Highlands Masih Tinggi

Penggunaan Racun Serangga Di Cameron Highlands Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 296 hits
CAMERON HIGHLANDS 22 Jun Tahap penggunaan racun serangga dalam kalangan pekebun di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands masih tinggi kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin Beliau berkata penggunaan racun makhl...
Atasan Mahu Taawun Akar Umbi Masih Celaru

Atasan Mahu Taawun Akar Umbi Masih Celaru

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 185 hits
Nampaknya di sebalik arahan walak dan janji untuk mentaati arahan pimpinan kerjasama PAS dengan Umno masih belum mendapat lorongan yang luas Bercakap semasa membahaskan usul mengenai usul memeterai taawun dan tahaluf siyasi dengan Umno beka...
Keadaan Masih Terkawal Tiada Arahan Untuk Sekolah Ditutup

Keadaan Masih Terkawal Tiada Arahan Untuk Sekolah Ditutup

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 339 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Masih Tak Mampu Berjalan Dan Bercakap Kesan Berpisah Dengan Ibu Bapanya

Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Masih Tak Mampu Berjalan Dan Bercakap Kesan Berpisah Dengan Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 340 hits
Menurut The New York Times anak bongsu daripada keluarga ini dipisahkan oleh pentadbiran Trump pada tahun lepas Kanak ini yang bernama Constantin Mutu ditinggalkan di sempadan Amerika Sayarikat Mexico sejak berusia 4 bulan Kini umur kanak t...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya